Tuesday, August 6, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


BONGKAR!!! Siapa Dalang 'Kumpulan Panji Hitam'? [SAKSIKAN...]

Posted: 06 Aug 2013 07:21 AM PDT

Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara awal pagi semalam yang mendakwa pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah (kiri)
berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian, lapor Bernama.

"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini.

"Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ku berkata, kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.

Kumpulan yang mendakwa anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada 4.10 pagi sebelum ditahan polis.

Media melaporkan mereka cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kenderaan yang dirampas.

Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah.

Antara ajaran kumpulan itu ialah dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.

Jakim: Mula dikesan melalui media sosial

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, agensi berita nasional juga melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan itu.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan itu jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," beliau dipetik sebagai berkata. - Malaysiakini

BONGKAR!!! Kenapa Pak Lah Selalu Tertidur? [MEH BACA...]

Posted: 06 Aug 2013 03:44 AM PDT

Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar), yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.
 
Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan "sleep apnea."

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.
Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

"Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu."
Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat", mengacau bilaukan negara. - 6 Ogos, 2013. - TMI

Penculik Budak Perempuan Wan Aisyah Dah Bolos? [BACALAH...]

Posted: 06 Aug 2013 02:19 AM PDT

SHAH ALAM - Polis percaya suspek lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan, 3, dari sebuah pasar raya di Rawang pada 2 Ogos lepas dan ditemui semula di Pulau Pinang semalam, masih berada di Semenanjung Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis kini sedang mengesan suspek dan yakin lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Sharizal Yusoff itu masih berada di negara ini.

"Kami telah mengambil beberapa kenyataan termasuk daripada ibu mangsa dan ibu kepada suspek. Polis masih meneliti kenyataan itu," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata suspek menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya di Batu Uban, Pulau Pinang pada kira-kira 5 pagi semalam sebelum menghilangkan diri.

Mohd Adnan berkata kanak-kanak itu juga telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan mendapati tiada kesan kecederaan, dan mangsa telah diserahkan kepada ibunya. 

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Kami juga masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian dan meminta orang ramai yang mengenali dan tahu di mana suspek berada menghubungi pegawai penyiasat, Insp Zalina di talian 019-3502695 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Wan Aisyah dilapor hilang oleh ibunya, Arbaiyah Md. Zin, 32, pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama kanak-kanak itu.
 
Arbaiyah, yang merupakan seorang guru, dilaporkan mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook dan dikatakan turut membuat aduan polis bahawa dia telah menyerahkan wang RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan emas.

Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Susulan kejadian itu, seorang wanita berusia 66 tahun yang mendakwa dirinya ibu suspek dilapor menyerahkan kanak-kanak perempuan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang pada kira-kira 11 pagi semalam.

Wanita itu mendakwa, anak lelakinya menyuruh beliau mengembalikan Wan Aisyah ke balai polis sebelum dia bertindak melarikan diri. - Bernama

Sapa Emak Bapak Bayi Ni? [MESTI CARI...]

Posted: 06 Aug 2013 01:11 AM PDT

SENAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang bayi berusia sebulan yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah di sini, 1 Julai lalu.

Bayi diberi nama Dhia Amanda itu ditinggalkan ibu kandungnya di wad hospital.


Pegawainya, Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengesan seorang wanita berusia 18 tahun dikenali sebagai Nor Nurul Aishah Omar bagi membantu siasatan mencari waris bayi perempuan itu.

"Jabatan ini sedang mengesan ibu kandung bayi yang alamat terakhir merupakan sebuah rumah kedai yang tidak berpenghuni.

"Siasatan awal mendapati ibu kandung bayi ini anak tunggal dan telah kematian ibu bapa dikatakan telah bernikah di sebuah masjid di Pasir Gudang bagaimanapun pernikahan itu tidak sah dan sijil dikemukakan adalah palsu. 


Usaha mengesan sehingga kini masih gagal," katanya.
Beliau berharap orang ramai yang mengenali atau mengetahui asal usul kanak-kanak ini menghubungi JKM.


Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan ditempatkan di bawah perlindungan JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut peruntukan di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001. - SH.

GEMPAR!!! 2 Budak Maut Diserang Ular Sawa Ketika Tidur [SAKSIKAN...]

Posted: 05 Aug 2013 09:43 PM PDT

MONTREAL, Quebec - Seekor ular sawa yang terlepas dari sebuah kedai haiwan peliharaan membunuh dua orang kanak-kanak ketika tidur, kata polis hari ini.

Kedua-dua kanak-kanak berusia lima dan tujuh tahun itu menumpang tidur di rumah rakan mereka di sebuah bandar kecil di Campbellton.

Haiwan eksotik itu terlepas dari sebuah kedai di tingkat bawah apartmen di mana kedua-dua mangsa menumpang tidur.


"Siasatan awal mendapati ular itu terlepas pada tengah malam hari kejadian dengan memasuki sistem pengudaraan apartmen tersebut," kata polis dalam satu kenyataan. 


Pihak polis bagaimanapun enggan mendedahkan saiz ular itu dan dipercayai kedua-dua mangsa mati dibelit haiwan tersebut. - AFP








Gambar hiasan.

Ramadan Akan Pergi, Apakah 2 Perkara Mesti Diperhatikan?

Posted: 05 Aug 2013 08:04 PM PDT

Pesan Guru, apabila sebelum Ramadan Pergi...
Kita kena perhati secara mendalam akan dua perkara:

1) Ujian apa yang kita bawa pulang sepanjang Ramadan

2) Nikmat apa yang kita peroleh sepanjang Ramadan

Ujian dan Nikmat adalah adik-beradik yang tak dapat dipisahkan. Ujian dan Nikmat yang kita peroleh dalam sebulan itulah yang akan kita bawa untuk sebelas bulan mendatang,.

Guru pesan lagi , pastikan yang diuji itu perlahan-lahan kita lawan untuk naik Ramadhan tahun depan.

dan Nikmat yang kita peroleh itu Wajib kita Syukur dan Tanam sebagai Baja Kekuatan.

Syukurlah kerana kita Masih diberi Perhatian Oleh Allah Azza Wa Jalla dengan bekalan Nikmat dan Ujian.
P/S: Semoga Ramadan tahun ini adalah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Inshaa Allah. 

BONGKAR!!! Siapa Yang Culik Budak Perempuan, Wan Aisyah? [Bacalah...]

Posted: 05 Aug 2013 03:33 PM PDT

GEORGE TOWN – Kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Ahad lalu, semalam ditemui dan diserahkan kepada polis di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong di sini oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu.

"Wan Aisyah diserahkan ke balai polis pada pukul 11.30 pagi oleh wanita berusia 66 tahun.

"Wanita itu mengaku dia merupakan ibu kepada lelaki yang membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Teluk Kumbar di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam. - Kosmo


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (31)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment