Monday, June 3, 2013

RG2011... Fw: Tak Kira Siapa Kamu, Sayangilah Ibu!

 



[TAZKIRAH] Tak Kira Siapa Kamu, Sayangilah Ibu!


Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.


Seorang lelaki Taiwan menyuap makanan kepada ibunya seperti mana ibunya pernah lakukan kepadanya ketika masih kecil...


Dan yang ini lebih mengharukan... alangkan binatang tahu menyayangi ibunya.... Maka hinanya manusia jika mengabai dan tidak memperdulikan ibunya...


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, "Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya (lagi), 'Kemudian siapa lagi?' Lelaki itu menjawab, 'Bapamu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Justeru itu sentiasalah berdoa untuk kedua ibubapamu:


comments:

Anonymous said...

Dikesempatan bagi mereka yang ibu masih hidup, ambillah kesempatan berbakti kepadanya. Tapi bagi mereka yang ibunya telah meninggal dunia, bermuhasabahlah, tanya diri berapa kerap pusara ibu di ziarahi dalam setahun. Memadaikah sekadar setiap kali raya sahaja kita ke pusara ibu dgn hanya bersedekah alfatihah dan membaca surah yassin. Allahuakbar.

Anonymous said...

Pohon copy phase. Jazakallah .

Orang Muda Geng Kita said...

Teringat Lagu Kak Aisyah ' Syurga Itu Ditelapak Kaki Ibu'. Jadi lah manusia yang mengenang kasih ibu. Jangan jadik Macam seorang Pelakon tu...

Anonymous said...

meleleh airmataku melihat aksi kucing tu.. huhu..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment