Wednesday, June 19, 2013

RG2011... Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia

 

Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia

(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Rakyat Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor.

Afiq_M_Noor"Sekiranya peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak program, mereka berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas kesalahan apa.

"Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

"Jika dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan bantuan guaman atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi sebenar mereka, ini penting untuk memudahkan urusan guaman," ujarnya kepada Keadilandaily.

Tambah Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis ketika ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja.

perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350"Tindakan berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja," katanya.

Ujarnya lagi, LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang ditahan dan akan mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam yang boleh dihubungi melalui media sosial rasmi LFL.

Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi kepada polis kerana akan memberikan kesan buruk kepada perjalanan perhimpunan nanti.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53453

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment