Tuesday, August 27, 2013

RE: RG2011... KEBAJIKAN DARI NEGARA LUAR YANG MUNGKIN KITA BOLEH CONTOHI

 

 

Nih kalo bagi kat org umco bace ko tau dorang nak kate ape?

 

"kalo mcm tu gi lah duduk new zealand atau singapore!"

 

Bukanye dorang nak bukak mate..lagi tertutup mate hati ader..

Dasar katak bawah tempurung.

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of zorrotech01
Sent: Saturday, August 24, 2013 12:11 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... KEBAJIKAN DARI NEGARA LUAR YANG MUNGKIN KITA BOLEH CONTOHI

 

 

Kalau Malaysia ini cuma didiami org melayu sahaja. Bukan setakat rumah, tanah pun boleh jd milikmu

 

 

Sent from Samsung Mobile




-------- Original message --------
From: HANZ <hanzedison@gmail.com>
Date:
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... KEBAJIKAN DARI NEGARA LUAR YANG MUNGKIN KITA BOLEH CONTOHI


 

Assalamualaikum semua.

 

Kali ini saya hendak membincangkan kebaikan dari segi kebajikan yang di amalkan oleh kerajaan negara luar.

Dan sudah pastinya negara kita tak kan dapat implement semua yang saya senaraikan.

Maka mungkin ada sebahagian perkara yang negara kita patut jadikan sebagai contoh untuk langkah awal dalam menjaga kepentingan rakyat.

 

NEW ZEALAND

1. sesiapa yang menetap di negara itu tak perlu susah-susah untuk mendapatkan bantuan. Sebab ada wakil-wakil kerajaan yang sangat peka akan kehadiran manusia yang berada di kawasan mereka.

2. Seorang rakyat Malaysia laki bini telah merantau di New Zealand. Baru saja menetap di negara orang tak sampai sebulan. Tiba-tiba datang beberapa orang wakil kerajaan buat survey apa yang dia buat di New Zealand and apa yang kerajaan New Zealand boleh bantu. Dorang semua bincang dalam rumah, dan wakil kerajaan tu sendiri nampak dalam rumah tu perabot untuk sesebuah rumah tak cukup. Dalam masa seminggu, rumah rakyat kita tu dh penuh dgn perabot2 free dari kerajaan New Zealand. Semua cukup sempurna untuk sebuah rumah.

3. Bantuan untuk mangsa bencana alam sangat efisyen n cepat. Anda x perlu risau rumah rosak sebab bencana alam, kerajaan akan tanggung semua.

 

NORWAY

1. Cukai kat Norway kedengara tinggin tapi cuma sekali kebanyakan, melalui cukai pendapatan. Tapi pendidikan dari sekolah sampai universiti semua percuma. Hospital-hospital yang canggih untuk rakyat percuma.

2. Hari sabtu dan ahad semua office dan supermarket besar diarahkan tutup. Yang buka cuma kedai-kedai kecik. Sebab Kerajaan sana maukan rakyat dia luangkan masa untuk family.

Kalo nak beli kat suparmerket, sila beli time working day.

3. Anda boleh melihat ahli politik bersama keluarga dia g beli barang grocery kat kedai kecik. 

4. Dengan mudah rakyat dia berkata WE ARE HAPPY TO PAY THE TAX. nampak x, cukai tu kembali kepada rakyat semula. Kebajikan mereka terjaga dengan sangat baik oleh kerajaan, dan kerajaan juga hidup seperti rakyat biasa.

5. Tak kira la walau sesusah mana pun ekonomi anda, jgn risau dalam menjaga anak. sebab hospital n pendidikan percuma. anak anda yang baru lahir akan dapat peruntukan untuk belanja perubatan, pampers, baby sitter, makan minum baby, dan belanja2 lain yang common. kerajaan Norway akan support hampir kesemua belanja anda untuk baby anda.

 

AMERIKA

Kita semua x suka amerika, tp ini kebaikan amerika kat rakyat dia.

1. Golongan gelandangan akan diberi perlindungan untuk bermalam dan makan minum disediakan.

2. Untuk mereka yang layak, akan diberikan wang sara hidup yang cukup untuk dia survive makan minum dan keperluan yang wajib bg manusia.

3. Semua ahli politik dapat keluar TV.

4. tak ada kekangan untuk  media massa menghentam president. Siap ada talk show lg untuk kutuk silap kerajaan. MALAYSIA BOLEH BUAT MACAM TU?

 

UNITED KINGDOM

1. Kerajaan akan pastikan public transport murah dan sangat-sangat efficient. Sehinggakan memiliki kereta bukanlah sesuatu yang sangat penting, sebab public tranport sangat bagus dan cepat, selesa dan murah.

2. Kerajaan akan memastikan barangan dapur dan pakaian dijual murah. Sebab tu Bawa GBP10.00 dh boleh beli banyak jenis sayur, buah dan roti. Berbaloi duit tu. MALAYSIA? BAwa RM50.00 dan cuba tengok apa je yang kita dapat beli. Kat Malaysia ni pakaian bundle bersepah, siap ada yang harga ratus-ratus lg dgn alasan limited edition. org kat negara maju baju macam pakai buang je. Bosan beli baru.

3. Pendapatan tinggi dan inflasi sangat terkawal.

4. Segala perbelanjaan kerajaan, claim, dan apa-apa saja penggunaan wang kerajaan, rakyat boleh monitor. Dan rakyat boleh maki kerajaan kalo ada penggunaan wang rakyat yang tak de kena mengena dengan rakyat. WALAUPUN JUMLAH YANG SANGAT KECIL mcm guna wang kerajaan untuk belikan makanan anjing rumah dia. BENDA NI BUKAN TAKPERNAH BERLAKU.

 

SEBAHAGIAN NEGARA ARAB MAJU

1. Pasangan yang baru berkahwin akan dapat peruntukan untuk bulan madu. Sebab tu kita tengok pasangan muda arab ni ramai yang melancong. KERAJAAN SPONDOR BEB.

 

SINGAPORE

1. Setiap tahun semua rakyat akan dapat SDR5000.00 terus ke akaun bank. SEMUA RAKYAT. Kita BR1M pun ada yang kena mohon, beratur macam fakir miskin nak minta makanan, dapat baucar kena g kat bank untuk cashkan ke dalam bank. SUSAHNYA.

2. Beberapa tahun lepas kerajaan mereka menarik balik had kelahiran anak. Kerajaan Singapore mintak rakyat dia buat anak banyak-banyak. Jangan risau tanah x cukup, Johor ada. Setiap anak yang lahir akan diberikan imbuhan.

 

 

Sebelum anda semua nak berikan komen yang menidakkan kebajikan rakyat dgn alasan tak reti bersyukur. BACA INI BAIK-BAIK

SEBAGAI SEORANG HAMBA, KITA DIWAJIBKAN UNTUK BERSYUKUR.

SEBAGAI SEORANG MANUSIA TUHAN BERI NAFSU.

SEBAB ITU KITA SENTIASA NAK MAJU DAN MEMPERBAIKAI APA YANG KITA PEROLEHI SEKARANG.

BERSYUKUR ITU WAJIB, TAPI SEMUA PERKARA TIDAK SEMPURNA MAKA KITA HARUS MEMANDANG KE ATAS UNTUK MELIHAT APA KEKURANGAN KITA.

APABILA SAYA MEMBANDINGKAN MALAYSIA DAN NEGARA LUAR YANG LEBIH BAIK, ITU DIKIRA SEBAGAI BERFIKIRAN JAUH ATAU TAK TAU BERSYUKUR???

FIKIR BAIK2.

 

--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment