Wednesday, August 14, 2013

RG2011... Koreksional tu korek apa?

 


papantanda Pusat Koreksional Jabatan Penjara Malaysia ni telah saya rakam sebab terkesima kali pertama tepandang 
perkataan 'KOREKSIONAL" digunakan....yang timbul dalam kepala masa tu ialah...."hah...korek apa?"

Nampakya perkataan ni tidak wujud dalam Bahasa Malaysia, tetapi diceduk dari bahasa Inggeris...CORRECTIONAL....mungkin
sebab negara mat saleh pakai Correctional Center dan Jabatan Penjara rasa istilah Pusat Pemulihan tak cukup tinggi martabatnya.

"Koreksional" ni tak sesuai kalau nak diguna dalam bahasa melayu kerana istilah "korek" sudah lama wujud dan membawa maksud
"gali", melainkan kalau maksud sama dengan "Galisional". 
"Korek" tak sama dengan "Correct"....mat saleh celup tak reti bahasa mana la yang buat lawak ni?

Agak pelik....untuk sebuah jabatan kerajaan menggunakan istilah mengarut tanpa merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai 
Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk mendapatkan istilah yang tepat.

-----------------------------------


Tuesday, June 7, 2011

Koreksional Perkataan yang tiada dalam Bahasa Melayu

Salam,

Apa masalah dengan mereka-mereka ni, aku pun tak tau nak tunding jari pada siapa..?
Pernah dengar perkataan ni KOREKSIONAL.


Perkataan ni diguna pakai pada Pusat Koreksional di negeri-negeri seluruh Malaysia
Tetiba aku rasa bengang bila perkataan KOREKSIONAL ni di cilok dari bahasa Inggeris  CORRECTIONAL
Kenapa perlu cilok bahasa lain sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sememangnya kaya dengan istilah.
Seperti cakap member aku, apa yang DBP buat ni takkan tak dak semakan kot..nak salah siapa sebenarnya? 
Masalahnya yang buat pandai-pandai penciptaan perkataan baru ni kebanyakkannya datang dari Jabatan-jabatan Kerajaan.

Apa kata Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa DBP?
"Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan".
 Bukan setakat sepatah dua bahasa yang dicilok dari bahasa lain dan dimelayukan tapi banyak lagi seperti

Intervensi = Intervention
Numerasi = Numeracy
Literasi = Literacy

p/s:Kedengaran pelik pun ada apa yang nak korek ntah...Kalau perkataan koreksional sama erti dengan perkataan pemulihan kenapa tidak digunakan pemulihan saja.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. Orang-orang jabatan kerajaan itu bukan pun ahli bahasa. Jika dia peminat dan ahli bahasa tentu masalah sebegini tak timbul.

    ReplyDelete