Monday, August 5, 2013

Re: RG2011... Apa itu Syiah?

 

Salam alaik,

Syiah bukan sesat dan Syiah bukan Mazhab. Syiah ialah agama lain. Syiah menuduh bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai KAFIR dan HALAL DIBUNUH.

Syiah ialah golongan minoriti dan Sunnah Wal Jamaah ialah majoriti. 

Syiah ada macam-macam Syiah. 

Yang paling hampir dengan Sunnah Wal-Jamaah ialah Gerakan Zaidiyyah di Yemen atau lebih popular dikenali sebagai Houthi. Dan di selatan Saudi yang paling hampir ialah Sulaimaniyah. Kedua-dua feqah hampir Shafei dan bersolat 5 waktu. 

Yang paling jauh daripada Agama Islam dikalangan Syiah ialah Druze ( Lubnan, Syria dan Selatan Turki ), Ismaili ( banyaknya di Utara Pakistan, Afghanistan, Tajikistan ), Ahlul Haq ( Iraq ), Alevi ( Turki ), Alawiyah Nasriyah ( Syria ) dan Bektashi ( Albania ). Mereka ini tiada puasa, tiada Qur'an, tiada Kiblat, tiada Solat dan tiada Solat Jumaat. Kalau adapun zakat yang pelik-pelik. Kebanyakkanya ARAK HALAL. 

Yang paling banyak menipu dan kuat membohong dan punya beribu-ribu hadith palsu ialah Syiah Jaafariyah ( Imamiyah ) di Iran, Iraq dan Timur Saudi. Mereka ini paling bahaya. 

Bagi Syiah Jaafariyah, maqam Abu Bakar, Umar dan Usman serta Sitti Aisyah ialah berhala. Bagi Syiah Jaafriyah, setelah datangnya Imam Mahdi kelak, 3 orang sahabat Rasulullah ini dan isteri Rasullah akan dihidupkan semula dan akan ditelanjangkan lalu disula dan diseksa di khalayak ramai. Masjid Nabi juga akan dimusnahkan.

Malahan, apabila golongan Syiah Jafariyah bertemu antara satu sama lain dan ketika dalam kesusahan, mereka akan memanggil-manggil ALI MADAD dan YA HUSSEIN. 

AYATOLLAH KHOMENEI banyak mengeluarkan fatwa pelik termasuklah menghalalkan dubur kanak-kanak perempuan yang dinikahi jika mereka belum baligh. Banyak lagi. 

HAL SOLAT
Syiah Jaafariyah ( Imamiyah ) bersolat dan azan 3 waktu sahaja. Wudu' Syiah dalam hal kaki hanya usap atas sahaja. SEMUA SYIAH tidak akan bersolat Jumaat dibelakang Imam Sunnah Wal Jamaah. Ini kerana Khutbah Syiah wajib memasukkan CACI-CACIAN terhadap Sahabat Rasulullah dan Sitti Aisyah. Golongan Syiah yang bersolat suka menggunakan BATU KARBALA sebagai tempat sujud atau apa-apa sahaja yang mewakili Batu Karbala sekiranya tiada.

Kubur Sitti Ruqayah dan Sitti Zainab adalah KIBLAT mereka dalam solat apabila menziarahi kedua-duanya kerana telah difatwakan sebagai lebih AFDHAL DARI MAKKAH. 

Mereka digalakkan meratap melalak melolong dalam Khutbah Jumaat dan ketika di mana-mana jua perkuburan yang mereka muliakan. 

HAL PUASA RAMADAN
Syiah Jaafariyah berpuasa SEHARI LAMBAT dari SUNNAH. AIDIL FITRI SEHARI LAMBAT. BERBUKA 5 hingga 10 minit lambat. Selain daripada Jaafariyah, GOLONGAN SYIAH LAIN TIADA PUASA.

HAL AQIDAH
Jaafariyah berkata wajib percaya kepada Imam Mahadi mereka dan ada dalam syahadah mereka. Siapa yang tak percaya pada Imam Mahdi mereka, bukan Islam. Sebab tu mereka halalkan darah kaum Sunnah Wal Jamaah dan memanggil kita kafir. Imam Mahadi mereka tersembunyi dalam gua beratus-ratus tahun lamanya dan kelak akan keluar bersama-sama dengan Qu'ran yang sebenar. Ini kerana mereka kata Qur'an kita tidak lengkap kerana tiada Surah Wilayah yang mempunyai 10 juzu' tersembunyi. Juzu' yang diperkatakan penuh dengan pujaan terhadap ciri-ciri kemuliaan para keluarga Nabi yang hampir mirip macam Tuhan.

Ingat. SYIAH IALAH AGAMA LAIN walaupun mereka mengaku Islam, mereka tetap bukan. Mereka sama seperti Bahai, Ahmadiyyah Qadyani dan Babisme. Mengaku Islam tapi sebenarnya bukan.

Jangan tertipu dengan HELAH KAUM SYIAH yang penuh pembohongan.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: noraziziah abdullah <noraziziah@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, August 5, 2013 8:32 AM
Subject: Re: RG2011... Apa itu Syiah?

 
baru2 ni pendakwah bebas ustaz nazmi karim, beliau telah menjelaskan apa itu syiah. apa yg en nazir maklumkan mengenai syiah di bawah adalah berbeza sekali dengan apa yg disampaikan oleh beliau.

mengikut kata ustaz, rukun islam bagi gol syiah sama seperti kita tetapi kalimah syahadah digantikan dengan percaya pd imam 12..wallahualam..

pun begitu, gol syiah sangat2 menyanjung keluarga nabi. tetapi hanya hussin, saidina ali & seorg lagi (maaf sy lupa siapa) yang disanjung. di mana lagi anak2 nabi dan menantu nabi yang lain? kenapa mereka hanya menyanjung & menyebut2 nama di atas tetapi x semua ahli keluarga nabi? wallahualam

banyak maklumat yg beliau sampaikan pd kami. mungkin en nazir boleh berjumpa sendiri dengan ustz nazmi utk makluman lanjut. wallahualam. hanya Allah maha mengetahui.

From: mohd nazir <abi_hariry@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, August 2, 2013 10:26 PM
Subject: Re: RG2011... Apa itu Syiah?

 
SYIAH SESAT?

Saya hairan dengan perilaku sebahagian Muslim yang menganggap Syiah aliran sesat dan bukan bahagian dari Islam, padahal sudah jelas kalau Syiah sesat mestinya Iran tidak boleh masuk sebagai anggota OIC & 60 Negara Islam mengakui Iran Sebagai negara Muslim dengan nama 'Republic Islam of Iran' Bukan 'Republik Syiah of Iran".

Mengatakan Syi'ah imamiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu'a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia. Ketua MUI pun saat kunjungan ke Iran pada tanggal Iran Tanggal 28 April 2011 pernah berkata "Syiah Itu Sah dan Benar sebagai Mazhab dalam Islam".

Fatwa-Fatwa Resmi Ulama Besar Sunni Berkenaan Mazhab Ja`fari (Syiah Imamiyah/Syiah 12 Imam) Universiti Al-Azhar Asy- Syarif yang berada di kota Kairo-Mesir telah menjadi pusat dan kiblat pendidikan bagi masyarakat Ahlus Sunnah. Al-Azhar telah banyak mencetak para ulama dan tokoh Ahlus Sunnah yang kemudian tersebar di segala penjuru dunia. Para alumni al-Azhar dapat bersaing dengan alumni-alumni Timur Tengah seperti Saudi Arabia, Sudan, Tunis, Moroko, Jordan, Qatar, Yaman dan negara-negara lainnya. Inilah salah satu penyebab al-Azhar menjadi semakin berpengaruh di berbagai negara muslim dunia, sehingga seorang pemimpin al-Azhar menjadi rujukan dan panutan bagi pemimpin perguruan tingi lain di Timur Tengah.

Berikut ini beberapa fatwa dari para petinggi al-Azhar berkenaan kebebasan beramal dengan mazhab Ja`fari, atau yang lebih dikenal dengan sebutan Syiah Imamiah Itsna 'Asyariyah. Kita akan mulai dengan fatwa dari guru besar yang memulai fatwa pembolehan tersebut.

Fatwa Rektor Universiti Al-Azhar, Syaikh Al-Akbar Mahmud Syaltut
Pejabat Pusat Universiti al-Azhar
 
Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
 
Teks Fatwa yang dikeluarkan Yang Mulia Syaikh Al-Akbar Mahmud Syaltut, Rektor Universiti Al-Azhar tentang Kebolehan Mengikuti Mazhab Syiah  Imamiah
 
Soal:
Yang Mulia, sebahagian orang percaya bahawa penting bagi seorang Muslim untuk mengikuti salah satu dari empat mazhab yang terkenal agar ibadah dan muamalahnya benar secara syar'i, sementara Syiah Imamiah bukan salah satu dari empat mazhab tersebut, begitu juga Syiah Zaidiah. Apakah Yang Mulia setuju dengan pendapat ini dan melarang mengikuti mazhab Syiah Imamiyah Itsna 'Asyariyah misalnya?

Jawab:
1. Islam tidak menuntut seorang Muslim untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu. Sebaliknya, kami katakan: setiap Muslim punya hak mengikuti salah satu mazhab yang telah diriwayatkan secara sahih dan fatwa-fatwanya telah dibukukan. Setiap orang yang mengikuti mazhab-mazhab tersebut boleh berpindah ke mazhab lain, dan bukan sebuah tindakan criminal baginya untuk melakukan demikian.

2. Mazhab Ja'fari, yang juga dikenal sebagai Syiah Imamiyah Itsna 'Asyariyyah (Syiah Dua Belas Imam) adalah mazhab yang secara agama benar untuk diikuti dalam ibadah sebagaimana mazhab Sunni lainnya. Kaum Muslim wajib mengetahui hal ini, dan sebolehnya menghindarkan diri dari prasangka buruk terhadap mazhab tertentu mana pun, kerana agama Allah dan Syari'atnya tidak pernah dibatasi pada mazhab tertentu. Para mujtahid mereka diterima oleh Allah Yang Mahakuasa, dan dibolehkan bagi yang bukan-mujtahid untuk mengikuti mereka dan menyepakati ajaran mereka baik dalam hal ibadah maupun transaksi (muamalah).

Mahmud Syaltut.

Fatwa di atas dikeluarkan pada 6 Juli 1959 dari Rektor Universiti al-Azhar dan selanjutnya dipublikasikan di berbagai penerbitan di Timur Tengah antara lain: Surat kabar Ash-Sha'ab (Mesir), terbitan 7 Juli 1959. Surat kabar Al-Kifah (Lebanon), terbitan 8 Juli 1959.

Juga dapat ditemui dalam buku Inquiries About Islam oleh Muhammad Jawad Chirri, Direktur Pusat Islam Amerika (Islamic Center of America),1986, Detroit, Michigan.
Demikian pandangan Saya tentang Syiah salah satu mahzab Ahlul bayt, Mohon maaf jika sedikit acak-acakan karena tulisan ini saya posting via Hp
Wa 'alaikum salam wr.wb
 


From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
To: Teman TM <TemanHidup@yahoogroups.com>; "'respeks_group@yahoogroups.com'" <respeks_group@yahoogroups.com>; "'chainz_of_frenz@yahoogroups.com'" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 1 August 2013, 17:01
Subject: RG2011... Apa itu Syiah?

 
Apa itu Syiah? Ada apa dengan Syiah?
Dan kita masih berdiam diri .
Masih tak mahu ambil tahu .
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa.
 
MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni. Baca secara santai, insyaAllah takkan rasa terbeban.
Dan sekurang-kurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah.
 
-------------------------------------------------------------------------
 
APA ITU SYIAH ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Saba'.
Akidah yang bertentangan dengan Sunni. Syiah dari bahasa itu bermaksud penolong/pembantu.
 
SIAPA DIA ABDULLAH BIN SABA' ?
Dia adalah seorang Yahudi. Berasal dari Yaman.
Telah datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik.
Semasa tu, zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan. Saidina Uthman tak layan dia. Maka dia jadi marah.
Lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa, "Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni.
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah.
 
Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza. Tolong faham.
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil).
Tetapi, Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ. Kerana itu diisytiharkan SESAT!
 
SEBAB APA SYIAH TERPESONG DAN SESAT ?
Antaranya ialah Syiah mendakwa:
 
1.    Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .
 
2.    Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .
 
3.    Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .
 
4.    Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .
 
5.    Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .
 
6.    Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , "Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah.." Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.
 
7.    Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , "Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah.." .
 
8.    Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam, lagi banyak darah yang mengalir, lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .
 
9.    Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .
 
---------------------------------------------------------------------------
 
Astaghfirullahala'zim .
Nauzubillahimindzaliq .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
 
Jelas dak? Bahawa syiah ini telah jauh terpesong.
Mereka mensyirikkan Allah.
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah.
Allah..Allah..Allah..
 
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf, Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita.
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel, tetapi juga Rusia, China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan 'heronya'. Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita.
Mereka adalah antara yang menghantar/membekalkan bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad laknatullah untuk membunuh tentera Islam.
 
Ingat duhai kengkawan, SYIAH ITU SELAMANYA SESAT.
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah , WAJIB kita betulkan.
 
Nota tambahan: Tahu air mineral ECPI ? Alaa, air yang mahal tu.
Korang jangan terkejut! Air itu air syiah yakni sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT! Harap maklum.
 
LAGI SAMBUNG…
 
SYIAH SUKA BERTAQQIYYAH ?
Mereka memang suka dan disarankan dengan akidah bertaqqiyyah yakni berbohong, berpura-pura.
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka. Hanya dengan bertaqqiyyah, mereka mampu memperlihatkan bahawa mereka juga seperti ASWJ (zahirnya).
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~
 
---------------------------------------------------------------------
 
Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .
 
Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka . Pftttt =="
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? =="
 
Alhamdulillah. Perkongsian buat semua di pagi Jumaat yang indah ini..
Semoga Allah membantu kita dalam kewajiban mempertahankan akidah kita.
Ya Allah, jauhilah kami dari kesesatan Syiah, matikanlah kami dalam Iman, dalam Islam yang sebenar-benarnya. Aamiin.
 
 
 






__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (12)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment