Friday, June 7, 2013

RG2011... RE: Hari Jumaat = Hari Istimewa!

 

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

 1ST TQ for the ilmu dan informasi…tapi kwan tertarik agak lebih sikit dalam bab “dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan),”, kerana perkara ini terlalu biasa berlaku dalam Masjid di Malaysia ini…kalau yang buat anak muda yang datang dengan jeans dan t shirt mungkin kawan boleh lah kata faham…tapi yang sedihnya …yangberjanggut berketayap dan berjubah labuh…

 

Rasanya ada hadis yang jelas melarang melangkah bahu orang kerana mahu mengambil saf didepan sedangkan dia datang lambat…and again kalau dilakukan oleh mereka yang berpakain jeans dan tshirt kawan boleh faham, tapi bila yang berjubah dan berketayap buat sedemikian kawan blurrr…

 

 

Dan yang biasa buat begini adalah yang suka datang lambat…kadang2 dia orang suka lepak2 makan2 sehingga azan kedua telah berkumandang masih tidak didalam Masjid…sedangkan ada hadis kata, bilamana azan kedua berbunyi, malaikat yang jaga pintu masuk pun masuk kedalam mendengar khutbah…so jadinya yang bersembang dan sengaja masuk lambat telah melakukan perkara sia sia …dapat habuk tepi jalan sahaja…

 

Ada sesiapa boleh bagi pencerahan yang lebih baikkk???Yusri, Darwish, dan lehripen atau sapa sapa ajer penjihad2…???

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Hashim, Fasriana
Sent: Friday, 7 June, 2013 7:43 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Hari Jumaat = Hari Istimewa!

 

 

Salam Jumaat!

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin.

Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

 

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."

 

 

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

 

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata,

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)

 

2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a

 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. menyebut hari jumaat,

lalu baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat.

Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

 

i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat

 

Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'"  (Hadis Riwayat Muslim)

 

Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

 

ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar

 

Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda: "Hari Jumaat itu dua belas jam.

Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah.

Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

 

Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

 

 

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

 

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

 

 

 

 

AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

 

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

 

Dari Abu Hurairah r.a., katanya :

"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

2. Memperbanyakkan selawat

 

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

 

3. Membaca surat Al Kahfi

 

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat."

(Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

 

4. Memperbanyak do'a 

 

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

 

Ø     Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.

Ø     Bergerak awal ke masjid.

Ø     Diam mendengarkan khatib berkhutbah. 

Ø     Memakai pakaian yang terbaik. 

Ø     Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.

 

Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

 

Allah s.w.t berfirman : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran: 31)

 

 

************************************************************************************

 

ps: Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^

 

 



"For Business, For Growth, For Life"


The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank’s letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank’s official position do not necessarily reflect the view of the Bank.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment