Sunday, June 16, 2013

RG2011... Parang muka pesaing

 

Dasat tol ler orang skang..

Nyawa tu cam takde rege jer eh..

 

 

Parang muka pesaing

Kuala Lumpur: Seorang wanita penjual daging kambing bertindak ganas apabila menetak pesaing perniagaannya menggunakan parang akibat iri hati gerai jualan lelaki itu lebih laris, sekali gus menyebabkan pendapatannya terjejas.

Dalam kejadian itu di Pasar Borong Selayang, di sini, pada jam 7 pagi kelmarin, mangsa berusia 38 tahun menerima lebih tujuh jahitan di muka akibat ditetak wanita terbabit yang berusia lewat 30-an.


Sumber polis berkata, kedua-dua peniaga terbabit warga tempatan yang berniaga di pasar borong berkenaan sejak lebih setahun lalu dan gerai jualan daging kambing mereka terletak berdekatan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berniaga sebelum suspek menghampirinya sambil membawa parang. Belum sempat mangsa bertanya tujuan kedatangannya, dia menghayun parang tepat mengenai muka kiri mangsa,” katanya.


Menurutnya, suspek berulang kali menghayunkan parang menyebabkan mangsa melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah selepas cedera di muka.


“Mangsa dibawa beberapa rakan ke Hospital Selayang (HS) bagi mendapatkan rawatan dan menerima lebih tujuh jahitan di muka,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, dan dalam laporannya, dia mendakwa suspek wanita terbabit sudah beberapa kali mengganggunya kerana iri hati. Suspek sebelum ini beberapa kali membuat bising di hadapan kedainya selain mengugut untuk membunuhnya, namun mangsa tidak mempedulikan perbuatannya itu.


“Mangsa mengesyaki suspek menyerangnya kerana marah dan iri hati disebabkan gerai mangsa lebih laris manakala gerai suspek kurang dikunjungi pelanggan menyebabkan pendapatannya terjejas,” katanya.

Sumber itu berkata, sehingga kini mangsa masih dirawat di HS dan keadaannya dilaporkan stabil.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan.

sumber : mymetro

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment