Thursday, June 6, 2013

RG2011... Jambatan Kedua P.Pinang runtuh: 4 dipercayai maut

 


Jambatan Kedua P.Pinang runtuh: 4 dipercayai maut


GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.

Empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam  runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi.

Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

"Konkrit yang runtuh adalah struktur jalan jejambat masuk ke jambatan dari laluan Batu Maung yang mana antara dua bim jambatan runtuh dengan menghempap kereta yang melalui jalan pada bahagian bawah," katanya.

Polis mengesahkan menerima aduan daripada dua pengadu pada jam 7.05 malam di Bilik Gerakan 999 Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya.

Balai polis bergerak kini ditempatkan di lokasi kejadian.


Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia.

Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.

Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.

Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.

--
Tak reti-reti nak singgah
http://anjunginspirasi.blogspot.com/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment