Tuesday, August 27, 2013

RG2011... Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya

 

# yang ni actually.. rayuan sebelum rakyat Malaysia hari kuar mengundi somewhere on April or May 2013.

# cedok dari fb, link dari MalaysiaKini

 

 

Shaariibuu Setev - Bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

 

Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

 

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.  (aku kata: lembu punya susu, sapi dapat nama)

 

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.

 

Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

 

"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.

 

Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

 

Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (kiri) bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.

 

Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang beliau mahu dikeluarkan di Malaysia.- MalaysiaKini 

 

REALITINYA, MALU GAK SEY…

KALO BERDEPAN DGN BAPAK OR ANAK2 ALTANTUYA, NGAKU PULAK KO WARGANEGARA MALAYSIA..!

 

 

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment