Saturday, August 31, 2013

RG2011... Fw: LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH

 



 

Sila pastikan puak kongsi gelap yang didedahkan ini dihapuskan.. ini yang penting..


Dedah..dedah lah juga... tapi kena benteraslah takan nak biarkan mereka bermaharajalela dalam negara....
 

LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH 

telokbakong.blogspot.
blog-hangit.blogspot.
 
 
BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi
gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.










- sumber
 
  1. Anonymous

    Satu lagi yg tercicir iaitu geng samseng pekida. Mereka juga adalah genster melayu yg sangat jahat dan kejam. Mohon pihak berkuasa ambil perhatian dan batalkan pendaftarannya sebab ramai masyarakat melayu dah kena dengan kejahatan mereka. Tolong dihapuskan pekida ini.

  2. Anonymous

    PEKIDA pertubuhan yang sah...3 line/geng 30 yang tak sah..geng nie hanya pakai baju pekida aje..Setiap ahli pekida ada kad ahli...3 line/geng 30 mana ada kad ahli..

  3. Anonymous

    Jalur tiga & perkosa mcm mane?hehehe..

  4. Anonymous

    Jgn lupe geng mamak yng tak malu mengaku melayu..

  5. Anonymous

    Geng c4 dah kenal pasti ke belom..

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment