Hasrat membantu mangsa ragut bertukar tragedi
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
AMPANG JAYA - Seorang kakitangan wanita di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, maut selepas diragut di hadapan pos pengawal keselamatan sebuah kondominium di Taman Cempaka Ampang, di sini, semalam.
Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi, mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, baru pulang dari kerja dan sedang berjalan kaki masuk ke kondominium terbabit.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, bagaimanapun mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal yang
Beliau berkata, berlaku pergelutan antara mereka, sebelum datang dua lelaki berusia 21 dan 23 tahun menaiki kereta jenis Proton Wira cuba memberi bantuan.
"Mereka sebenarnya sudah terlajak ke hadapan, namun kerana niat mahu membantu, pemandu kereta bertindak mengundur laju untuk melanggar dua suspek yang
"Seorang daripada suspek terjatuh, namun sempat bangun dan melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.
Amiruddin berkata, kedua-dua lelaki yang
"Mereka terus membawa mangsa ke sebuah hospital swasta berdekatan untuk rawatan lanjut, namun mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.
Katanya, polis sudah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pos pengawal keselamatan dan memperoleh beberapa petunjuk yang dipercayai boleh membantu siasatan.
Menurutnya, polis sudah mengenalpasti dua lelaki berusia 20-an yang
Beliau berkata, polis sudah merakamkan
Amiruddin berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan laporan mendapati kecederaan mangsa konsisten dengan impak akibat kemalangan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 kanun Keseksaan kerana rompakan menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1941.
'Semuanya seperti mimpi'
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
MUAR – "Ketika kejadian, saya dalam keadaan separuh sedar. Kemalangan yang berlaku rasa seperti mimpi. Saya dengar bunyi dentuman kuat kemudian ada bunyi cermin pecah.
Bila sedar saya sudah berada di hospital dan lengkap berpakaian hospital," kata Siti Nur Shuhada Abdul Rahman, 20, ketika menceritakan pengalamannya terbabit dalam nahas ngeri yang mengorbankan ibunya, Mahani Othman, 56, serta empat saudara lain.
Siti Nur Shuhada adalah salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dengan sebuah lori kontena di Batu 8, Bukit Kangkar, Jalan Muar-Tangkak dekat sini, kelmarin.
Dia yang duduk di bahagian kiri tempat duduk belakang kenderaan terbabit berkata, semua yang ada dalam kereta mungkin sedang tidur kerana suasana sunyi. Biasanya mereka akan berbual-bual.
"Saya masih terkejut dengan kejadian itu dan tidak dapat terima kehilangan ibu, namun bersyukur tidak mengalami kecederaan yang serius," katanya yang patah tangan kanan.
Manakala seorang lagi mangsa yang terselamat, Siti Hajar, 30, kakak kepada Siti Nur Shuhada, berada dalam keadaan stabil tetapi mengalami pendarahan di dada, patah tengkuk, patah tulang belakang dan cedera bahagian pinggang
Suami Siti Hajar, Mohd Razlan Kosnan, 40, ketika ditemui berkata, dia mengetahui berita yang menimpa isterinya melalui salah seorang saudaranya kira-kira jam 7.30 malam, kelmarin.
"Saya bekerja di Klang dan mereka menetap di
"Saya tak sangka, kematian saudara di Kuantan diikuti
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Kuantan, Siti Hajar memandu kereta milik arwah ibu mertua sebelum pemanduan diteruskan pula oleh Jasilah Othman untuk pulang ke Kampung Asam Kumbang, Parit Amat, Jalan Abdul Rahman, di sini.
"Sepatutnya jam 10 pagi, isteri bertolak pulang ke Kulaijaya untuk mengajar sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Kulaijaya," katanya yang memberitahu ketika kejadian isterinya duduk di sebelah pemandu.
Sementara itu, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, Siti Nur Ain, 24, masih tidak sedarkan diri sejak kemalangan itu dan kini dirawat di Unit Rawatan Kecemasan (ICU).
Beliau memberitahu, mangsa mengalami pendarahan otak dan berada dalam keadaan koma serta beberapa kecederaan dalaman lain yang serius.
Difahamkan, paha kanan Siti Nur Ain patah dan tulangnya hancur, tangan sebelah kanan patah enam selain mengalami pendarahan dalaman di bahagian dada.
Oleh: NORFARAHAH OTHMAN
Tarikh: August 30, 2013
BENTONG –
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mayat yang masih belum dituntut ialah Nagendrarai warganegara Nepal, Itoya Magdaline, warganegara Nigeria dan Arthur Masih, warganegara India.
Katanya, dua mayat wanita warganegara
"Pihak hospital dan polis masih menunggu waris kelima-lima mangsa untuk membawa pulang mayat memandangkan semua urusan bedah siasat sudah selesai.
"Waris boleh berhubung terus dengan pihak hospital bagi tujuan tuntutan dan barangan peribadi milik mangsa juga boleh diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong," katanya.
Dalam perkembangan sama, laporan lengkap berhubung kejadian itu masih belum diperoleh dari beberapa agensi dan pihak yang terlibat.
Katanya, selepas semua lengkap, punca sebenar kejadian kemalangan melibatkan 37 kematian dan 16 mangsa cedera itu akan dimaklumkan kepada umum.
Isu hina Islam: DAP gesa siasat pemilik FB
Oleh: NOOR FAIZAL GHAZALI
Tarikh: August 30, 2013
ALOR SETAR - DAP Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan akaun facebook yang menghina agama Islam.
Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya terkejut mendapati wujudnya individu yang menggunakan nama 'Adlin Binti Abd Jalil, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara' yang menghina ALLAH dan Nabi Muhammad secara terang-terangan.
Menurutnya, pemilik akaun facebook berkenaan didapati sudah sekian lama melakukan perbuatan terkutuk itu, malah diikuti lebih 21,000 pengikut.
"Kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap akaun facebook berkenaan kerana secara jelas melakukan penghinaan terhadap agama Islam, malah mempermainkan dan mengeji ALLAH serta Nabi Muhammad SAW
"Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera bagi menyekat akaun tersebut," katanya ketika ditemui selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, baru-baru ini.
Syed Araniri berkata, tindakan individu terbabit adalah sangat keterlaluan jika dibandingkan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam yang timbul sebelum ini.
"Ini penghinaan yang paling teruk yang pernah kita lihat.
Saya dapati perkara ini sudah wujud sejak
"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berada di dunia facebook kerana boleh mempengaruhi orang lain secara psikologi. Kita berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa secepat mungkin," katanya.
Tambah beliau lagi, perkembangan akaun facebook berkenaan sememangnya diikuti ramai orang yang mengutuk tindakan itu dengan berbalah dan berhujah pelbagai persoalan.
"Namun, amat kita kesali kerana tiada sesiapa pun yang membawa hal ini ke hadapan supaya boleh diambil tindakan sewajarnya. Orang seperti ini tidak boleh ada di dalam facebook kerana boleh mempengaruhi secara psikologi.
"Ini adalah persoalan akidah ummah, di mana secara jelas perbuatan individu berkenaan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini," tegasnya.
Tiga remaja bertempiaran
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
SEGAMAT - Tindakan pantas dan keprihatinan seorang jiran menghubungi talian hotline polis berjaya mematahkan cubaan tiga remaja lelaki mencuri motosikal di Taman Perumahan Awam Chaah, di sini, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian jam 3.40 pagi itu disedari seorang jiran lelaki di taman perumahan itu ketika bangun membuang air kecil sebelum terdengar suara suspek sedang berbual.
"Butir perbualan tidak berapa didengari lelaki berkenaan, tetapi apabila dia meninjau tingkap rumahnya, dia melihat suspek sedang menyorong motosikal Yamaha LC 135 milik jirannya.
"Lelaki tersebut mengesyaki sesuatu tidak kena apabila susuk tubuh ketiga-tiga suspek yang kecil dan dia percaya mereka
Menurutnya, suspek yang terdengar suara pengadu menghubungi polis lari bertempiaran dan berpecah meninggalkan motosikal curi tersebut di tengah jalan.
Tambahnya, seorang daripada tiga suspek tersebut ditahan polis yang tiba di tempat kejadian kurang 10 minit selepas dihubungi pengadu.
"Pemeriksaan mendapati, remaja berusia 15 tahun itu berasal dari Batu Pahat dan sudah berhenti sekolah. Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan suspek juga memberitahu dua lagi rakannya berusia belasan tahun dan tidak bersekolah.
"Kami memuji sikap prihatin jiran berkenaan yang tidak mementingkan diri sendiri dan menyimpan nombot Hotline Polis Segamat kerana aduannya yang pantas dan tepat membantu kami bergerak dengan cepat," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang terlihat perkara atau aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi IPD Segamat di talian 07-931222 untuk menyalurkan maklumat.
Kereta bertembung, dua pemandu maut
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
BATU PAHAT – Dua lelaki maut selepas kenderaan masing-masing bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 126, Jalan Johor Bahru Seremban, berhampiran Yong Peng, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku jam 2.30 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu pemandu Nissan Navara, Pang Siew Leong, 62, dan pemandu Toyota Hilux, Kim Kar Heng, 45, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah organ dalaman.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Nissan Navara dari arah Yong Peng menghala ke Labis terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
"Kejadian itu menyebabkan sebuah Toyota Hilux di laluan tersebut tidak sempat mengelak dan berlanggar dengan Nissan Navara itu.
"Selain itu, kejadian berlaku ketika cuaca hujan lebat menyebabkan Nissan Navara itu melanggar lopak air sebelum terbabas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurut Din, kedua-dua mangsa berasal dari Segamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Siasatan lanjut akan diteruskan dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Orang ramai juga dinasihati lebih berhati-hati terutama ketika hujan bagi mengelak menjadi mangsa kemalangan yang mengorbankan nyawa," katanya.
Mangsa majikan licik
Oleh: SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
Tarikh: August 30, 2013
JOHOR BAHRU – Niat seorang remaja mencari pekerjaan melalui laman forum di internet bertukar tragedi apabila dia kini menjadi sasaran pembeli produk perniagaan dalam talian untuk menuntut ganti rugi setelah akaun banknya disalahgunakan majikan.
Mangsa, Lam Kok Hoong, 18, berkata, kisah
Bagi mendapatkan pekerjaan itu, dia diminta membuka empat akaun bank dan menyerahkan buku akaun termasuk kad pengeluaran wang automatik kepada David sebagai transit wang perjudian dari pelanggan sebelum dipungut oleh lelaki itu.
Akibat terlalu ghairah untuk bekerja dia akur dengan segala arahan majikannya itu malah mempercayai dengan menyerahkan semua dokumen perbankan atas namanya tanpa berfikir panjang.
"David menemani saya membuka keempat-empat akaun bank berkenaan, dan saya diminta memantau transaksi aliran wang masuk dari pelanggan perjudian ke dalam akaun itu secara dalam talian dari rumah.
"Saya bertambah yakin dengan tawaran kerja yang diberikan kerana terdapat aliran wang keluar masuk di akaun," katanya dalam satu sidang media bersama Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason teoh, semalam.
Kok Hoong berkata, keadaan mula berubah apabila David meminta kebenaran untuk menjual kamera digital secara dalam talian melalui akaun forum miliknya dan dia akan diberikan imbuhan
"Demi menambah pendapatan, saya membenarkan David menggunakan akaun Jbtalks saya sejak 9 Ogos lalu untuk menjual kamera bernilai RM3,000 yang dijual pada harga RM1,600.
"Malah David turut membuka satu akaun Jbtalks untuk menyamar sebagai pembeli kamera bagi menarik perhatian pelanggan lain.
"Pembeli yang berminat membeli kamera juga perlu memasukkan wang pendahuluan separuh dari harga kamera ke dalam mana-mana empat akaun yang saya buka sebelum ini," katanya.
Dia mula mengesyaki ditipu berapa hari kemudian apabila terdapat sekumpulan pembeli menimbulkan rasa tidak puas hati kerana kamera yang dibeli tidak sampai dan meminta ganti rugi darinya.
"Sejak dari itu saya
"Saya juga terpaksa membayar RM3,000 secara ansuran kepada seorang pembeli setelah dia merampas komputer riba milik saya ketika datang ke rumah," katanya.
Katanya, keseluruhan transaksi wang yang dimasukkan ke dalam empat akaun banknya bagi penjualan kamera dianggarkan berjumlah RM20,000 membabitkan lebih sepuluh pembeli, namun kesemua wang sudah dikeluarkan David.
Kok Hoong berkata, maklumat peribadi dan alamat kediamannya turut tersebar susulan kejadian itu dan segera membuat laporan polis bagi mengelak dari terus diancam dan menjadi sasaran pembeli yang tertipu.
Maut kereta rempuh pokok
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Sekolah,di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Henry Low 28, dari Kuala Kurau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini sebelum kereta dinaikinya hilang kawalan secara tiba-tiba.
Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dada akibat hentakan kuat pada stereng kereta jenis Proton Wira yang dipandunya.
Saksi kejadian, Lee Huat, 51 memaklumkan, dia sedang tidur ketika kejadian dan terjaga setelah mendengar bunyi dentuman kuat di hadapan kawasan rumahnya.
"Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat sebuah kereta dalam keadaan berasap pada sebatang pokok.
"Saya hubungi ambulans dengan segera setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan serius di kepada dan dada," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai dan dibawa ke Hospital Parit Buntar dalam kadar segera.
Bagaimanapun, menurutnya, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Taiping selepas itu berikutan keadaannya kritikal dan disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
"Mayat mangsa telah dituntut keluarga pagi semalam (kelmarin) setelah proses bedah siasat selesai," katanya.
Samun kereta sebelum pecah masuk kedai
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan, pekerja kilang berusia 26 tahun lebih dahulu di samun di hadapan rumahnya sebelum premis tempat mangsa bekerja dipecah masuk.
Menurut Chang Keong, dalam kejadian pertama tiga daripada ahli kumpulan terbabit menyamun mangsa dengan memecahkan cermin kereta serta mengacu parang ke leher mangsa.
"Insiden berlaku pada lebih kurang jam 9.40 malam di sebuah rumah di Taman Pengkalan Megah menyebabkan mangsa kehilangan beberapa dokumen pengenalan diri termasuk wang tunai.
"Antara barangan yang dilarikan adalah MyKad, lesen memandu, pasport antarabangsa, dua kad kredit, tiga kad ATM, kad perubatan, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM100," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Chang Keong berkata, suspek turut merampas kunci kedai elektrik yang disimpan dalam kenderaan mangsa sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal.
"Beberapa jam selepas itu, kumpulan sama telah memecah masuk kedai elektrik di Taman Pengkalan Utama.
"Siasatan mendapati kumpulan itu masuk ke dalam premis melalui pintu depan dipercayai menggunakan kunci yang dirampas daripada mangsa," jelasnya.
Tambahnya, semua pergerakan mangsa dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera turut berbunyi menyebabkan semua suspek segera melarikan diri.
Katanya, hasil pemeriksaan dalam kedai mendapati empat kamera, lapan telefon bimbit dan
"Secara keseluruhan, jumlah kerugian bagi kedua-dua kes dianggarkan lebih kurang RM38,000.
"Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Jenayah IPD Ipoh yang sedang menjalankan Ops Cantas Khas berjaya menahan dua lelaki di hadapan kompleks membeli belah di sini, lebih kurang jam 6.15 petang," katanya.
Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit dan sebuah kamera daripada dua lelaki itu dan hasil soal siasat mendapati mereka terbabit dalam kedua-dua kes.
"Dua lagi suspek ditahan di Kampung Cempaka Sari, empat jam kemudian dan sebuah kamera turut dirampas. Seorang lagi suspek ditangkap di sebuah rumah di Taman Sri Sayang, di sini, pada jam 11.15 malam.
"Suspek berusia antara 18 hingga 28 tahun berasal dari
Lelaki maut tersepit
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
BATU KURAU – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori pasir dekat hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Yaman, Batu 20, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, kereta Proton Satria dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu menghala ke Batu Kurau bertembung lori pasir yang menghala ke Kamunting sebelum kedua-duanya terbabas dan masuk ke dalam parit.
Akibatnya, pemandu Satria berkenaan maut di tempat kejadian dan ketika kejadian, keadaan cuaca agak buruk iaitu hujan lebat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penguasa Bomba Kanan, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mati di tempat kejadian.
"Seramai enam anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting ditugaskan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Taufiq berkata, kira-kira satu jam sebelum kemalangan itu, satu kejadian ribut berlaku di sekitar Kamunting termasuk Taman Bukit Jana.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebuah khemah diterbangkan angin dan tersangkut di atas bumbung sebuah rumah di kawasan berhampiran.
"Kami menerima panggilan bagi membantu mangsa untuk menurunkan khemah terbabit selain memastikan kabel yang tersangkut pada khemah itu dialihkan dengan selamat.
"Operasi terbabit berjaya disempurnakan kira-kira jam 5 petang dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.
Pemuda dakwa dipukul polis
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
SITIAWAN - Seorang pemuda mendakwa dipukul anggota polis sehingga cedera di beberapa bahagian badan selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan Taman Sejati, di sii, 26 Ogos lalu.
Pengadu, Law Keat Siang, 20 memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam dan dia memandu berseorangan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta lain.
Menurutnya, dia telah berhentikan kereta bagi membincangkan masalah pelanggaran itu supaya dapat diselesaikan.
"Kereta berkenaan dinaiki dua lelaki dan salah seorang mendakwa dirinya polis. Dia berpakaian biasa tetapi telah menunjukkan kad akuan sebagai polis.
"Dia minta kad pengenalan saya tetapi saya tak beri kerana dia tidak berpakaian seragam polis ketika kejadian," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Sitiawan, semalam.
Tambah Keat Siang, dua lelaki tersebut menghubungi seseorang dan selepas itu dua anggota polis tiba menaiki sebuah kereta peronda.
"Mereka gari saya sebelum sempat saya beri penjelasan mengenai kejadian. Mereka juga memukul saya sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk luka di pipi kiri, lebam mata kiri, sakit di belakang kepala dan leher.
"Mereka bawa saya ke Balai Polis Seri Manjung dan masukkan saya ke dalam lokap selama satu malam. Saya terkilan kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar," katanya.
Katanya, sekiranya lelaki terbabit ingin membuat rundingan berkenaan bayaran, dia sanggup membayar pada keesokan hari namun tidak diberi peluang melakukannya.
Keat turut memaklumkan bahawa satu laporan berkenaan kejadian telah dibuat di Balai Polis Seri Manjung.
Sementara itu, Setiausaha Politik Adun Sitiawan, Steven Cheong Ngin Koon berkata, perkara seumpama itu pernah berlaku setahun lalu namun belum ada tindakan hingga kini.
Beliau berharap polis dapat mengambil tindakan segera agar perkara itu dapat diselesaikan secara adil.
"Kami tahu polis menjalankan tanggungjawab mereka. Namun perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Kami tidak ambil ringan perkara ini dan siasatan dibuat secara terperinci untuk keadilan," katanya.
Lima individu direman
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
SUNGAI PETANI – Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tembakan yang berlaku dekat Sungai Division, Bukit Selambau Isnin lalu membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang cedera di jari kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan dan sehingga kini lima lelaki masih ditahan reman.
Menurutnya, tempoh tahanan reman akan berakhir 1 September nanti.
"Kita menahan lima individu bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Khalil, lima lelaki terbabit ditahan pada hari sama beberapa jam selepas kejadian.
Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu, seorang lelaki yang sedang memandu lori membawa muatan makanan lembu ditembak ketika sedang dalam perjalanan dari Padang Serai ke Kampung Sentero, Sungai Division.
Mangsa yang cedera di dua jari sebelah kanan dilaporkan stabil menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Kejadian dipercayai berlaku apabila dua lelaki menaiki motosikal datang dari arah belakang sebelum melepaskan tembakan yang mengenai tangan kanan mangsa.
Khalil berkata, berdasarkan rekod, mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh.
"Polis masih mengumpul maklumat untuk meneruskan siasatan berhubung kes ini," katanya.
Balasan rompak kedai 24 jam
Oleh: SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Tarikh: August 30, 2013
AYER KEROH - Gara-gara merompak RM90 dan dua botol minuman di sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira lima bulan lalu, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, Hairulnizam Hassim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Ahmad Sazali Omar selepas mengangguk faham dan mengaku salah pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas Muhammad Haiqal Alifi, 20, dan Nur Hamidah Ishak, 18, dengan mengambil wang tunai berjumlah RM90.80 serta dua botol minuman milik kedai 7-Eleven, kira-kira 3.50 pagi pada 23 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Peguam dari Jabatan Bantuan Guaman negeri, Yusliza Awal yang mewakili Hairulnizam ketika rayuan memohon hukuman diringankan kerana tertuduh mempunyai ibu bapa yang perlu ditanggungnya.
"Saya percaya, selain menyesal atas perbuatannya, tertuduh dari keluarga yang tidak pernah terbabit dalam kegiatan jenayah, tersilap memilih kawan hingga mengheretnya ke kancah jenayah," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad ketika mengendalikan kes meminta hukuman berat diberikan kerana ia membabitkan jenayah serius.
Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan tahun bermula tarikh tangkapan pada 20 April lalu dan juga dua sebatan.
Gempar panggilan bom palsu
Oleh: NUR SHARIEZA ISMAIL
Tarikh: August 30, 2013
SEREMBAN – Kakitangan dan orang ramai yang berurusan di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS), di Seremban 2, dekat sini dikejutkan dengan penggilan bom palsu yang dibuat seorang lelaki, pagi semalam.
Panggilan itu diterima seorang kakitangan unit kawalan harta Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) yang ditempatkan di meja penyambut tetamu, kira-kira 9.10 pagi.
Berikutan itu, penguru-san bangunan PKNNS segera mengarahkan kira-kira 300 kakitangan, peniaga dan orang awam dalam bangunan berkenaan supaya mengosongkan bangunan terbabit.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai panggilan misteri itu, polis segera bertindak dengan mengarahkan unit pemusnah bom ke bangunan terbabit.
"Setelah pemeriksaan selesai kira-kira 11.20 pagi, kita mendapati tiada sebarang tanda-tanda ada bom diletakkan di bangunan berkenaan dan ia berada dalam keadaan selamat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, polis akan terus menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemanggil tersebut menerusi operator Telekom.
Sementara itu, kakitangan yang menerima panggilan berkenaan, Mohd Zulkarnain Nazaran, 21, berkata, suara yang membuat panggilan mengatakan terdapat bom dalam bangunan itu amat jelas dan ia adalah suara lelaki.
"Sebelum saya mengangkat panggilan itu, saya tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi saya terkejut apabila dia memberitahu terdapat bom dalam bangunan ini.
"Saya kemudian terus memaklumkan kepada rakan sekerja dan pentadbiran Sains sebelum pihak pengurusan bangunan PKNNS mengarahkan kami semua segera mengosongkan bangunan ini," katanya.
Seorang lagi kakitangan Sains, Norzita Ismail berkata, panggilan bom palsu itu menggemparkan kakitangan yang ketika itu sedang sibuk bertugas.
Tiga tahun tunggu ayah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
LUKUT – Sudah lebih tiga tahun berlalu, namun tiga beradik, di sini tidak putus asa menanti kepulangan ayah mereka yang hilang tanpa jejak.
Ibu kepada tiga beradik, Ramnah Omil, 40, berkata, kali terakhir dia dan anaknya, Nur Syahira, 11, Mohd Khairil Razrul, 10, dan Mohd Khairul Azwan, 4, melihat suaminya, Hazri Salleh pada 31 Jun 2011.
Menurutnya, detik kehilangan suaminya bermula apabila dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar jam 6.30 petang di hadapan tanah perkuburan Islam Jalan Lama, Port Dickson.
"Ketika itu suami dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersendirian.
"Bagaimanapun di lokasi kejadian hanya dijumpai motosikal milik suami tetapi dia tiada," katanya.
Ramnah berkata, orang ramai mengatakan berkemungkinan Hazri dibawa ke hospital namun apabila diperiksa tiada pendaftaran rawatan dibuat di situ.
"Hubungan telefon juga terputus dan pelbagai usaha mencari Hazri dijalankan, namun semuanya gagal.
"Sehingga kini, walaupun saya sudah bernikah lain tetapi saya tetap tidak akan berputus asa mencari Hazri demi anak-anak," katanya.
Katanya, Hazri adalah seorang bapa yang baik dan anak-anaknya sehingga kini masih merinduinya.
"Hanya gambar dan baju peninggalan ayah mereka menjadi tempat anak-anak melepaskan rindu," katanya.
Sementara itu Nur Syahira berkata, ayahnya bekerja sebagai nelayan dan berpangkalan di Pengkalan Nelayan Port Dickson.
Menurutnya, pada hari kejadian ayahnya pergi kerja seperti biasa iaitu kira-kira jam 8 pagi dan pulang semula pada tengah hari kerana pada waktu itu dia demam.
"Namun ayah hanya menjenguk di pintu sebelum dia pergi semula," katanya.
Katanya, walaupun ketika itu dia baru berusia 8 tahun, namun peristiwa itu akan terus diingat dan tidak akan pernah luput di fikirannya.
"Kami adik beradik hanya mampu berdoa agar ayah masih hidup dan kembali mencari kami," katanya.
Ibu tunggal rugi RM1,200
Oleh: SYAIRI SHAARI
Tarikh: August 30, 2013
AMPANG - Seorang ibu tunggal mengalami kerugian RM1,200 setelah ditipu seorang ejen yang menawarkan skim komputer 1Malaysia.
Mangsa, Che Rohani Abdullah, 44, berkata, seorang lelaki berpakaian seperti pegawai kementerian datang ke rumahnya dan menawarkan skim komputer 1Malaysia.
"Saya mempercayainya kerana ejen tersebut memberitahu tentang latar belakang diri saya dan keluarga dengan tepat.
"Sebab itu saya tidak mengesyaki apa-apa ketika dia datang ke rumah," katanya.
Menurutnya, lelaki Melayu yang berusia sekitar 30-an itu memberitahu dia layak menerima rebat kerajaan berkenaan skim tersebut dengan harga sebuah notebook 1Malaysia hanya RM500 daripada harga asal iaitu RM1,900 sebuah.
"Sewaktu ejen memberi penerangan berhubung skim yang ditawarkan, saya bersama anak seperti dipukau dan terus bersetuju untuk membeli dua notebook tanpa soal selidik serta turut memberi wang proses sebanyak RM200.
"Malah, lidah saya kelu untuk bertanya tentang kad kuasa dan surat wakil ejen tersebut serta mempercayai apa sahaja penerangan yang diberikan," katanya yang tinggal di Pangsapuri Mesra Ria, Taman Pandan Mesra.
Che Rohani yang mempunyai tujuh anak berkata, selain diperdaya, dia telah menyerahkan salinan MyKad dan bil elektrik rumahnya kepada ejen berkenaan.
Katanya, dia juga menandatangani satu salinan borang permohonan komputer 1Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tanpa membaca kandungan syarat tersebut.
"Setelah bersetuju dan membayar jumlah harga yang diminta, ejen tersebut memberitahu akan menghantar notebook pada hari tersebut juga tetapi tidak muncul sehingga hari ini.
"Saya juga telah menelefon ejen itu tetapi panggilan tidak dijawab. Ketika itu, barulah saya sedar telah ditipu," katanya.
Menurutnya, ketika dia membayar wang kepada ejen tersebut, resit pembayaran juga tidak diberi kepadanya.
'Tak sanggup tinggal dalam neraka'
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
SABAK BERNAM – Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dia diperlakukan kejam oleh majikannya sehingga sanggup menendang dan memijak pinggangnya tanpa belas kasihan.
Sunarti (bukan nama sebenar), 30, berkata, peristiwa dia didera bermula sewaktu mula datang ke Malaysia Oktober 2011 ketika bekerja di sebuah restoran di daerah ini sebelum bertindak melarikan diri April lalu.
Menurutnya, dia didera fizikal dan mental pasangan suami isteri itu jika melakukan kesalahan kecil termasuk pernah dipukul dengan kayu dan dipijak hanya kerana tidak menutup pintu rumah majikannya.
"Saya dah tak sanggup tinggal dalam neraka itu lagi kerana ada saja salah saya hingga diperlakukan seperti binatang yang boleh dimaki, dipukul, dipijak dan ditendang sesuka hati," katanya.
Menurut Sunarti, dia dijadikan seperti hamba apabila terpaksa membasuh kain alas meja restoran hampir setiap hari dengan menggunakan tangan selain dipaksa membuat kerja rumah, mencuci pinggan mangkuk di restoran serta membersih pejabat.
Lebih teruk katanya, dia tidak pernah menerima bayaran daripada majikannya itu, malah untuk membeli tuala wanita juga tidak mampu melainkan terpaksa meminta ihsan daripada rakannya.
"Hendak beli tuala wanita pun majikan tak beri duit, mujur ada rakan-rakan sudi bantu saya sediakan keperluan itu setiap bulan," katanya.
Katanya, majikannya itu juga tidak pernah menghiraukan keperluan makan dan minumnya sewaktu bekerja di situ, sebaliknya hanya membekalkannya sisa makanan pelanggan untuk dibawa pulang ke rumah.
"Mereka tidak pernah tanya saya dah makan ke belum, malah sisa makanan yang saya bawa itu lah dibekalkan kepada saya untuk dimakan," katanya.
Akibat penderaan fizikal itu katanya, dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang tidak berkesudahan meskipun sudah lama menahan sabar dengan perlakuan kejam itu.
"Pada malam itu, saya nekad larikan diri dari rumah majikan kerana sudah tidak sanggup dengan dugaan ini.
"Saya yang sedang mencuci pinggan di restoran terus melarikan diri kira-kira jam 10 malam, apabila mendapati kedua-dua majikan saya keluar dan tiada di situ," katanya.
Katanya, dia yang melarikan diri telah bertemu dengan seorang lelaki warga tempatan yang turut memperisterikan seorang wanita warga asing dan menumpang rumah pasangan itu selama seminggu.
"Sepanjang tempoh itu, mereka telah membantu dan mencarikan saya kerja di tempat sekarang.
"Alhamdulillah, majikan saya sekarang jauh lebih baik dan tidak pernah bertindak kasar terhadap saya, malah mereka sudah anggap saya seperti keluarganya," katanya.
Bagaimanapun katanya, walaupun bahagia dengan majikan baru, namun dia tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila mengetahui suaminya di Jakarta, Indonesia telah berkahwin dengan wanita lain.
"Anak lelaki berusia 13 dan anak perempuan lapan tahun kini dijaga ibu saya di kampung setelah bapa mereka berkahwin lain.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat apa yang berlaku kerana hidup perlu diteruskan dan wang yang saya peroleh di sini akan dikirim kepada anak-anak setiap bulan untuk perbelanjaan persekolahan mereka di sana," katanya.
Peragut menyamar pelanggan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
BANDAR PEKAN- Rutin pagi seorang ejen surat khabar dan majalah, di sini, bertukar detik cemas apabila nyaris diragut seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan, awal pagi Selasa lalu.
Ding Kai Kiw, 63, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila seorang lelaki yang menunggang motosikal berhenti di tepi kedainya dan berpura-pura bertanya mengenai surat khabar.
Menurutnya yang lebih mesra dipanggil Connie, lelaki berkenaan kemudian meletakkan motosikal di tepi kedainya selepas dimaklumkan lori yang menghantar surat khabar belum sampai.
"Lelaki itu berusia lingkungan 20-an, berbadan agak gempal dan berketinggian sederhana. Dia pakai topi keledar dan beritahu saya sudah pergi ke terminal bas Pekan untuk beli surat khabar, tetapi tiada dan datang ke kedai saya sebelum ke tempat kerja.
"Saya sangka dia adalah pelanggan saya, namun tidak dapat mengenal pasti wajahnya berikutan keadaan gelap awal pagi dan suami pula (Ha Kwan Meng, 65) waktu itu berada di dalam bilik air," katanya kepada Sinar Harian.
Connie berkata, lelaki itu kemudiannya cuba mengintai stor simpanan surat khabar dan majalah di tepi kedai sebelum kembali ke motosikalnya selepas dilarang masuk ke stor berkenaan.
"Saya meneruskan kerja menyemak senarai langganan surat khabar dan majalah, manakala lelaki tersebut hanya berdiri di tepi motosikalnya dan memberitahu mahu menunggu surat khabar sampai.
"Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba beg pinggang berisi sedikit wang tunai dan kad pengenalan yang saya pakai direntap dengan kuat menyebabkan saya jatuh terduduk di atas batu kaki lima kerana cuba menarik semula beg saya itu," katanya.
Menurutnya, walaupun jatuh terlentang, lelaki tersebut masih cuba menarik begnya sebelum melarikan diri dengan motosikalnya apabila dia menjerit minta tolong.
"Suami yang terdengar jeritan saya terus keluar dan melihat saya sudah terbaring di kaki lima serta mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kiri dan peha.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya sendiri masih trauma dengan kejadian itu walaupun berjaya menyelamatkan beg saya," katanya.
Connie berkata, kejadian seperti itu pertama kali dialami sejak menjadi ejen surat khabar dan majalah 11 tahun lalu membuatkan dia dan suami lebih berhati-hati serta berharap ia tidak berulang.
Masih ada insan jujur
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
BANDAR MARAN - Seorang warga emas tidak menyangka dompet yang berisi dokumen penting dan wang tunai berjumlah RM1,700 yang hilang Ahad lalu diperolehinya semula.
Bapa kepada tiga anak yang menetap di Paka, Terengganu itu, Zainuddin Mohd Lani, 60, berkata, dompet yang hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Paka dikembalikan seorang peniaga jam berbangsa Cina di bandar ini.
Menurutnya, selepas dua hari tinggal di rumah saudara bagi membantu urusan kenduri perkahwinan, dia sekeluarga singgah di Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh untuk berehat dan makan, kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian.
"Mungkin sebaik memasuki kereta selepas ke tandas, dompet ini terjatuh di hentian rehat tersebut.
"Saya hanya menyedari kehilangan dompet itu apabila sampai di rumah memandangkan makan minum dan bayaran tol dibayar anak saya.
"Memang saya runsing dan hati tidak tenang sepanjang malam memikirkan di mana dompet itu tercicir selain wang tunai yang ada di dalamnya adalah untuk perbelanjaan bulan ini," katanya.
Zainuddin berkata, dua hari kemudian, dia dihubungi peniaga itu yang mendapatkan nombor telefon rumahnya berdasarkan alamat di kad pengenalan melalui talian direktori Telekom Malaysia.
Menurutnya, khabar gembira yang diterima itu membuktikan masih ada insan yang jujur walaupun berlainan bangsa dan agama apabila sedia memulangkan beg dompet tersebut.
Sementara itu, peniaga terbabit, Woon Pok Lum, 62, berkata, dia menjumpai dompet berkenaan di kawasan tempat letak kereta hentian RnR Temerloh pada jam 11.30 malam hari kejadian.
"Saya faham, hati kita mesti susah dan tidak tenteram jika kehilangan dompet kerana ada dokumen peribadi dan lebih teruk kalau hilang wang yang banyak," katanya.
Mak nyah sertai perbarisan
Oleh: DIANA SURYA ABD WAHAB
Tarikh: August 30, 2013
KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.
Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.
Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.
"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.
"Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.
Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.
Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.
"DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.
"Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.
Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.
"Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.
"Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar," katanya.
Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.
"Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.
Penuntut universiti cedera dibelasah tiga lelaki
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
KAMPUNG RAJA - Seorang penuntut sebuah universiti di Jepun yang pulang ke tanah air sempena cuti semester mengalami lebam dan luka di bahagian kepala serta hampir keseluruhan badan, akibat dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Batu Tumbuh, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Kampung Nail, Kuala Besut telah memandu kereta berseorangan pergi bermain futsal dengan rakannya.
Katanya, penuntut itu kemudiannya pergi ke rumah teman wanitanya untuk menghantar pengecas komputer riba di Kampung Batu Tumbuh.
"Sebaik sahaja mangsa memasuki keretanya untuk pulang, dia didatangi tiga suspek berkenaan yang menahannya sambil menuduhnya telah mencuri," katanya.
Menurut Kamaruddin, sebelum sempat menjawab, ketiga-tiga suspek telah membelasah mangsa dengan menumbuk, menendang dan memijak mangsa hingga mengalami kecederaan sebelum dileraikan orang kampung yang menyedari kejadian itu.
Mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut oleh bapanya selepas dimaklumkan kejadian itu oleh bapa gadis berkenaan yang kemudian membuat laporan polis.
Kamaruddin berkata, akibat kejadian itu, ketiga-tiga suspek yang merupakan peniaga ditahan untuk disoal siasat.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki, Tengku Aswawi Tengku Husin, 27, mati di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.
Kata Kamaruddin, dalam kejadian di KM 104 Jalan Jertih – Kuala Terengganu, dekat Kampung Apal itu, kereta Proton Wira yang dipandu Mahasan Mahomad, 32, dari arah Kuala Terengganu gagal mengelak motosikal mangsa keadaan di situ gelap.
"Pemandu kereta mendakwa lampu belakang motosikal yang ditunggang mangsa tidak menyala menyebabkan dia tidak nampak lalu merempuh mangsa dari arah sama," katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa tinggal di Machang, Kelantan dan bekerja di Jertih manakala Mahasan yang tidak cedera ketika kejadian dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja di sebuah kilang ke Johor ke kampungnya di Gua Musang, Kelantan.
Kamaruddin berkata lagi, bagaimanapun polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Rejim Bashar guna bom api?
Oleh:
Tarikh: August 30, 2013
Dakwaan itu didedahkan ketika Turki mula menghantar pasukan tambahan untuk membantu mangsa senjata kimia yang dihantar ke sempadan negara itu selepas serangan gas beracun di Damsyik pada 21 Ogos lalu.
Direktorat Pengurusan Bencana dan Kecemasan, Mustafa Aydogdu memaklumkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kes berkaitan serangan senjata kimia.
"Kami mempunyai pasukan pakar yang telah ditempatkan di Kilis, Hatay dan Sanliurfa," katanya.
Difahamkan, kebanyakan pelarian yang merentasi sempadan untuk memasuki Turki menerusi Cilvegozu iaitu sempadan paling hampir dengan Aleppo mengalami kesan melecur yang teruk.
"Kita tidak boleh membuat tanggapan sendiri bahawa kesan mengerikan yang dialami kebanyakan penduduk
Pada masa ini, kira-kira 200,000 pelarian
Menurutnya, kebanyakan penempatan sementara itu semakin sesak dan kem di Viransehir masih boleh menerima kemasukan kira-kira 20,000 pelarian tambahan.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan sekutunya menuduh rejim Bashar sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut yang telah meragut ratusan nyawa di negara terbabit.
Susulan daripada insiden itu, AS merancang untuk campur tangan dengan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas
Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar untuk mengumpulkan bukti berhubung serangan senjata kimia itu dilaporkan akan meninggalkan negara bergolak terbabit selewat-lewatnya Sabtu ini.
Sharqia lebih aman selepas krisis di Mesir
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
ZAGAZIG - MESIR . Berada di salah sebuah bandar di negeri kelahiran bekas presiden Mesir Mohamed Morsi yang digulingkan pihak tentera Mesir awal Julai lepas, mungkin menggusarkan hati pelancong, apatah lagi apabila krisis di negara ini masih tidak berkesudahan.
Bagaimanapun, bagaikan 'Angan-angan mengikat tubuh' (Bersusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan), tempat itu sebenarnya tidak seteruk seperti yang disangka, malah mungkin lebih tenang daripada beberapa kawasan lain kerana ia tidak dikategorikan sebagai kawasan 'panas'.
Sharqia, sebuah negeri di Timur Mesir kira-kira 90km dari Kaherah ini sebenarnya juga merupakan tempat Morsi menyampaikan kuliahnya semasa menjadi pensyarah jurusan kejuruteraan di Universiti Zagazig, iaitu ibu negeri Sharqia di sini dan pada masa sama menjadi anggota Parlimen bebas kawasan berkenaan (Zagazig) semasa era pemerintahan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Apa yang lebih menarik, anggota keluarga Morsi dan saudara maranya, ramai daripada mereka dipercayai masih menetap di beberapa kawasan di negeri berkenaan termasuk Zagazig, selain pengikutnya di
Bernama yang mengikuti delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke negara bergolak itu bagi membincangkan isu pelajar Malaysia di beberapa universiti utama negara itu berkesempatan melawat Universiti Zagazig dan kawasan sekitarnya yang juga lokasi bagi kira-kira 700 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan dan farmasi di sini.
Seorang pelajar perubatan tahun ketiga Abd Hakim Mohd Suhimin, 23, ketika ditemui berkata, bandar dengan kira-kira 320,000 populasi itu sebenarnya lebih tenang berbanding kawasan-kawasan lain, walaupun tidak menafikan masih ada perhimpunan yang diadakan kumpulan Tajarrud (penyokong Morsi) dan Tamarrud (penyokong tentera).
"Namun tiada demonstrasi besar-besaran di sini, cuma ada sedikit perhimpunan dan ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Mesir. Keadaan ini tak menjadi masalah kepada kami, Insya-Allah," katanya.
Beliau yang baru pulang ke Mesir minggu lepas selepas cuti Aidilfitri berkata situasi Mesir pada kali ini juga tidak seteruk pada 2011, sewaktu insiden penggulingan Mubarak.
Turut bersetuju dengan pandangannya adalah seorang lagi pelajar tahun tiga jurusan perubatan, Marwan Muhammad, 22 tahun, yang berpendapat keadaan di tempat dan universiti berkenaan masih terkawal dan yakin akan bertambah baik pada masa depan.
"Pada pandangan saya untuk jangka masa pendek terutama di Zagazig ini, saya tengok tak ada masalah bagi pelajar kita belajar dan melakukan aktiviti harian, cuma untuk jangka masa panjang saya tidak pasti, ini mungkin perlu ada tindakan lanjut dari pihak kerajaan sendiri (untuk mengambil tindakan awal sekiranya perlu), tetapi Insya-Allah di sini selamat," katanya.
Turut mengesahkan situasi terkawal di Zagazig ialah Muhammad Zakhiruddin A Bakar, 24 tahun, juga pelajar tahun tiga jurusan perubatan yang bagaimanapun tidak menafikan keadaan di Mesir secara keseluruhan masih lagi tidak menentu dan tidak dapat dijangka.
Justeru, beliau menyambut baik langkah kerajaan berbincang dengan pihak universiti-universiti utama di Mesir bagi masa depan pelajar Malaysia di negara bergolak itu secara keseluruhan, termasuk yang paling utama menurutnya mengenai penundaan semester pelajaran.
"Bagi saya sendiri tarikh itu patut ditunda sebab masa berlaku rusuhan(14 Ogos) khasnya di Zagazig, pelajar hilang fokus dan mereka juga berharap tarikh dapat dilanjutkan dan bagi masa kepada pelajar untuk fokus mata pelajaran itu sendiri,"katanya.
Ketiga-tiga pelajar itu adalah sebahagian daripada sebilangan kecil pelajar di universiti berkenaan yang membuat keputusan untuk tidak mengikuti program evakuasi sukarela kerajaan
Terdahulu, semasa perjumpaan delegasi KPM bersama naib presiden universiti terbabit, Prof Dr Ashraf M Elshihy, pihak universiti itu bersetuju memenuhi tiga permintaan asas KPM iaitu menunda semester pelajaran sehingga minggu keempat September, menunda tarikh peperiksaan ulangan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak dan mengadakan peperiksaan ulangan di Malaysia bagi pelajar-pelajar Malaysia sekiranya perlu.
Selain Universiti Zagazig, enam lagi universiti iaitu Kaherah, Al-Azhar, Ain Shams, Mansoura, Iskandariah, dan Tanta turut bersetuju dengan tiga permintaan KPM dengan Universiti Kaherah bersetuju mengadakan peperiksaan ulangan bagi pelajar Malaysia di Universiti Putra Malaysia, Serdang, September ini.
Delegasi KPM dibarisi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kedua kementerian Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail, mantan Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia Datuk Yahya Abd Jalil, Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Sektor Pengajian Tinggi (Bahagian Pendidikan Malaysia) Ibrahim Ali, selain pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir.
Delegasi itu tiba di Kaherah Isnin lepas dan menamatkan lawatan kerja itu semalam selepas melawat tujuh buah universiti iaitu Kaherah, Al-Azhar, Ain Shams, Mansoura, Iskandariah, Zagazig dan Tanta.
Pada 3 Julai, Panglima Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi, menyingkirkan presiden Mohamed Morsi dan menggantung Perlembagaan Mesir selepas protes rakyat sekian lama, menggesa diadakan pilihan raya presiden dan Majlis Shura yang baru. - Bernama
'Jangan terpedaya, kami bukan pengganas'
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KAHERAH - MESIR - Bekas penggubal undang-undang Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mohammed el-Beltagy, kelmarin menafikan dakwaan bahawa Gerakan Ikhwanul Muslimin melakukan tindakan keganasan selepas insiden rampasan kuasa pada 3 Julai lalu.
Menerusi wawancara yang disiarkan Al-Jazeera, el-Beltagy mendakwa tentera
"Jangan mudah terpedaya dengan pembohongan tentera dan kerajaan sementara yang melabel kami sebagai pengganas,'' tegasnya
Difahamkan, Ikhwanul Muslimin merancang untuk mengadakan gelombang protes baru untuk menentang tindakan melulu pihak berkuasa menahan ramai pemimpin kanan mereka termasuk Mohamed Soltan, anak kepada Salah
Soltan yang merupakan salah seorang tokoh bersuara lantang dalam gerakan itu.
Menurut laporan Al- Jazeera, Sejak awal bulan lalu, el-Beltagy terpaksa menyembunyikan diri selepas pihak berkuasa bertindak menggempur kem penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi yang turut menyebabkan anak perempuannya, Asmaa el-Beltagy terkorban.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment