Mujurlah kejadian ini berlaku di dalam Negeri Johor yang ditadbir oleh UMNO tegar totok. Andai kata kejadian ini berlaku di negeri-negeri yang di bawah tadbir kerajaan Pakatan Rakyat (PR), memang teruklah kerajaan PR kena hentam, dikritik dan dikecam dengan pelbagai kata nista. Apatah lagi jika ia berlaku di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP.�
Jika ia berlaku di Pualu Pinang, sudah pasti DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak akan terlepas dari kecaman dan kritikan oleh puak-puak ahli dan penyokong tegar UMNO. Mungkin mereka ini akan menganjurkan demontrasi besar-besaran memainkan isu ini sambil mendesak agar Lim Guan Eng meletakan jawatan.
Dalam masa yang sama, mengapa PERKASA juga berdiam diri, menyepikan diri dalam isu ini. Kenapa Putera Katak,Ibrahim Ali, Presiden dan Timbalan Presiden Zulkeifly Nordin langsung tidak bersuara mengecam kemelut yang berlaku ini. Demikian juga Presiden JATI, Dato' Hassan Ali yang begitu lantang mengecam PAS atas dasar kononnya memperjuangkan agama Islam turut berpeluk tubuh mendiamkan diri. Sedangkan kemelut ini adalah mengenai rumah ibadah umat Islam dicemari oleh warga bukan Islam dengan menjadikan tempat pemujaan oleh mereka. Perbuatan sedemikian terang-terang mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Sebelum ini mereka-mereka yang dinyatakan itu begitu lantang mempertahnkan agama dan membidas kononnya PAS bersengkongkol denag DAP, dan kaum kafir harbi.
Tetapi oleh keran ia berlaku di negeri Johor yang ditadbir oleh UMNO totok tegar, maka isu ini tidak menjadi taufan bara, semuanya senyap sepi. Tidak ada pula yang mengkritik dan menempelak Chua Soi Lek dan MCA yang sudah tentu isu ini berpunca dari kaum Cina MCA dan Gerakan yang mahu menguji setakat mana kerajaan UMNO mampu bertindak. Namun UMNO hanya berdiam diri dengan menyerahkan kepada Jabatan Agama islam Johor untuk mengambil tindakn sewajarnya.
para_jump101
From: Kartina Idris
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, August 13, 2013 8:47 AM
Subject: Re: RG2011... Surau dijadikan tokong: Pengusaha resort ditahan
�Siapa salah? Yang buat surau tu ke atau yg tak pergi solat kat situ? Tak ada surau komplen, dah ada surau tak digunakan. Bila orang lain gunakan komplern juga.
2013/8/12 NewsforwarderRT 3@pendekarblogger.com>�Surau dijadikan tokong: Pengusaha resort ditahanJOHOR BAHRU 12 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut."Pada pukul 3.25 petang kelmarin, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalah guna oleh penganut agama lain dan ekoran laporan berkenaan, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.p/s: emm..surau tu dah sah sah takde orang gi solat..tu ler pasai tuhan tunjuk kat kite..kat Malaysia ni,banyak dibina surau dan masjid yg gah..tapi..takde orang bersolat didalamnya...tu baru manusia yg guna surau utk tujuan lain, belom lagi surau yg jadi tempat bertenggek lembu dan kambing..apa nak jadi..���
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment