| ISU MESIR TERKINI!! [SAKSIKANLAH...] Posted: 05 Aug 2013 08:57 AM PDT [Perkembangan di Mesir] Allah telah takdirkan perkara ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Namun ia bermula sebelum Ramadhan lagi. Apa yang berlaku di mesir adalah hasil perancangan orang-orang yang zalim. Allah telah sebut 16 kali dalam Al Quran Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka (As Sisi dan sekutu) telah lakukan pelbagai kesilapan. Pertamanya mereka telah memilih waktu yang salah. Mereka kira Ramadhan akan melemahkan penyokong Mursi kerana keletihan berpuasa namun sebaliknya yang berlaku mereka semakin teguh. Mereka gerun dengan keteguhan ikhwah akhawat kita tua dan muda. Mereka sangka selepas 5-10 hari mereka akan surut tetapi mereka tetap teguh. Apabila dibawakan pistol dan senjata api mereka bawa Al-Quran dan dada mereka sebagai perisai - ayuh bunuhlah kami! Apabila seorang terbunuh mereka bukannya takut bahkan lebih ramai yang rela untuk mati. Jumlah demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah seramai 3 juta orang. Kalau tidak kerana perancangan rabbani bagaimana mungkin mentadbir 3 juta orang? Ada yang nak makan,ada yang nak buang air dan ada yang nak tidur. Negara-negara teluk pun jumlah rakyatnya hanya 4 juta orang. Ukhuwah dan perpaduan ini menimbulkan kegerunan pada musuh. Mereka solat dengan seorang imam dan berdoa dengan qunut yang sama. Mereka datang sekeluarga. Kata si ayah jika mati kami sanggup mati sekeluarga! Ikhwah akhawat kita boleh membahagi-bahagikan walaupun hanya sebiji tamar. Mereka boleh hidup bersama, mereka menghubungi sahabat yang berada di Masjidilharam,"Kami berada di Medan Rabiatul Adawiyah namun roh kami seolah-olah berada di tanah haram". Memang tak dapat nak samakan Medan Rabiatul Adawiyah dengan tanah haram tetapi roh ukhuwah itu dapat dirasakan dan terasa nikmatnya. Terdapat satu lagi Medan namanya Medan Nahdhah yang tidak ada masjid cuma ada zoo, taman bunga dan kebun buah-buahan kerana menjaga sempadan di situ. Sehingga timbul persoalan bolehkah kami beri'tikaf di Medan Rabiatul Adawiyah kerana ia bukan Masjid? Jawapannya tidak boleh! Lalu mereka bertanya habis tu di mana kami nak iktikaf? Berkatalah para ulamak "Bergembiralah kerana i'tikaf itu sunat tetapi menjaga sempadan itu wajib. Kamu melakukan perkara wajib maka kedudukannya lebih istimewa daripada i'tikaf". Situasi telah memberikan mereka semangat yang tinggi sehingga mereka saling membantu. Makanan cukup dan ubatan cukup. Hingga terdapat begitu ramai orang yang memberikan infaq. Ada hospital sementara yang apabila ada yang mahu infaq ubat-ubatan ditolak kerana sudah ada banyak ubatan. Inilah hospital yang paling besar. Ada yang datang dari kampung membawa 5 ekor lembu dan kata mahu sembelih untuk diedarkan dagingnya sebagai makanan. Allah tidak akan sia-siakan hak bagi orang yang memiliki prinsip. Maka ingatlah saudara kamu dan berdoalah untuk mereka sebelum kamu beriftar. Sebenarnya kita tidak perlu bimbang dengan ikhwah akhawat di medan Rabiatul Adawiyah kerana mereka berada dalam suasana rabbaniah yang tinggi. Ini bukan sekadar isu Mesir tetapi isu umat. Saifuddin Qutuz telah keluar dari mesir untuk memerangi Mongol. Salahuddin Al Ayyubi telah keluar dari Mesir ke Medan Hittin dan seterusnya menawan Palestin. Maka Mesir juga akan jadi pencetus kemenangan Palestin seterusnya. Di malaysia ada imam yang berdoa dalam bahasa Melayu: "Ya Allah bantulah Dr Mursi dan jatuhkanlah As Sisi sedangkan dia tidak kenal mereka berdua. Ini adalah barakah daripada dakwah ini. Catatan perkongsian oleh Syeikh Mohamad Hamed El Ewa 26 Ramadhan 1434 4 Ogos 2013 IIUM |
| GEMPAR!!! 10 Individu Dakwa Pewaris Agong Ditahan Polis [SAKSIKAN...] Posted: 05 Aug 2013 08:12 AM PDT KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta. "Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah. "Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah. Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah. Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama |
| BONGKAR!!! Upah Bunuh Kini Cuma RM1,000 Je? [SAKSIKAN...] Posted: 05 Aug 2013 05:17 AM PDT Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi. Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia. Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api."Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah. "Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata. Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet. "Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional. "Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata. - Malaysiakini |
| Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadan [Bacalah...] Posted: 05 Aug 2013 02:30 AM PDT ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADAN Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan..... Sumber: Ustaz Nasir's photo. |
| GEMPAR LAGI!!! Penoreh Getah Maut Ditembak Pulak [SAKSIKAN...] Posted: 05 Aug 2013 01:36 AM PDT KOTA BHARU - Seorang penoreh getah maut selepas ditembak dalam kejadian di kampung Telosan, Pasir Puteh di sini pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 petang tadi. Ketika kejadian, mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya. Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu. Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil. - SH. |
| Mashaa Allah!! 4 Gambar Betapa Zuhudnya Cara KDYMM Sultan Muhammad V [SAKSIKAN...] Posted: 04 Aug 2013 05:55 PM PDT KDYMM Sultan Muhammad V & YTM Tengku Mahkota Kelantan di Dewan Jubli Perak,Istana Negeri,Kubang Kerian malam tadi. Turut hadir sama YAB. Ustaz Dato' Ahmad Yakob Menteri Besar Negeri Kelantan dan Exco Kerajaan Negeri Serta beberapa Pembesar Negeri. |
| Kemalangan Ngeri!! 4 Maut Kereta Bertembung Lori [SAKSIKAN...] Posted: 04 Aug 2013 03:46 PM PDT SUNGAI PETANI – Empat termasuk dua daripada mangsa tercampak keluar dari kereta maut apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai dekat sini semalam. Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, kemalangan pada pukul 5.40 petang itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang kereta Nissan Sunny itu tercampak keluar dari kenderaan dinaiki dan menyebabkan salah seorang daripada mangsa itu putus kepala. Menurut beliau, mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50, Tan Siew Chin @ Daod Serni, 45, dan kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11. - Kosmo |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ | Bongkar Isu Hangat, Semasa dan Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (33) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.





No comments:
Post a Comment