GEMPAR!!! Lim Guan Eng Menganiaya Pemandu Teksi Pulau Pinang? [Saksikan...] Posted: 26 Jul 2013 07:43 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah digemparkan dengan berita yang katanya Lim Guan Eng menganiaya para pemandu teksi Pulau Pinang, betul ke?? Jom saksikan berita seterusnya.... GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini. Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan. "Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik. "Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini. Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan. Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. |
PANAS!!! Utusan Perlu Dikenakan Tindakan Kerana Mengugut? Posted: 26 Jul 2013 04:12 AM PDT Lim Guan Eng (gambar) hari ini menyelar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita palsu pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi baru-baru ini. Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Utusan Malaysia menggunakan kaedah menggugut untuk menakut-nakutkan orang ramai, bahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato A Thaiveegan sendiri menafikan bercakap mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia. "A Thaiveegan tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini. "Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi," katanya. "Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu. "Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," katanya. Sementara itu, Lim juga mengecam terhadap ugutan bunuh dalam kes membabitkan murid disuruh makan di bilik mandi sekolah yang mendapat perhatian baru-baru ini. "DAP juga mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor. "Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah," katanya. Kontroversi membabitkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya. Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu. Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya. - 26 Julai, 2013. TMI. |
Kuala Besut, 'Kuala Ujian' - Nik Aziz Posted: 26 Jul 2013 01:41 AM PDT SAYA membaca keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini (semalam) yang menyaksikan Pas gagal menawan Dun Kuala Besut daripada penguasaan Umno/BN. Dalam erti kata lain, tawaran Pas kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat Dun Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin. Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon Pas berkempen dalam PRK ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di Dun ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/BN menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit. Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh PR kecuali dua sahaja jatuh ke tangan BN. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi dan di sinilah Umno/BN gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya. Di sinilah letaknya tugas Pas selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri. Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." – Surah Yasin, ayat 6. Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah Pas mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat. Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak Umno/BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap. Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana. Nyata sekali Kuala Besut adalah 'kuala ujian'. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti Pas yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi. Hakikatnya, ini bukan kali pertama Pas tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti Pas yang berpenat lelah di bulan Ramadan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa' ayat 104). Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala! Salam hormat. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am Pas |
TERKINI!! Demo Tanda Sokongan Kepada Dr. Morsi Di Kedutaan Mesir KL Posted: 26 Jul 2013 12:13 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan... IniKalilah menunjukkan gambar demo sebagai tanda sokongan kepada Dr. Mohammed Morsi sedang berlangsung, semua sedang menuju ke Kedutaan Mesir... |
GEMPAR!!! 'Suami Mati Tergantung' Posted: 25 Jul 2013 11:44 PM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan... Inikalilah Dikejutkan dengan berita kejadian 'Suami Mati Tergantung Di Jeli'... JELI – Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin. Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka. Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini. -Kosmo |
GANAS!!! 7 Lelaki Bersenjatakan Parang Serang Penguat Kuasa MPAJ Posted: 25 Jul 2013 05:25 PM PDT AMPANG - Sekumpulan tujuh lelaki bersenjatakan parang menyerang lima pegawai dan 20 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak berpuas hati tindakan MPAJ menampal notis struktur binaan haram di premis di Kampung Pandan, di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pegawai dan anggota penguat kuasa MPAJ itu ditugaskan untuk memberi notis kepada penduduk dan pemilik premis atas kesalahan mendirikan struktur di tempat awam. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ, Rosliza Mohd berkata, sekumpulan lelaki itu menyerang pegawai dan anggota MPAJ ketika mereka menampal notis di premis tidak berpenghuni. "Kesemua pegawai dan anggota MPAJ melarikan diri. Tiada cedera, namun kumpulan itu merosakkan kenderaan milik MPAJ," katanya. Menurutnya, kumpulan itu memecahkan cermin lori, bocorkan dua tayar lori dan tayar sebuah motosikal. Katanya, laporan dibuat salah seorang pegawai MPAJ di balai polis berhampiran pada keesokan hari. "Atas nasihat polis, tindakan penyerahan notis di kawasan itu ditangguh," katanya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menjejaki kesemua individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, jika keadaan seperti itu berterusan, kerja seperti penurapan, baik pulih jalan dan longkang terpaksa ditangguh. "Pembinaan dewan orang ramai di kawasan tersebut juga berkemungkinan akan ditangguhkan," katanya. Menurut kenyataan di laman sosial Adun Chempaka itu, jika keadaan tidak terkawal, program Pejabat Adun di kawasan itu juga terpaksa ditangguhkan. SH. |
You are subscribed to email updates from IniKalilah™ - Isu Hangat, Isu Semasa dan Terkini Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (21) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment