KDN Umum 49 Pertubuhan Haram.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.
Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:
1) Geng 04 2) Geng 08 3) Double 7 4) Tiga Line 5) Geng 30 6) Geng 38 7) Geng 24
8) Geng 18 9) Geng 36 10) Geng 21 11) Ang Soon Thong 12) Wah Kee 13) Sio Sam Ong
14) PNEH 15) Hong Hong San 16) Hai San 17) Sin Ang Bin 18) New Cell 20
19) Jit It Hai 20) Sio Koon Tong 21) Gee Lam Kor 22) Gee Ah Eng 23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong 25) Geng Leng Hor 26) Geng 35 27) Geng 303
28) Geng Satu Hati 29) ATAP 30) Hung Ann 31) Sui Yup 32) Otai
33) Borneo Red EMP 34) Ah Ngau 35) Batu Tiga 36) Ah Feng 37) Batu 10
38) Sibu Ti 39) Ah Seng 40) Ah Chin 41) Lee Lung 42) Lo Han 43) Sg Merah
44) Sg Badut 45) Ting Ching Lee 46) Tua Cak Lee 47) Teksi Station
48) Pintu Merah 49) Krokop.
KEPUTUSAN UMUM SENARAI KONGSI GELAP, TIDAK TERLALU CEPAT - PM
Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menganggap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan terlalu cepat meskipun Ops Cantas baru dilancarkan 23 Ogos
lepas.
Perdana menteri berkata ini kerana rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil selepas berlakunya peningkatan laporan jenayah kekerasan akhir-akhir ini.
"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di pejabatnya di sini hari ini.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap itu yang dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1)Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dan Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
Najib berkata tindakan PDRM dan KDN itu mendapat sokongan rakyat yang mahu hidup dalam negara yang aman.
"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara yang mereka akan merasa selamat. Ini kita tidak akan kompromi, malah saya minta pihak PDRM supaya tindakan itu dilakukan secara berterusan.
"Perang terhadap jenayah ini hendaklah berterusan. Ini yang diharapkan rakyat. Kita mahu hidup dalam negara yang bebas daripada rasa takut. Oleh tu kita perlu memerangi jenayah terutama jenayah terancang," kata Najib.

POLIS PERAK SIASAT KUMPULAN KONGSI GELAP REKRUT PELAJAR SEKOLAH
Ipoh, Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.
"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di sini hari ini.
Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.
Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.
"Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian," katanya.

SUSPEK DIKEHENDAKI:
Polis Johor sedang mengesan 10 lelaki India yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah di Johor.
SIDANG MEDIA KETUA POLIS JOHOR
Polis Johor telah berjaya menumpaskan penjenayah di beberapa daerah di Johor. Di antaranya ialah:-
1) Tumpas Sindiket Samun Berkawan di Johor Bahru Selatan dan Pontian.
2) Rampasan Dadah di Johor Bahru Utara dan Menumpaskan Sindiket Pecah Rumah.
3) Polis berjaya Mencekup 2 Penceroboh di Kulaijaya

PEKERJA KATERING DIDAKWA MILIKI PISAU, VEST ADA LAMBANG POLIS
Kuala Lumpur, Seorang pekerja katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki sebilah pisau, vest dan kulit buku saku yang mempunyai lambang dan perkataan polis, Ahad lepas.
Noorhidayu Ramdzan, 24, didakwa memiliki sebilah pisau berukuran 10 inci di tempat awam semasa sekatan jalan raya polis di Jalan Maarof, Bangsar di sini pada 3 pagi, 25 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Noorhidayu juga didakwa memiliki sehelai vest dan kulit buku saku yang mempunyai lambang dan perkataan polis, yang hanya boleh digunakan oleh pegawai polis dengan kuasa sah di tempat dan pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu menunggang motosikal bernombor pendaftaran palsu di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

POLIS BURU 28 ALONG BERI PINJAMAN KEPADA SEORANG AHLI PERNIAGAAN
Melaka, Polis Melaka memburu 28 daripada 29 lelaki
yang dipercayai along yang memberi pinjaman kepada seorang ahli perniagaan sehingga dibebani hutang berjumlah RM264,700.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt Ee Khong Koy berkata seorang daripada along itu berusia 28 tahun ditahan ketika dipanggil membantu siasatan kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, 22 Ogos lepas.
Katanya kesemua 29 along itu dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan pinjaman yang ditawarkan kepada ahli perniagaan itu dilakukan melalui panggilan telefon.
Beliau berkata ahli perniagaan barangan plastik berusia 46 tahun itu mula membuat pinjaman sejak 2011 dan membuat laporan polis pada 15 Ogos lepas kerana bimbang keselamatannya walaupun tidak pernah diugut.
Katanya ahli perniagaan itu mula membuat pinjaman sebanyak RM19,000 daripada seorang along yang dikenali sebagai William pada 2011.
"Ahli perniagaan itu yang tidak mampu membayar balik pinjaman itu kemudiannya bertindak meminjam daripada 28 along secara berperingkat bagi menjelaskan hutang yang dipinjam sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.
Ee berkata tujuh kes penipuan along melibatkan kerugian berjumlah RM15,620 dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini di Melaka berbanding lapan kes dengan kerugian RM99,000 dalam tempoh sama tahun lepas.

PELACURAN, JUDI PUNCA PENDAPATAN KONGSI GELAP:
Kumpulan kongsi gelap yang aktif di Semenanjung dikesan menjana pendapatan untuk pergerakan mereka melalui perniagaan haram seperti perjudian dan maksiat.
Sumber: Akhbar Berita Harian
Sumber: Akhbar Berita Harian
KONGSI GELAP: LEBIH 1,000 ORANG DISIASAT DI SARAWAK
Kuching, Polis menyoal siasat 1,425 individu di Sarawak
berhubung penglibatan jenayah berkaitan kongsi gelap biarpun Ops Cantas tidak dijalankan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Beliau berkata individu berkenaan disoal siasat dalam operasi cegah jenayah yang dijalankan dalam tempoh antara 19 dan 28 Ogos ini.
"Daripada jumlah itu, 55 individu yang dikehendaki telah ditahan untuk membantu siasatan bagi kes jenayah seperti pecah rumah, samun dan curi kenderaan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan pengganti beliau, Datuk Muhammad Sabtu Osman, di sini hari ini.
Menurut Bakri, Ops Cantas yang bermula 23 Ogos lepas mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak melibatkan Sarawak disebabkan akta berkenaan tidak berkuat kuasa di negeri ini.
Katanya biarpun terdapat 16 daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini ialah di Sarawak, kumpulan berkenaan tidak bergerak tersusun sepertimana kongsi gelap di Semenanjung.
Bakri berkata penduduk di Sarawak tidak perlu bimbang dengan keadaan keselamatan di negeri ini ekoran senarai kumpulan kongsi gelap yang diumumkan KDN itu.
"Kita akan terus memantau pergerakan kumpulan-kumpulan ini melalui penguatkuasaan dan operasi membanteras dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.
OPS CANTAS KHAS CEKUP INDIVIDU TERLIBAT PELBAGAI JENAYAH
Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat tangkapan ke atas 1,895 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak 17 Ogos lalu sehingga semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah ditahan itu adalah daripada 56,398 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis.
Daripada jumlah individu ditahan itu, seramai 792 suspek yang ditahan berketurunan Melayu diikuti 591 Cina dan 252 India.
"Polis turut merampas senjata api iaitu dua laras senapang angin buatan sendiri, 20 butir peluru serta senjata tajam seperti pedang (12), pisau (29), Stun Gun (10), parang (19) dan masing-masing seunit kapak, besi tajam, tukul besi dan kayu panjang," katanya.
Abdul Jalil seterusnya berkata, pemeriksaan pihaknya ke atas 32,945 buah kenderaan berjaya merampas 28 buah kereta, motosikal (21) dan lain-lain kenderaan (12) yang dipercayai dicuri.
Menurut beliau, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, sebanyak 472 individu ditahan dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.
"Kita merampas senjata api, pedang, pisau dan 18 buah kenderaan curi. Jumlah individu yang ditahan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 7,962 orang dan 5,053 kenderaan," katanya.
Beliau memberitahu, dalam operasi itu, seramai 153 orang pegawai kanan serta 767 anggota JSJ daripada seluruh negara telah bergabung tenaga menjayakannya.

SUSPEK DIKEHENDAKI
Polis Kuala Lumpur sedang mengesan 7 lelaki India untuk bantu menyiasat kes samun kenderaan dengan modus operandi langgar belakang di sekitar Kuala Lumpur.
Hasil pengumpulan maklumat risikan, pihak polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah samun ini. Mereka ini berbangsa India berumur di antara 21 hingga 26 tahun. Kesemua suspek-suspek ini pernah ditangkap sebelum ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur di talian 016-6181556.
25
WANITA VIETNAM DITAHAN DALAM OP CANTAS DI PUCHONG JAYA
Kuala Lumpur, Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Op Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya lewat malam tadi.
Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.
"Walaupun empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya.
Beliau berkata selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.
Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport sebagai pelancong asing.
Selain itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.
Roslin menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita premis itu.
Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan. -

POLIS TAWAU BERKAS 20 INDIVIDU, WARGA ASING ATAS PELBAGAI KESALAHAN
Tawau, Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 76 individu berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun yang diperiksa dalam operasi tiga jam, bermula 5.30 pagi.
"Enam belas orang ditahan mengikut Akta Imigresen dengan 11 daripadanya adalah wanita warganegara Filipina manakala selebihnya warganegara Indonesia," katanya.
Dalam operasi di Kampung Kampung Jati, Kampung Belacan, Kampung Pisang dan Batu 4 Jalan Apas, tiga orang ditahan kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu manakala seorang lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya.
Awang Besar berkata operasi itu yang disertai enam pegawai dan 36 anggota polis, termasuk 10 anggota dari Pasukan Gerakan Am, enam pegawai Imigresen dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, memeriksa 28 buah rumah.

MASIH BERTERUSAN Op Cantas Khas diteruskan di daerah-daerah dalam Selangor antaranya di Seri Kembangan dalam mencegah jenayah daripada berlaku.
PERIKSA: Salah seorang pemandu kereta diperiksa oleh anggota bertugas dalam Ops Cantas Khas.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment