Ramai yang tak faham, kena fahamkan betul-betul kenyataan LGE. Jangan pula kita menjadi batu api untuk melaga-lagakan kaum di Malaysia.
Guan Eng : Pulau Pinang keluarkan nasihat, bukan larangan Tanda Putera
Pulau Pinang tidak melarang mana-mana panggung wayang menayangkan Tanda Putera yang bermula hari ini dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berjanji, tiada tindakan terhadap panggung yang berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri itu mengeluarkan nasihat supaya pawagam tidak menayangkan Tanda Putera kerana filem itu menggunakan dana awam dan mempromosikan kebencian berbanding keharmonian kaum di Malaysia.
"Seperti mana tidak ada tindakan diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan itu, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat Kerajaan Negeri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem itu," katanya.
Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Tanda Putera filem diterbitkan dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) itu dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem itu, termasuk babak yang pengarah sendiri mengakui tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan "lesen kreatif".
"Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik.
"Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah," katanya.
Sementara itu, semakan di Pulau Pinang mendapati Golden Screen Cinemas (GSC) tidak akan menayangkan Tanda Putera di dua pawagam di pulau itu berikutan permintaan daripada kerajaan negeri.
Semalam, kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan semua panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera, berikutan filem itu bernada perkauman.
Exco negeri, Chow Kon Yeow, berkata beliau akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mengeluarkan notis kepada panggung wayang menasihatkan supaya tidak menayangkan filem yang dijadualkan berada di pawagam seluruh negara hari ini.
Chow berkata, beliau bertindak atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang. Filem yang diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba, menerima maklum balas negatif kerana mengandungi adegan dan dialog yang dikatakan sensitif terhadap perkauman. Shuhaimi tegas menyatakan bahawa filem itu adalah interpretasi daripada kejadian sejarah yang diambil daripada pelbagai pendapat. Ia adalah fiksyen yang berlaku ketika rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
DAP mengkritik keras filem itu dan mendakwa ia boleh mencetuskan ketegangan kaum apabila meletakkan punca rusuhan kaum 1969 kepada masyarakat Cina. Adegan dalam filem itu mengaitkan Lim Kit Siang yang masih muda kencing di tiang bendera di luar rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.
Kit Siang yang juga Penasihat DAP, menafikan wujudnya kejadian itu. Shuhaimi bagaimanapun, mempertahankan karyanya dan meminta masyarakat memberi peluang kepada filem itu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya. Tanda Putera sepatutnya ditayangkan tahun lalu tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan terhadap beberapa adegan dalam filem itu. – 29 Ogos, 2013.
Sumber : http://my.news.yahoo.com/guan-eng-pulau-pinang-keluarkan-nasihat-bukan-larangan-030442076.html
>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<
Lawati : http://jaringansihat.blogspot.com/ : Solusi Masalah Kesihatan Anda
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Hadis Riwayat Abu Daud)
>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<
<<Radio dalam Talian>>
"Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr)
####################################
Pada 29 Ogos 2013 10:34 PG, Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com> menulis:
PANASS !! GUAN ENG HARAM FILEM TANDA PUTRA TAYANG DI P.PINANG !!
Kerajaan DAP Pulau Pinang mula tunjukan sifat rasis mereka dengan mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.
Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem Tanda Putra yang mendedahkan kejadian sebenar apa yang berlaku ketika tragedi berdarah 13 Mei.. Mungkin Guan Eng takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya parti Dap..Regim DAP Pulau Pinang cukup cemerlang dalam melaksanakan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara dan kebebasan media versi DAP adalah anda perlu agongkan liberalisme,hentam raja melayu,promosi LGBT,promosi pluralisme,semua agama sama,Promosi nama Allah hak kristian,menghentam Umno,Melayu dan BN .
Tanda Putra filem ini mendedahkan perjuangan dua tokoh berlatarbelakangkan peristiwa 13Mei. DAP adalah parti yang menjadi dalang pertumpahan darah yang meragut banyak nyawa apatah lagi Lim Kit Siang juga turut terlibat. Sebolehnya DAP mahu sejarah ini dipadam agar golongan generasi baru lupa akan betapa kesan buruknya politik perkauman chauvanis ultrakiasu DAP yang berterusan mengasak dan menghina bangsa melayu.p/s : DS Shabery Cheek berkata
''Tindakan Pulau Pinang nak sekat tayang filem Tanda Putera fikiran sempit,Tak pernah kerajaan negeri haram filem . Itu kerja KDN"
Lepas ni tokong Lim nak sekat apa lagi yer... he3
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment