Sunday, June 16, 2013

RG2011... LUAHAN HATI SEORANG ANAK PALESTINE

 

 

LUAHAN HATI ANAK PALESTINE, FATHI ABZINAH KEPADA MEREKA YANG MASIH TIDAK PEDULI…

 

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara,

Aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki,

Membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

 

Kamu tahu, kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara,

Pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini.

 

Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara,

Batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

 

Tidakkah kamu tahu bahawa, nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

 

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

 

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini.

Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

 

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

 

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

 

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami.

Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

 

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu?

Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah.

Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

 

TIDAKKAH KAMU BERASA TAKUT, WALAUPUN SEDIKIT?

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment