Kesian tol brader ni, sudah jatuh ditimpa tangga atas asbab diri sendiri..
Betul, dia ni buat khilaf.. Dia pun dah ngaku dan mintak maaf..
InsyaALLAH sebenar-benar taubat brader ni..
Cuma ada sedikit kekesalan la bila baca berita ni..
Kesal sbb dia mintak di ‘consider’ untuk pelepasan awal sbb dia nak carik nafkah tuk support family dia..
Korang perasan tak statement ni? “Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.”
Korang tak rasa patut ke, kita tunaikan permintaan dia? Korang ingat sebatan tu tak sakit ke? Dengar pengalaman banduan yg pernah kena sebat, ramai yg sanggup kene penjara lama dari di sebat kot.. Sebab azab luka sebatan tu bukan pulih sebulan dua beb! Kulit abeh terkoyak/tersayat.. Tapi, brader ni.. dia sanggup mintak lebih tu, semata-mata nak tunaikan amanah kepada keluarga dia..
Mungkin korang tersenyum sinis sambil kata, tulah padan muka cerdik sangat nak merompak kan..??? Tapi, terpikir tak cemane anak isteri yang menanggung tu.. Dah ler kompom aib, nak teruskan hidup dgn korek nafkah dari mana..??? Korang rasa ada ke sape-sape sudi nak bantu keluarga ni, tuk sedia makan pakai sekolah anak-anak dia, sementara tunggu dia bebas..?? ADA..???!!!
Trauma yg kena rompak tu, memang ler wujud walaupun takat guna pistol mainan kan.. tapi win-win situation la bhai.. baru la dikatakan ‘adil’
Bila baca kisah ni kan… memang mewujudkan kegeraman yg melampau..
Sebab pesalah yang merompak asbab terdesak cari nafkah (bukan suka suki ok) boleh pulak ko sebat/penjara kaw2 = kunun nak bagi pengajaran kan..? Abes setimpal la hukuman tu eh..???
Walhal si Khir Toyo yang terang-terang dok merompak harta rakyat tu, apesal takat bagi 2 tahun free-free lagik (sbb tak masuk2 pun penjara lagik). Si Jawa peranakan ni, bukan tahap papa kedana tau nak merompak! Bukan jugak sbb terdesak nak bagik anak bini makan! Bukan, bukan, hell NO!
Hape? Korang pikir, rakyat Selangor tak trauma ke ada MB cenggitu???!! Dah kaya, tak reti bersyukur.. tamak giler babi laks tu! Lagi ada hati ngaku tak bersalah memula dulu! Biarpun ia bukan rompakan bersenjata palsu, tapi dia tetap mengambil hak dgn cara yg salah. Cara yg berbeza tapi maksud yg sama = merompak kan?! So amacam, ADIL KE kalo compare dua situasi ni..?
Giler tol undang-undang Malaysia ni sampai ke sudah! Cam pokemon je..
# moral, jadiklah org berkepentingan dan kaya raya kalo mau merompak for free di Malaysia!
# kalo jadik rakyat marhain, memang selamanya laaaaa ko di adili.. kah kah kah kah kah…!!
OOPPSS.. TAKYAH NAK ‘BERPOLITIK’ LAKS DGN REPLY AKU NEH..
CUMA NAK SOH KORANG BUKAK MINDA SKET, BETAPA ADILNYA ‘MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’..!
MERDEKA LAH SANGAT…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
_____________________________________________________________________________________
From: Haron, Saipudin [mailto:Saipudin.Haron@Mattel.com]
Sent: Friday, August 30, 2013 8:59 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
Subject: Sinar Harian di TH am 300813 bersamaan 23 Syawal 1434H
Pesalah minta tambah sebatan
Tarikh: August 30, 2013
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.
Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.
Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.
Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.
“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.
“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.
Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.
“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment