Saturday, June 15, 2013

RG2011... Fw: MENARA UM-NO bukan miliknya yg sebenarnya..!!!

 



 

Perghh..MAINPP akan Pindah Dari Bangunan UMNO !! Pemuda PAS Akan Minta Majlis Agama Islam P Pinang Keluar Dari Banguan UMNO .

malaysiaberih.blogspot.
kachipemas.blogspot.
 
Kenyataan Media DPPN P.Pinang;
INSIDEN RUNTUHAN MENARA ANTENA BANGUNAN UMNO P.PINANG.

1. Dewan Pemuda PAS P.Pinang melahirkan kekesalan atas insiden runtuhan menara antena yang terletak di atas bangunan UMNO P.Pinang lewat petang tadi, yang kebetulan berlaku dalam tempoh seminggu selepas tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang.

2. Kejadian yang berlaku akibat ribut kuat ini menunjukkan bahawa bangunan milik UMNO P.Pinang yg mendapat keuntungan hasil sewaan kpd beberapa pihak ini sudah begitu uzur & tidak terjamin keselamatannya.

DPPN P.Pinang mendesak supaya UMNO P.Pinang segera mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menyiasat & memberi jaminan akan keselamatan bangunan ini.

Penghuni bangunan UMNO ini juga dicadangkan mengosongkan premis masing-masing hinggalah ianya benar-benar terjamin selamat.

3. UMNO P.Pinang juga wajib mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi & pampasan sewajarnya kepada kenderaan-kenderaan yang rosak teruk ditimpa menara antena tersebut & orang awam yang tercedera, tidak hanya sekadar mendoakan kesembuhan mereka sahaja seperti petikan respon Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Shaikh Hussin berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini.

4. DPPN P.Pinang juga menggesa agar Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang (MAINPP) yang sekian lama menyewa di bangunan tersebut agar berpindah sepenuhnya ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas & selesa.

Inilah masanya MAINPP yang merupakan institusi Agama Islam tertinggi di P.Pinang mempunyai kompleksnya yang tersendiri tanpa perlu menyewa lagi kepada UMNO P.Pinang yang turut menunggu masa untuk 'runtuh'.

Takziah buat UMNO P.Pinang.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
merangkap
Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.

comments:

Anonymous said...

pindah jelah MAINPP

Anonymous said...

Tuntut robohkan sahaja bangunan tu.

 

LGE Buat Hal Lagi...Umno PP Pasti "Menggila"..

malaysiaberih.blogspot.
karatijau.blogspot
 
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menggantikan kesemua bumbung rosak yang diterbangkan oleh angin kencang pada petang Khamis secara percuma, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Sudah semestinya ia akan diberi percuma," katanya.

Beliau berkata, pihak kontraktor akan dilantik untuk melakukan kerja pembinaan semula itu.
Bagaimanapun, menurut Guan Eng, keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan semuanya kembali normal secepat mungkin.

 
Sebahagian jalan raya yang rosak teruk berikutan kejadian angin kencang petang Khamis.
 
Sementara itu, rasuk sepanjang 20 kaki tergantung di Menara Umno di Jalan Macalister di sini berikutan kejadian ribut kencang pada petang Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama dengan pemaju untuk menurunkan rasuk tersebut.

 
Kerja pembersihan terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada proses menurunkan rasuk yang tergantung di menara tersebut.
 
"Kami menyekat kemasukan ke bangunan tersebut dan menutup laluan sepanjang 1km kerana rasuk berkenaan boleh terjatuh pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata, sebatang paip air di bawah jalan raya rosak teruk tetapi kerja baik pulih hanya boleh dilakukan sebaik saja proses menurunkan rasuk tersebut selesai.

"Kerja baik pulih di jalan raya mungkin menyebabkan berlaku gegaran," katanya.
Phee berkata pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menghentikan kerja pembersihan kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.

Sebuah kren dijangka tiba di tempat kejadian pada pukul 1 petang untuk menurunkan rasuk dari atas bangunan tersebut.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment