Polis nafi babit ahli politik
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan mengatakan ada ahli politik ternama menjadi penaung serta penasihat kepada kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai dakwaan tersebut.
"Siapa yang dakwa? Setakat ini saya tak dengar apa-apa lagi berkaitan pembabitan ahli politik ternama dalam kumpulan kongsi gelap.
"Namun jika siasatan yang kita buat dapati perkara ini benar (wujud), tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa terdapat sebilangan ahli politik ternama menaungi dan menjadi penasihat beberapa kumpulan kongsi gelap.
Memetik laporan sama, kumpulan terbabit dikatakan adalah antara 10 daripada 49 senarai nama pertubuhan haram yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam membabitkan kumpulan kongsi gelap Cina, Melayu dan India.
Terdahulu, Khalid menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, pihaknya sedang menjejaki ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap, susulan pengumuman oleh KDN berhubung senarai nama 49 pertubuhan haram yang dikenal pasti.
Menurutnya, siasatan dimulakan dengan Ops Cantas dan pengumuman itu memberi peluang kepada polis untuk mengambil tindakan tindakan terhadap kumpulan terbabit di bawah Akta Pertubuhan.
"Selain Akta Pencegahan Jenayah, kini kita juga boleh ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan.
"Jadi kalau masih ada yang mahu jadi ahli kongsi gelap, mereka perlu bersedia dengan tindakan polis," katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan secara adil dan tindakan yang diambil juga dibuat tanpa memilih bulu.
Katanya, tidak ada istilah kumpulan mana yang lebih dominan atau terkenal kerana semua 49 pertubuhan haram yang dikenal pasti adalah terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.
"Jadi kesemua mereka adalah sama dan terlibat melakukan kesalahan antaranya peras ugut, bunuh, samun, memukul orang serta menjual dadah," katanya.
Pesalah minta tambah sebatan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.
Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.
Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.
Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
"Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.
"Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf," katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.
"Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa," kata Nurfarhana.
Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.
"Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu," katanya.
Syiah: PR tolak kerana bercanggah hukum
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.
Fasal 17
"Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.
"Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat," katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.
Fasal 21
Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
"Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar.
Fasal 37
"Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar," katanya.
Beliau yang juga Adun Alor mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.
"Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab.
"Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua," katanya.
Fasal 7 & 8
Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.
"Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.
"Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar," katanya.
Tiada perkataan Syiah
Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.
"Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini," katanya.
Tanda Putera sarat mesej perjuangan
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KUALA LUMPUR - Filem Tanda Putera menarik ditonton kerana aspek seninya dan sarat dengan mesej perjuangan serta sejarah, demikian menurut penonton filem patriotik itu.
Tanda Putera merupakan sebuah filem biografi sejarah arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkisarkan mengenai perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman bersama-sama menyelesaikan rusuhan kaum pada tahun 1969.
Jurufoto bebas, Ng Koh Ying berkata masyarakat perlu menonton karya tempatan itu dengan melihat serta menilainya daripada perspektif seni yang ingin disampaikan karyawan tersebut.
Katanya masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya golongan muda perlu mengambil peluang menonton filem kenegaraan tersebut yang diharap dapat menyedarkan masyarakat mengenai perjuangan dua negarawan tersebut.
"Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang ingin mengharamkan penayangan filem ini, namun kita tidak perlu terikut-ikut untuk tidak menyokong industri filem kita, lebih-lebih lagi filem berkisarkan sejarah negara," kata wanita yang berasal dari Sarawak berusia 29 tahun itu kepada Bernama selepas menonton filem tersebut di sini.
Kerajaan negeri Pulau Pinang dilaporkan meminta pengusaha pawagam di negeri itu supaya tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur sensitif yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Raja Mohd Nazri Raja Md Esa, 27, pula menyifatkan filem tersebut sebagai bahan sejarah yang membawa mesej bermanfaat kepada generasi muda tentang erti sebuah perjuangan.
"Kedua-dua negarawan kita berusaha melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara pada ketika itu, jadi kita sebagai generasi muda jangan sesekali perdagangkan segala apa yang kita miliki sekarang," katanya.
Penuntut kolej swasta, Mohd Shafiq Esabudin, 23, yang meluangkan masa bersama rakan-rakannya menonton filem Tanda Putera hari ini teruja dapat menonton filem tersebut.
Katanya, sebelum ini beliau serta rakan-rakannya hanya mendengar cerita daripada guru mereka mengenai perjuangan pemimpin terdahulu serta peristiwa hitam 13 Mei 1969, namun filem ini membawa gambaran tentang perjuangan dalam menjernihkan kemelut tersebut pada ketika itu.
Sementara itu, Penyelia TGV Wangsa Walk Faizal Gani berkata filem Tanda Putera mencatatkan jualan kira-kira 210 tiket untuk dua waktu tayangan iaitu 2 petang dan 4.35 petang di pawagam itu.
Beliau menjangkakan jumlah penjualan akan meningkat kerana filem tersebut ditayangkan bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56, Sabtu ini.
"Saya alu-alukan lebih ramai lagi rakyat negara ini untuk datang menonton filem yang membawakan mesej yang amat bagus sekali selain memberi sokongan kepada filem tempatan," katanya.
Pengarah filem tersebut, Shuhaimi dalam laporan semalam telah meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni. – Bernama
Penganalisis: Kerajaan Negeri P.Pinang tak terbuka
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menasihatkan panggung wayang di negeri ini tidak menayangkan filem patriotik 'Tanda Putera' menimbulkan persoalan keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan pakatan pembangkang sebelum ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata berdasarkan kedua-dua prinsip itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan penayangan filem itu dan memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian.
"Dalam konteks ini, apabila filem ini ditayangkan di tempat lain ia boleh melahirkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat...tindakan itu akan disalah tafsir oleh masyarakat.
"Sepatutnya filem ini ditonton terlebih dahulu dan kemudian diberi penilaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.
Sivamurugan berkata Lim sewajarnya menonton filem berkenaan dan membuat penilaian sama ada filem berdurasi dua jam itu boleh mengancam keharmonian negara dan memberi kesan kepada parti DAP.
Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata filem 'Tanda Putera' itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada penonton mengenai sejarah negara.
Sementara itu, pelajar jurusan pergigian Anis Nadia Ismail, 21, melahirkan rasa kesal apabila filem itu tidak ditayangkan di negeri ini dan menyifatkan filem yang mempunyai elemen sejarah wajib ditonton oleh semua masyarakat terutamanya generasi muda.
"Sayang filem ini tidak ditayangkan. Sekurang-kurangnya menerusi filem patriotik sebegini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda kepentingan mengekalkan perpaduan di antara kaum," katanya ketika ditemui di TGV Cinemas di 1st Avenue di sini, hari ini.
Beliau juga berharap lebih banyak penghasilan filem bergenre sejarah dihasilkan pada masa akan datang.
Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Melayu Pendidikan Malaysia (Gagasan) secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak mahu filem itu ditayangkan di negeri itu.
Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya mencabar dua lagi negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan agar mengambil langkah serupa.
"Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin pemangkang yang tiada langsung semangat cintakan negara, sebaliknya mereka cuba pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan.
"Kita yakin jika beginilah amalan mereka, masa depan Malaysia tidak akan aman damai, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya ketika dihubungi Bernama.
Syed Anuar seterusnya menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang sehingga boleh mengundang petaka kepada negara.
"Kita juga nasihatkan masyarakat khususnya orang muda agar tonton dulu filem itu dan nilai sendiri apakah benar dakwaan liar pembangkang," katanya. – Bernama
'Jangan cuba tutup sejarah negara'
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meminta filem 'Tanda Putera' tidak ditayangkan dilihat sebagai cubaan menutup sejarah negara, kata Presiden Persatuan Seniman Rozaidi Jamil.
