Friday, June 21, 2013

RG2011... Hadi: Kerajaan 'sihat' benarkan himpunan aman

 

Hadi: Kerajaan 'sihat' benarkan himpunan aman

PAS menyifatkan mana-mana kerajaan yang 'sihat' akan bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan dari rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata himpunan aman merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan.

Sebagai contoh, katanya di negara barat seperti England dan Amerika himpunan aman dibenarkan dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan.

Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, himpunan aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta 'ketakutan' di pihak kerajaan.

"Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman. Sepatutnya, kerajaan yang 'sihat' dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia.

"Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan.

"PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat).

"Di sana, dibenar demontrasi cuma jangan pecah pasu bunga, taman-taman, pecah kedai itu tidak boleh. Polis kawal dan orang buat demontrasi, dilepas dia (rakyat) punya perasaan dia…habis.

"Ini belum apa-apa lagi sudah dihentam dengan gas dan provokasi. Saya tahu ada provokasi dan saja hendak buat huru-hara," tegas beliau pada satu sidang media di kediamannya di Rusila Marang, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan penganjur Pakatan Rakyat dan NGO Black 505 yang akan mengadakan Perhimpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, ibu negara esok.

Menurutnya, tidak ada sebab kerajaan enggan membenarkan perhimpunan aman tersebut yang bertujuan mendesak kerajaan menjalankan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus.

"Saya difaham perundingan sudah dibuat dari masa ke semasa dan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman. Tak ada sebab mengapa perhimpunan aman itu tidak dibenarkan.

"Saya dimaklumkan ada 'permainan' juga kerajaan pun, umpamanya minta (mohon) situ tak boleh, minta sini tak boleh…(akhirnya) minta Padang Merbok. Tarikh asal 15 Jun terpaksa ditunda kepada 22 Jun.

"Tiba-tiba, kerajaan pun ada cadangan hendak guna tempat yang sama dengan pihak penganjuran (Black 505) ini..tak bolehlah (kerajaan) buat macam itu," ujarnya kepada pihak media.

Hadir sama pada sidang media tersebut bekas Ketua Hakim Negera, Tun Dr Salleh Abas dan sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi turut menerima kunjungan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman.

- Harakah Daily

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment