ELOK JUGA CABAR MENCABAR NI!!!
SETIDAKNYA PIHAK YG SELAMA INI DUK BERSILA KAT KERUSI TU ADA TASK YG PERLU DIURUSKAN!
LAMA SGT DUK BERSILA SAMPAI LUTUT KEBAS ILA BERDIRI DAN SUKAR NAK BERJALAN. APATAH LAGI NAK BERLARI!
PERKARA2 YG SEBEGINI PUN MASIH TERAGAK2 NAK BUAT KEPUTUSAN.
BERLEMBUT LAGI!
TANYA ORANG JAWI, ORG JAIS, JAKIM, PUSAT ISLAM APA MEREKA BUAT?
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of KAJANG SEL
Sent: Saturday, August 03, 2013 12:07 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Siapa yg memperbodohkan Undang2 Islam ?
JAIS ni lembab kalau dah didapati menyalahi undang undang Islam amik aje tindakan tak payah banyak cakap... biar mahkamah yang tentukan siapa salah siapa betul..... ni cakap banyak heboh sana sini tindakan habok pun takde ni buat orang kafir tak takut.......
From: hu da <bro7212@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 1 August 2013 8:54 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Siapa yg memperbodohkan Undang2 Islam ?
ini semua mainan syaitan dan iblis laknatuLLAH....jgnlah kita cenderung utk turut bersekongkol dgn mrk2 ini..
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, July 29, 2013 1:03 AM
Subject: RG2011... Fw: Siapa yg memperbodohkan Undang2 Islam ?
Siapa yang memperbodohkan Undang-Undang Islam nie.. Peserta Ratu Cantik atau Jabatan Agama..???
Kedah Lanie
SIAPA YANG MENCABAR UNDANG2 ISLAM INI???
PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F7%2F27%2Fmstar_berita%2F20130726170109&sec=mstar_berita
MasyaAllah apa sudah jadi niiiiii??? beginilah selagi namanya undang2 ciptaan manusia...Islam di malaya ni boleh diejas ikut suka hati... Islam sekular.
Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding
Empat finalis beragama Islam Miss Malaysia World 2013.
PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.
"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.
Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.
"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.
Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.
Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.
Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.
'Undang-undang Islam dicabar'
sinarharian.com.my
KUALA LUMPUR - "Satu demi satu undang-undang Islam dicabar hari ini. Orang Islam sewenang-wenangnya dicabar. Saya amat sedih dan kecewa kerana ada orang Islam sendiri yang mencabar. Cabar sesama Islam, cabar pihak berkuasa."
Demikian keluhan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dalam reaksinya terhadap pertikaian keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.
Menurutnya, keputusan Majlis Fatwa tidak boleh dipertikaikan, justeru sebarang kenyataan yang hendak dibuat perlu ambil kira keputusan dibuat mufti dan perlu dihormati.
"Saya bimbang isu cabar mencabar ini tidak kira sama ada antara bukan Islam dengan orang Islam, atau sesama Islam sendiri akhirnya akan mewujudkan suasana yang mana orang ramai tidak lagi menghormati undang-undang,"katanya mengulas isu empat peserta Islam dilarang menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 2 Ogos ini berikutan keputusan Majlis Fatwa yang menegah penglibatan wanita Islam dalam acara seumpama itu.
Malangnya, ada dalam kalangan wanita itu yang dilaporkan mempertikaikan larangan tersebut yang sekali gus boleh dianggap menghina undang-undang Islam.
Meskipun akhbar kelmarin sudah menyiarkan kenyataan mereka yang terbabit memohon maaf selain menjelaskan mereka tidak bermaksud menghina agama, Che Mat berkata, siasatan terhadap mereka sudah dibuka mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina Islam.
Individu yang disabitkan dengan kesalahan mengikut akta itu boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
"Jika mereka terus ambil bahagian dalam pertandingan ini, mereka dianggap melanggar Seksyen 9 akta sama, sekali gus menghina pihak berkuasa, mengingkari, melanggar dan menghina perintah Yang di-Pertuan Agong.
"Mereka yang persenda fatwa, yang menyertai pertandingan kedua-duanya diambil tindakan,"katanya.
Che Mat berkata, dalam tempoh dua hari sejak kelmarin, ada antara empat wanita terbabit hadir ke pejabat Jawi untuk lengkapkan proses mengambil keterangan dan siasatan.
"Mereka dipanggil ke pejabat Ketua Penguatkuasa Jawi sebelum dibawa kepada Pendakwa Syarie. Siasatan dijangka siap sebelum Aidilfitri dan keputusan tindakan akan dibuat selepas Aidilfitri," katanya.
Che Mat bagaimanapun enggan mendedahkan siapa daripada empat wanita itu yang sudah hadir.
Ditanya mengenai permohonan maaf mereka terbabit sudah disiarkan akhbar, Che Mat berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan lanjut selepas berunding dengan penguatkuasa.
"Mereka mahu jumpa dan bincang untuk permohonan maaf dan sebagainya, tetapi tindakan dan keputusan belum dibuat," katanya.
Ditanya lagi sama ada keempat-empat bekas peserta pertandingan ratu cantik itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling supaya tidak timbul salah faham mengenai undang-undang Islam, Che Mat berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas siasatan selesai.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



No comments:
Post a Comment