Beliau berkata masyarakat khususnya generasi muda sepatutnya perlu disajikan dengan pengkisahan sejarah agar mereka lebih faham mengenai asal-usul negara dan bagaimana negara mencapai kemerdekaan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa hendak halang pawagam menayangkan sesuatu filem, perkara itu terletak di bawah kuasa Finas, LPF dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Cerita itu (Tanda Putera) sangat bagus, apa yang diceritakan perlu diberitahu kepada generasi sekarang, jangan hakimi dari segi luaran, tonton dahulu," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam Majlis Mesra Hari Raya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.
Mengenai lagu 'Negaraku' yang dimainkan di pawagam sempena sambutan Kemerdekaan, Rozaidi atau dikenali sebagai Zed Zaidi menyokong dan menyambut baik langkah itu yang dilihat boleh menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
"Seniman juga ingin mencadangkan supaya setiap majlis anugerah seni dimestikan menyanyikan lagu 'Negaraku' sebelum acara bermula untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan penggiat seni," katanya.
Sementara itu, Zed Zaidi berkata beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco Pemuda Umno bagi menarik golongan belia dan penggiat seni menyertai parti itu.
"Misi saya ialah saya ingin mengaktifkan kesemua 191 bahagian dan menggunakan artis sebagai penasihat di setiap bahagian untuk mendekatkan golongan artis kepada Umno," katanya.
Zed Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda Umno berkata beliau ingin berjuang melalui parti bagi meningkatkan martabat dan membantu industri seni di negara ini. – Bernama
Empat jam tahan sakit
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
KUALA BERANG - "Pakcik hanya ingat mati apabila tiga lelaki bertopeng bukan sahaja menerpa secara tiba-tiba, tetapi turut mencekik serta meletak pisau di leher. Lebih empat jam pula pakcik menahan sakit kerana kedua tangan dan kaki diikat," cerita Kasim @ Mat Amin Mat Zin, 65.
Menceritakan detik cemas dihadapi setelah pasaraya tempatnya bertugas disamun dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi semalam, Kasim yang merupakan pengawal keselamatan di situ berkata, hanya ALLAH SWT tahu perasaannya ketika itu.
Menurut Kasim, sebelum kejadian dia berada di meja pengawal terletak di belakang bangunan, manakala rakannya, Mat Ali Yunus, 63, sedang mengadakan rondaan di sekitar kawasan pasaraya tersebut setelah mereka memulakan tugas jam 8.15 malam.
"Pakcik tidak sempat berbuat apa-apa walaupun cuba melawan. Ketika berlaku pergelutan beberapa seketika, salah seorang daripada mereka memukul pakcik menggunakan pisau di bahagian muka. Jari pakcik juga cedera akibat kejadian ini.
"Kemudiannya, kedua-dua tangan pakcik diikat dengan 'binding tape' ke bahagian belakang dalam keadaan meniarap. Tidak cukup dengan itu, kaki pakcik diikat tergantung menggunakan seluar. Muka juga turut diikat dengan kain tudung.
"Ketika itu, pakcik tidak berusaha lepaskan diri sebab penjenayah berdiri berhampiran. Pakcik bimbang mereka bertindak luar jangkaan jika berbuat demikian. Mahu atau tidak, pakcik hanya mampu menahan segalanya.
"Hanya selepas betul-betul yakin mereka berlalu setelah tiada lagi bunyi bising dari dalam bangunan, barulah pakcik cuba lepaskan diri. Pakcik terus membantu rakan setugas yang kedua tangan serta kakinya turut diikat tidak jauh dari lokasi pakcik berada," katanya.
Tambah Kasim yang berasal dari Kampung Tanjung Putat, akibat kejadian itu dia luka pada tapak tangan, dan jari telunjuk kanan serta bibir sebelah kiri akibat terkena pisau, manakala rakan setugasnya lebam di badan.
"Pakcik segera hubungi penyelia keselamatan sebelum ke Hospital Hulu Terengganu untuk dapatkan rawatan. Kawan sekerja pakcik, dimasukkan ke wad. Sepatutnya, kami akan habis tugas jam 5 pagi tadi (semalam) tetapi tidak sangka kejadian sebegini pula terjadi.
"Selama sembilan tahun mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan, ini kejadian pertama seumpama ini berlaku ke atas pakcik. Semua ini tidak lemahkan semangat pakcik dan sebahagian asam garam pekerjaan. Syukurlah, pakcik dan rakan setugas selamat," ujarnya.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian.
Bergelut dengan 3 penyamun
Oleh: RUBIAH OMAR
Tarikh: August 30, 2013
KUALA TERENGGANU - Dua pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuala Berang, Hulu Terengganu cedera selepas dipercayai cuba bergelut dengan tiga penyamun bersenjatakan pisau pemotong daging, dalam satu kejadian samun bersenjata di pasar raya berkenaan, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Kasim @ Mat Amin Mat Zin, 65, luka di tapak tangan dan jari telunjuk tangan kanan serta luka di bibir manakala rakan setugasnya, Mat Ali Yunus, 63, mengalami lebam di seluruh badan.
Ketua Polis daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga Indonesia itu telah menyerang mangsa pertama, Kasim @ Mat Amin sementara mangsa kedua, Mat Ali ketika itu sedang membuat rondaan keselamatan di kawasan pasar raya.
"Mangsa telah diacukan sebilah pisau sambil diarahkan mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kakinya diikat ke belakang menggunakan 'binding tape' dalam keadaan meniarap.
"Tidak cukup dengan itu, muka mangsa turut diikat dengan kain tudung menyebabkan mangsa hampir lemas," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu di Perkarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.
Mohd Ismail berkata, selepas yakin mangsa tidak mampu melawan, ketiga-tiga suspek yang masing-masing bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging telah menyerang mangsa kedua, Mat Ali yang ketika itu sedang membuat rondaan keselamatan.
"Mangsa yang sedang meronda di kawasan pasar raya itu telah diserang oleh ketiga-tiga suspek sebelum dipukul di bahagian kepala dan badan.
"Selepas itu, ketiga-tiga suspek telah mengikat tangan dan kaki mangsa dengan 'binding tape' serta mukanya turut ditutup dengan kain tudung," katanya.
Jelasnya lagi, kedua-dua mangsa yang berada dalam keadaan lemah kerana mengalami kecederaan ketika cuba bergelut menyelamatkan diri hanya berjaya membuka ikatan di tangan dan kaki mereka kira-kira empat jam kemudian iaitu kira-kira jam 4.30 pagi.
"Sejurus berjaya membuka ikatan, mangsa menghubungi penyelia keselamatan mereka sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek masuk ke kawasan pasar raya berkenaan dengan cara memotong dinding zink pasar raya dipercayai menggunakan 'cutter' dan kemudian masuk ke bilik pengurus yang terletak di bahagian belakang bangunan pasar raya.
"Suspek turut berjaya memecahkan dua unit peti besi dipercayai berisi wang tunai anggaran RM35,000," katanya yang turut menjelaskan ketiga-tiga suspek kini masih diburu.
Budak 8 tahun dibelasah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tidak menyangka dua remaja tergamak membelasah anak lelakinya yang baru berusia lapan tahun sehingga retak di tulang rahang, dalam satu kejadian di Kampung Bukit Guntong Banggol Peradong, Manir, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian itu hanya diketahui ibu kepada kanak-kanak malang itu kira-kira jam 5.30 petang selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.
"Semasa kejadian, suri rumah terbabit, 44, sedang berehat di rumah sebelum didatangi anak sulungnya memaklumkan adiknya dibelasah dua remaja dikenali berhampiran kediaman mereka.
"Terkejut dengan maklumat itu, ibu mangsa terus ke lokasi dimaksudkan sebelum mendapati mangsa sedang menangis kesakitan dengan keadaan mukanya lebam teruk," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Zamri berkata, mangsa dibawa menerima rawatan susulan di hospital dan doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa mengalami retak tulang rahang dan lebam di muka.
Laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Manir dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan mangsa, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pelayan kedai makan didakwa rogol kenalan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang juga remaja bawah umur, Jun lalu.
Muhammad Iskandar Ismail, 19, dari Kampung Pauh, Jalan PCB di sini, didakwa merogol remaja 14 tahun lima bulan itu di kampung berkenaan pada jam 1 pagi.
Dia dituduh di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus oleh pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilawani Mat Rifin.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pada prosiding semalam, dia mengaku tidak bersalah.
Susulan itu, hakim menetapkan sebutan semula pada 2 Oktober depan. Sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh dan memohon tarikh untuk menunggu laporan perubatan dan kimia mangsa.
Mayat bapa di bonet kereta
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
RANTAU PANJANG – Seorang anak terkejut apabila mendapati bapa tirinya ditemui mati dalam keadaan membongkok dekat bonet kereta Proton Saga, jam 1.30 petang semalam, di Taman Wahyu.
Rosli Hamzah, 45, berkata, arwah bapa tirinya Ghazali Abdullah, 64, dipercayai cuba mengangkat tong gas memasak yang kosong ke kedai, di sini.
"Tong gas kosong masih berada di dalam bonet kereta manakala kedua-dua tangannya seakan cuba mencapai tong berkenaan.
"Mungkin ketika itu ayah sesak nafas kemudian diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, arwah yang tinggal bersama ibunya dekat Golok, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat penyakit sama.
Rosli berkata, dia tidak menyangka perbualannya bersama arwah pagi tadi (semalam) adalah pertemuan terakhir.
Sementara itu, anak ke empat daripada enam beradik, Norizam Ghazali, 45, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah dihubungi saudaranya.
"Arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang, selepas subuh esok (hari ini)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mayat Ghazali dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa mati mengejut" katanya semalam.
Warga emas maut dilanggar
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 30, 2013
KOTA BHARU - Seorang warga emas tidak sempat membeli barang keperluan rumah, selepas maut dalam nahas jalan raya yang melibatkan motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kenderaan berhampiran Jambatan Bunut Payong, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa Mohd. Rashid Ismail, 73, kejadian selepas mengalami kecederaan parah selepas tercampak dari motosikal sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Volkswagen Golf.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah rumahnya di Telipot menghala ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk membeli barangan keperluan harian.
"Mangsa dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dari jenis Volkswagen Golf dan akibat perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan di sebelah kiri dari tempat kemalangan tersebut berlaku.
"Kita masih mengesan pemandu kenderaan itu bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau harap orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, anak mangsa Salman Mohd. Rashid, 40, memberitahu kejadian tersebut diketahuinya selepas menerima panggilan dari orang ramai kira-kira jam 9 pagi.
Salman berkata, sejurus menerima panggilan tersebut dia terus bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahuinya kejadian dengan lebih lanjut.
"Sebelum keluar dari rumah, ayah ada memberitahu dia hendak ke Pasar Wakaf Che Yeh dan dia selaku ke sana untuk membeli barang. Ayah tidak menunjukkan sebarang perangai pelik dan petanda, namun apa pun kami serahkan kes ini kepada polis," katanya.
'Makcik rayu, tapi dia tetap ragut'
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
MARANG – Seorang wanita warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) trauma selepas seorang lelaki tidak dikenali meragut rantai lehernya di rumahnya di Kijing di sini, semalam.
Mangsa Halimah Yusof, 66, yang mengalami kecacatan kekal selepas tulang pahanya patah akibat jatuh tangga lebih 10 tahun lalu itu mendakwa, dia tersedar dari tidur apabila menyedari seorang lelaki tidak dikenali berada di bahagian dapur.
Menurut Halimah, dia bersama anak perempuannya yang juga OKU berada di rumah sementara suaminya keluar minum, terkejut dengan kehadiran lelaki yang tiba-tiba muncul sebelum bertanyakan tujuan lelaki itu memasuki rumahnya.
"Dia (penjenayah) tidak menjawab, sebaliknya menerpa ke arah mak cik dan cuba meragut rantai di leher mak cik, puas mak cik merayu kepadanya agar jangan buat begitu.
"Tetapi dia tetap bertindak kasar dan menarik rantai termasuk mengoyak baju mak cik," katanya.
Kerugian dianggarkan RM8,000.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memberitahu kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.
Pelajar U dipukul depan rumah kekasih
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KAMPUNG RAJA - Seorang penuntut sebuah universiti di Jepun yang pulang ke tanah air sempena cuti semester mengalami lebam dan luka di bahagian kepala serta hampir keseluruhan badan, akibat dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Batu Tumbuh, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Kampung Nail, Kuala Besut telah memandu kereta berseorangan untuk bermain futsal dengan rakannya.
Katanya, penuntut itu kemudiannya pergi ke rumah teman wanitanya untuk menghantar pengecas komputer riba di Kampung Batu Tumbuh.
"Sebaik sahaja mangsa memasuki keretanya untuk pulang, dia didatangi tiga suspek berkenaan yang menahannya sambil menuduhnya telah mencuri," katanya.
Menurut Kamaruddin, sebelum sempat menjawab, ketiga-tiga individu berkenaan telah menumbuk, menendang dan memijak mangsa hingga mengalami kecederaan sebelum dileraikan orang kampung yang menyedari kejadian itu.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut oleh bapanya selepas dimaklumkan kejadian itu oleh bapa gadis berkenaan yang kemudian membuat laporan polis.
Kamaruddin berkata, akibat kejadian itu, ketiga-tiga individu yang merupakan peniaga ditahan untuk membantu siasatan.
Anggota tentera ditahan bantu siasat 6 kes samun
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan dua lelaki, seorang daripadanya anggota tentera bagi membantu siasatan enam kes samun wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di beberapa daerah di negeri ini.
Dua suspek itu diberkas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di hadapan Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok pada Selasa lalu selepas dipercayai menyamun RM29,878 daripada seorang pekerja agensi AIM di kawasan sama.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang berusia 34 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika cuba melarikan diri ke arah belukar berdekatan sekolah itu namun seorang lagi suspek berumur 21 tahun berasal dari Pasir Puteh meloloskan diri dan kini masih diburu.
Turut ditemui wang tunai berjumlah RM7,096 di kawasan belukar itu.
"Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 1 Sept. Kita harap tangkapan ini dapat selesaikan enam kes (samun) AIM yang berlaku di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok. Ini adalah sebahagian daripada Ops Cantas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam kejadian 12 tengah hari Selasa lepas, seorang pembantu AIM yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke pejabatnya untuk menyerahkan wang hasil kutipan daripada peserta, dihimpit sebuah kereta jenis Proton Saga ketika melalui kawasan pembuangan sampah.
"Akibat dihimpit, mangsa yang berusia 27 tahun itu terpaksa berhenti di bahu jalan sebelum disamun tiga suspek.
Mazlan berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau bagaimanapun ujian air kencing mereka positif methamphetamine. - Bernama
Nenek, 2 cucu ditemui mati dibunuh
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
DENGKIL - Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.
"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian.
Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang jiran yang hanya dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata kira-kira pukul 11 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari rumah itu dan meninjau persekitaran namun tiada sebarang perkara yang dilihat mencurigakan.
"Sekitar rumah pun dilihat tiada kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir itu pergaduhan biasa kerana sepanjang saya mengenali mereka, dilihat tiada sebarang masalah," katanya. – Bernama
Kes pistol hilang masih disiasat
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
SHAH ALAM - Polis masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan sepucuk pistol milik seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, Isnin lepas.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa yang cedera di kepala dan lutut masih belum boleh bercakap serta sedang dirawat di hospital.
"Kita masih menunggu mangsa pulih dan boleh bercakap supaya mendapat cerita sebenar berhubung kemalangan yang menimpanya," katanya dalam sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, Thaiveegan berkata polis Selangor sentiasa bersedia untuk membantu operasi besar-besaran yang akan dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja di negara ini.
Baru-baru ini, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu gerakan besar-besaran akan dibuat bermula 1 Sept bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja di negara ini membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan berkaitan. – Bernama
Mayat bayi ditemui dalam loji kumbahan UiTM Dungun
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
DUNGUN - Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji," katanya kepada Bernama.
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – Bernama
Wanita miliki vest ada lambang polis didakwa
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki sebilah pisau, vest dan kulit buku saku yang mempunyai lambang dan perkataan polis, Ahad lepas.
Noorhidayu Ramdzan, 24, didakwa memiliki sebilah pisau berukuran 10 inci di tempat awam semasa sekatan jalan raya polis di Jalan Maarof, Bangsar di sini pada 3 pagi, 25 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Noorhidayu juga didakwa memiliki sehelai vest dan kulit buku saku yang mempunyai lambang dan perkataan polis, yang hanya boleh digunakan oleh pegawai polis dengan kuasa sah di tempat dan pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu menunggang motosikal bernombor pendaftaran palsu di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama
Ambang Merdeka: 1,000 polis bertugas di P.Pinang
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
BALIK PULAU - Seramai 1,000 anggota polis kontinjen Pulau Pinang akan ditempatkan di setiap lokasi semasa sambutan ambang kemerdekaan di seluruh negeri, malam esok, bagi menjaga ketenteraman awam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi penugasan khas itu akan dibarisi semua ketua dari setiap balai, jabatan, serta unit melibatkan kawasan yang dijangka menjadi tumpuan ramai antaranya Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan Auto City Juru.
"Dalam keriangan orang ramai menyambut merdeka, mereka diingatkan agar tidak lupa menjaga tata susila dan meraikannya dengan suasana harmoni serta mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan 86 orang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan di negeri ini menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas, sehingga semalam.
Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah dan sepanjang operasi itu, kadar jenayah kekerasan mencatatkan tiga kes manakala 12 kes melibatkan jenayah harta benda.
Abdul Rahim berkata susulan penahanan kesemua suspek terbabit polis turut merampas pelbagai senjata dan peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah antaranya tiga pucuk pistol, enam parang, lima pedang samurai, 20 butir peluru dan sebutir bom.
Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kurang senang dengan tindakan polis menyerbu pusat hiburan dengan berpakaian khas lengkap bersenjata, beliau menjelaskan, ia mengikut prosedur operasi polis yang sepatutnya.
Katanya polis tidak melakukan serbuan secara melulu dan pakaian khas itu bukan bertujuan menakutkan orang ramai sebaliknya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan luar jangka.
"Biasanya di lokasi yang kita serbu pasti kita akan jumpa barang kes kerana setiap gerak kerja yang dilakukan berpandukan dengan risikan dan maklumat yang dikumpulkan," katanya. – Bernama
Isu Kongsi gelap: 'Waspada!' kata polis
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
SHAH ALAM - Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.
"Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka," katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Khalid menyifatkan kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata polis akan memburu kesemua yang terbabit secara serius melalui Op Cantas.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media hari ini berkata kesemua 49 kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos.
Khalid juga berkata polis sedia mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap ahli politik yang didapati terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk menjadi ketua kumpulan itu.
"Setakat ini kami tidak dengar lagi ahli politik yang terlibat dalam kongsi gelap, tetapi kalau kami siasat dan didapati benar, kami akan ambil tindakan yang betul," katanya mengulas laporan akhbar semalam yang mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap diketuai ahli politik di negara ini. - Bernama
Mangsa kemalangan di jalan Muar - Tangkak kritikal
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
MUAR - Seorang daripada tiga beradik perempuan yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Muar-Tangkak dekat Pekan Bukit Kangkar, Ledang, semalam, masih kritikal.
Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata Siti Nur Ain Abdul Rahim, 23, berada di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan otak selain cedera parah di bahagian kaki.
"Siti Nur Ain tidak sedarkan diri sejak dia dimasukkan ke wad berkenaan pagi semalam," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini.
Dr Selahuddeen berkata kakak Siti Nur Ain pula, Siti Hajar, 30, yang tenat semalam kini stabil di Wad 6 hospital itu manakala adiknya Siti Suhada, 20, yang ditempatkan di wad sama juga beransur pulih.
Beliau berkata Siti Hajar, seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra dekat Kulaijaya, mengalami patah tengkuk dan cedera tulang belakang manakala Siti Suhada pula cedera di lengan kanan dan dahi.
Sementara itu, Siti Hajar yang ditemui di wad berkenaan dilihat masih trauma dengan kejadian itu dan menangis setiap kali menerima kunjungan saudara mara.
Seorang saudaranya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata Siti Hajar ada memberitahu dia sepatutnya memandu kereta secara bergilir-gilir dengan ibu saudaranya, Jasilah, yang terkorban dalam kemalangan itu.
Kemalangan kira-kira pukul 5.50 pagi semalam menyebabkan
Lima yang terbunuh ialah ibu tiga beradik itu, Mahani Othman, 56, ibu saudara mereka Rokiah, 62, dan Jasilah, 42, suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, serta seorang saudara lain, Ramlah Abu Bakar, 66.
Kesemua mereka sebelum itu dilaporkan dari Kuantan, Pahang selepas menziarahi seorang saudara mereka yang meninggal dunia.
Kesemua jenazah sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Amat, Parit Bakar di sini semalam. - Bernama
Produk kecantikan haram dirampas
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan merampas pelbagai produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bernilai lebih RM50,000, di sebuah klinik swasta di sini, pada 20 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata produk kecantikan haram itu dilakukan melalui suntikan seperti bebuli Vitamin C, sari placenta dan hormon.
Doktor tersebut turut menyimpan dan menjual empat jenis ubat perangsang seks haram di klinik tersebut, katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata serbuan dilakukan tujuh pegawai Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan, pada 10.30 pagi, setelah intipan selama sebulan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan.
Beliau turut mengingatkan pengamal perubatan swasta supaya beretika terhadap profesion mereka dan tidak menjual produk yang tidak berdaftar dengan KKM.
"Pengamal perubatan dinasihat agar tidak mengikut permintaan pesakit yang memohon untuk menyuntik vitamin C ke dalam badan mereka walaupun vitamin tersebut milik pesakit itu sendiri," katanya.
Menurut beliau, gejala pengambilan Vitamin C secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak dan penyakit ginjal yang boleh menyebabkan kematian. - Bernama
Kes lepas tahanan: Permohonan ikat jamin ditolak
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Latheefa Koya yang mewakili tertuduh, Koperal M. Eamulai, 52.
Pada 16 Ogos lalu, mahkamah itu tidak membenarkan Eamulai diikat jamin selepas Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes itu serius kerana tertuduh melepaskan tahanan yang berhadapan dengan kes dadah dan membawa hukuman gantung jika disabitkan.
Dalam prosiding hari ini, Hakim Dazuki berkata dalam permohonan itu, alasan yang dikemukakan pihak pembelaan bukan fakta atau material baharu untuk mengubah keputusannya yang terdahulu.
"Peguam tertuduh sebelum ini telah menghujahkan perkara sama cuma bezanya pada prosiding hari ini dikemukakan laporan kesihatan," katanya.
Terdahulu, Latheefa menyerahkan laporan kesihatan anak guamnya yang dikatakan mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes itu.
Eamulai didakwa melepaskan Osuji Kelly Prince, 25, yang ditahan atas kesalahan dadah di Lokap Berpusat Jinjang di sini antara 9.30 pagi dan 10.46 pagi, 12 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 225 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama
Geng 04, Geng 08 paling bahaya dan aktif
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dalam pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api dan senjata tajam.
"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama, " katanya dalam sidang media semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.
Beliau berkata kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.
Abdul Rahim juga mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida
Katanya kumpulan Tiga Line yang menggunakan tiga warna utama iaitu hijau, biru, merah mempunyai 729 ahli aktif di 20 kawasan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan Selangor dan menurutnya sebuah lagi kumpulan Melayu ialah Geng 30.
Kumpulan lain yang didalangi kaum
Kumpulan yang dianggotai kaum Cina ialah Geng 24 dan Geng 18 (1,209 ahli), Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, PNEH, Hong hong San, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Ger Ah Eng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor, Geng 35 dan Geng 303.
Beliau berkata kumpulan kongsi gelap yang aktif di Sabah ialah ATAP, Hung Ann, Sui Yuk, Otai, Borneo Red EMP.
Di Sarawak, kumpulan yang dikenal pasti ialah Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sg Merah, Sg Badut, Ting Ching Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop.
"Di Sarawak kalau masih ingat mereka juga yang mengawal harga barang masak seperti telur satu masa dahulu," kata Abdul Rahim.
Beliau berkata kaum
Abdul Rahim berkata tiada sesiapa dibenarkan menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji-panji, logo, simbol atau tanda berhubung dengan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Mengenai ketua kongsi gelap atau 'mastermind', beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat mengenai perkara itu namun pihaknya tidak menafikan ketuanya sering kali bertukar.
Katanya PDRM juga akan menyiasat mengenai sama ada gangsterisme di kalangan pelajar sekolah ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap tersebut. - Bernama
Kongsi gelap rekrut pelajar
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.
"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di sini hari ini.
Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.
Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.
"Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian," katanya. - Bernama
Peniaga kereta terpakai gagal saman JPJ
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop menolak saman Cheah Kuai Wah terhadap JPJ dan pekerjanya Masuri Othman, polis dan kerajaan dengan kos RM30,000.
Rosilah mengumumkan keputusan itu di dalam kamarnya selepas selesai mendengar perbicaraan penuh.
Peguam Cheah, Lim Lip Eng memberitahu pemberita bahawa hakim memutuskan plaintif (Cheah) tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap empat defendan itu.
"Beliau tidak mempunyai locus standi kerana namanya tidak didaftarkan sebagai pemilik kereta," katanya dan menambah beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 6 Feb lepas, Cheah berkata pada 9 Mac 2010 beliau membeli sebuah kereta Toyota Camry daripada seorang penjual dengan harga RM126,500 tanpa mengetahui ia kereta curi.
Cheah mendakwa dia mengetahui perkara itu selepas polis menyita kenderaan berkenaan pada 14 Jan 2011 selepas dia menjual Camry itu kepada penjual kereta terpakai lain, yang kemudian menjual kereta itu kepada pelanggannya.
Dalam saman itu, Cheah berkata pemeriksaan dengan JPJ dan polis mendapati penjual berkenaan ialah pemilik berdaftar kereta itu dan bebas daripada sebarang transaksi pemilikan.
Beliau mendakwa Masuri melakukan kecuaian apabila membuat pemindahan pendaftaran pemilikan kereta itu kepadanya manakala JPJ gagal mempamerkan dalam sistem komputernya yang kereta itu merupakan kereta curi.
Cheah menuntut RM203,316 untuk ganti rugi khas, am dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Defendan dalam kenyataan pembelaannya berkata nama Cheah tidak pernah didaftarkan sebagai pemilik kereta sehubungan itu beliau tidak mempunyai locus standi untuk menyaman mereka. - Bernama
KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis
Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Tarikh: August 29, 2013
FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.
Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.
"Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.
"Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.
Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, "Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet."
Status itu juga menyebut, "Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran 'link' di laman sosial sebelum tindakan dikenakan."
Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.
"Sebarang maklumat 'link' yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.
"Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan," tulisnya.
Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.
Pemandu treler bantu keluarkan mangsa kemalangan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
LEDANG - Pemandu sebuah treler yang dirempuh kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza sehingga mengorbankan empat penumpang dan seorang pemandu dalam kejadian dekat Bukit Kangkar, di sini, semalam menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah trelernya di bahu jalan.
Sapuan Tunas, 44, berkata, ketika itu, dia sedang bersarapan di sebuah warung untuk menghantar barangan plastik bekas makanan ke Kuala Lumpur dari Muar, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.
"Sebaik dengar bunyi itu, saya bersama penduduk yang berada di warung bergegas ke tempat kejadian dan melihat sebuah Toyota Avanza remuk berhampiran treler," katanya.
Pemandu MPV itu dipercayai sudah meninggal dunia kerana mengalami cedera parah dan tersepit di tempat duduk.
"Saya dengan pertolongan orang ramai segera membantu mengeluarkan dua mangsa yang cedera sebelum menghubungi ambulans.
"Saya sering singgah bersarapan di
Sapuan berkata, kejadian itu adalah pengalaman terburuk dialami sejak 22 tahun jadi pemandu treler dan kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang.
Sementara itu, anak mangsa, Nordin Basiron, 42, menerima berita mengejutkan itu jam 10 pagi ketika di tempat kerja.
"Walaupun sedih tetapi saya reda dan bersyukur dapat menyambut Aidilfitri sebelum ini bersama ayah dan ibu," katanya
5 maut selepas hadiri pengebumian
Oleh: NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN
Tarikh: August 29, 2013
LEDANG - Perjalanan pulang lapan sekeluarga dari menghadiri majlis pengebumian saudara di Kuantan, Pahang, Selasa lalu bertukar tragedi apabila
Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dengan sebuah lori kontena.
Mangsa maut di tempat kejadian adalah pemandu Toyota Avanza, Jasilah Othman, 43; kakaknya Rokiah, 62; serta ibu saudara mereka, Ramlah Bakar, 66.
Manakala, dua lagi yang maut ialah kakak Jasilah, Mahani, 56; serta Basiron Kasiran, 74, (suami Rokiah).
Bagaimanapun, tiga lagi penumpang iaitu Siti Hajar Abdul Rahim, 30; Siti Nor Ain dan Siti Nor Suhada terselamat meskipun mengalami kecederaan parah dengan salah seorang daripadanya dilaporkan kritikal.
Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Jazila menghala ke Muar dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah treler yang terletak di bahu jalan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan MPV tersebut remuk teruk di bahagian hadapan dan kesemua mangsa dipercayai tersepit di tempat duduk masing-masing.
Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
"Dua lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ketika mendapatkan rawatan dan tiga yang cedera turut mendapat rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, Pengarah HPSF Dr Selahudeen Abdul Aziz berkata, sehingga jam 6 petang semalam, mangsa, Siti Hajar masih berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.
"Dia (Siti Hajar) masih berada di ICU. Manakala dua lagi mangsa yang terselamat dilaporkan stabil.
"Kita akan buat pemantauan rapi untuk mengetahui perkembangan semasa semua mangsa," katanya.
Kesemua mangsa yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Amat, Parit Jawa, Muar. selepas solat Asar, kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama.
Isu Tanda Putera: DAP hipokrit
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang penayangan filem Tanda Putera di pawagam-pawagam di negeri tersebut membuktikan sikap hipokrit DAP yang sering melaungkan perjuangan kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, beliau tidak terkejut dengan tindakan DAP ini kerana sememangnya parti itu hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.
"Namun apabila ia sedikit sebanyak menyentuh sikap mereka maka inilah tindakan yang diambil.
"DAP ternyata melihat penayangan filem itu dari sudut perkauman.
"Persoalannya adakah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta pemimpin2 DAP lain sudah menonton filem tersebut sebelum membuat keputusan itu.
Filem Tanda Putera mula disiarkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini.
Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan mengenai filem yang ditayangkan sebelum ini menghina orang Melayu tetapi tidak dipertikaikan oleh kerajaan Pulau Pinang.
"Sebenarnya apabila DAP menganggap filem Tanda Putera berunsur perkauman, merekalah yang sebenarnya bersikap demikian.
"Filem itu ternyata memaparkan kisah sejarah perjuangan pemimpin utama negara ketika itu khususnya Tun Abdul Razak dan Tun Ismail.
"Oleh itu saya menyifatkan tindakan DAP ini lebih bermotifkan politik dan cuba menutupi sejarah sebenar negara," katanya lagi.
Sehubungan itu, ujar Ahmad Zahid, "Beliau menyeru semua pihak untuk sama-sama bangkit bagi mengecam tindakan membuta tuli Kerajaan DAP yang saya percaya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu."
Tanda Putera: 'Hanya nasihat, bukan larang'
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Beliau juga berkata tiada tindakan akan diambil ke atas pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri itu.
"Kerajaan negeri Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang.
"Kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau
Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini.
Lim berkata langkah untuk mengeluarkan nasihat itu juga kerana beliau menganggap filem berkenaan telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat
"Filem 'Tanda Putera' telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC)".
Sementara itu, Golden Screen Cinema (GSC) menerusi laman webnya mengumumkan bahawa filem 'Tanda Putera' tidak akan ditayangkan di Pulau
Menurut pengumuman itu, GSC akan membuat pembayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket filem itu mulai pukul 5 petang hari ini, pada waktu operasi pawagam dalam tempoh seminggu dari tarikh tayangan.
Tinjauan Bernama di beberapa pawagam di Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall, Kompleks Bukit Jambul dan Gurney Plaza mendapati filem berkenaan tidak ditayangkan. – Bernama
Isu kain rentang: MAIPP diarah siasat segera
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu bagi mengenal pasti kedudukan sebenar isu tersebut selain mengelakkan sensitiviti sesuatu agama diganggu daripada terus berulang.
"Kita minta MAIPP segera siasat kes seperti ini sebab kita tak mahu lagi banyak isu melibatkan sensitiviti agama timbul," katanya pemberita ketika diminta mengulas isu itu di sini hari ini.
Berdasarkan laporan media, sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, Pulau Pinang mempamerkan kain rentang berlatar belakang gambar masjid itu bertulis, 'Selamat HariRaya & Merdeka, Spend Up RM150 to have a chance to win: 2 bottles Champange, 1bottle of Martell, 1 carton Tiger, 2 bucket Tiger', bermula 7 Ogos hingga 31 Ogos ini.
Jamil Khir sebelum itu hadir ke Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang bersara secara rasmi mulai 6 Ogos lepas.
Sementara itu, Che Mat berkata Jawi sedang menyediakan kertas kerja untuk menaik taraf surau di pusat beli-belah, tempat tumpuan orang awam dan institusi kewangan di ibu negara untuk dijadikan surau Jumaat.
"Kertas kerja itu disediakan bersama-sama pejabat mufti untuk kenal pasti lokasi yang betul-betul sesuai jadi surau Jumaat sebelum dinaik taraf kemudahan di situ bagi memudahkan orang awam menunaikan kewajipan mereka," katanya.
Katanya langkah itu adalah pelan jangka panjang Jawi untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai contoh terbaik yang menawarkan kemudahan tempat ibadah untuk umat Islam di sini. - Bernama
Suspek rempuh polis ditahan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
KULIM - Hasrat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, yang bekerja sebagai buruh untuk melangsungkan majlis perkahwinannya pada 31 Ogos ini, mungkin tidak ke sampaian apabila suspek ditahan kerana merempuh seorang anggota polis, kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit sedang membuat pemeriksaan rambang di Jalan Pondok Labu.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah Sungai Lembu menghala ke Kulim terkejut apabila ternampak polis.
"Suspek memperlahankan motosikalnya sebaik sahaja ternampak polis membuat pemeriksaan terhadap dua kereta di hadapannya.
"Menyedari dia tidak mempunyai lesen, suspek
Ghuzlan berkata, akibat rempuhan kuat itu mangsa tercampak kira-kira enam meter dan terbaring di atas jalan.
"Suspek kemudiannya
Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
Siasatan awal mendapati, suspek disahkan positif syabu dan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan arahan tahan reman pagi ini.
Suspek disiasat bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1957 kerana memasukkan dadah dalam badan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan berbahaya.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta penjara jika gagal membayar denda ditetapkan.
Ghuzlan berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak ada perlindungan insurans serta tidak berhenti ketika pemeriksaan polis dijalankan.
"Polis mengambil serius permasalahan ini kerana sebelum ini seorang anggota polis dari Balai Polis Hi-Tech berpangkat koperal turut terkorban setelah dirempuh penunggang motosikal," katanya.
Mengaku tidak bersalah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
BUKIT MERTAJAM - Seorang pembantu pejabat mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu menghalang tugas dan menunjukkan isyarat lucah kepada penjawat awam di mahkamah sesyen, semalam.
K Thasarathan, 31, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu terhadap polis peronda lebuh raya, Muhamad Mukhlis Abdul Aziz, Izham Ibrahim dan Aminuddin Alias yang sedang melakukan rondaan di Kilometer 140 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Juru ke Sungai Dua, Ahad lalu.
Dia dituduh menghimpit kenderaan peronda dan enggan memberhentikan kereta dipandu sebelum menunjukkan isyarat lucah kepada ketiga-tiga penjawat awam terbabit.
Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim, manakala tertuduh diwakili dua peguam,
Tertuduh melalui peguam belanya turut memohon agar ikat jamin dikurangkan kerana dia bekerja sendiri dan terpaksa menanggung keluarga.
Tertuduh yang ditahan di rumahnya juga dikatakan memberikan kerjasama bagi memudahkan tugas semua pihak.
Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes serta penyerahan dokumen pada 25 September depan.
5 kakitangan TNB tersepit
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
KULIM -
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua terlibat cedera di kepala dan badan, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya, mangsa datang dari arah lampu isyarat Taman Industeri Waja menuju ke lampu isyarat Lebuh Raya Perdana.
"Ketika melalui satu selekoh, pemandu terlibat gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh pembahagi jalan, sebatang pokok dan tiang lampu yang berada di tengah jalan sebelum terbalik.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hi-Tech dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk," katanya.
Semua mangsa terlibat kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Dari laporan diterima ada dalam kalangan mangsa terlibat patah anggota badan.
Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.
Ghuzlan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak memandu laju dan sentiasa mematuhi undang-undang.
Anak pegawai khas MB positif kencing tikus
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2013
Mohd Najmuddin berkata, Nur Hasya Rushaida, 15, bersama adiknya, Nur Sakinah Hayani, 13 dikesan mengalami demam, Khamis lalu dan dibawa ke klinik untuk rawatan namun demam Nur Hasya berlarutan sementara adiknya beransur pulih.
Beliau berkata, Nur Hasya Rushaida yang merupakan anak ketiga dari empat beradik sering demam pada waktu malam, namun selepas keadaannya semakin teruk, beliau telah membawa anaknya itu ke hospital.
"Selepas sampel darah diambil, keputusan menunjukkan anak saya positif virus kencing tikus. Namun pihak hospital masih menjalankan beberapa ujian melalui air kencing dan najis untuk kenal pasti punca.
"Nur Hasya Rushaida berada dalam keadaan tidak normal dan tidak memberi reaksi apabila berulang kali dipanggil. Selera makannya juga berkurangan sejak ditempatkan di hospital," katanya ketika ditemui bersama isterinya, Datin Ummi Kalthum Mohd Hosni dan anak bongsu, Nur Sakinah di hospital berkenaan, semalam.
Mohd Najmuddin berkata, ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga berhadapan dengan situasi berkenaan, namun reda dengan ketentuan ALLAH serta mendoakan yang terbaik buat Nur Hasya Rushaida.
"Saya harap pihak berkuasa tempatan jalankan pemeriksaan kebersihan dan kesihatan lebih kerap terutama di premis makanan yang dipercayai salah satu punca penularan virus ini.
"Saya nasihatkan masyarakat agar segera dapatkan rawatan jika ahli keluarga mengalami demam. Jangan biar demam berlarutan kerana kita tidak tahu punca sebenar. Jalani pemeriksaan lanjut sebelum bertambah serius," katanya.
Nur Hasya Rushaida adalah pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Said dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Oktober ini.
KWSP: Lebih ramai pilih lanjut simpanan persaraan
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KUALA LUMPUR - Semakin ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun untuk menguruskan simpanan persaraan mereka dengan lebih baik, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Beliau berkata sebanyak 47,897 permohonan diluluskan sepanjang suku tahun kedua yang berakhir 30 Jun, 2013 berbanding 37,602 permohonan diluluskan pada suku kedua 2012 (suku pertama 2013: 43,775), meningkat 27.38 peratus.
Angka berkenaan menunjukkan peningkatan pencarum melanjutkan tempoh simpanan persaraan mereka bagi tempoh yang lebih lama, kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata jumlah yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun bertambah daripada RM1.51 bilion pada suku kedua 2012 kepada RM1.77 bilion pada suku kedua 2013, naik 17.32 peratus (suku pertama 2013: RM1.66 bilion).
"KWSP menyambut baik berita ini yang menunjukkan semakin ramai pencarum sedar akan kepentingan merancang kewangan untuk persaraan mereka."
"Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun memberikan peluang kepada pencarum menguruskan simpanan mereka agar dapat bertahan lebih lama dan meningkatkan simpanan kesan daripada pengkompaunan dividen tahunan yang diperoleh.
"Persaraan yang mampan memerlukan pengurusan kewangan yang baik agar pencarum mempunyai simpanan yang cukup untuk memenuhi keperluan asas kewangan mereka di hari tua," katanya.
Sepanjang suku tahun yang dikaji, Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun menyaksikan sebanyak 48,927 permohonan diluluskan berbanding 44,391 permohonan pada S2 2012 (suku pertama 2013: 45,756), mencatatkan kenaikan 10.22 peratus.
Jumlah yang dikeluarkan sepanjang suku tahun ini berjumlah RM2.04 bilion (suku pertama 2013: RM2.02 bilion), naik 9.62 peratus daripada RM1.86 bilion pada suku kedua 2012.
Pada suku kedua 2013, penggunaan kios KWSP mencatatkan kenaikan kepada 2.356 juta berbanding 1.943 juta pada suku kedua 2012, meningkat 21.30 peratus yang menunjukkan lebih ramai pencarum gemar menyemak penyata akaun mereka di kios kerana lebih cepat.
Sebanyak 145 kios ditempatkan di cawangan KWSP seluruh negara, tiga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan 1,108 di bank terpilih serta tempat tumpuan awam. Peningkatan ini selaras dengan penurunan transaksi di kaunter daripada 1.435 juta pada suku kedua 2012 kepada 1.373 juta pada suku kedua 2013, turun 4.29 peratus.
"KWSP akan terus meneroka kaedah elektronik yang akan meningkatkan penyampaian perkhidmatannya untuk membolehkan pencarum dan majikan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang lebih selesa dan cepat.
"KWSP kini menggesa majikan untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan e-Caruman yang menjimatkan masa dan wang bagi menghantar butiran caruman bulanan mereka.
Ia juga akan mengurangkan kesilapan dan memastikan ketepatan maklumat yang dihantar. Penggunaan e-Caruman adalah wajib kepada semua majikan baharu berdaftar dengan KWSP," kata Shahril Ridza.
Setakat 30 Jun, 2013, jumlah penamaan yang dicatatkan ialah 3.53 juta, bertambah 5.16 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2012.
"KWSP amat menggalakkan pencarum yang masih belum membuat penamaan agar segera berbuat demikian. Menamakan waris akan memastikan orang tersayang dilindungi tanpa perlu melalui proses yang sukar untuk mengeluarkan simpanan KWSP sekiranya pencarum meninggal dunia," kata beliau.
Setakat suku kedua 2013, pencarum KWSP berjumlah 13.77 juta, naik 3.10 peratus berbanding 13.35 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.
Pencarum aktif yang mencarum dengan KWSP berjumlah 6.43 juta pada suku kedua 2013 manakala majikan berdaftar turut meningkat daripada 496,939 pada suku kedua
2012 kepada 512,078 pada tempoh sama tahun ini, naik 3.05 peratus.
"KWSP akan terus memberikan fokus untuk memastikan pencarum dapat menikmati persaraan yang mampan. Pengumuman terbaharu mengenai Simpanan Asas menunjukkan pencarum perlu mempunyai simpanan persaraan yang dapat menampung
"Bersama-sama dengan perlaksanaan kadar caruman penuh pada umur 60 tahun mulai gaji Ogos, KWSP berharap ia akan memudahkan pencarum untuk mencapai persaraan yang mampan," kata Shahril. - Bernama
Naib Canselor UTM baru dilantik
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan
2016.
YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar akan mengambil alih tugas yang disandang oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang sebelum ini berikutan pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha (KSU) II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Asas-asa pemilihan
Pemilihan YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar sebagai Naib Canselor UTM adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian dengan mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan dan pentadbiran beliau di UTM.
Di samping itu, latar belakang beliau dalam bidang kejuruteraan seiring dengan portfolio UTM sebagai universiti berstatus penyelidikan yang berteraskan bidang kejuruteraan. Pelantikan ini diharapkan dapat membawa UTM ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya bagi meneruskan pelan pembangunan UTM dari segi penyelidikan & inovasi serta meningkatkan kualiti tenaga akademik dan mahasiswa.
Kementerian juga berharap agar UTM dapat terus maju ke arah institusi yang self reliant dari segi aspek kewangan dan penghasilan teknologi baru.
Latar belakang pendidikan dan kerjaya
Sebelum pelantikan beliau sebagai Naib Canselor, YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar merupakan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) di Universiti Teknologi
Beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Kursus Ijazah Lanjutan, Fakulti Kejuteraan Awam UTM, Ketua Jabatan Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam UTM dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.
Beliau juga pernah terlibat dalam pelbagai projek penyelidikan yang melibatkan kerjasama Jabatan Kerja Raya, IKRAM, CIDB dan lain-lain.
Penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor terdahulu
Kementerian Pendidikan
Sumber : Kementerian Pendidikan
Pencerobohan Lahad Datu bakar semangat patriotik
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos ini akan disambut dengan penuh semangat patriotik bagi penduduk Sabah yang pernah digemparkan peristiwa pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu, 12 Februari lalu.
Peristiwa pencerobohan pengganas itu menjadi iktibar kepada rakyat negeri itu tentang pentingnya perpaduan, semangat patriotik dan mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Sunardy Sofian, 33, dari Tawau, menganggap sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peristiwa pencerobohan pengganas itu membangkitkan semangat patriotik yang lebih kuat bagi individu sepertinya.
"Peristiwa hitam yang berlaku di Lahad Datu itu telah membuka mata dan minda saya tentang pentingnya kemerdekaan dan kita perlu bersatu padu untuk mengekalkan keamanan yang kita alami," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peristiwa itu perlu menjadi pengajaran kepada orang ramai kerana tanpa pengorbanan dan perpaduan, negara tidak akan aman seperti sekarang.
Dency Guput, 45, dari Semporna, pula berkata setiap sambutan Hari Kemerdekaan membangkitkan semangat kemerdekaan yang unik seperti juga 56 tahun lalu iaitu ketika pertama kali negara ini mendapat kemerdekaan.
"Mungkin suasana pada masa itu jauh berbeza berbanding sekarang namun saya menganggap ia sama kerana peristiwa pencerobohan di Lahad Datu itu telah membangkitkan semangat patriotik terutama kami yang menetap di sekitar kawasan kejadian pencerobohan itu.
"Saya sangat bangga dengan semangat dan keberanian anggota keselamatan negara kita yang sanggup menggadai nyawa untuk semua rakyat
Beliau berkata dengan adanya semangat dan pengorbanan anggota keselamatan, negara sentiasa aman, damai dan bebas daripada gangguan anasir luar yang boleh menggugat keharmonian dan kedaulatan
"Oleh itu untuk menghargai keamanan yang selama ini kita nikmati, kita perlulah tunjukkan semangat patriotik seperti semangat yang ditunjukkan oleh anggota keselamatan semasa bertugas mempertahan negara daripada diceroboh seperti yang berlaku di Lahad Datu itu.
Menurut Mohd Jefry Lukas, 25, dari Sandakan, Hari Kemerdekaan tahun ini walaupun tiada kelainan dari segi sambutan, namun semangat patriotik jauh berbeza bagi dirinya selepas peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang terletak kira-kira 270 kilometer dari pusat bandar Sandakan.
"Peristiwa itu mengajar saya bahawa keamanan di sesebuah negara sangat penting dan keamanan ini perlu kita jaga.
"Sikap patriotik bukan ditunjukkan dengan hanya memasang Jalur Gemilang tetapi dengan sikap setiakawan warganegara seperti turut serta dalam pelbagai program yang berkaitan dengan perpaduan dan mempertahan negara," katanya yang merupakan seorang anggota Pasukan Sukarelawan
Peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu mengorbankan 10 anggota keselamatan iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera.
Semasa insiden itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Operasi Daulat bermula 5 Mac setelah rundingan selama sebulan bagi menghantar pulang pengganas itu, yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb, menemui jalan buntu.
Kejayaan gerakan ofensif operasi itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.
Operasi Daulat tamat selepas kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, mulai 29 Mac lepas serentak dengan penguatkuasaan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esszone) demi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Sabah serta kedaulatan negara. - Bernama
Bunuh bapa kerana dera ibu secara seksual
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Remaja lelaki itu, Dharmendra dan dua orang adik-beradik perempuannya yang berusia 14 dan 19, kini ditahan polis kerana membantu melupuskan mayat bapa mereka.
Walaupun ketiga-tiga remaja berkenaan telah dituduh membunuh dan dibenarkan diikat jamin, namun mereka terpaksa terus kekal dalam lokap kerana tiada siapa tampil untuk mengikat jamin.
Menurut seorang pegawai kerajaan, Rajkumar Jhadia, bukan hanya keluarga suaminya memulaukan wanita berkenaan, malahan seluruh kampung kini tidak lagi menegur sapanya.
"Tiada seorang pun daripada adik-beradik si mati mahu menjamin anak-anak wanita itu malahan gagal mencari sesiapa sahaja sebagai penjamin bagi ikat jamin ," kata Jharia .
"Wanita itu telah keluar dari rumah ibu mertuanya dan kini sedang mencari tempat tinggal lain," katanya.
Wanita itu dilaporkan telah pulang ke rumah bapanya di Binori dan abang-abangnya sedang berusaha untuk mengumpul wang jaminan.
Sementara itu, pihak polis masih belum memfailkan kertas pertuduhan.
Ketua balai polis Damini yang bertanggungjawab, Arvind Tiwari berkata, "wanita itu melawat balai polis sekali dan memberitahu dia telah dipulaukan dalam undang-undang .
Tuntut hakim tarik balik kenyataan
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Hakim berkenaan telah mengatakan bahawa mangsa rogol 14 tahun "lebih dewasa daripada usia kronologinya" dan mempunyai "mampu mengawal situasi" terhadap perogolnya.
Hakim G. Todd Baugh membuat kenyataan demikian ketika mengurangkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang bekas guru Billings Senior High School kepada hanya 30 hari.
Beliau sebelum itu memberitahu media Billings Gazette bahawa apa yang beliau kata sebelum ini adalah "bodoh dan salah."
Menurut laporan Associate Press (AP), remaja yang menjadi mangsa rogol dalam kes ini telah membunuh diri ketika berusia 16 tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, penganjur komuniti, Sheena Rice berkata, tunjuk perasaan akan diteruskan dan hanya akan dihentikan sekiranya hakim berkenaan membuat permohonan maaf.
Beliau menambah, sebagai hakim Baugh seharusnya lebih mengetahui perkara sebenar sebaliknya terus menyalahkan mangsa.
Tambah Rice lagi, petisyen turut akan diedarkan bagi mendesak Baugh meletak jawatan.
'Jangan terpedaya, kami bukan pengganas'
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KAHERAH - MESIR - Bekas penggubal undang-undang Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mohammed el-Beltagy, kelmarin menafikan dakwaan bahawa Gerakan Ikhwanul Muslimin melakukan tindakan keganasan selepas insiden rampasan kuasa pada 3 Julai lalu.
Menerusi wawancara yang disiarkan Al-Jazeera, el-Beltagy mendakwa tentera
"Jangan mudah terpedaya dengan pembohongan tentera dan kerajaan sementara yang melabel kami sebagai pengganas,'' tegasnya
Difahamkan, Ikhwanul Muslimin merancang untuk mengadakan gelombang protes baru untuk menentang tindakan melulu pihak berkuasa menahan ramai pemimpin kanan mereka termasuk Mohamed Soltan, anak kepada Salah
Soltan yang merupakan salah seorang tokoh bersuara lantang dalam gerakan itu.
Menurut laporan Al- Jazeera, Sejak awal bulan lalu, el-Beltagy terpaksa menyembunyikan diri selepas pihak berkuasa bertindak menggempur kem penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi yang turut menyebabkan anak perempuannya, Asmaa el-Beltagy terkorban.
Tembakan meletus berdekatan Kedutaan
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
KAHERAH - MESIR - Bunyi tembakan kedengaran di Gamaat El Dawal pada Rabu, kawasan terletaknya bangunan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Tembakan dikatakan mula didengar kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) dan sehingga 6 petang ia masih dilaporkan berlaku.
Pegawai Education Malaysian Egypt, Zaliha Zulkifli berkata insiden dipercayai bermula daripada tembakan rambang dari sebuah bangunan tinggi di kawasan berkenaan ke arah kem kawalan tentera sebelum kedua-dua pihak berbalas tembak.
"Anak saya menghubungi mengatakan rumah tak ada elektrik dan selepas beberapa minit ada bunyi tembakan bertalu-bertalu berhampiran kedutaan.
"
Beliau berkata kali terakhir kejadian sedemikian berlaku ialah pada 14 Ogos lepas.
Kejadian itu turut disahkan
"Ketika melintasi dari lebuhr raya, saya nampak kenderaan
"Isteri saya turut menghubungi (saya) mendengar bunyi tembakan bertalu-talu dari (kawasan) rumah saya yang 300 meter dari tempat berkenaan," katanya.
Ini menurutnya, mungkin episod permulaan kepada 'Jumaat kemarahan' pada Jumaat ini.
Dr Su'adi dan Zaliha mengikuti delegasi Kementerian Pendidikan yang ke negara bergolak itu sejak Isnin lepas untuk membincangkan isu penuntut
Mata kanak-kanak kena korek
Oleh:
Tarikh: August 29, 2013
Isnin lalu, media melaporkan Guo ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan matanya turut dikorek selepas dilaporkan hilang ketika sedang bermain di luar kawasan rumahnya.
Menurut laporan AFP, sebelum ini, beberapa pihak membuat spekulasi bahawa mangsa mungkin diserang ahli sindiket penjualan organ selepas kornea matanya dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu bahawa kornea tersebut telah ditemui, namun mereka belum memberi sebarang butiran lanjut berhubung perkara itu.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui motif sebenar perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas mangsa," kata jurucakap polis Fenxi.
Difahamkan, polis turut menawarkan ganjaran 100,000 yuan (RM54,000) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan suspek dipercayai seorang wanita.
Menurut bapa saudara Guo, doktor merancang menggunakan implan mata ke atas anak saudaranya selepas mangsa sembuh.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment