Berkat doa dan kesungguhan penyanyi Datuk Hattan meraih kembali hati hati bekas isterinya, Datin Arianie Abidin selepas bercerai pada tahun 2005 membuahkan hasil apabila Arianie berjaya menerimanya semula.
Mereka dinikahkan buat kali kedua dengan mas kahwin sebanyak RM300 dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana dihadiri oleh 200 orang tetamu yang dilangsungkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari Rabu dengan dua kali lafaz.
Pasangan yang dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang ini memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan di bulan yang mulia.
Arianie, 42, mengakui bahawa dia tersentuh dengan kesungguhan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, yang cuba menambat hatinya sejak sembilan tahun lalu walaupun dia mengambil masa yang agak lama untuk kembali bergelar suami isteri.
Ketika ditanya Hattan mengenai perkahwinan ini, dia mengucapkan syukur kerana doa untuk bersama dengan Arianie termakbul. Mereka juga tidak merancang untuk mendapatkan zuriat buat masa sekarang namun tidak menolak jika ditakdirkan mendapat anak. "Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul. Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama," kata Hattan
Hattan yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Noorfarahikin Othman pada 11 November 2011 bagaimanapun telah berpisah selepas dua bulan sementara Arianie juga pernah bertunang pada September 2011 namun hubungan tersebut terputus tiga bulan kemudian apabila tunangnya menghilang. Bermakna, ini adalah perkahwinan kali ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.
Terdahulu, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan pertama pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.
Anak tunggal pasangan itu juga turut merasa gembira dengan hubungan keluarga yang kembali terjalin walaupun hanya mendapat tahu ibu dan bapanya bakal berkahwin semula menerusi laporan akhbar dan ketika membeli cincin.
Dia juga merasa tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga dan berharap akan mendapat seorang adik selepas ini.
Pasangan Hattan dan Arianie juga turut merancang membawa Adam bercuti ke London pada hujung tahun ini.
comment
- Nur •
-
Tahniah.. buat kedua mempelai. semuga kekal hingga ke hujung nyawa, dengan keberkatan bulan Ramadhan. Insyallah. Kalau dah jodoh x kan kemananya
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment