Tuesday, August 20, 2013

RG2011... Fw: Huawei Ascend P6, Telefon Ternipis Di Dunia

 



Huawei Ascend P6, Telefon Ternipis Di Dunia

Salah satu model telefon yang menarik perhatian saya di pasaran pastinya Huawei Ascend P6. Bagi yang selalu mengatakan teknologi terlalu berubah pantas dan tak mampu untuk mengejarnya, saya rasa saya boleh syorkan telefon ini dan anda tak perlu tukar telefon untuk tempoh setahun atau dua tahun selagi ia berfungsi dengan baik.

Mana tidaknya, ia telefon yang diiktiraf telefon ternipis di dunia dengan 6.18mm saja. Kalau mahu dibandingkan dengan iPhone 5 (7.6 mm) ia memang jelas kelihatan perbezaan. Mengapa saya membandingkannya dengan iPhone 5? Ia kerana rekaannya (kecuali lengkungan di bahagian bawah) memang seakan rekaan iPhone.

Saiz skrinnya 4.7 inci dengan paparan jenis LCD IPS bersama 312 ppi. Format skrin bukanlah 'superb' tetapi ia cukup cerah dan kontrasnya juga boleh tahan untuk menonton video. Harganya iaitu RM1,399 memang jauh lebih murah berbanding telefon lain yang melebihi RM2,000. Beberapa aspek teknikal yang hebat menyebabkan saya rasa harganya memang berbaloi. Saya sendiri telah membelinya sebaik mengujinya beberapa ketika.

Huawei Ascend P6 (4)

Skrin beresolusi 1280 x 720 piksel dan peka sentuhan skrinnya agak memuaskan. Tidak terlalu lembab dan jarang pula 'hang'. Ada sekali, saya secara tidak sengaja berlaga dengan orang sehingga menyebabkan telefon terjatuh. Mujur tidak ada apa-apa kecuali penutup belakangnya yang sepatutnya tidak terbuka sedikit terkeluar (aluminiumnya) tetapi apabila saya menekannya masuk kembali, ia baik seperti sedia kala tanpa calar.

Huawei ada menetapkan butang kuasa dan audio di kedudukan tepi bawah telefon yang mungkin kelihatan luar biasa pada pandangan sesetengah individu. Bagi saya slot jek audio 3.5mm di bahagian bawah agak pelik. Saya lebih gemarkannya di bahagian atas. Lebih memberi keselesaan.

Telefon yang menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2.2, membolehkan anda mendapat kemaskini baru walaupun pengumuman 4.3 masih belum kedengaran bagi model ini. Ia dibantu oleh sistem Huawei Emotion UI 1.6 sendiri yang memberikan pengalaman antaramuka pengguna yang unik membantu menentukannya sebagaipembuat telefon pintar yang unik menyamai kelebihan HTC.

Huawei Ascend P6 (2)

Terdapat wijet Huawei direka boleh disesuaikan untuk menunjukkan masa, cuaca, muzik, kenalan kegemaran dan pemilihan tema yang boleh digunakan untuk telefon ini. Terdapat pendekatan iOS dengan semua ikon aplikasi asal yang tinggal digabungkan dalam skrin utama bercampur dalam wijet lain.

Bercakap soal kamera, Huawei Ascend dengan 8.0 megapiksel sedikit mengejutkan dengan ciri kemas, kelajuan shutter yang pantas dan lebih baik meskipun di bawah keadaan pencahayaan yang optimum. Ia juga mempunyai fungsi sunting seakan-akan Instagram termasuk beberapa ciri seperti penapis warna.

Meskipun nipis, baterinya berkapisit 2,000mAh, boleh tahan cuma memori 8GB terlalu sedikit. Nasib baik ada slot kad memori mikroSD.

Huawei Ascend P6 (1)

comments

  • tp yg pelik org malaysia xda duit tp handphone harga beribu ribu.tp wa mmg xdak duit nk pkai hp mahal2..
  • M.A.  • 
    Kalau ada duit banyak okay lah.....boleh beli apa saja yang kita mahu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment