Saturday, July 27, 2013

RG2011... Fw: sempat tulis nota sebelum pemergiannya

 



 

5 SYARAT - Allahyarham Umi Kalthum sempat tulis nota sebelum pemergiannya



Inilah nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang ditemui di meja solek.
 
Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.
Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.
Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.
"Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap. Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya," jelas Amir Noor kepada mStar Online di sini pada Rabu.
Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.
Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.
S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.
Gambar kenangan Amir Noor bersama neneknya dalam satu majlis berbuka puasa pada 21 Julai lalu.
 
Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.
Dalam pada itu Amri Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik arwah suaminya sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.
Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.
Kata Amir Noor lagi, sebagai cucu yang paling rapat, dia sering menemani Umi Kalthum untuk ke mana-mana majlis yang dianjurkan.
Allahyarham juga kata Amir Noor turut berpesan kepadanya agar mengebumikan jenazahnya di Tamah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya apabila dia meninggal dunia.
Arwah juga katanya pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.
"Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.
"Kerana masalah itu dia banyak kali berpesan kepada saya supaya saya menjaga kesihatan dengan baik," katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filemYatim Mustapha pada tahun 1961.
Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.
 

comment:

 
Kak Tie said...

semoga arwah ditempat kalangan orng2 yg beriman..Aminn

 

 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Saturday, July 27, 2013 12:59 AM
Subject: Fw: Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

 
SENIWATI terkenal Umi Kalthum, 81 meninggal dunia pagi pada jam 4.30 pagi Rabu di kediamannya yang terletak di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, beliau dijumpai oleh cucunya yang menyedari neneknya sudah meninggal dunia ketika hendak mengejutkannya untuk bersahur awal pagi semalam.

Anak allahyarham, Noor Kumalasari yang merupakan pelakon TV, filem, penyanyi dan model peragaan popular era 70-an dan 80-an berkata ibunya seorang yang aktif dan tidak pernah menghidapi penyakit kronik sepanjang hayatnya.

Umi Kalthom atau nama sebenarnya Patimah Bahudin dikenali sebagai heroin filem Melayu klasik, Putih dalam filem 'Bawang Putih Bawang Merah' yang diterbitkan pada 1959.

Dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan, beliau pernah meraih gelaran 'Wanita Melayu Paling Jelita' di seluruh Singapura dan Malaya. Kejelitaan aslinya juga telah menarik perhatian sebuah majalah di Australia yang memilih beliau sebagai 'Wanita Melayu Paling Jelita di Asia' pada zaman kegemilangannya.

Beliau pernah membintangi lebih 20 buah filem termasuk 'Raden Mas', 'Laila Majnun', 'Menanti Hari Esok' dan 'Syukur 21'.

Jenazah allahyarham telah dibawa ke Masjid Al-Mardhiah di Taman Melawati sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. 

comments

  • Rest in peace Umi. Yes we all remember you and thanks for all those entertainment. She lived up to a ripe old age of 81.
  • Saya  •  
    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan dimasukkan ke Jannah, ameen.
  • Azrul  •  
    ALfatihah..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment