| GEMPAR!!! Anwar, Karpal Buat Laporan Polis, Pasai Apa? [SAKSIKAN...] Posted: 04 Aug 2013 08:20 AM PDT Calon Umno bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kini menjadi perhatian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Karpal Singh membuat laporan polis terhadapnya selepas akhbar mendedahkan beliau menerima 6,000 surat yang mendakwa Ketua Pembangkang itu membayar RM50 juta kepada Karpal itu sebagai rasuah sejak 2008. "Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Sambil menyelar tindakan Dr Mazlan yang mendedahkan perkara itu di media arus perdana, calon Umno ketika Pilihan Raya 2013 itu tegas Karpal seharusnya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan media semalam menyebut Dr Mazlan mendedahkan lebih 6,000 surat yang tidak diketahui pengirimnya telah dihantar ke alamat rumahnya yang mana mendakwa Anwar membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguambela. Dalam respon balasnya, Karpal mempersoal Mazlan dan media kerajaan untuk tampil mengemukakan buktinya. "Cabaran saya kepada Mazlan supaya keluarkan akaun bank, nombor cek, dan nama individu yang membuat dakwaan ini," katanya. Pengerusi DAP itu juga kemudiannya menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengambil tindakan untuk mempertahankan sistem perundangan. "Dakwaan ini bertentangan dengan sistem kehakiman," katanya lagi. Karpal juga berkata tahun-tahun beliau mempertahankan Anwar adalah atas dasar persahabatan mereka dan bukannya atas faktor kewangan. "Menuduh saya menerima rasuah adalah dakwaan serius dan saya tidak akan berdiam diri," kata Karpal memberi amaran. - 4 Ogos, 2013. - TMI |
| Juadah Raya 2013: Jom Cuba Resipi Rendang Tok Posted: 04 Aug 2013 08:00 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadan... IniKalilah nak berkongsi resipi juadah untuk hari raya, iaitu resipi rendang tok.. Rasanya ramai yang meminati rendang tok ni.. Apa kata kita cuba buat untuk juadah raya 2013... Selamat mencuba. ![]() ResipiMasakanKini berkongsi resipi rendang tok yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah di hari raya. Bahan-bahan: 1 kg daging [potong sebesar 3 inci] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 1/2 cawan kerisik 3 s/b gula merah 3 keping asam keping Daun kunyit [koyakkan] Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 2 sudu makan ketumbar 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih 1 sudu makan lada hitam 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 25 biji cili kering 20 biji bawang merah 5 cm halia 5 batang serai 3 cm lengkuas Cara menyediakan: 1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali. 2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak. 3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata. 4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni] 5. Hidangkan. Koleksi Resipi Masakan sila layari ResipiMasakanKini. |
| Al Fatihah!! Pelakon Popular 80an Meninggal Dunia Pukul 2.55pm Posted: 04 Aug 2013 03:17 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan... IniKalilah kali ini dikejutkan dengan kematian pelakon popular 80an Rosnah Mohd Noor.. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.. Al Fatihah.. PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Berita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak. "Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya. "Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online. Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini. Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982). Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur. Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya. |
| GEMPAR!! Tersebar Di Internet, Gambar Sukarelawan Malaysia Di Syria [TAKBIR..] Posted: 03 Aug 2013 11:17 PM PDT Sukarelawan Malaysia Di Syria! 'Team kami terselamat dari serangan sniper basyar di Aleppo, tembakan hampir-hampir mengenai belakang van yang membawa kami'.. dan impian yang ditunggu-tunggu tiba jua.. DIBERI PELUANG MENEMBAK TENTERA BASYAR DARI KEDUDUKAN SNIPER FSA!!! Keputusan kerajaan Malaysia MENYEKAT DAN MENGHARAMKAN SYIAH di Malaysia sangat tepat!! Disclaimer: Keputusan bertempur dengan tentera regim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan team kemanusiaan yang disertai. Sebarang risiko adalah ditanggung sendiri. FB Beliau: https://www.facebook.com/ P/S: Tidak terhingga bangga dan terharu sangat apabila melihat dia sanggup ke syria untuk menjadi pejuang fi sabilillah.. Sama-sama lah kita doakan keselamatan dirinya dan diberi ganjaran pahala atas usahanya.. Inshaa Allah.. Amiin. |
| BONGKAR!!! Patutlah Diesel Asyik Takde Jer, Ni Rupa Citer Dia [BACALAH..] Posted: 03 Aug 2013 10:02 PM PDT KUANTAN - Pemandu lori yang cuba 'mencuri' diesel berputih mata apabila ditahan ketika cuba melakukan kegiatan haram itu di Jalan Kuantan- Kemaman dekat sini, Selasa lalu. Kelicikan pemandu lori itu berjaya dikesan apabila menjadikan sebuah stor haram sebagai transit mengumpul dan mengedar bahan api bersubsidi yang disonglap secara haram. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Ab Aziz berkata, aktiviti penyelewengan itu sebelum ini sudah dikesan namun masih ada lagi pemandu lori yang cuba 'mencari makan' dengan cara yang tidak betul itu. "Mereka dikatakan mencuri 300 hingga 400 liter diesel daripada jumlah 16,000 liter yang dibawa mereka," katanya pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa PPDNKK bersama media, di sini, semalam. Katanya, modus operandi ahli sindiket itu agak licik memandangkan ketirisan bekalan minyak itu seolah-olah tidak disedari pemilik stesen minyak kerana prosedur penghantaran termasuk tag khas yang dipasang pada hos keluar masuk pada tangki tidak terusik. "Mereka ada cara tersendiri untuk menyedut keluar kira-kira 300 liter diesel dari setiap petak isian pada tangki menggunakan pam khas yang mampu menyedut jumlah yang dikehendaki dalam masa hanya lima minit," katanya. "Selepas selesai sedut minyak, pemandu terlibat akan meneruskan perjalanan ke stesen minyak yang sepatutnya sebelum aktiviti itu diteruskan oleh pemandu tidak bertanggungjawab yang lain," katanya. Selain itu, turut ditahan adalah sebuah lori 3 tan yang diubahsuai untuk tujuan penyelewengan diesel. Beliau berkata, lori yang diubahsuai dan ditutup dengan kanvas itu berjaya ditahan minggu lalu dengan muatan diesel 8,000 liter. "Kita percaya, diesel tersebut adalah untuk dijual kepada industri dengan harga yang lebih rendah," katanya. Katanya, dalam tempoh Januari hingga 30 Julai, 13 kes penyelewengan diesel berjaya dikesan membabitkan sitaan 26,229 liter dengan nilai RM47,213.- SH. |
| "Abang, Panas...Panas..." Isteri Rentung Sebelum Sahur [BACALAH..] Posted: 03 Aug 2013 05:10 PM PDT PUCHONG – "Abang, panas...panas...tak boleh keluar, api terlalu besar," itu jeritan terakhir seorang wanita kepada suaminya sebelum dia ditemui rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Puchong Indah, awal pagi, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa, Noriza Mat Salleh, 37 dikatakan terperangkap dalam bilik tidur di tingkat atas gagal menyelamatkan diri apabila api marak dengan cepat di rumah teres dua tingkat didiami. Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jafri Amat berkata, pihaknya hanya dimaklumkan kejadian kira-kira jam 2.59 pagi. Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi. Sebelumnya, Jafri berkata, anggota dan jentera Balai Bomba Puchong serta Subang Jaya berada di Batu 13, memadamkan kebakaran sampah kilang sebelum turut bergegas ke rumah mangsa selepas menerima laporan. Katanya, apabila tiba api yang marak marak di tingkat atas berjaya dikawal dari merebak ke rumah bersebelahan. Menurutnya, seorang wanita ditemui rentung di bilik tidur tingkat atas manakala lima lagi mangsa lain termasuk suami dan empat anaknya berjaya menyelamatkan diri. Jafri berkata, berdasarkan maklumat suami mangsa, Azhar Samsudin, kebakaran bermula dari bilik tidur anaknya yang juga di tingkat atas. Menurut suami mangsa sebaik melihat kesan api, dia yang berada di tingkat bawah berlari mengetuk bilik anaknya dan mengarahkan kesemua mereka keluar. Dia juga berbuat demikian dan mengarahkan isteri yang tidur di bilik atas keluar. Suami mangsa katanya kemudian bergegas ke tingkat bawah mengambil baldi dan air berusaha memadamkan api berkenaan dan menyangka kesemua ahli keluarganya sudah keluar dari rumah. Bagaimanapun, apabila suami mangsa mahu ke tingkat atas sekali lagi membawa baldi dan air dia terkejut mendengar jeritan isteri dari dalam bilik tidur yang mengatakan gagal keluar kerana api terlalu marak. Beliau berkata, suami mangsa juga gagal menembusi kawasan api marak menyebabkan dia dan seorang jiran bergegas ke luar rumah cuba memanjat dari bahagian luar rumah untuk menyelamatkan wanita itu. Usaha memecahkan besi di bahagian tingkap tingkat atas bagaimanapun menemui jalan buntu menyebabkan wanita itu gagal diselamatkan. Anak mangsa Mohd Aiman Hakimi, 13, Nor Athirah Najihah, 12, Nor Afiwah Nadirah, 9 dan Mohd Ammar Aziq, 4, tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya jiran yang membantu ketika itu mengalami kecederaan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar. "Hampir 70 peratus bahagian rumah itu terbakar dan barang di tingkat atas gagal diselamatkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. Terhidu bau hangit Kejadian kebakaran yang menyebabkan ibu empat anak rentung di Puchong Indah awal pagi, semalam turut disedari jiran mangsa yang kemudian cuba memberi bantuan dan memadamkan api. Jiran sebelah rumah mangsa, Faiz Mahmud, 26 berkata, dia yang baru tidur beberapa minit sebelum kejadian terjaga selepas terhidu bau hangit dan melihat asap tebal. Dia menyangka bau berkenaan .adalah bau masakan namun jangkaannya meleset apabila melihat asap tebal mula memenuhi ruang rumah yang didiami bersama kakak dan abang ipar. Tanpa berlengah, Faiz berkata, dia terus mengejutkan semua ahli keluarga dan mengarahkan kesemua mereka keluar dari rumah. Faiz mendakwa dia bersama seorang lagi jiran kemudian memecahkan cermin tingkap rumah mangsa apabila mendengar wanita itu menjerit meminta tolong. Usaha itu katanya gagal menyebabkan jirannya itu memberanikan diri menaiki tangga rumah mangsa dalam usaha menyelamatkannya. Bagaimanapun, api menyambar menyebabkan jiran berkenaan berundur dan terjatuh akibat terpijak tangga yang sudah hangus terbakar. "Saya tidak nampak di mana mangsa berada hanya dengar suara mengatakan dia kepanasan. "Keadaan terlalu gelap dan asap tebal, orang ramai tidak berputus asa menyembur air untuk memadam api yang marak itu," katanya. Seorang lagi jiran, Normah Mohd, 53, berkata dia dalam perjalanan menghantar barang masakan untuk majlis berbuka puasa di surau berdekatan. Pelik melihat asap tebal, dia kemudian meminta anaknya mendekati kawasan itu dan terkejut melihat rumah mangsa yang juga rakannya terbakar. Katanya, api penuh di ruang tangga rumah dan dalam masa sama terdengar mangsa menjerit meminta tolong. Dakwanya suara itu akhirnya hilang perlahan-lahan dan api terus membakar keseluruhan tingkat atas yang menempatkan dua bilik tidur itu. "Mula-mula saya ingat budak main mercun tetapi terkejut lihat rumah rakan baik terbakar, saya terus mengetuk pintu rumah jiran-jiran bersebelahan mengarahkan mereka keluar. "Arwah memang seorang yang baik, pemurah dan sentiasa ceria," katanya. Rehat di ruang bawah "Ketika kejadian, saya berehat di ruang tamu bawah bersama seorang anak sebelum menyedari api membakar bilik di bahagian atas," kata Azhar Samsudin,41, suami mangsa yang rentung dalam kejadian kebakaran di Puchong Indah, awal pagi semalam. Katanya, dalam keadaan cemas dia cuba memadamkan api menggunakan sumber air di dalam rumah namun kebakaran merebak dengan cepat. Sebelum itu, dia sempat menyuruh kesemua anak dan isteri yang tidur di tingkat atas keluar namun akibat api yang marak isterinya tidak sempat berbuat demikian. "Arwah isteri ditemui anggota bomba rentung di tepi dinding berhampiran tingkap bilik tidur utama," katanya yang masih sugul dengan kejadian tragis itu. Dakwanya, semua barangan hari raya yang baru dibeli musnah dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu. "Arwah isteri saya selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan USJ 21 sementara anak-anak pula dibawa pulang ke kampung oleh saudara mara," katanya. - SH. |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ | Bongkar Isu Hangat, Semasa dan Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (30) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.





No comments:
Post a Comment