Thursday, August 29, 2013

Re: RG2011... NASIHAT BUKAN BERMAKNA NAK TUNJUK BAIK

Agama Islam itu "NASIHAT".

Setiap orang yang mengaku dirinya islam, bermakna di atas bahunya terletak tanggungjawabnya untuk menasihati setiap saudara seagamanya.

Seorang pencuri yang mengaku dirinya Islam berhak menasihati orang lain agar tidak mencuri.
Seorang pembunuh yang mengaku dirinya Islam berhak menasihati orang lain agar tidak membunuh.

Walaupun si pencuri atau pembunuh itu juga mesti bermuhasabah diri daripada melakukan kemaksiatan. Namun itu tidak menjadi alasan untuk dirinya tidak menasihati orang lain di sekelilingnya.

Sebagai orang yang diberi nasihat, janganlah pula kita mengira siapa diri orang yang memberi teguran kepada kita itu. Tetapi, selamilah apa isi yang dinasihatkannya.

Kepada yang memberi nasihat, jangan putus asa apabila ditempelak semula atas segala dosa2 kita kerana kita juga manusia biasa yang pasti melakukan kesilapan demi kesilapan. Yang penting, kita telah sampaikan apa yang patut kita sampaikan.

Dalam pada itu, janganlah pula kita terlalu berharap orang yang dinasihati akan berubah dengan sekelip mata. Bukankah Islam itu turun secara perlahan-lahan? Itu menunjukkan manusia sering dapat berubah secara perlahan-lahan.

Bukan itu sahaja, janganlah begitu mudah menafikan 'alasan' orang yang dinasihati. Ini kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu segalanya dan segala indera kita sering tertipu dengan andaian kita sendiri.

Orang sering berkata: "Kuman seberang laut, nampak. Gajah depan mata, tak nampak!"
Kenapa ALLAH jadikan kita punyai sifat seperti ini? Pernahkah kita terfikir....?

Jawapannya cuma satu ... kerana kita diciptakan agar sentiasa saling NASIHAT-MENASIHATI.






From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
To: "'temanhidup@yahoogroups.com'" <temanhidup@yahoogroups.com>; "'respeks_group@yahoogroups.com'" <respeks_group@yahoogroups.com>; "'chainz_of_frenz@yahoogroups.com'" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 28, 2013 11:57 AM
Subject: RG2011... NASIHAT BUKAN BERMAKNA NAK TUNJUK BAIK

 
Mesti ada di kalangan kita pernah alami macam ni....
 
"kadang bila kita nasihat orang, orang susah nak terima.. malah dia akan cakap  sibuk nak nasihat orang,  diri sendiri pun tak betul nak nasihat orang konon macam la diri tu bagus sangat. lebih baik jaga tepi kain sendiri daripada sibuk je nak jaga tepi kain orang"
 
 
Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita..  dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain..
kerana kita sedia maklum apa yg seringkali di kata org, nobody is perfect! :)
 
ps: tegurlah saya wahai sahabat kalau saya salah, dan saya juga… bila saya plak menegur bukan kerana saya betul dan awak salah,  tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu akan pasti lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati...
 
 


No comments:

Post a Comment