Sunday, August 4, 2013

RG2011... Fw: Sultan Arah Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat

 



Sultan Arah Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat
 
telokbakong.blogspot
tranungkite.net
 
Alangkah baiknya jika arahan ini dapat dilaksanakan di Malaysia yang majoriti umat Islamnya bermazhab Syafie dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ianya menjadi teks khutbah Jumaat.

Semoga JAKIM dapat mengeluarkan teks khutbah Jumaat sebegini.

 
KHUTBAH JUMAAT : PENUTUPAN SEMENTARA PREMIS PERNIAGAAN BAGI SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena HariRaya Aidiladha tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masehi pada 10 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masehi, antara petikan titah baginda:

"Salah satu contoh paling tepat lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, diwaktu atau jam yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisaitah ditutup buat sementara waktu, sehingga selesai menunaikan sembahyang fardhu Jumaat".

Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam negeri melalui jabatn-jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran telah mengeluarkan arahan supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan, rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/ tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan dibawah kawalan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat mulai jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan berkuatkuasa mulai hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2 November 2012 Masihi.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai penutupan sementara premis perniagaan pada hari Jumaat ini hendaklah kita junjung tinggi dan taati kerana mentaati perintah ulil Amri adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surat An-Nisa ayat 59 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Sesungguhnya arahan penutupan sementara bagi sembahyang fardhu Jumaat adalah salah satu tindakan yang baik bagi memelihara kesucian agama dan negara serta memberikan imej keislaman sesuai dengan falsafah negara kita 'Melayu Islam Beraja' dan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.

http://www.religious-affairs.gov.bn/

http://www.bt.com.bn/news-national

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment