Bolehpun buat kerja. Janganlah kes dipilih pula, kalau orang rompak rumah Khairi cepat aje dapat tapi rumah orang marhaen hingga ke tahap beulang kali tak juga ditangkap. Manusia yang degil dan pemabuk ni biasalah semua polis buat tak betul dan tak puas hati......
From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 20 August 2013, 14:36
Subject: RG2011... PDRM berjaya menyelesaika 10 kes bunuh kata KPN.
To: Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 20 August 2013, 14:36
Subject: RG2011... PDRM berjaya menyelesaika 10 kes bunuh kata KPN.
Lima penjenayah terlibat 10 kes bunuh...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia membabitkan tujuh kes bunuh di Pulau Pinang, dua kes di Kedah dan satu kes di Negeri Sembilan selain dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
"Polis turut merampas tiga pucuk pistol dengan ujian ke atas senjata api mengaitkan lima lelaki itu dengan kes bunuh berkenaan," katanya pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 4.45 pagi itu, lima lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an yang disyaki ahli kongsi gelap 04 maut selepas sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan serbuan ke pangsapuri berkenaan di tingkat 11 hasil maklumat awam dan intipan.
Sebelum ini Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.
Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.
Bernama melaporkan beliau berkata para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.
Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.
"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.
"Setelah berbalas tembakan dan tiada lagi ancaman, polis memeriksa apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.- 19/8/2013
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment