KENYATAAN AKHBAR
31 OGOS 2013
Loji Sungai Selangor (SSP) SSP1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam.
Bermula 12.30 tengah malam hingga 1:30 pagi tadi, SSP1 & SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenas pasti tiada lagi kesan pencemaran.
Pada jam 4 pagi sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak 5 meter.
Kita menjangkakan bekalan air bersih kepada pengguna akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini.
Kita mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) supaya tidak menggunakan alasan ini untuk membiarkan gangguan bekalan air kepada pengguna berleluasa sedangkan masalah pencemaran ini telah pun dikawal.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang telah bekerjasama dgn SPLASH bagi memastikan loji-loji berkenaan beroperasi semula.
JAS, LUAS dan SPLASH telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Alam Flora dalam kenyataannya hari ini berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab kerana syarikat itu bukan pemilik atau mempunyai kaitan dengan bengkel
penyelenggaraan lori sampah yang dimaksudkan sebagai punca pencemaran itu.
Alam Flora juga berharap agar pencemaran di sungai itu dapat diselesaikan segera dan bekalan air akan kembali normal seperti sediakala.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat berkata kesemua empat loji air yang ditutup semalam akibat tumpahan minyak
di Sungai Selangor beroperasi semula hari ini.
Md Khairi berkata pihaknya telah menjalankan proses penyedutan minyak serta air sungai yang tercemar akibat tumpahan minyak diesel itu.
"Pada pukul 1 pagi ini, saya menerima maklumat bahawa kesemua empat loji itu sudah mula beroperasi semula, tetapi masih belum pulih sepenuhnya," katanya
kepada Bernama ketika diminta mengulas perkembangan terbaru gangguan bekalan air itu.
Empat loji yang terlibat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2), Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata walaupun loji berkenaan sudah beroperasi,
namun ia mengambil masa untuk membekal air seperti biasa.
- Bernama
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment