Tuesday, August 27, 2013

RG2011... OPS CANTAS - Berita Jenayah Seluruh Negara.

 


POLIS MARIN MENAHAN SERAMAI 43 PENDATANG ASING.
Bertindak diatas maklumat, sepasukan kecil anggota PPM Pengerang telah membuat serbuan di kawasan hutan Pdg Lima, Kuala Sedili Johor dan telah memeriksa serta menahan seramai 43 orang PTI ( 34 lelaki, 8 perempuan dan 1 kanak-kanak ) cuba untuk keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen. 
Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Sedili untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah atau aktiviti sebegini bolehlah menyalurkannya ke Pangkalan Polis Marin atau Balai Polis yang berhampiran dengan anda. 
Bersama-sama kita membendung jenayah dan mempertahankan negara ini.
Gambar: Bertindak diatas maklumat, pada 22 Jun 2013 jam 2230 H, sepasukan kecil anggota PPM Pengerang telah membuat serbuan di kawasan hutan Pdg   Lima, Kuala Sedili Johor dan telah memeriksa serta menahan seramai 43 orang PTI ( 34 lelaki, 8 perempuan dan 1 kanak-kanak ) cuba untuk keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen.   Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Sedili untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen.  Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah atau aktiviti sebegini bolehlah menyalurkannya ke Pangkalan Polis Marin atau Balai Polis yang berhampiran dengan anda.   Bersama-sama kita membendung jenayah dan mempertahankan negara ini.
Foto

















POLIS MARIN SABAH RAMPAS 170,000 LITER PETROL BERSUBSIDI
Gambar: Polis Marin telah menggerakkan asetnya bagi memastikan perairan negara bebas dari ancaman penceroboh luar.     Gambar ini menunjukkan anggota UNGERIN - unit elit Pasukan Polis Marin sedang membuat pemeriksaan rutin dikawasan Ops. Daulat diperairan Semporna bagi mencegah penyeludupan senjatapi atau barangan larangan ke negara ini disamping mengesan penjenayah yang dikehendaki.
Sandakan, 27 Ogos - Polis Marin merampas 170,000 liter minyak petrol bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran semalam, kata Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun.

Beliau berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kumpit dari Filipina di perairan Sandakan pada kira-kira 3 petang, yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Bongao, Filipina. 

"Ketika diperiksa, kumpit itu sedang membawa 850 tong minyak petrol RON 95 dan rampasan dilakukan selepas minyak itu, yang dianggar bernilai RM467,500 disyaki cuba diseludup keluar dari negara ini," katanya.

Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan rampasan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pihaknya memantau rapi aktiviti penyeludupan barangan kawalan terutama minyak petrol bersubsidi kerana boleh merugikan kerajaan


POLIS TAHAN SEMBILAN LELAKI CUBA CURI TRANSFORMER TNB BERNILAI RM70,000

Bukit Mertajam, 27 Ogos - Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggagalkan cubaan mencuri sebuah transformer bernilai RM70,000 milik TNB di pencawang utama Kawasan Perusahaan Perai, semalam dan menahan sembilan suspek lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata kejadian itu disedari anggota polis bantuan TNB yang meronda kawasan itu pukul 10.15 malam apabila ternampak cahaya terang di pencawang itu sebelum memeriksa.

Sebahagian daripada kumpulan lelaki sembilan orang itu memakai ves berlogo TNB bagi mengaburi orang ramai semasa menjalankan kegiatan itu. 

"Sepasukan polis bantuan TNB yang kebetulan berada di kawasan berkenaan merasa hairan selepas melihat cahaya terang dari pencawang berkenaan dan segera bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Dalam masa sama anggota polis bantuan berkenaan membuat semakan dengan pihak pengurusan TNB Seberang Perai Tengah (SPT) namun mereka dimaklumkan tiada urusan membawa keluar transformer dan ketika ditahan kumpulan itu sedang membawa keluar transformer itu menggunakan sebuah treler," katanya. 

Mazlan berkata polis bantuan TNB menahan kesemua suspek berumur 30 hingga 42 tahun dan menyerahkan mereka kepada polis.

Polis percaya transformer itu dicuri untuk dijual kepada pihak tertentu dan siasatan juga mendapati sebahagian lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan curi.

Semua suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 


POLIS LUMPUHKAN KEGIATAN EDAR SYABU DI UTARA PERAK, SELATAN PULAU PINANG

Bagan Serai - Polis berjaya menahan sepasang suami isteri dan seorang warga emas yang dipercayai mengedar syabu bernilai RM430.000 dalam serbuan di sebuah rumah ladang di Kuala Kurau, Parit Buntar, 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian diketuai Inspektor Suhaimi Mohd Yasim melakukan serbuan berpandukan maklumat awam kira-kira jam 8.30 malam. 

Dalam serbuan itu, polis menahan dua wanita di ruang tamu rumah, manakala seorang lelaki ditemui dalam bilik tidur tingkat atas rumah. 

"Berikutan itu, pemeriksaan teliti dijalankan terhadap suspek lelaki dan menemukan satu bungkusan hijau dibalut pita pelekat lutsinar bersama lapan peket plastik lutsinar berisi syabu disimpan di dalam sebuah beg galas di bilik suspek. 

"Selain itu, polis turut merampas sebuah mesin pembungkus, alat penimbang, telefon bimbit, dokumen pendaftaran perkahwinan dan buku akaun bank dalam bilik sama", katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, semalam. 
Semua suspek dikenal pasti berasal dari Taman Pekan Baru, Parit Buntar serta Taman Wang, Menglembu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Semua syabu yang dirampas seberat 1427.59 gram dengan anggaran nilai pasaran semasa RM357,000 hingga RM430,000."
Semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Peraturan Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Gambar: POLIS LUMPUHKAN KEGIATAN EDAR SYABU DI UTARA PERAK, SELATAN PULAU PINANG    Bagan Serai - Polis berjaya menahan sepasang suami isteri dan seorang warga emas yang dipercayai mengedar syabu bernilai RM430.000 dalam serbuan di sebuah rumah ladang di Kuala Kurau, Parit Buntar, 24 Ogos lalu.    Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian diketuai Inspektor Suhaimi Mohd Yasim melakukan serbuan berpandukan maklumat awam kira-kira jam 8.30 malam.     Dalam serbuan itu, polis menahan dua wanita di ruang tamu rumah, manakala seorang lelaki ditemui dalam bilik tidur tingkat atas rumah.     "Berikutan itu, pemeriksaan teliti dijalankan terhadap suspek lelaki dan menemukan satu bungkusan hijau dibalut pita pelekat lutsinar bersama lapan peket plastik lutsinar berisi syabu disimpan di dalam sebuah beg galas di bilik suspek.     "Selain itu, polis turut merampas sebuah mesin pembungkus, alat penimbang, telefon bimbit, dokumen pendaftaran perkahwinan dan buku akaun bank dalam bilik sama














ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI RM11.56 JUTA DIRAMPAS DI PULAU PINANG
27 Ogos 2013 Gerorgtown – Sepasukan polis dari JSJN Bukit Aman dan JSJN Pulau Pinang telah menjalankan operasi di kawasan Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah dan Macalister Georgetown semalam. 

Polis telah berjaya menangkap (1) lelaki India dan (5) lelaki Cina berumur antara 35 hingga 46 tahun dengan membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis Ecstasy dan Syabu di kawasan Macalister Georgetown. 

Sebanyak 48.04 kilogram serbuk ecstasy, 9.29 kilogram pil ecstasy, 27.8 kilogram cecair syabu, 8.7 kilogram syabu, 20.4 kilogram heroin, 752 gram heroin base, 3.3 kilogram pil perancang seks, 35.5 kilogram kafein, 64 gram ganja, peralatan memproses dadah dan bahan – bahan kimia untuk memproses dadah. 

Anggaran harga pasaran yang dirampas RM 11.56 Juta. Turut disita dua buah kereta jenis Proton Waja dan Proton Saga serta wang tunai RM 30,660.

Kes disiasat dibawah Sek.39B ADB 1952 jika disabit kesalahan boleh dijatuh hukuman mandatory gantung sampai mati. 

Tiga saspek daripada tangkapan tersebut mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kes jenayah dan narkotik . 
Foto
Foto
Foto
Foto



























CEGAH GANGSTERISM,62 INDIVIDU DITAHAN.

Kuching - Polis Sarawak menahan 62 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism dalam Operasi Pencegahan Jenayah sebagai usaha membendung jenayah berat yang dicetuskan oleh kumpulan samseng. 

Tujuan utama operasi tersebut dilakukan bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) serta memantau pergerakan mereka untuk men cegah jenayah. 

"Operasi pencegahan jenayah yang bermula 17 Jun lalu ini juga bertujuan mengelakkan kejadian jenayah yang berlaku di Semenanjung menular ke negeri ini. "

Sehingga Isnin lalu, polis berjaya menahan 62 individu yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dan kesemua mereka terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism" katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, anggotanya menahan kesemua suspek itu menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap kenderaan di 28 daerah seluruh Sarawak. 

"Sebenarnya operasi ini sama dengan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) yang dilaksanakan di Semenanjung dan dibuat dalam tempoh sama dengan operasi tersebut.

"Ini berikutan Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak diwartakan di Sabah dan Sarawak, namun pihak polis di dua negeri ini tetap menjalankan operasi pencegahan jenayah bagi mengesan mereka yang pernah menjadi tahanan " katanya. 


Gambar: CEGAH GANGSTERISM, 62 INDIVIDU DITAHAN    Kuching - Polis Sarawak menahan 62 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism dalam Operasi Pencegahan Jenayah sebagai usaha membendung jenayah berat yang dicetuskan oleh kumpulan samseng.     Tujuan utama operasi tersebut dilakukan bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) serta memantau pergerakan mereka untuk men cegah jenayah.     "Operasi pencegahan jenayah yang bermula 17 Jun lalu ini juga bertujuan mengelakkan kejadian jenayah yang berlaku di Semenanjung menular ke negeri ini. "    Sehingga Isnin lalu, polis berjaya menahan 62 individu yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dan kesemua mereka terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk gangsterism" katanya ketika dihubungi.     Beliau berkata, anggotanya menahan kesemua suspek itu menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap kenderaan di 28 daerah seluruh Sarawak.     "Sebenarnya operasi ini sama dengan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) yang dilaksanakan di Semenanjung dan dibuat dalam tempoh sama dengan operasi tersebut.    "Ini berikutan Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak diwartakan di Sabah dan Sarawak, namun pihak polis di dua negeri ini tetap menjalankan operasi pencegahan jenayah bagi mengesan mereka yang pernah menjadi tahanan " katanya.     Sumber: KOSMO




   

RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH (URB) TIMBALAN KPD BRICKFIELDS 

Kuala Lumpur, 28 Ogos - Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Aida binti Abdul Hamid bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) membuat rondaan pencegahan jenayah dan melawat Unit Rondaan SRS Gasing Indah di kawasaan perumahan Taman Gasing Indah, KL malam tadi.
Foto
Foto
Foto
Foto
Foto
Foto
Foto
Foto
BERTINDAK ATAS MAKLUMAT ORANG AWAM SEPASUKAN POLIS JSJ D9 IPK KUALA LUMPUR TELAH MEMBUAT SERBUAN SEBUAH RUMAH DI KAWASAN PERKAMPUNGAN SETINGGAN BUKIT LANJAN, KUALA LUMPUR.

DALAM SERBUAN TERSEBUT PIHAK POLIS TELAH BERJAYA MENANGKAP SEORANG LELAKI MELAYU BERUMUR 23 TAHUN YANG SEDANG KHAYAL DISYAKI DIPENGARUHI DADAH. PEMERIKSAAN PADA BADAN TANGKAPAN TERSEBUT TELAH MERAMPAS SEPUCUK PISTOL SEMI AUTO JENIS WALTHER P99 BERISI KELOPAK KOSONG YANG DISELITKAN DIPINGGANGNYA. PEMERIKSAAN LANJUT PADA POKET SELUARNYA TELAH MENJUMPAI 2 BUAH TELEFON BIMBIT JENIS NOKIA DAN SERANGKAI ANAK KUNCI MOTOSIKAL. 

TANGKAPAN JUGA TELAH MENUNJUKKAN KEPADA PIHAK POLIS SEBUAH MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LC YANG DILETAKKAN DI LUAR RUMAH. PEMERIKSAAN LANJUT MOTOSIKAL YANG MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU TERSEBUT MASIH DILAPORKAN HILANG BERSABIT DENGAN BANGI REPOT PADA 13/2/2013.

SEBILAH PISAU PEMOTONG DAGING YANG DIBALUT DENGAN KAIN DAN SEBILAH PISAU LIPAT JUGA TURUT DIRAMPAS DARI BEG GALAS SUSPEK. PEMERIKSAAN LANJUT PISTOL YANG DIRAMPAS DARIPADA SUSPEK MENDAPATI PISTOL TERSEBUT DILAPORKAN DISAMUN DARIPADA SEORANG ANGGOTA POLIS YANG CUBA MENANGKAP SUSPEK INI PADA BULAN OGOS TAHUN LEPAS DI KAMPONG SUBANG, SELANGOR.

SUSPEK YANG DITANGKAP INI JUGA DISYAKI TERLIBAT DENGAN SATU KES BUNUH YANG DILAPORKAN DI SELANGOR DAN CUBA MENEMBAK SEORANG ANGGOTA POLIS DI SEBUAH SEKATAN JALANRAYA PADA AWAL BULAN INI DI KAMUNTING, PERAK.

PIHAK POLIS TELAH MENDAPAT PERINTAH MENAHAN REMAN SUSPEK SELAMA (7) HARI MULAI SEMALAM SEHINGGA 26/8/13 OLEH MAHKAMAH UNTUK SIASATAN LANJUT DI BAWAH SEKSYEN 8 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971. SEMAKAN JUGA MENDAPATI SUSPEK INI MEMPUNYAI (5) REKOD LAMPAU IAITU ;-
- (2) KES DADAH SEKSYEN 12 (2) ADB;
- (2) KES SEKSYSEN 379 A KANUN KESEKSAAN; DAN
- (1) KES SAMUN SEKSYEN 395/379 KANUN KESEKSAAN.
Foto
Foto
Foto
Foto






















Polis melakukan Operasi Pencegahan Jenayah di seluruh negara.
IPD Cheras - 23 Ogos 2013. 1100 HRS. Pihak PDRM IPD Cheras telah mengadakan sidang akhbar mengenai kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. 

Kes 1 : Pihak Polis IPD Cheras telah berjaya menahan dan merampas sebilah pisau pemotong daging yang digunakan oleh (1) lelaki tempatan yang telah mencederakan (1) Lelaki Warganegara Myammar kerana mendatangkan kemarahan terhadap lelaki tempatan tersebut di salah sebuah restoren di Taman Miharja.

Hasil siasatan mendapati lelaki tempatan tersebut mengaku terlibat dalam beberapa kes mencederakan manusia dan kes masih dalam siasatan.

Kes 2 : Semasa anggota Polis Balai Pudu membuat Rondaan Cegah Jenayah telah menerima maklumat daripada orang awam dan hasil pemeriksaan telah berjaya menjumpai (1) bilah pisau lipat dan (1) buku lima pada (2) lelaki tempatan di Stesen Minyak Shell.

Hasil siasatan mendapati (2) lelaki tempatan tersebut didapati mahu melakukan jenayah samun di sekitar Jalan Ampang dan pihak polis berjaya menahan suspek sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kes 3 : (1) kejadian kes samun telah berlakukan pada 20 Ogos 2013, berikutan itu pihak JSJ IPD Cheras telah menubuhkan team 'Task Force' dan telah berjaya mengesan dan menahan (4) lelaki tempatan iaitu suspek dalam kes tersebut. Serta berjaya menjumpai (1) motosikal jenis Yamaha RXZ dan (1) motosikal jenis Honda EX5 yang telah dilaporkan disamun. 

Hasil sisatan mendapati kesemua suspek banyak terlibat dan kes samun tepi jalan di kawasan sekitar Cheras dan pihak Polis berjaya menyelesaikan l/kurang 10 kes samun. Siasatan masih diteruskan.

Kes 4 : Semasa anggota Polis Balai Salak Selatan membuat Rondaan Cegah Jenayah mendapati (3) lelaki tempatan dan (2) lelaki sabahan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan telah berjaya menjumpai (3) bilah parang (1) pisau panjang dan kesemua suspek telah ditahan.

Hasil siasatan mendapati motif suspek mahu bergaduh sesama sendiri dan sebelum kejadian ini berlaku pihak polis telah berjaya menahan kesemua suspek yang terlibat. 

Kes 5 : (1) kejadian kes hilang telah dilaporkan pada 19 Ogos 2013, berikutan itu Balai Salak Selatan Baru telah menubuhkan team 'Task Force' dan Berjaya mengesan (1) Motokar jenis Toyota Unser yang dilaporkan hilang dengan nombor pendaftaran palsu di Desa Petaling dan menangkap (1) lelaki tempatan serta menjumpai (1) laptop dan (1) bilah parang panjang dan nombor plat palsu dan beberapa kad ATM serta kunci kenderaan.

Hasil siasatan suspek kerap melakukan jenayah samun tepi jalan di sekitar Daerah Cheras dan pihak polis telah Berjaya menyelesaikan l/kurang (5) kes samun jalanan.

Kes 6 : Bertindak atas maklumat, pihak MPV IPD Cheras telah menahan (1) m/lori dan menahan (2) lelaki tempatan, semakan polis mendapati m/lori tersebut dilaporkan hilang.

Hasil siasatan mendapati suspek mencuri m/lori untuk dijualkan dan pihak polis masih giat megesan rakan penjenayah yang masih bebas.

Kes 7 : Semasa anggota MPV dan anggota Balai Polis Cheras membuat Rondaan Cegah Jenayah di Taman Taynton View telah mendapati (1) kenderaan jenis BMW dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis ganja. Pihak Polis telah menahan (3) lelaki tempatan tersebut yang disyaki membawa dadah. Hasil ujian air kencing mendapati (3) lelaki tempatan tersebut positif dadah.

Hasil siasatan mendapati kesemua suspek adalah kumpulan 08 yang giat aktif di kawasan Cheras untuk memeras ugut di kawasan pembinaan dan meminta wang perlindungan.
Foto

























http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/home.php?lang=bm
Klik   link ini untuk berkongsi idea bersama kami    http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/home.php?lang=bm























Cegah Jenayah: Beberapa anggota Polis dari IPD Klang Utara menjalankan omnipresence di kawasan sekitar Klang Utara antaranya kedai runcit dan kedai emas.
Gambar: Cegah Jenayah: Beberapa anggota Polis dari IPD Klang Utara menjalankan omnipresence di kawasan sekitar Klang Utara antaranya kedai runcit dan kedai emas.
Gambar: Sumber: Sinar Harian

Sila Share tanda sokongan kepada Pihak PDRM..
Polis melakukan Operasi Pencegahan Jenayah di seluruh negara.    Sila Share tanda sokongan kepada Pihak PDRM..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment