Sunday, June 9, 2013

RG2011... Mohon perhatian rakan2 forum turut sama mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita yang tertindas di Syria atas kekejaman tentera Basyar Kuffar..

 



Inline image 1

Nota : Mohon perhatian rakan2 FB turut sama mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita yang tertindas di Syria atas kekejaman tentera Basyar Kuffar..bantulah merekadengan berdoa kpd Allah.....

Mutaakhir ini banyak sungguh paparan melalui Media Sosial tentang kezaliman tentera Basyar terhadap rakyat nya sendiri dari kalangan Ahli Sunnah,.Sudah terlalu ramai umat Islam yang dibunuh dan dizalimi..Sebagai umat islam, seharusnya kita merasai apa yang mereka rasai. Ibarat paha kiri dicubit, paha kanan turut terasa. Banyak lagi perumpaan yang menitik beratkan tentang persaudaraan, namun untuk menerapkannya di dalam kehidupan seharian tidak seiring dengan banyaknya perumpaan yang ada....
Rasulullah telah pun memperingatkan kita melalui satu Hadis Baginda..." sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman."....
Aminkan Doa ini dan tambah jika perlu.....
.....Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami....
......Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. ...Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amiin......

Gambar dibawah adalah angkara kezaliman tentera Basyar terhadap kanak2....

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment