Thursday, June 13, 2013

RG2011... Sianr di TH 140613

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Angin kencang di Pulau Pinang, 21 kawasan terjejas

Oleh:

Tarikh: June 13, 2013

GEORGETOWN - Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang hari ini.
    
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
    
Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.
    
"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
    
"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister di sini malam ini.

Abdul Rahim berkata kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
    
Beliau berkata agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
    
"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.
    
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.55 petang melaporkan kejadian itu.
    
"Apabila sampai, kita dapati pemancar telekomunikasi di atas bangunan ini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan. Yang cedera parah adalah daripada lori pikap yang membawa tong gas, yang lain-lain cuma cedera ringan.
    
"Buat masa ini keadaan kembali stabil cuma kita nak kosongkan kawasan ini dan nak tinjau bangunan. Setakat ini, pada zahirnya bangunan ini selamat kerana yang jatuh itu adalah alat komunikasi yang dipasang bukan struktur bangunan," katanya.
    
Saksi kejadian, Imam Masjid Pakistan Hafiz Mohamad Akhlaq, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam masjid sebelum mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi.
    
"Nasib baik saya berada di dalam masjid kerana selalunya saya akan duduk di luar kawasan masjid sementara menunggu waktu Maghrib. Selepas mendengar bunyi kuat itu saya dapati antena telekomunikasi menghempap sebuah kereta," katanya.     

Seorang lagi saksi yang turut berada di dalam masjid itu, Mohd Yasin Hamid, 59, berkata beliau bersyukur kerana pemancar telekomunikasi itu tidak menghempap masjid kerana masjid itu terletak di hadapan Bangunan Umno.
    
"Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid sebaliknya jatuh ke jalan raya," katanya. – Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Antena menara tercabut, 9 cedera

Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN, SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI dan SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Tarikh: June 13, 2013

GEORGETOWN - [Dikemaskini] Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.  
“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

4 jam derita krim panas

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 14, 2013

PARIT BUNTAR - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menempuh tempoh empat jam paling memeritkan apabila kulit bahagian belakang badannya ‘melecur’ akibat terkena krim panas yang disapu abangnya, kelmarin.

Ibu mangsa, Wardah Hamzah, 29, berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa sedang bermain di dalam bilik utama bersama anak pertamanya yang berusia lima tahun sebelum menemui sebuah krim panas miliknya yang diletakkan di atas sebuah kerusi.

Menurutnya, dia sedang memasak sebelum terdengar bunyi jeritan dan erangan kesakitan daripada salah seorang anaknya.

“Saya terkejut dan bergegas berlari ke bilik utama sejurus mendengar jeritan anak.

“Setibanya di bilik, saya melihat anak kedua saya menangis kesakitan, manakala anak pertama saya segera menunjukkan bahagian belakang badan adiknya yang kelihatan melecur dan kemerah-merahan.

“Terkejut dengan kejadian itu, anak sulung terus menunjukkan ke arah sebotol krim panas digunakan saya untuk menguruskan badan,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Taman Wawasan, di sini.

Wardah berkata, anak sulungnya mendedahkan dia menjumpai krim itu di atas kerusi di dalam biliknya sebelum bertindak menyapunya di bahagian belakang badan mangsa.

Menurutnya, dia segera mengambil air untuk membersihkan belakang badan mangsa daripada kesan krim, bagaimanapun kesakitan anak saya bukan sahaja tidak hilang malah berlarutan untuk tempoh empat jam.

“Melihat keadaan anak kedua saya menggelupur dan mengerang kesakitan selama empat jam, saya bergegas menghantarnya ke sebuah klinik berhampiran.

“Keadaan anak saya menjadi semakin pulih setelah disuntik ubat penenang dan doktor yang merawat mengesyaki krim panas itu mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya yang tidak dibenarkan,” katanya.

Wardah berkata, dia kesal kecuaiannya menyimpan krim pengurut badan yang mendatangkan mudarat kepada anaknya.

"Saya terkejut kesan sampingan penggunaan krim itu mampu mendatangkan kecederaan serius kepada anaknya. Mujurlah mereka hanya bertindak menyapu krim itu di bahagian luaran badan dan tidak memakannya.

“Jika tidak, saya pasti akan berasa sesal di sepanjang hayat,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tambang bas raya bakal naik

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 14, 2013

SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

“Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penjenayah tak sempat nikmati 'habuan'

Oleh: HASNIZA HUSSAIN

Tarikh: June 14, 2013

SHAH ALAM - Tiga daripada enam penjenayah tidak sempat menikmati ‘habuan’ apabila diberkas sejam selepas menyamun 20 pelanggan sebuah restoran makanan steamboat di Kampung Melayu Subang, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah bersenjatakan parang dan rotan itu bertindak menyerbu restoran dan mengugut semua pelanggan untuk menyerahkan wang dan barangan berharga dianggarkan berjumlah kira-kira RM6,350.

Kesemua penjenayah termasuk seorang bawah umur kemudiannya melarikan diri dengan dua buah kereta jenis Proton Persona dan Wira.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, pemilik restoran kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian, sebelum MPV polis berjaya mengesan kedua-dua kereta dinaiki kumpulan penjenayah itu.

Beliau berkata, berlaku kejar-mengejar antara polis dengan kumpulan penjenayah itu sehingga ke Sungai Way, Petaling Jaya.

“Kita berjaya pintas kereta suspek, namun hanya dapat menahan tiga daripada mereka dipercayai anggota yang baru direkrut berusia 16 dan 18 tahun.

“Tiga lagi yang merupakan dalang utama kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, polis merampas dua buah kereta digunakan suspek, pelbagai barangan yang disamun, beberapa bilah parang, cota, rotan serta topi keledar yang digunakan dalam kejadian bagi menyembunyikan identiti mereka.

“Semakan mendapati dua kereta digunakan adalah kereta yang dilaporkan hilang di Jinjang dan Sunway.

“Mereka  aktif menyamun sejak empat bulan lalu dan setakat ini dikenal pasti terlibat dalam empat kes di Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Cheras,” katanya.

Thaiveegan berkata, dua daripada suspek ditahan berusia 18 tahun bekerja sebagai kelindan dan pencuci kereta, manakala suspek bawah umur tidak bersekolah.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dan bersenjata.

Katanya, pihaknya giat memburu tiga suspek yang lolos serta baki tiga lagi ahli kumpulan tersebut.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ops Tapis Khas: 326 ditahan pelbagai kesalahan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 14, 2013

SHAH ALAM - Seramai 326 individu termasuk seorang dikehendaki polis ditahan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan serentak di 15 buah daerah di Selangor, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam operasi bermula jam 7 pagi itu, seramai 1,556 individu diperiksa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 326 orang berusia antara 19 hingga 49 tahun dikenal pasti melakukan kesalahan berkaitan dadah, tipu, curi termasuk kesalahan imigresen.

Menurutnya, tangkapan paling banyak dilakukan adalah seramai 268 orang iaitu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana memasukkan dadah pada diri dan tubuh orang lain.

“Antara  kesalahan lain dilakukan berkaitan dadah melibatkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah kurang 2 gram (g), Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Kita rampas 6.89g dadah syabu, 818.41g heroin, tiga botol cecair ketum, enam buah komputer riba, tujuh dokumen palsu, 17 telefon bimbit, sebuah kereta dan sebuah motosikal,” katanya, semalam.

Nordin berkata, pihaknya turut menahan  seorang suspek dikehendaki kerana melanggar perintah sekatan mahkamah, manakala tiga lagi kerana terlibat kes curi kereta dan motosikal.

Beliau berkata, lima warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi sama kerana terlibat dalam sindiket penipuan internet.

Katanya, berdasarkan operasi tersebut, empat daerah dikenal pasti mencatatkan paling ramai tangkapan berkaitan dadah adalah di Klang Selatan diikuti Hulu Selangor, Serdang dan Petaling Jaya.

Menurutnya, operasi berakhir jam 12 tengah malam itu akan dijalankan secara berterusan pada setiap bulan di semua daerah di Selangor.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penebar roti canai maut di bilik tidur

Oleh: FOTO : ZULFADHLI ZAKI

Tarikh: June 14, 2013

SHAH ALAM - Seorang penebar roti canai ditemui mati di bilik tidurnya di rumah kedai setingkat di Jalan Faedah 25/86, Seksyen 25, Taman Sri Muda Shah Alam, petang semalam.

Mayat Alavudeen Jafarali, 24, ditemui tertiarap dengan hanya memakai kain pelikat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mayat itu ditemui rakan sebiliknya jam 1.35 petang, sebelum menghubungi polis.

“Turut ditemui sebilah pisau digenggam mangsa. Ketika kejadian rakan mangsa memaklumkan terdengar bunyi pelik di dalam bilik tidur mangsa, sebelum menemuinya dengan keadaan berlumuran darah serta kesan kelar di leher,” katanya.

Mangsa bekerja di sebuah restoran berhampiran sejak tujuh tahun lalu. Punca kejadian berkemungkinan tekanan perasaan atau masalah peribadi.

“Mangsa tinggal bersama enam rakan sekerjanya di rumah tersebut, kami akan mengambil keterangan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ajmal Khan, 23, berkata, difahamkan Alavudeen mempunyai masalah di kampung halamannya.

“Mangsa masih bujang, dia baik serta pandai menebar roti canai, kematiannya amat dirasai rakan-rakan khususnya yang rapat dengannya,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tipu guna RM100 palsu

Oleh: HASNIZA HUSSAIN

Tarikh: June 14, 2013

SHAH ALAM  - Taktik licik sepasang suami isteri membeli telefon bimbit yang diiklankan dalam talian dengan menggunakan wang palsu RM100 terbongkar selepas mereka ditahan polis pada 5 Jun lalu.

Turut ditahan, dua rakan yang bersekongkol denagn mereka iaitu abang kepada suspek wanita serta seorang lelaki Indonesia yang bertanggungjawab menghasilkan wang kertas palsu terbabit.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu akan berhubung dengan mana-mana mangsa yang mengiklankan telefon untuk dijual melalui sebuah laman web, sebelum bertemu dan membuat pembayaran.

Pasangan berkenaan biasanya akan meletakkan wang kertas palsu ke dalam sampul surat dan menyerahkan kepada mangsa, sebelum berpura-pura perlu beredar segera kerana ada urusan lain.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, setakat ini, pihaknya menerima sebanyak 13 laporan polis berhubung penipuan dilakukan pasangan suami isteri itu serta dua lagi suspek.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya menangkap pasangan suami isteri terbabit di kawasan rumah mereka di Desa Mentari, Petaling Jaya kira-kira jam 9.45 pagi.

Beliau berkata, polis kemudiannya menyerbu rumah suspek terbabit dan merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya, hasil soal siasat membawa kepada tangkapan suspek ketiga berusia 30 tahun di rumahnya di kawasan sama pada Selasa lalu.

“Kita jumpa tiga keping wang kertas RM100 disyaki palsu serta beberapa keping imej wang palsu yang belum siap dalam bilik di rumah suspek.

“Kita juga menahan seorang lelaki Indonesia berusia 27 tahun yang datang ke rumah tersebut untuk berjumpa suspek itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Thaiveegan berkata, pihaknya merampas lapan keping wang kertas RM100 palsu yang ditemui dalam dompet suspek, sebelum menyerbu rumahnya di Kampung Medan, Petaling Jaya.

“Kita temui satu pencetak yang digunakan untuk mengimbas dan mencetak wang kertas RM100 palsu, kertas A4, gunting, kertas kilat dan kepingan wang kertas palsu yang tidak menjadi,” katanya.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan kumpulan suspek ini bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu dan semua 13 mangsa yang membuat laporan mengalami kerugian kira-kira RM21,000.

Katanya, semua suspek masih direman mengikut Seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menggunakan wang palsu.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Wanita dalam CCTV dicari

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 14, 2013

BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - CCTV sebuah bank di bandar ini berjaya merakam tindakan seorang wanita mengambil telefon pintar jenis Iphone 4S ditinggalkan pemiliknya di atas mesin deposit wang, sekitar jam 8 malam, 3 Jun lalu.

Berdasarkan rakaman terbabit, wanita berkenaan yang memakai baju, tudung dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam bank semata-mata untuk mengambil telefon bimbit tersebut.

Wanita dianggarkan berusia lewat 20-an itu dilihat keluar dan masuk semula ke dalam bank untuk melakukan transaksi di mesin sama selang seminit kemudian.

Pemilik telefon, Rosli Mustafa, 38, berkata, dia tertinggal telefonnya di mesin terbabit dan hanya menyedarinya sejam kemudian.

“Saya terus membuat beberapa panggilan, tetapi telefon saya ditutup. "Apabila saya kembali semula ke bank, saya dapati telefon bimbit saya sudah tiada,” katanya.

Rosli berkata, dia kemudiannya meminta kebenaran pihak bank untuk melihat CCTV dipasang di tempat kejadian bagi menjejaki individu yang mengambil telefonnya.

Katanya, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat dua individu yang masuk ke bank berkenaan selepasnya.

“Individu pertama seorang lelaki menggunakan mesin sama, tetapi tidak mengambil telefon saya. Selang beberapa minit kemudian, masuk wanita terbabit.

“Saya tidak mahu berprasangka buruk, mungkin dia mengambil telefon itu untuk diserahkan kepada pihak lebih dipercayai agar dapat dikembalikan kepada saya semula,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, tiada sesiapa tampil untuk memulangkan semula telefon tersebut kepadanya.

“Telefon itu dibeli pada harga lebih RM2,500. Tambahan pula banyak kenangan saya dalam telefon itu. Saya harap wanita dalam rakaman CCTV ini dapat tampil dan berjumpa dengan saya.

“Kini saya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk mengesan transaksi dilakukan wanita berkenaan. Jika tiada sebarang pemulangan, kemungkinan saya akan membuat laporan polis berdasarkan bukti yang ada ini,” katanya.

Pemilik kedai cermin mata Optik Jengka itu berkata, kejadian yang menimpanya itu boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersikap lebih jujur.

“Kalau terjumpa sesuatu yang bukan milik kita, tidak salah jika mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak yang boleh memulangkannya kepada pemilik asal.

“Kebetulan kejadian sebegini dirakam  CCTV. Kalau tidak kerana CCTV sekali pun, ingatlah ALLAH SWT itu Maha Melihat,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Koo-Tan tewas, Chong Wei mara suku akhir

Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Tarikh: June 14, 2013

SEPERTI diramalkan, pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Indonesia selepas mudah menewaskan wakil India, Sai Praneeth B. di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.

Chong Wei, selaku pilihan utama kejohanan nyata bukan lawan kepada Sai Praneeth B.yang terpaksa akur kekalahan 21-18, dan 21-12.

Chong Wei dijangka menerima tentangan daripada pemain veteran Thailand Boonsak Ponsana pada aksi suku akhir, esok.

Boonsak, selaku pilihan kelapan, mara ke suku akhir dengan mengalahkan pemain Jepun, Sho Sasaki dengan keputusan 21-13 dan 21-19.

Turut mengiringi Cgong Wei adalah gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang mara selepas mengetepikan pasangan dari Korea Selatan, Yoo Yeon Seong dan Eom Hye Won dengan kemenangan 22-20 dan 21-16.

Dengan itu, menanti Peng Soon dan Liu Ying di suku akhir adalah pasangan tuan rumah yang merupakan pilihan kedua kejohanan, Ahmad Tontowi dan Liliyana Natsir.

Ahmad dan Liliyana mara selepas mengalahkan rakan senegara, Fran Kurniawan dan Shendy Puspa Irawati dengan kemenangan 12-21, 21-12 dan 21-11.

Bagaimanapun, harapan yang diletakkan kepada beregu utama negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong yang turut menjadi wakil tunggal negara dalam acara itu untuk melakar kejayaan berkecai apabila dengan mudah tunduk kepada pasangan tuan rumah, Alvent Yulianto Chandra dan Markis Kido 21-23 dan 15-21.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Harimau Malaya terus diaibkan

Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Tarikh: June 14, 2013

SKUAD Kebangsaan gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-2 kepada Marconi Stallions FC di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, semalam.

Keputusan itu sekali gus membuatkan skuad Harimau Malaya melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka apabila hanya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan.

Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan itu dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian.

Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Okt depan.

Sebelum pertemuan itu, skuad Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC  dan gergasi Sepanyol, FC Barcelona masing-masing pada 21 Julai dan 10 Ogos depan.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pamer aksi tarian ghairah di medan selera

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 14, 2013

SERDANG – Aktiviti tarian ghairah gadis warga asing berpakaian seksi ditawarkan pengusaha yang kononnya untuk menjamu mata pengunjung sebuah medan selera di sini akhirnya lumpuh selepas diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.

Difahamkan, pengusaha membina satu pentas di tengah-tengah medan selera berkenaan untuk menjalankan aktiviti karaoke.

Bagaimanapun, selain aktiviti nyanyian, terdapat beberapa wanita warga China dikatakan akan mengiringi penyanyi dan menari di situ.

Aktiviti itu dikatakan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung terutama yang membawa anak kecil menikmati makanan di situ.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya menyerbu premis terletak di Bukit Serdang kira-kira jam 10 malam.

Hasil pemeriksaan katanya, didapati pengusaha tempat hiburan (karaoke) tersebut tidak mempunyai apa-apa lesen atau permit sah untuk mengadakan aktiviti hiburan dari MPSJ.

Beliau berkata, pihaknya menyita peralatan hiburan digunakan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan Selangor 1995 (pindaan 2001).

Tindakan diambil kerana pengusaha mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada pegawai pelesen MPSJ.

“Pengusaha bakal berdepan tindakan denda maksimum RM25,000,” katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penempatan pelajar Insaniah perlu perhatian

Oleh: MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Tarikh: June 13, 2013

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah mahu kerajaan negeri memberi perhatian serius isu penempatan pelajar di Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Kuala Ketil, Baling.
 
Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, jika tidak ia boleh memberi kesan kepada sesi pembelajaran dan pengajaran pelajar.
 
“Kebajikan pelajar amat penting, terutamanya soal penginapan pelajar. Kalau kita abaikan perkara itu, ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada keselesaan pelajar dan boleh mengganggu tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.
 
“Perkara lain juga perlu diberi perhatian, contohnya kebajikan kakitangan dan masa depan Insaniah. Banyak perkara lain perlu diselesaikan dan GPMS Kedah percaya ia mengambil masa untuk ditangani,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
 
Beliau sedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk menyumbang idea demi memperkembangkan lagi Insaniah.
 
“Saya harap pihak lain juga dapat bantu kerajaan negeri menjayakan hasrat ini,”katanya.
 
Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas isi kandungan memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melalui Setiausaha Sulit Kanan, Helmi Yahya di Wisma Darul Aman.
 
Menurutnya, memorandum itu mempunyai beberapa tuntutan supaya masalah yang membabitkan Insaniah dapat diselesaikan segera.
 
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Shamsul menggesa supaya kerajaan negeri mempertahankan Insaniah agar terus kekal miliknya. 
 
Ia bertujuan memastikan institusi pendidikan itu terus terbela dan dapat melahirkan graduan berkualiti sebagai identiti kerajaan negeri.
 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pelajar Siam johan pidato 1Malaysia

Oleh:

Tarikh: June 13, 2013

ALOR SETAR - Seorang pelatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Phonpimoon a/p Surasid muncul johan Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Kedah yang diadakan hari ini.
    
Phonpimoon, 18, yang berketurunan Siam membawa pulang wang tunai RM1,500 selepas berjaya mengalahkan enam peserta lain pada peringkat akhir.    

Katanya beliau sangat terkejut kerana tidak begitu yakin akan memenangi pertandingan itu memandangkan beliau agak kurang fasih berbahasa Melayu.
    
"Saya tak sangka boleh menang kerana saya hanya bertutur dalam Bahasa Siam dan Cina dengan keluarga dan jarang bertutur bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas pertandingan itu di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah di sini.
    
Pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kuala Nerang itu berkata tujuan penyertaannya dalam pertandingan pidato itu hanyalah untuk meningkatkan keberaniannya berucap dalam bahasa Melayu di hadapan orang ramai.
    
Tempat kedua disandang oleh peserta kem PLKN Merbok, A. Agilan, 18, yang membawa pulang RM1,000 dan manakala tempat ketiga dimiliki B. Moganapriya yang memperoleh wang tunai RM500.
    
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata program seperti ini dilihat sebagai suatu yang positif dalam usaha memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.
    
"Ia dilihat mampu mengekalkan perpaduan dan elemen-elemen yang sering dibincangkan dalam perbahasan pidato itu sendiri dapat membina perpaduaan yang baik antara kita serta mengekalkan kesejahteraan negara," katanya selepas menyempurnakan program tersebut. – Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Suspek dera kanak-kanak 2 tahun ditahan

Oleh:

Tarikh: June 13, 2013

KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Taman Permint Permai, Bukit Chendering di sini.
    
Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan teman lelaki ibu kanak-kanak itu, ditahan pada pukul 1.40 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Merawang, Marang.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Marang itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.
    
"Semasa ditahan, kami turut menjumpai sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri di Kuala Terengganu dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    
Isnin lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya.
    
Budak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas lebih seminggu lepas.
   
Manoharan berkata polis telah merakam keterangan daripada ibu mangsa dan menggunakan khidmat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk mengambil keterangan daripada kanak-kanak berkenaan.
    
"Berdasarkan siasatan awal, kami dapati memang terdapat unsur penderaan pada mangsa, dengan kecederaan paling serius ialah di bawah tapak kaki kanak-kanak itu yang melecur akibat bahan panas.
    
"Kami percaya mangsa telah seminggu didera berdasarkan kesan luka yang dialami sebelum laporan dibuat. Selain itu terdapat juga beberapa kesan kecederaan lama dan baharu di badan mangsa," katanya.
    
Manoharan berkata bapa kanak-kanak itu kini menjalani hukuman penjara kerana masalah dadah.
    
Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan tinjauan Bernama di HSNZ mendapati kanak-kanak itu dijaga ibunya. – Bernama

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment