Wednesday, June 12, 2013

RG2011... Tukar sistem pilihanraya, bukan jadi republik

 


Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

12 JUN ―Jika Pakatan Rakyat selepas PRU13 banyak bercakap tentang polemik betapa wajarnya difikirkan mengubah sistem pilihanraya yang memberi kemenangan kepada undi popular, bukanlah ia menganjurkan supaya ditukar sistem pemerintahan beraja kepada pemerintah republik.

Yang menyebabkan ada orang terkeliru konon Pakatan Rakyat mahukan republik adalah sakatan pemimpin-pemimpin Umno yang menempelak Pakatan Rakyat kalau sudah suka sangat dengan sistem pilihan raya yang memberi keamenangan kepada undi populer, maka pergilah pindah ke mana-mana negara republik.

Jangan tinggal lagi di Malaysia yang memakai sistesm beraja dan kemenangan pilihan raya ditentukan oleh banyak kerusi yang diperolehi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bukan didasarkan kepada jumlah undi terbanyak pada keseluruhannya.

Dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat setelah merasa yakin ia ditipu berjaya mendapat sekitar 51 peratus undi popular sedang BN hanya beroleh kurang dari 48 peratus. Kalau ia menang pula disekitar 30 kerusi lagi yang dikatakan ditipu, maka tentulah undi popular itu lebih dari 51 peratus.

Atas andaian itu, maka Pakatan Rakyat mengira ia telah menang dan ia sepatutnya berkuasa kerana ia memenangi undi popular. Kerana itulah ia bercakap supaya sistem pilihan raya itu ditukar, jangan lagi menggunakan sistem yang diguna di Britain seperti yang berjalan di negara ini sejak sebelum merdeka.

Sistem pilihan raya itu jadi begitu bukan kerana ia berada di bawah sistem beraja. Tidaklah sistem republik saja yang memakai sistem undi populer itu. Negara beraja dan negara republik boleh menentukan sistem yang mereka suka.

Pakatan Rakyat mahu mengubah sistem piliihan raya saja. Ia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Yang menjadikan sebuah negara itu berdaulat dan maju, bukan kerana sistem yang digunakannya. Tetapi ialah bersih, adil, tidak ra suah dan kecekapan pimpinannya.

Jika dibandingkan Malaysia yang memakai sistem beraja, didapati setakat ini, ia lebih teratur dari Filipina dan Indonesia yang menggunakan sistem republik. Indonesia lebih dulu merdeka dari Malaysia. Demikian juga Filipina. Tetapi dalam beberapa hal Malaysia ke depan dari dua republik itu.

Malaysia tidak menghantar rakyatnya menjadi buruh di Filipina dan Indonesia. Sebaliknya pekerja dari kedua-dua republik itu yang datang bekerja di Malaysia.

Jika kita katakan negara beraja itu lebih maju dari negara republik, maka tidaklah semesatinya betul. Kampuchea sebuah negara beraja. Tetapi ia tidaklah lebih maju dari Republik Vietnam. Bahkan Vietnam sekarang adalah bergerak maju untuk bersaing dengan Thailand dan Malaysia, dua buah negara beraja di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.

Ketika Malaysia dan Thailand mula merancang pembangunan ekonominya, Vietnam masih berperang menentang pencerobohan Amerika. Tetapi setelah perang tamat, ia merancang pembangunan ekonominya, bukan mustahil ia muncul sebagai negara ASEAN yang berlumba sama maju dengan Malaysia dan Thailand yang beraja.

Oleh hal yang demikian Pakatan Rakyat tidak sedia terjebak dalam polemik sensitif mengenai sistem beraja dan sistem republik. Selagi raja tidak mencampuri urusan politik seperti Maharaja Jepun, Raja Thailand dan Ratu di Britain tiada ada keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk menyentuh kedudukan raja-rajanya.

Yang Pakatan beri perhatian ialah untuk merombak sistem pillihan raya supaya ia menjamin kemahuan rakyat tidak disia-siakan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment