| GEMPAR!!! Tiga Saudara Lemas Di Bagan Lalang [BACALAH...] Posted: 11 Aug 2013 08:40 AM PDT SEPANG - Kegembiraan lima saudara mandi manda di pantai Bagan Lalang, di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan. TRIBUMAX™ - Lebih power dari Vimax di pasaran sekarang! Seriously power! X percaya? Try la guna! Dalam kejadian 4 petang semalam, lima saudara itu sedang mandi manda di tepi pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang. Penolong Penguasa Bomba Zon KLIA Akmal Azizi Elias berkata mayat S. Mariayee, 59, ditemui di tepi pantai bersama seorang lagi saudaranya yang terselamat. Mayat K. Saresh, 15, ditemui pasukan bomba dan penyelamat pukul 11.30 pagi tadi manakala mayat R. Sivaneswaran, 30, ditemui 2.45 petang ini. "Semua mayat telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Akmal Azizi berkata dua yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun dan seoran wanita berusia 21 tahun kini berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi menggerakkan operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela. Sementara itu, tindakan pantas pekerja kelong, Khairul Afzan, 29, berjaya menyelamatkan dua lelaki yang hampir lemas. "Sebelum itu, saya telah menasihatkan mereka agar berhati-hati…tidak sangka ia berakhir dengan tragedi. "Saya nampak ketiga-tiga mangsa sedang terkapai-kapai. Dengan pantas, menggunakan bot yang ada saya cuba menghampiri mereka. Apabila saya angkat mereka, seorang mangsa sudahpun meninggal dunia manakala dua lagi sudah tercungap-cungap," katanya. - Bernama |
| Kecundang Lagi: Chong Wei Gagal Muncul Juara Kejohanan Dunia 2013 Posted: 11 Aug 2013 05:52 AM PDT Kecundang Lagi: Chong Wei Gagal Muncul Juara Kejohanan Dunia 2013 | Chong Wei Gagal Muncul Juara Kejohanan Dunia 2013 TRIBUMAX™ - Lebih power dari Vimax di pasaran sekarang! Seriously power! X percaya? Try la guna!Jaguh perseorangan lelaki negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (LCW) gagal menewaskan musuh ketat beliau, Lin Dan jaguh dari China. Kejayaan yang dicari-cari selama ini oleh Datuk LCW untuk muncul sebagai Juara Badminton Kejohanan Dunia gagal lagi. Lin Dan Juara Badminton Kejohanan Dunia 2013 Kali Ke 5. Datuk LCW menang set pertama dengan 21-16. Ketinggalan 12-1 pada set kedua tetapi terus mengejar dan merapatkan jurang mata. Akhirnya Datuk Lee tewas juga kepada Lin Dan dengan kiraan 21-13. Set ketiga dimenangi oleh Lin Dan dengan 20-17 apabila Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri. |
| GEMPAR!!! Kes Bungkusan Meletup, Takziah. Posted: 11 Aug 2013 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) meletup di Tumpat, Kelantan, hari ini. TRIBUMAX™ - Lebih power dari Vimax di pasaran sekarang! Seriously power! X percaya? Try la guna!Muhyiddin berkata beliau amat sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri. "Kepada keluarga Allahyarham, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar dan redha dengan dugaan Allah ini," katanya dalam kenyataan di sini. Muhyiddin menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng sebelum ini berkata kejadian berlaku pada 11 pagi ketika Mohd Yusrizal cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya yang berada di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat. Menurutnya, letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Mohd Yusrizal dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi perempuan berusia empat bulan. - Bernama |
| [BACALAH...] Wanita Cedera Disimbah Asid Di Lampu Isyarat Posted: 11 Aug 2013 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Amapng di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. "Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini. Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut. "Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.- Bernama |
| 3 Maut, Kemalangan NGERI Kereta Bertembung Treler [SAKSIKAN...] Posted: 10 Aug 2013 07:28 PM PDT 3 Maut, Kemalangan NGERI Kereta Bertembung Treler | 3 Maut, Kemalangan NGERI Kereta Bertembung Treler.. JELI - Kegembiraan empat sekeluarga pulang berhari raya di negeri ini sempena Aidilfitri berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 127.2, Lebuhraya Timur-Barat, dekat sini, semalam. Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Lans Koperal Wan Sabri Wan Mamat, 33, isterinya, Nor Roslina Omar, 34, dan anak mereka, Wan Nur Husna berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi anak pasangan itu, Wan Nurhaqimah, 4, pula cedera dan dimasukkan ke Hospital Jeli, sementara pemandu treler, Ravidran S Ramasamy, 49, tidak cedera. Nahas berlaku ketika kereta Proton Wira dinaiki keluarga itu dalam perjalanan ke Gerik, Perak dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan kepala sebuah treler tanpa muatan dari arah bertentangan. Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Gerik, Perak selepas berhari raya di rumah ibu bapa Wan Sabri di Kampung Changgal, Pasir Puteh. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheikh Azhar Sheikh Omar berkata, Wan Sabri merupakan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Kampung Lalang, dekat Gerik, Perak. "Jenazah mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut. "Polis juga lakukan ujian air kencing, ujian darah dan ujian alkohol ke atas pemandu treler terbabit," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mat Yusoff Hamat berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk keluarkan mangsa tersepit. "Kami terima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi sebelum lima anggota dikerah ke tempat kejadian. Apabila sampai, didapati pemandu (Wan Sabri) dan penumpang sebelah pemandu (Nor Roslina) tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang mengorbankan anggotanya itu. Menurutnya, pihaknya akan membantu apa yang patut bagi meringankan beban keluarga anggota berkenaan. "Kita ada sediakan bantuan bagi anggota yang hadapi kesusahan atau kemalangan. Malah kita bercadang buat kutipan derma kilat untuk bantu mangsa," katanya. - SH. |
| GEMPAR!!! Seronok Dapat Hasil Rompakan [SAKSIKAN...] Posted: 10 Aug 2013 05:40 PM PDT GEMPAR!!! Seronok Dapat Hasil Rompakan | Seorang Pemuda Mengaku Rasa Seronok Dapat Hasil Rompakan.. TRIBUMAX™ - Lebih power dari Vimax di pasaran sekarang! Seriously power! X percaya? Try la guna!KOTA BHARU - Seronok menikmati hasil rompakan menyebabkan seorang bekas sub kontraktor bermaharajalela terbabit dengan jenayah rompakan berkumpulan dan bersenjata di Kuantan, Pahang selama empat tahun. Hasil jenayah yang dilakukan umpama punca pendapatan utama kepada Z yang berasal dari Machang. Dia aktif melakukan berpuluh siri rompakan bersenjata pisau dan parang bersama dua lagi rakan yang juga bekas pekerja bidang pembinaan. Menurutnya, dia terjebak dengan jenayah itu selepas perniagaan yang diwarisi daripada bapanya dilanda masalah. "Masa itu, saya buntu dan tidak mampu untuk berfikir panjang. Mulanya, saya hanya melakukan pemerasan (peras ugut) dan apabila berasa seronok mendapat hasil dengan cara yang mudah, saya ajak pula dua pekerja saya itu untuk merompak. "Lama-kelamaan kami menjadi terbiasa dan gembira mendapat duit tanpa bersusah payah. Tambah pula, polis tidak berjaya mengesan kami. Kami ada banyak masa untuk melakukan jenayah. Sejak hari itu, kami sentiasa bersama-sama merancang untuk melakukan rompakan," katanya. Z yang memiliki Diploma Kejuruteraan Perubatan dari sebuah kolej di Gombak, Selangor itu berkata, kelicikan mereka walau bagaimanapun berakhir jua apabila mereka tumpas di tangan polis selepas merompak RM7,500 wang tunai milik seorang peniaga di kedai barang elektronik di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang, pada 2010. "Saya dihukum empat tahun penjara dan bakal bebas pada bulan Januari ini. Saya belum ada perancangan, namun berharap mampu membina kehidupan baru selepas berada di dunia luar nanti," katanya yang pernah mendirikan rumah tangga tetapi bercerai dengan isterinya selepas dikenakan hukuman. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata yang kini mencecah usia sembilan tahun dan anak mereka itu kini dijaga isterinya. Z mengaku masih sayang akan wanita itu. "Bohong kalau saya katakan saya tidak menyayanginya kerana dia pernah menjadi teman hidup yang berkongsi suka duka bersama saya dulu. Keinginan untuk rujuk kembali itu ada, lebih-lebih lagi hubungan kami masih baik. "Namun, hati saya lebih kepada sesuatu yang baru. Yang lalu biarkan berlalu. Saya ingin bina hidup baru apabila dibebaskan kelak," kata anak sulung dari tiga beradik itu. - SH. |
| GEMPAR !!! Semakin Banyak Kes Suami Dibelasah Isteri [BACALAH...] Posted: 10 Aug 2013 04:27 PM PDT GEMPAR !!! Semakin Banyak Kes Suami Dibelasah Isteri | Semakin Banyak Kes Suami Dibelasah Isteri.. jadi berwaspadalah para suami... Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, peningkatan kes keganasan ke atas lelaki agak membimbangkan kerana jenayah tersebut dilihat seolah-olah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, menurut beliau, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia bagi tempoh sama antara 2008 hingga 2012 itu, kes-kes keganasan yang dialami lelaki masih rendah berbanding kes keganasan membabitkan kaum wanita yang mencatatkan angka sebanyak 13,083 kes. "Kes keganasan rumah tangga sama ada membabitkan wanita atau isteri semakin meningkat walaupun wujud undang-undang dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran bagi membendung gejala tersebut," kata beliau. Rohani berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam. - Kosmo |
| GEMPAR !!! Kadar BR1M Naik Tahun Depan [BETUL KE?...] Posted: 10 Aug 2013 04:28 PM PDT GEMPAR !!! Kadar BR1M Naik Tahun Depan | Kadar BR1M Naik Tahun Depan baca setrusnya... TRIBUMAX™ - Lebih power dari Vimax di pasaran sekarang! Seriously power! X percaya? Try la guna! Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. "Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah. Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. – Bernama. |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ | Bongkar Isu Hangat, Semasa dan Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (32) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.






No comments:
Post a Comment