Thursday, June 6, 2013

RG2011... Menutup aurat dengan betul

 

Faham betoi2, fahamkan baik2…

Tutup aurah bukan bermaksud menampakkan warna kulit..

Bukan jugak dgn menampakkan susuk tubuh,

Umpama balut aurah cam pakai sarung tangan nampak sebijik saiz lengan atau legging yg tah pape…

Udah2 ler nak berpesen tak kena gaya..!

Udah2 sabit kan org yg melihat tuk saham dosa ~ fitnah hati lain, zina mata kang lain..

Hadeh!

 

 

Menutup aurat dengan betul

SIAPA kata seseorang wanita itu tidak boleh berjaya dengan menutup aurat dengan betul. - Gambar hiasan.


 

BAGAIMANAKAH cara bertudung yang dituntut oleh Islam. Pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan tudung di pasaran, namun kebanyakannya singkat. Segelintir wanita juga memakai baju dan seluar ketat serta baju lengan pendek ketika bertudung. Apakah hukumnya mereka berpakaian sedemikian tetapi bertudung?

JAWAPAN:

MENUTUP aurat itu bukanlah hanya memakai tudung atau menutup kepala tetapi menutup segala anggota badan yang diwajibkan. Aurat seorang lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut manakala wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Ekoran, kekurangan kefahaman tentang aurat maka berlakulah maksiat ketika berfesyen dalam kalangan masyarakat Islam hari ini.

Lambakan fesyen tudung di pasaran adalah amat baik dalam perkembangan umat Islam menuju jalan untuk mencapai kesempurnaan Islam.

Bagaimanapun, dikhuatiri terdapat pihak yang hanya mencari keuntungan dalam perniagaan sehingga membelakangkan hukum dengan menjual tudung berfesyen yang tidak mengikut batasan hukum seperti:

* Material yang nipis hingga menampakkan aurat.

* Baju dan seluar yang ketat serta jarang.

* Tudung singkat sehingga nampak leher.

* Tudung kecil hingga nampak bentuk dada, sedangkan Allah memerintahkan supaya melabuhkan kain tudung hingga menutupi bawah dada. Surah Annur ayat 31 menyatakan : Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka..."

Terdapat juga, pemilik perniagaan tudung dan busana Muslimah yang tidak menutup aurat. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm#ixzz2VU99zOSG 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment