Wednesday, August 28, 2013

Fwd: Dibalas: RG2011... Fw: Strategi licik murtadkan Melayu

 

Asan Ali kena pecat bukan sebab dia dedahkan ramai orang Islam murtad, dia dipecat kerana mengkhianati parti. Kalau betul dia berjuang untuk mencegah orang Islam murtad, kenapa sekarang dah tak aktif. Ajak la menteri jaga ehwal Islam datuk Jamil ikut dia. Ada menteri baru senang buat kerja

Sent from my iPhone

Begin forwarded message:

From: Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
Date: 28 Ogos 2013 16:40:45 GMT+08:00
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Subject: Dibalas: RG2011... Fw: Strategi licik murtadkan Melayu
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com

 

HASSANG ALI SUDAH BERULANG KALI CAKAP RAMAI ISLAM DIMURTADKAN TAPI RAMAI YG TIDAK PERCAYA SEHINGGAKAN BELIAU DIPECAT.


Daripada: isa munir <madisa56@yahoo.com>
Kepada: respeks_group@yahoogroups.com
Dihantar: Rabu, 28 Ogos, 2013 pada 15:52:57
Perkara: Re: RG2011... Fw: Strategi licik murtadkan Melayu

 
Salam mana ada orng melayu murtad, yng ada murtad org islam, yng keluar dari batasan islam di kata kan murtad. Melayu bulkan ugama, hnya bangsa.... Tak timbul soal melayu murtad.. Wallah hu alam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Date: Fri, 23 Aug 2013 23:55:20 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
Subject: RG2011... Fw: Strategi licik murtadkan Melayu

 

 

Strategi licik murtadkan Melayu

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Strategi licik 'kontekstualisasi' iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam sedang giat disebarkan di negara ini untuk mendorong orang Melayu murtad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar berkata, strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.

Menurut A. Karim, strategi itu bukan lagi rahsia kerana satu kajian di peringkat ijazah doktor falsafah mengenai kehidupan masyarakat Melayu Kristian di Malaysia telah dilakukan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat (AS).

"Paderi ini telah menemubual sekitar 20 orang Melayu yang menjadi Kristian dan antara penemuannya di dalam kajian itu adalah tiada tanda salib atau Bible dalam rumah orang terbabit.

"Selain itu, ada antara golongan murtad itu mengaku mengikut ayah pergi ke masjid, berpuasa serta solat di rumah macam orang Muslim biasa," katanya dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.

Program wacana yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Tambah A. Karim, kaedah kontekstualisasi digunakan oleh golongan terbabit sebagai 'gerakan dalaman' agar selesa dengan keadaan murtad dan tidak kehilangan identiti asal sehingga terpisah daripada masyarakat.

Katanya, teologi untuk orang Kristian Melayu sedang dibina dan turut merangkumi amalan seperti cara solat, puasa 30 hari bulan Ramadan dan adat resam seperti makanan.

"Sebagaimana yang berlaku di Indonesia, ada antara gereja di sana mengubah waktu berhimpun pada hari Ahad kepada hari Jumaat untuk mirip kepada amalan orang Islam," katanya.

A. Karim memberitahu, beliau tidak mempunyai anggaran golongan yang menjadi gerakan dalaman di Malaysia, namun jumlahnya di seluruh dunia adalah sekitar 400,000 orang.

"Pada tahun 1960-an, ada seorang paderi mengaku begitu sukar untuk mengkristiankan orang Melayu, namun dengan menggunakan strategi kontekstualisasi serta perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT), mereka mendapat momentum baharu," katanya.

A. Karim berharap kerajaan tegas dalam membendung penyebaran ajaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam kerana perkara itu amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak ada peranan untuk mengekang perkara ini dan saya berharap jangan hanya melihat dari sudut politik sehingga ajaran agama Islam yang sebenar tergadai," katanya.

Sementara itu, dalam taklimat berasingan, A. Karim mengingatkan orang ramai mengenai Resolusi Perhimpunan Christian Federation Malaysia (CFM) pada Februari 1987 yang mahu lebih ramai ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian.

"Umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah 'Negara Pelangi' yang mana kedudukan Islam tersisih kerana penyamarataan hak semua bangsa dan agama," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment