Sunday, June 16, 2013

RG2011... Fw: Murahnya Harga Proton Saga

 



Murahnya Harga Proton Saga

telokbakong.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
 
Bhai.... pergh.. biler dengar harga yang Proton Umumkan untuk Proton Saga SV.... bagi yang tak tau semua kata memang murah... Hahahaha... murahnya harga Proton Saga... tak sangka betul lar.... memang murah.... hahahaha.... diorang cakap la.... hahaha....

Wei.. gua nak bagitau satu benda... pada 2000 ... Proton Saga Iswara 1.3 A/B full spec metallic dijual pada harga RM36,000.00 ... campur duit interest bank macam tue... (cam haram punya interest bank) .... yang dikenakan pada 7% interest selama 7 tahun ... jadi kalu tak silap aaaa.. harga sekitar RM53.640.00 ... Interest bank jer sudah  RM17,640.00 .... hahaha .... untung jadi bank... makan riba jer... Memang untung...

So..... mana ke jadahnyer harga sudah murah.... melainkan interest bank jer dah kureng jadi sekitar 2.5% hingga 4% interest....  pusing balik semua macam haram jer.... samer jer harganyer.. tak jauh mana pon turunnya... Errr... Ader turun ker harganyer???

Oh yer.. gua silap... gua compare spec harga Saga Iswara 1.3 A/B (Manual) dengan Saga SV 1.3 (Auto) .... hahaha... patutnya gua compare harga Saga Iswara 1.3 A/B (Manual) dengan Saga SV 1.3 (Manual)..... Hahaha... tapi... lu jangan lupa bhai... masa tue (Tahun 2000) ... nilai RM kita berbanding USD adalah pada RM3.8 berbanding USD$1 .... bukan macam sekarang tahun 2013..... Hahahaha... sekitar RM3.3 berbanding USD$1 ...

So patutnya harga sebenarnya aderlah samer jer.... hahahaha... takder perubahan pon..... hahahaha... lawak aaa...

Aper pon mungkin gua silap kira dan compare... hahaha....  cuma sepatutnya.. harga Proton Saga SV nih sepatutnya diletakkan pada harga RM25,000.00 hingga RM29,000.00 kalu betul lar Kerajaan BN nak tolong rakyat Malaysia.....

Dan harga Perodua Viva plak diletakkan pada harga RM18,000.00 hingga RM25,000.00 .... kereta kecik jer..  penggunaan besi tak sebanyak Proton Saga SV....  takkan la tabley nak murah....  sebab kalu lu nak tau... harga sebenar Perodua Viva setelah keluar dari kilang aderlah antara RM15,000.00 hingga RM18,000.00 ....... mana gua tau harga nih.... hahahaha.... ader la toyol bagitau... hahahaha

comments:

 
Anonymous said...

Biasa la Bhai nak untung cekik darah saudara sendiri.. :)

Tu sebab proton boleh jual murah kat oversea spec oversea lebih tinggi dan berlualiti dari kat malaysia.. walau jual murah dari kat malaysia masih untung lagi

Jadi yang jual kat Malaysia ni lagi la untung double2 triple.. sebab spec dalam negara low sikti dari versi export..

Anonymous said...

bhai,

ni proton apa beza ngan proton yang lain2? enjin pasang sendiri?

Anonymous said...

biasa la bhai , kalau malaysia jual kereta tempatan murah , hilang la title penjual kereta BUATAN TEMPATAN termahal didunia . kah kah kah .

Deng Dang said...

kan Kereta Nasional tu kereta import (setanding kereta audi kan...) jd ada duti import juga la. Mmg la camgitu reganye. huhuhu

Hussein Hakim said...

business der....standard la...anak kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan

Hanz Azdi said...

Gua rasa rega patut (people-friendly) Proton SV, inc, otr, sekitar RM22k for 1.3(M) varies to 26k for 1.3(A), top~

Viva tu ..lmao...dah out dated patut kira obsolete model dah, rega patut bawah RM20k for its SE!

 

Hangat Berapi!!! (Gambar2 & Spesifikasi) Proton Saga SV Dengan Harga Berpatutan Dilancar.. Jom Terjah...

Syarikat automotif nasional negara Proton hari ini secara rasminya melancarkan model baharunya dengan harga paling berpatutan setakat ini, Proton Saga Super Value (SV).
 
Proton Saga SV diperkenalkan kepada umum di Bilik Pameran Platinum Proton Edar di Mutiara Damansara oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, En. Hisham Othman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Dato' Sri Hj Mohd Khamil Jamil dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato' Lukman Ibrahim.
 
Dengan pengenalan variasi permulaan model Saga FLX 1.3 terbaharu itu, tempahan kini sudah dibuka, seterusnya memberi peluang kepada para pelanggan dalam segmen A untuk memiliki sebuah kereta pada harga mampu milik tanpa berkompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan.
 
Proton Saga SV dikuasakan enjin 1.3 liter Campro IAFM dengan transmisinya tersedia pilihan manual atau automatik CVT. Sesuai dengan nama Super Value yang diperkenalkan, harga Saga SV ditawarkan bermula serendah dari RM33,438.00 sehingga RM36,888.00 (Semenanjung Malaysia).
Saga SV dilengkapi roda keluli bersaiz 13 inci dengan penutup roda, unit radio 1-din dengan pemain CD, stereng kuasa, cermin sisi kawalan manual, lampu signal tepi diintegrasikan dengan cermin sisi, beg udara berkembar, tali pinggang keledar 'pre-tensioner', 'child restraint anchorage' dan 'immobiliser'.
 
Menurut Proton, Saga kekal menjadi model terlarisnya sehingga kini dan ia juga merupakan antara model terlaris di Malaysia. Saga FLX baru-baru ini telah menerima penarafan 3-Bintang dari ANCAP (ASEAN New Car Assessment Programme), di samping turut menerima anugerah sebagai sedan kompak dengan nilai terbaik (Best Value Compact Sedan) oleh NST-Maybank Car of the Year Awards 2012 (COTY).
 
Enam warna menarik ditawarkan untuk Saga SV termasuk warna baharu 'Blue Rock'. Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 3 tahun atau 100,000km (yang mana lebih awal).

Proton Saga SV (Super Value) kini boleh dimiliki dengan harga di Malaysia daripada RM33, 438 atas jalan (OTR). Dan yang menariknya anda mampu memiliki kereta SV (Super Value) ini dengan ansuran bulanan serendah RM250.

HARGA MAMPU MILIK DI SINI



Spesifikasi Proton SV :

Enjin: CamPro IAFM, 4 silinder, DOHC 16V
Kapasiti tangki minyak: 40 liter
Prestasi: Manual - Speed ​​160km / h, pecutan maksimum (0-100km) 13s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.0
Prestasi: CVT - Maksimum Speed ​​155km / h, pecutan (0-100km) 14.5s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.3
Ciri-ciri: stereng Tilt, pemain Radio/CD/MP3, tikar Carpet, pemegang nombor plat, Lotus Ride & Handling, Kemasukan Key-less (Key-less remote entry)
Keselamatan & Kawalan: Sistem Penggera, Sistem gerak, sensor Songsang, Central lock pintu & Dwi Beg udara, tingkap Tinted, Punaran Keselamatan (Alarm System, Immobilizer System, Reverse Sensor, Central door lock & Dual Airbag, Tinted window, Security Etching)
Warna : putih pepejal, Tranquility hitam, perak genetik, Blue Rock, Elegant coklat, merah Kebakaran (Solid white, Tranquility black, Genetic silver, Blue Rock, Elegant brown, Fire red)

Proton SV 1.3 Harga di Malaysia (MT / CVT):
1) Tranmisi Manual 
RM33, 888 Metallic
RM33, 438 Solid

2) Tranmisi Penghantaran berterusan ubah (CVT)
RM 36,888 Metallic
RM 36,438 Solid

Proton Saga SV Online Risalah (Brosur) Download:

Proton Saga SV FLV CVT

Proton Saga SV FLV Manual

p/s : Maklumat lanjut mengenai Proton Saga SV juga boleh didapati melalui pembacaan di artikel terdahulu di sini : Laman web Proton Edar dedah maklumat mengenai spesifikasi dan harga Proton Saga FLX 1.3 SV baharu

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment