Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Shabery ucap takziah pemergian Siraj
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
KUALA LUMPUR - Pemergian kanak-kanak berusia 11 tahun, yang baru-baru ini termakbul impian menaiki kereta Ferrari, mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang meninggal dunia setelah menghidap kanser tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal pagi ini.
"Pemergiannya amat menyedihkan. Ia lambang kegigihan seseorang bertarung dengan penyakit yang dihadapinya," kata Shabery kepada Bernama.
"Kegigihan itu tak mungkin terjadi tanpa sokongan kental keluarganya. Namun kita harus akur kepada kemahuan pencipta yang lebih menyayangi. Takziah saya ucapkan kepada semua isi keluarga," katanya.
Ibu Sirajuddin, Norhayati Jantan merupakan Pengurus Latihan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) manakala bapanya Mohd Zaini Zakaria, Pengurus Kanan di syarikat Western Digital.
"Di saat ini hanya sabar dan reda menjadi ubat terbaik mengatasi kepahitan. Alfatihah," kata Shabery.
Sirajuddin atau lebih mesra dengan panggilan Siraj mendapat perhatian media apabila hasratnya untuk menaiki kereta Ferrari tercapai dengan bantuan pengasas Kumpulan Empire Datuk Sean Y.T. Ng pada 4 Ogos lepas.
Sungguhpun kakinya terpaksa dipotong pada bulan Mei lepas, Siraj telah menyatakan impiannya itu kepada doktor yang merawatnya, Pakar Perunding Onkologi di PPUM, Profesor Wan Ariffin Abdullah yang kemudian menyampaikan hasrat itu kepada Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (CWS).
Penyakitnya itu dikesan pertengahan Julai tahun lepas ketika Siraj menjalani persediaan untuk acara pecut sempena Hari Sukan di sekolahnya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Konflik Mesir: Mapim gesa adakan sidang tergempar
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kerajaan juga perlu memanggil duta Mesir dan mengisytiharkan kutukan ke atas pimpinan tentera Mesir yang terus mengambil tindakan ganas terhadap penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan sejak awal Julai lalu.
"Kami telah menghantar
"Sepucuk
Sidang akhbar itu turut dihadiri wakil dari 12 pertubuhan Islam lain termasuk Persatuan Ulama Kedah, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Persaudaraan Muslimah
Mohd Azmi berkata sebagai negara yang mempunyai hubungan erat dengan Mesir terutama dalam bidang pendidikan,
Katanya, sehingga semalam difahamkan lebih 278 orang awam terbunuh apabila tentera melepaskan tembakan ke atas penyokong Mursi.
"Lebih
"Ia juga akan menggugat kestabilan seluruh kawasan Timur Tengah," katanya.
Mohd Azmi juga menegaskan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Mesir sudah melayakkan mereka diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan PBB di bawah bab 7 piagam PBB dan tindakan segera oleh pertubuhan keamanan dunia itu amat perlu untuk mengenakan sekatan ke atas Mesir dan membawa masuk tentera PBB ke wilayah berkenaan.
"Oleh itu kami mendesak agar PBB bertindak serta-merta ke atas regim tentera Mesir dan menghalang operasi pembunuhan orang awam di
"Seluruh negara Islam dan NGO serta masyarakat sivil perlu menyatakan pendirian menentang keganasan ini dan mengembalikan demokrasi di Mesir," katanya. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Reaksi keras terhadap konflik terkini di Mesir
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan seluruh rakyat
Pas menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan
Pertama, semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), OIC, Liga Arab mestilah mengecam tindakan kekerasan rejim tentera yang tidak sah itu dan seterusnya memberikan tekanan diplomatik terhadap mereka yang melaksanakan coup d'état terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Presiden Muhammad Morsi.
Kedua, pihak yang melakukan jenayah dan bertindak kejam terhadap penyokong Presiden Morsi mestilah disiasat oleh satu Suruhanjaya Bebas Antarabangsa supaya tindakan mengikut tatacara undang-undang dapat dilakukan.
Ketiga, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada Presiden Morsi mestilah dikembalikan, manakala penyelesaian kepada krisis di Mesir perlu mengikut lunas demokrasi tanpa campurtangan asing dan pihak tentera.
Pas sekali lagi ingin mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa kegagalan menyelesaikan konflik di Mesir ini akan membawa akibat yang lebih buruk terhadap keamanan rantau Asia Barat kerana ianya akan melahirkan aktiviti tindakbalas yang lebih keras, di mana iklim politik, ekonomi dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.
Sehubungan dengan itu, Pas menyeru supaya semua penyokong dan ahli Pas, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat, Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, bersama dengan parti-parti politik dan NGO dalam negara kita pada hari Sabtu 17 Ogos ini. Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini.
Presiden Pas
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Konflik Mesir: Angka korban terus meningkat
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
KAHERAH, MESIR - Pasukan keselamatan Mesir menggempur kem penunjuk perasaan yang menyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi secara besar-besaran yang setakat ini menyebabkan hampir 200 nyawa orang penduduk Arab di negara itu terkorban.
Sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh dalam insiden itu, termasuk 43 polis, dan 2,000 lagi cedera dalam pertempuran sengit yang merebak di luar Kaherah ke bandar-bandar dan bandar-bandar di seluruh Mesir, kata seorang pegawai kesihatan.
Ikhwan Muslimin berkata jumlah kematian yang dikenali sebagai "pembunuhan beramai-ramai" adalah jauh lebih tinggi.
Susulan operasi menamatkan tunjuk perasaan dan keganasan yang tercetus itu, kerajaan sementara mengisytiharkan darurat di seluruh Mesir dan perintah berkurung di Kaherah serta 13 wilayah lain.
Pihak berkuasa berkata, 278 terbunuh dalam operasi sejak semalam termasuk 43 anggota polis yang kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah di Kaherah.
Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohamed Ibrahim berkata 43 anggota keselamatan maut.
Justeru itu, katanya, pasukan keselamatan akan terus berusaha untuk memusnahkan kem penunjuk perasaan di Ibu negara dan tidak akan sesekali untuk bertolak ansur dengan penyokong bekas presiden yang digulingkan itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Hazem el-Beblawi pula menegaskan bahawa mereka akan mempertahankan penggunaan kekerasan meskipun dikutuk oleh Amerika Syarikat dan kerajaan di Eropah.
Ini kerana katanya, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan lain bagi menamatkan penyebaran anarki di negara Mesir.
"Kami mendapati inilah cara untuk mencapai titik penyelesaian meskipun tiada negara yang boleh menerima," katanya dalam satu ucapan di televisyen.
Sebelum ini, beribu-ribu penyokong Mursi telah berkhemah di dua tempat utama di Kaherah sejak beliau digulingkan pada 3 Julai, dan mereka telah berikrar untuk tidak meninggalkan tempat kem itu sehingga Mursi kembali berkuasa.
Meskipun perintah darurat dikuatkuasakan jam 4 petang waktu tempatan manakala perintah berkurung selama 11 jam sehari bermula 7 petang.
Namun, keganasan dilaporkan terus merebak di luar ibu negara itu sehingga banyak lagi nyawa melayang.
Imej dari video dan gambar terus tersebar di media sosial mengenai operasi mengempur tunjuk perasaan itu dengan negara kuasa dunia mengutuk keras penggunaan pasukan keselamatan.
Beberapa jam selepas anggota keselamatan Mesir menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di khemah mereka di Rabaa al-Adawiya di timur Kaherah, mayat lebih 124 orang bergelimpangan di kawasan itu.
Di hospital, lantai digenangi dengan darah dengan pihak perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka kritikal dan masih bernyawa.
Antara yang terbunuh adalah anak perempuan kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed al-Beltagui, Asmaa al-Beltagui yang berusia 17 tahun.
Jurukamera veteran Sky News dari Britain, Briton Mick Deane, ditembak dan terbunuh ketika membuat liputan kejadian itu.
Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggal dunia selepas itu.
Badan pemerhati media antarabangsa mendesak pihak berkuasa Mesir menyiasat serangan terhadap wartawan dan mahu pihak yang bertanggungjawab didakwa.
Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi sehingga banyak nyawa terkorban.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis tahan lelaki ugut sembelih adik
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
BESUT - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk menikam dan menyembelih adiknya hanya kerana berlaku sedikit perselisihan faham.
Lelaki berusia 36 tahun terbabit juga didapati positif dadah dan polis merampas sebilah pisau lipat sepanjang 16.5 sentimeter daripada lelaki itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari Selasa itu, lelaki terbabit dikatakan bertanya mengenai kehilangan barangnya yang diletakkan di dalam bilik rumah adiknya.
"Bila suspek tidak berpuashati dengan jawapan adiknya, suspek terus menumbuk adiknya yang berusia 30 tahun itu dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan suspek mengeluarkan pisau untuk menikam dan menyembelih mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Zainy berkata perbuatan suspek berjaya disekat oleh anggota keluarga yang datang untuk menyuraikan pergaduhan itu. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Jaipk dedah buku Syiah diedar secara pos
Oleh: SAIFULLAH AHMAD & ISMANIZA AHMAD
Tarikh: August 15, 2013
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaipk, Asyraf Ismail berkata, buku-buku itu dipos kepada imam-imam masjid di seluruh Perak.
"Kita telah kesan perbuatan ini beberapa tahun yang lalu dan minta imam-imam masjid yang menerima buku berkenaan supaya menghantar kepada Jaipk untuk dilupuskan.
"Selain itu, penyebaran Syiah juga dibuat melalui tulisan novel dan buku-buku sejarah dengan menyelewengkan fakta terhadap khalifah al-Rashidin dan sahabat-sahabat nabi," katanya.
Menurutnya, terdapat juga penyebaran yang dibuat secara individu kepada individu lain dengan menceritakan tentang ahlul bait, keagungan imam mereka dan kemudahan-kemudahan beribadat di dalam Syiah.
Antara judul buku diedarkan kepada orang ramai seperti Akhirnya Ku Temui Kebenaran; Inilah Khulafa' Ar-Rashidin Rasul...; Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam Yang Sebenar dan Kewajipan Setiap Muslim Mentaati Kepimpinan Yang Dilantik ALLAH dan Rasul Demi Perpaduan dan Kejayaan Dunia dan Akhirat.
Sinar Harian pada Ogos 2011 pernah mendedahkan buku-buku tersebut diterima oleh beberapa imam masjid di sekitar Taiping.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Taiping, Mat Isa Adam yang memberitahu banyak perkara meragukan dan bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ditulis dalam buku berkenaan.
Perak adakan dialog awal
Perak merupakan negeri terawal mengadakan dialog di antara pengikut Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jaipk selepas fatwa mengenai pengharaman berkenaan dibuat.
Asyraf menjelaskan, dialog yang pernah dibuat sebelum ini pada 8 Disember 2011 diadakan di Pejabat Agama Daerah Bagan Serai.
Katanya, dialog yang dibuat itu bertujuan merungkai persoalan timbul berkaitan perbezaan ketara antara pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan fahaman Syiah.
"Kita buat dialog ini kerana mahu pencerahan daripada pengikut Syiah tentang fahaman mereka yang begitu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Bagaimanapun ketika dialog, kebanyakan soalan yang ditimbulkan banyak tidak dapat dijawab dan mengelak untuk dijawab," katanya.
Menurutnya, perkara paling jelas yang gagal dirungkai oleh Syiah adalah soal usul iaitu Rukun Islam kerana dalam Syiah, Imamiah dimasukkan sebagai rukun kelima sedangkan bercanggah dengan Rukun Islam sebenar.
Asyraf berkata, setelah tamat sesi dialog, pihaknya memaklumkan kepada wakil Syiah itu bahawa fatwa pengharaman ajaran dan fahaman Syiah telah dikeluarkan serta Jaipk akan ambil tindakan mengikut undang-undang terhadap perkara itu.
Pada sesi dialog berkenaan, Syiah diwakili oleh dua individu iaitu Ketua Kumpulan Syiah
Beliau turut mendedahkan ajaran dan fahaman Syiah berjaya disebarkan memandangkan mereka mempunyai dana yang diperoleh melalui perniagaan.
Menurut Asyraf, perniagaan dibuat penganut Syiah melalui jualan makanan dan perkhidmatan kesihatan biasanya sukar untuk dikenal pasti.
Beliau berkata, pihaknya masih dalam siasatan dan penyelidikan tentang beberapa premis dan produk yang dipercayai membiayai penyebaran Syiah di Perak.
"Biasanya mereka akan guna istilah yang berkait rapat dengan Syiah seperti Ahlul Bait, Madinatul Ilmi dan sebagainya," jelasnya.
Tiada perkampungan Syiah
Berdasarkan siasatan dan risikan yang dibuat, tiada perkampungan Syiah yang wujud di Perak, bagaimanapun terdapat tiga Hauzah atau tempat aktiviti Syiah dikenal pasti di negeri ini iaitu di
Beliau berkata, pihaknya turut mengesyaki seorang pengamal perubatan homeopati di Utara Perak menjadi salah seorang individu menyebarkan Syiah di Perak.
"Orang ramai diminta berhati-hati menerima apa jua maklumat bercanggah dengan ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Sebarang kemusykilan atau persoalan boleh berhubung terus dengan Jaipk dan Pejabat Agama Daerah," katanya.
Menurut Asyraf, sebagai langkah pencegahan, pihak Jaipk terus mengadakan ceramah dan seminar mengenai bahaya Syiah selain menerbitkan risalah dan poster tentang Syiah.
Warta pada 2004
Fatwa pengharaman ajaran dan fahaman Syiah di Perak telah dikeluarkan pada 2011 manakala pewartaan dibuat pada 4 Januari tahun 2012 di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004).
Dari segi penguatkuasaan, penyebaran ajaran dan fahaman Syiah boleh siasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah 2004 di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 9, Seksyen 14 dan Seksyen 16.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Penagih serang polis mati ditembak
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
KINABATANGAN - Seorang warga
Dia yang menyerang dengan pisau kemudiannya ditembak mati dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.
Lelaki itu dikenali sebagai Andis Tawan, 40, yang juga dipercayai sebagai penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata lelaki berkenaan sebelum itu telah menikam seorang lagi warga Indonesia Agus Jamal, 33, hingga mati dalam satu permainan sabung ayam di sebuah majlis perkahwinan di kampung itu pada pukul 1 petang.
"Anggota polis yang menerima laporan dan pergi ke tempat kejadian kemudiannya mengesan suspek yang berada tidak jauh dari tempat permainan sabung ayam itu dan memintanya menyerah diri.
"Namun dia enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis yang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.
"Polis turut menemui tiga paket plastik kecil yang disyaki mengandungi syabu dan sarung pisau di dalam beg galasnya," kata Martin ketika dihubungi hari ini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Tunggu masa hempap pengguna
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
TANJUNG BUNGAH - Pengguna jalan raya di sini gerun gara-gara sebatang pokok yang mempunyai akar gergasi hanya menunggu masa untuk menghempap orang awam.
Tinjauan Sinar Harian di Jalan Lembah Permai itu mendapati akar pokok berkenaan terletak di lereng bukit dan dilihat berisiko untuk jatuh bila-bila masa sahaja.
Penunggang motosikal, Rahamad Ali berkata, akar pokok berkenaan sudah tercabut sejak kejadian ribut pada bulan lalu.
Menurutnya, adalah mengecewakan apabila pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan dengan mengalihkannya segera.
"Tambahan kedudukan pokok berada di lereng bukit dan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan sempit ini.
"Paling menakutkan ialah ketika berlakunya hujan lebat, banyak pokok yang akan tumbang," katanya.
Difahamkan sebelum ini pihak yang bertanggungjawab sudah mengalihkan berpuluh pokok tumbang di sekitar kawasan berhampiran.
Namun agak mengecewakan apabila kerja pembersihan berkenaan tidak menyeluruh.
Pemandu lori, Suhaib Musa berkata, jalan raya yang terletak berhampiran Jalan Fettes di Tanjung Tokong itu juga menjadi laluan utama kepada penduduk setempat.
"Kawasan di sini gelap pada waktu petang dan malam, jadi lebih baik pihak bertanggungjawab segera jalankan kerja penyelenggaraan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Suspek kes rogol serah diri
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
BALING - Seorang suspek kes rogol di daerah ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling kira-kira jam 10 malam, kelmarin.
Suspek berusia 24 tahun itu didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun di rumah sebuah kampung di daerah ini pada September tahun lalu.
Akibat kejadian itu, gadis terbabit mengandung dan telah melahirkan anak lelaki pada Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, suspek menyerah diri selepas mangsa membuat laporan polis selepas selamat melahirkan bayi lelakinya itu.
"Suspek kini direman selama seminggu untuk siasatan," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari
Sementara itu, mengulas mengenai kes sumbang mahram melibatkan gadis bawah umur dengan ayah saudara termasuk dua abang mangsa sebelum ini, Mat Daud berkata kes itu sedang berjalan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kecewa ibu tidak beri RM5
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
KULIM - Gara-gara gagal memperoleh RM5 sepertimana diminta dari ibu untuk keluar berhari raya bersama rakan-rakan, seorang remaja berusia 16 tahun dari Seberang Jaya, Pulau Pinang bertindak melarikan diri dari rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja berkenaan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Kilang Lama sebelum ditahan unit MPV yang sedang membuat rondaan cegah jenayah kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Menurutnya, menyedari diekori polis, remaja terbabit melarikan diri ke Taman Senangin bagaimanapun berjaya ditahan namun dia enggan memberikan kerjasama.
"Bagaimanapun setelah pemeriksaan dijalankan terhadap nombor kad pengenalannya, polis mendapati terdapat satu laporan kehilangan terhadapnya dibuat di Balai Polis Seberang Jaya.
"Remaja terbabit merupakan anak bongsu dari tujuh beradik. Dia lari dari rumah sejak 10 Ogos lalu kerana ibunya tidak memberikan RM5 sepertimana diminta," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, sebelum ini remaja berkenaan pernah melarikan diri dari rumah sebanyak tiga kali dan dia jarang ke sekolah serta mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan.
Katanya, dari pemeriksaan dijalankan terhadap beg dibawa remaja terbabit, polis menemui sekotak rokok yang dibeli dengan menggunakan duit raya diperolehnya.
"Memandangkan satu laporan polis sudah dibuat terhadap remaja terbabit, polis kemudiannya menghubungi waris untuk mengambilnya di Balai Polis Kulim.
"Dari akuan dibuat remaja terlibat, dia sampai ke Kulim selepas empat hari berjalan kaki dari Seberang Jaya.
Pada waktu malam, dia akan tidur di stesen bas atau di hentian bas di tepi jalan sebelum sampai ke Kulim. Tujuan dia datang ke Kulim adalah untuk mencari pekerjaan," katanya.
Sementara itu, warisnya ketika ditemui berkata, remaja berkenaan sering berpelesiran sehingga lewat pagi sehingga mengakibatkan pelajarannya merosot.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Gas bocor punca rumah terbakar
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
KULIM - Enam beranak nyaris maut apabila rumah sewa yang mereka diami di Taman Jelutung dekat sini, terbakar kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim, Ahmad Riduwan Yahaya berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang tidur di rumah berkenaan bagaimanapun seorang dari ahli keluarga kemudiannya masuk ke dapur untuk masak air.
Menurutnya, setelah mendidih, anak mangsa
"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim serta satu jentera bomba sukarelawan dari Kulim sampai ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api.
"Dari siasatan awal dijalankan mendapati kebakaran bermula dari bahagian dapur kerana kebanyakan barangan di bahagian dapur rosak teruk," katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Riduwan berkata, selain itu, kebakaran juga dipercayai berpunca dari kebocoran gas untuk memasak.
Katanya, bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan jumlah kerosakan masih dalam siasatan.
"Saya menasihatkan orang ramai supaya membuat pemeriksaan terhadap hos gas yang berada di rumah sekurangnya enam bulan sekali untuk memastikan ia tidak bocor dan selamat digunakan.
"Hos gas yang bocor bukan sahaja boleh mengakibatkan letupan tetapi mampu mengancam nyawa penghuni rumah terutama mereka yang sedang tidur," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Duit raya anak lesap
Oleh: MOHD AZLIM ZAINURY
Tarikh: August 15, 2013
MARANG – Seorang pembantu kedai di sini, berputih mata apabila duit miliknya termasuk duit raya anak-anaknya diletakkan dalam beg tangan, berjumlah RM1,500 di ruang tamu rumah lesap, dipercayai dicuri, kelmarin.
Zainun Othman, 48, menyedari kehilangan wang tersebut ketika dia memeriksa beg berkenaan, kira-kira jam 8 pagi, tidak lama selepas bangun daripada tidur.
Menurutnya, dia terkejut sebaik sahaja mendapati tiada wang di dalam beg miliknya itu dan lebih
Katanya, dalam kejadian pertama sebelum bulan puasa lalu, dia mengalami kerugian sebanyak RM4,000 apabila beg berisi tunai dalam rumah itu hilang.
"Kali ini ia berlaku lagi selepas seminggu sambutan Aidilfitri dan dalam kejadian kali ini, telefon bimbit saya juga turut hilang.
"Saya bingung memikirkan bagaimana wang dan telefon bimbit diletakkan dalam beg boleh hilang dan mengesyaki seseorang telah memasuki rumah ketika kami sekeluarga nyenyak tidur," kata ibu tunggal empat anak berusia antara 13 dan 23 tahun ini.
Berikutan kejadian itu, Zaitun membuat laporan polis di Balai Polis Marang, di sini, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian terbaru yang menimpa mangsa, dari Kampung Paya itu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Anak mahu tikam ibu dipenjara 15 bulan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang anak yang tergamak mengugut menikam ibunya menggunakan sebilah pisau menerima padah akibat perbuatannya itu, selepas dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Alias Ismail, 36, dari Kampung Kebor Manir, di sini, mengaku bersalah dengan sengaja mengamuk menggunakan sebilah pisau untuk menakutkan ibunya, Salma Hamid, 67, kira-kira jam 1.30 petang, pada 10 Ogos lalu.
Alias yang tidak mempunyai pekerjaan didakwa di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Alias tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, Alias yang baru keluar dari bilik air terus bertanyakan wang berjumlah RM20 miliknya yang hilang dan menuduh adiknya, Mohd Assadi mengambil wang tersebut.
Alias terus mengamuk memecahkan barangan dapur dan sambil memegang sebilah pisau, dia turut mengugut akan menikam kedua orang tuanya.
Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, abangnya yang tinggal di rumah berhampiran membuat laporan polis dan Alias ditangkap pada hari sama, jam 5 petang di kediaman mereka.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Mahu hukuman setimpal
Oleh: AZURA MOHAMAD
Tarikh: August 15, 2013
KUALA KRAI –"Makcik harap dia mati juga," luah ibu kepada Mohd Yusrizal Mat Zain yang maut selepas mengambil bungkusan di atas MPV yang terletak di hadapan rumah mertuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Ahad lalu.
Supiah Mad Nor, 63, berharap pihak yang bertanggung jawab meletakkan bahan letupan itu menerima hukuman setimpal sehingga menyebabkan anaknya meninggal dunia dalam keadaan begitu menyentuh hati mereka sekeluarga.
Katanya, dia pasrah umur anaknya tidak panjang tetapi kecewa dengan cara kematian anak kelima daripada lapan beradik itu.
Supiah berkata, dia begitu terasa kehilangan anaknya dan mengakui rindukan arwah tetapi pasrah dengan ketentuan Ilahi.
Supiah berkata, menantu, Dayan Edayu Mohamad Nawi, 26, dan cucunya, Dhia Rayyani Aisfrina, 4 bulan menjadi pengubat kerinduannya kepada arwah anaknya dan amat berharap mereka berdua terus tinggal bersamanya selepas ketiadaan Mohd Yusrizal.
"Makcik sayang menantu (Dayan Edayu) , dia baik, makcik tidak anggap dia sebagai menantu sebaliknya seperti anak sendiri.
"Makcik harap dia akan tinggal dengan kami, dapatlah makcik jaga cucu seperti sebelum ini, tapi semua keputusan bergantung kepada dia," katanya yang baru mengetahui seorang lelaki ditahan berikutan kes berkenaan.
Sementara itu, Dayan Edayu memberitahu Sinar Harian dia mendapat tahu berita penahanan seorang lelaki yang terlibat dalam kes suaminya pagi semalam selepas terbaca di
Katanya, dia seperti ibu mentuanya mahu penjenayah terlibat menerima hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.
Tambahnya, selepas jenazah suaminya dibawa pulang ke Kampung Kenor, dia masih tinggal di rumah mentuanya dan masih belum membuat keputusan sama ada tinggal bersama mentuanya atau sebaliknya.
Difahamkan seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di Tumpat kelmarin bagi membantu siasatan.
Ahad lalu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru maut dalam keadaan menyayat hati selepas cuba mengambil bungkusan yang diletakkan di atas bumbung MPV di hadapan rumah mentuanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Serba salah untuk ke IPT
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
"SAYA serba salah untuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) kerana saya tidak sanggup meninggalkan bapa yang menghidap angin ahmar dan dua adik yang masih bersekolah," kata Al Mudtazar Mohd Shafie'ei, 20, yang selama ini menanggung perbelanjaan keluarga.
Al Mudtazar berkata, dia serba salah untuk menyambung pelajaran selepas permohonan ke Institute Of Technology Of Marine Engineering Technoloy, Universiti Kuala Lumpur Malaysia, Lumut, Perak.
Selain tidak mampu katanya, dia tidak sanggup meninggalkan bapanya yang sakit dan membiarkan dua adiknya tercicir dalam pelajaran.
"Peluang ini datang sekali seumur hidup, tapi saya tidak mampu membuat keputusan kerana selama ini saya bekerja untuk membantu keluarga selepas ayah dan emak berpisah pada 2010.
"Sejak itu saya menjadi ketua keluarga, menyara persekolahan adik-adik walaupun pendapatan bekerja di restoran makanan segera di Jerteh tidak lumayan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis di sini, semalam.
Bapanya, Mohd Shafie'ei Bebakar, 57, yang menghidap angin ahmar sejak 2008 tidak mampu bekerja dan penceraian menyebabkan kehidupan keluarga tidak terurus.
Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja di
Al Mudtazar yang sepatutnya mendaftar diri di kolej pada 1 September ini berkata, masalah itu akan selesai sekiranya kakaknya, Siti Nur Azlin kembali tinggal bersama bapa.
"Saya boleh ke IPT sekiranya keluarga di kampung mempunyai perbelanjaan harian mencukupi," katanya sambil meminta orang ramai yang mahu membantu menghubunginya dalam talian 01119291333.
Dia berkata demikian ketika dikunjungi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Parlimen Pasir Puteh, Azmi Mohamad Noor semalam.
Azmi berkata, beliau sendiri akan membantu Al Mudtazar melanjutkan pengajian ke IPT dan memastikan nasib bapa serta dua adiknya terbela.
"Kita berharap penderitaan keluarga ini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pihak berkenaan kerana kita mahu melihat ketiga-tiga beradik ini berjaya dalam pelajaran.
"Pelajaran yang akan merubah nasib keluarga ini pada masa akan datang, kehidupan akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka ini gagal meneruskan pengajian," katanya selepas memberi sumbangan segera.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Dua lelaki ditahan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
JELI - Polis merampas 198 pil kuda dianggarkan bernilai RM5,000 selepas menahan dua lelaki di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Balah, dekat sini, kelmarin.
Dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah sempena Ops Bersepadu di kawasan berkenaan, jam 12.15 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Superintendan Mazuki Mat berkata, polis sebelum itu menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berkenaan yang datang dari Jeli menuju ke Jelawang, Dabong.
"Pemeriksaan fizikal ke atas dua lelaki ini, tidak dijumpai apa-apa barang menyalahi undang-undang, namun hasil pemeriksaan lanjut ke atas motosikal, polis menemui satu bekas plastik di bawah tempat duduk motosikal.
"Dalam bekas itu, polis menemui satu peket plastik biru berisi 196 pil berwarna kemerahan dan dua pil berwarna hijau disyaki dadah," katanya kepada pemberita di IPD Jeli, semalam.
Hadir sama pada sidang media itu Penolong Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jeli, Sarjan Mohd Naim Marzuki.
Mazuki berkata, lelaki berusia 21 tahun pekerja kedai cuci kereta itu memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah, manakala lelaki kedua bekerja sebagai pembantu kedai makan, tiada rekod jenayah.
"Hasil saringan awal ujian air kencing, kedua-dua suspek beralamat di Gua Musang ini positif methamphetamine dan mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam," katanya.
Menurutnya, suspek berusia 21 tahun dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah secara kecil-kecilan sejak dua tahun lalu, manakala rakannya disyaki baru berjinak-jinak dengan jenayah itu.
Mazuki berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum tidak kurang dua tahun penjara dan diwajibkan rotan antara tiga hingga sembilan sebatan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Masih terasa bisa tedung selepas
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
BACHOK - Seorang warga emas dari Kampung Permatang Pasir, Gunung, masih menderitai kesakitan berikutan dipatuk ular tedung Mac lalu.
Fatimah Samad, 63, sebelum ini terpaksa ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains
Katanya, dia dipatuk ular ketika turun ke sawah seorang diri kira- kira jam 9 pagi pada hari kejadian.
"Baru saja makcik berjalan dari tebing petak pertama sampai ke hujungnya, ketika nak langkah ke batas seterusnya itulah tiba- tiba kaki makcik dipatuk dua kali di kaki kiri.
"Masa tu tak rasa sakit dan makcik terus balik ke rumah. Makcik beritahu suami, Zakaria Husin,67, dan terus dibawa ke klinik. Lepas disuntik makcik terus pengsan dan dibawa ke hospital," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima cek sumbangan akibat serangan haiwan berbisa yang disampaikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain.
Fatimah berkata, kini setiap hari dia perlu membersihkan luka di kakinya.
Dia juga tidak dapat menguruskan sawahnya dan diserahkan kepada anaknya untuk diuruskan.
"Ini kejadian pertama yang makcik alami sejak jadi tanam padi kecil- kecilan beberapa tahun lalu.
"Mungkin ular tu terkejut dengan kehadiran makcik di situ tetapi makcik bersyukur kerana kaki masih boleh dirawat," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Bumbung terbang berpusing-pusing
Oleh: NOR FARHANA YAACOB
Tarikh: August 15, 2013
JASIN - Ribut yang melanda di Kampung Merlimau Tengah, di sini, semalam menyebabkan sebuah rumah yang didiami ibu tunggal bersama tiga daripada
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu menyebabkan rumah didiami keluarga terbabit rosak pada bumbung, manakala lampu di bilik belakang pecah.
Anak kedua ibu tunggal berkenaan, Sayyidah Nafisah, 25, berkata, sebelum kejadian, dia menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan bunyi angin kuat sebelum melihat bumbung rumah di bahagian koridor terangkat dan berpusing-pusing tidak kurang dua kali.
"Saya segera mengejutkan ibu dan adik beradik yang lain untuk berlindung dalam sebuah bilik sebelum membuka pintu bagi mendapatkan pertolongan," katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana ketika kejadian, bilik hujung yang selalu digunakan adiknya tidak berpenghuni ketika lampu tersebut jatuh dan kaca berselerak di ruang bilik terbabit.
"Inilah pertama kali kami dilanda ribut sejak mendiami rumah ini lebih 10 tahun lalu.
"Walaupun mengalami kerosakan namun bernasib baik tiada ahli keluarga yang cedera dan kebetulan adik pula tidak tidur di bilik belakang pada malam kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sayidah Nafisah berkata, ibunya juga telah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan berharap kerosakan bumbung rumah dapat dibaiki segera.
Sementara itu, Setiausaha Japerun Dun Merlimau, Suhaimi Ahmad berkata, pihaknya bersama wakil kebajikan Dun Merlimau bagi mewakili Adun Melimau, Roslan Ahmad melawat rumah mangsa dan menghulurkan bantuan awal.
Menurutnya, disebabkan kerosakan hanya di bahagian depan rumah, mangsa masih dibenarkan tinggal di rumah mereka sendiri dan pihaknya akan membantu membaik pulih kerosakan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Pusat hiburan tawar judi
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
SEREMBAN – Tindakan sebuah pusat hiburan keluarga
Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan kira-kira jam 8 malam itu dilakukan selepas polis membuat risikan berikutan menerima banyak aduan berhubung kegiatan judi di premis berkenaan.
"Dalam serbuan itu, kita menahan 12 pengunjung berusia 20 hingga 50 tahun yang sedang leka berjudi sehingga tidak sedar kehadiran pihak berkuasa.
"Kita merampas 26 mesin perjudian pelbagai jenis termasuk wang tunai RM168.00 yang berada di premis berkenaan," katanya.
Beliau berkata, walaupun premis terbabit mempunyai lesen pusat hiburan keluarga, pemiliknya tetap dikenakan tindakan kerana menyediakan mesin berbentuk perjudian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kertas berselerak atas jalan
Oleh: NORAFIDAH ASSAN
Tarikh: August 15, 2013
JEMPOL- Keadaan sampah berselerakan di bahu jalan utama Kampung Baru Cina, Sungai Lui – Kemayan di sini ternyata mencemarkan persekitaran, bahkan boleh mengundang rasa kurang senang pengguna jalanraya.
Sampah itu dipercayai terbiar di bahu jalan itu, setelah sebuah lori treler muatan kertas kitar semula terbalik ketika melalui selekoh pada pagi Jumaat minggu lalu, namun saki baki muatannya tidak dibersihkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Chong Ah Yaw, 73, berkata, beliau difahamkan lori itu menghala ke Pahang bagi menghantar muatan kertas yang dimampatkan.
Namun, katanya, lori berkenaan terbalik ke kiri jalan apabila melalui selekoh berkenaan menyebabkan muatannya jatuh berselerakan.
"Tetapi terdapat beberapa lori kecil membersihkan kertas itu, namun bakinya ditinggalkan. Kita minta jasa baik pihak bertanggungjawab untuk membantu membersihkan kawasan ini, susulan jalan ini merupakan laluan utama pengguna jalan raya ke Pahang atau Negeri Sembilan.
"Manakala, laluan ini agak bahaya kerana keadaan jalannya berliku-liku. Kadang-kala terdapat pengguna jalan raya yang memandu laju di kawasan ini lalu menyebabkan kemalangan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.
Ah Yaw berkata, Penduduk di sini kebanyakannya kerap ke Kemayan, Pahang bagi membeli keperluan harian berikutan ia tidak jauh, iaitu sekitar tiga kilometer sahaja, namun untuk ke pekan Bahau, 41 kilometer.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Mayat wanita dibaham haiwan peliharaan sendiri
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
Penemuan mayat Janet Veal, 56, dalam keadaan menyayat hati itu dibuat selepas jiran mangsa membuat aduan kepada polis kerana mengesyaki sesuatu perkara buruk mungkin menimpa wanita tersebut.
Koroner Southampton, Keith Wiseman berkata, pihak berkuasa turut menemui bangkai anjing dan kucing miliknya yang dikurung selama tiga bulan tanpa sebarang makanan.
"Rekod perubatan menunjukkan mangsa mengalami masalah paru-paru.
Walaupun laporan autopsi sukar dibuat, kami memutuskan kematiannya adalah disebabkan
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Cabut batu nisan: Dakwa dapat 'alamat' dari tuhan
Oleh: SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Tarikh: August 15, 2013
ALOR GAJAH - Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima 'wahyu daripada tuhan'.
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelum Aidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.
Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.
"Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.
"Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat 'alamat' daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu," katanya.
Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.
Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.
"Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis," katanya.
Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.
"Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.
"Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah," katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat 'rahmat' daripada tuhan.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh 'rahmat' seperti didakwanya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Lori sampah rempuh warung
Oleh: NORAFIDAH ASSAN
Tarikh: August 15, 2013
JEMPOL - Sebuah warung makanan dirempuh sebuah lori sampah yang secara tiba-tiba mengundur menyebabkan seorang pembantu tukang masak yang sedang bekerja di dapur warung terbabit cedera akibat terkena minyak panas yang tertumpah.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi semalam di warung yang terletak di pekan Bahau, dekat sini, apabila lori yang diletakkan berhampiran, secara tiba-tiba mengundur lalu merempuh warung terbabit.
Ketika kejadian terdapat tidak kurang 10 pelanggan serta tujuh pekerja warung berada di kawasan itu, manakala lori berkenaan terletak kira-kira 10 meter dari warung dan berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Bahau.
Abang kepada pemilik kedai makan, Mohd Derham Khamis, 60, berkata, ketika kejadian, dia sedang sibuk melayan pelanggan, sementara pemandu lori berkenaan sedang menikmati sarapan pagi di warungnya.
Menurutnya, dia dikejutkan dengan jeritan orang ramai apabila lori berkenaan mengundur, lalu merempuh pengadang jalan, selain sebuah motosikal jenis Yamaha LC milik pelanggannya, sebelum merempuh warung terbabit.
"Akibat rempuhan itu, pembantu tukang masak kami sedang memasak di dapur terkena minyak panas yang tertumpah," katanya.
Mohd Derham berkata, mangsa iaitu pekerja lelaki berumur 20-an dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bahau bagi mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dilaporkan stabil.
Menurutnya, adiknya iaitu pemilik warung, Noriati Khamis, 56, kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) semalam.
"Sepanjang hampir empat tahun kami usahakan warung ini, ini kejadian kedua berlaku. Bagaimanapun, kali ini lebih teruk," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Rosidah Abd.Rahim, 33, berkata, dia sempat melihat lori berkenaan secara tiba-tiba mengundur menyebabkan dia panik seketika.
"Saya jerit sekuat hati supaya mereka yang berada dalam warung selamatkan diri. Saya terus ke warung itu untuk melihat apa berlaku. Bagaimanapun saya lega kerana kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya yang bekerja sebagai pembantu di kedai fotostat bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, selain pemilik kedai, pemandu lori berkenaan sudah pun membuat laporan dan pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kelahiran Semula Legenda Honda EX5
Oleh: Nik N Hidayat
Tarikh: August 15, 2013
BUKAN perkara yang mudah untuk kekal segar dalam pasaran. Setiap produk mempunyai kitaran hayatnya sepertimana teori Raymond Vernon pada tahun 1966. Ahli ekonomi itu telah menyatakan setiap produk akan melalui empat peringkat iaitu tahap pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan.
Apa yang peliknya, Honda EX5 yang diperkenalkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) pada 1987 seakan-akan tidak akan melalui proses kemerosotan. Hal ini turut mengejutkan pihak Honda sendiri setelah mendapati barisan produknya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama di Asia Tenggara terutamanya di
Model EX5 generasi pertama di
Baru-baru ini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Dream EX5 110 di Genting
Motosikal moped ikonik itu telah diberi rekaan baharu setelah kekal sepanjang 26 tahun dalam pasaran domestik. Honda telah memberi pelbagai penambahbaikan daripada aspek rekaan dan teknikal untuk memperbaiki prestasi dan daya ketahanannya.
Model EX5 baharu ini dikuasakan oleh enjin berkapasiti 110cc berbanding model sebelumnya yang menggunakan enjin 100cc. Ia masih mengekalkan faktor popularitinya sebagai antara motosikal yang jimat bahan api walaupun memiliki prestasi yang cemerlang. Setiap liter bahan api boleh mencatatkan perjalanan sejauh 53.6 kilometer (km).
Daripada aspek rekaan, beberapa perubahan telah dilakukan. Namun, ia masih mengekalkan konsep EX5 lama yang boleh dikatakan agak klasik. Penggayaan moden telah digabungkan dengan ciri-ciri klasik pada lampu hadapan dan lampu belakang. Saiz penutup kerangka juga telah dilebarkan sedikit untuk memperbaiki ciri aerodinamik dan melindungi enjin.
Model baharu Honda EX5 Dream 110 ini telah dipasang dengan sistem penyerap hentak tahan lasak. Saiz tayar yang lebih lebar dibekalkan bagi menyokong kestabilan dan memberi cengkaman yang lebih baik. Tempat duduk pula lebih luas untuk keselesaan penunggang dan juga pembonceng.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Satoshi Okada berasa bangga apabila ramai yang telah menyedari keupayaan dan ketahanan model Honda EX5. Tahap keyakinan pengguna juga positif dan beliau mengharapkan sokongan yang berterusan kepada model ini.
"Pelbagai kisah sentiasa tersebar mengenai kehebatan EX5 ini dan kebolehannya diakui daripada generasi demi generasi. Sejak kemunculan pertamanya pada 1987, EX5 kekal teguh di sebalik kemunculan ratusan model baru. Jelas di sini, pengguna sentiasa mahukan praktikaliti dan ketahanan," kata Okada.
Walaupun berwajah baharu, diharapkan populariti motosikal Honda EX5 yang tahan lasak, ekonomi dan mampu dimiliki masih kekal bersamanya. Honda EX5 Dream 110 boleh dimiliki pada harga RM3,908 untuk varian penghidup tendang, manakala RM4,145 untuk varian penghidup elektrik. Ia telah didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Merah Euphoria Metalik, Hijau Mutiara, Biru Vital Metalik dan juga Ungu Mariana Metalik. Boon Siew Honda juga telah memberi tempoh jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Anjakan geometri klasik
Oleh: Nik N Hidayat
FOTO : Azmi Aryanto
Tarikh: August 15, 2013
"TAK lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" – itulah peribahasa yang cukup sesuai untuk menggambarkan ketahanan jenama Vespa, produk buatan Piaggio, pengeluar skuter terkenal di seluruh dunia.
Di dalam negara, Vespa merupakan antara jenama yang paling lama dapat bertahan walaupun ditelan arus pemodenan.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa erti Vespa sebenarnya. Ia membawa maksud 'penyengat' di dalam bahasa Itali.
Mungkin kerana reka bentuknya seakan-akan serangga pada awal kemunculannya.
Vespa telah berkembang daripada model tunggal skuter yang dibuat pada tahun 1946 oleh syarikat Piaggio & Co. S.p.A.
dari Pontedera, Itali. Pada hari ini, jenama Vespa hanya menumpukan pengeluaran pelbagai jenis skuter di bawah empayar Piaggio. Seperti yang kita maklum sebelum ini, Vespa begitu popular pada suatu ketika dahulu. Hilang sekejap daripada pandangan kerana kos membela skuter vintaj besi itu agak tinggi memandangkan alat gantinya agak sukar dijumpai. Namun, sejak wujud golongan pencinta barangan klasik vintaj dan pendedahan yang meluas berkaitannya sejak akhir-akhir ini, Vespa kembali meraih populariti di segenap lapisan masyarakat.
Mungkin anda juga membesar dengan jenama Vespa. Penulis juga mempunyai memori yang indah - menaiki Vespa bersama datuk semasa zaman kanak-kanak dahulu. Nostalgia Vespa sukar dilupakan, mungkin kerana skuter klasik itu mempunyai tarikan tersendiri, rekaan badan unik dan bunyi yang berbeza dengan motosikal lain.
Penulis masih dapat membayangkan datuk-datuk kita dahulu menggayakan Vespa dengan jambul 'remos' menyelusur jalan-jalan kampung. Populariti skuter ikonik buatan Itali itu turut dibawa ke layar perak bergandingan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam beberapa siri filemnya.
Nafas baru
Selepas melalui pelbagai cabaran dalam industri pemotoran, Vespa bangkit semula pada tahun 1997. Tidak seperti jentera seangkatannya, skuter Lambretta atau Bella buatan Jerman, Vespa kini dijelmakan semula dalam garis teknologi moden.
Potensi pasaran jenama Vespa itu pantas dicapai anak syarikat Kumpulan Naza, Naza Premira Sdn. Bhd. dan mereka telah membawa kembali nostalgia dan nilai sentimental motosikal itu di dalam Malaysia.
Penulis telah diberi peluang untuk menguji Vespa LX150 baru-baru ini. Pada pandangan pertama, model ini masih mengekalkan identiti klasiknya. Menyesal juga penulis memotong rambut beberapa hari sebelum sesi tunggang uji ini, jika tidak, sudah pasti penulis dapat menggayakan rambut ala-ala Joe Jambul.
Walaupun LX150 baru ini dibina pada zaman moden, ia masih mengekalkan beberapa ciri dan tradisi Vespa klasik. Lampu bulat yang bersambung dengan pemegang tangan dan cermin sisi bulat menguatkan aura Vespa klasik kekal bersamanya.
Vespa cukup bijak dengan mengekalkan reka bentuk badan LX150 dengan model klasik yang cukup berjaya ketika zamannya.
Walaupun kebanyakan motosikal moden menggunakan material plastik kepada badan, Vespa masih mengekalkan penggunaan material besi pada sebahagian besar rekaan badannya. Beberapa bahagian Vespa telah diwarnakan dengan warna krom dan ia telah menyerlahkan ciri eksklusif pada motosikal ini.
Teknologi moden
Skuter besi klasik dahulunya menggunakan enjin dua lejang. Oleh kerana teknologi pada hari ini mementingkan kesedaran alam sekitar, enjin baru telah dipadankan pada LX150 baharu. Ia juga telah dipadankan dengan enjin empat lejang berkapasiti 149.5cc. Enjin silinder tunggal berkuasa 8.7kW itu mempunyai tork maksimum sebanyak 11.5Nm pada 6250 rpm. Cara menghidupkan enjin LX150 sama sahaja dengan skuter lain dalam pasaran. Seperti biasa, penulis menekan brek belakang pada bar pemegang sebelah kiri dan menekan punat penghidup elektrik. Akan tetapi, enjin tidak pula hidup seperti yang diharapkan.
Dalam fikiran penulis, Vespa ini mempunyai masalah teknikal. Mengeluh juga pada mulanya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kecuaian penulis untuk menaikkan tongkat telah menyebabkan suis penghidup tidak aktif. Setelah tongkat tunggal dinaikkan, barulah enjin dapat dihidupkan. Vespa LX150 ini juga dibekalkan dengan penghidup tendang. Bagus juga, manalah tahu jika sistem penghidup elektrik bermasalah.
Gaya hidup Vespa
Setelah penulis berjaya menghidupkan enjin, pendikit dipulas dan skuter ini meluncur dengan laju. Kuasa enjin yang dibekalkan dipindahkan kepada sistem transmisi automatik dengan lancar. Merentasi kawasan yang sibuk, ia tidak sukar dikawal walaupun saiz skuter ini agak lebar.
Instrumen panel meter LX150 ringkas dan mudah difahami.
Penulis terpandang petunjuk bahan api yang menyedarkan penulis ia perlu diisi. Singgah sebentar di stesen minyak, penulis mengangkat tempat duduk lebar LX150 dan mengisi tangki bahan api berkapasiti 8.5 liter.
Perjalanan diteruskan dan penulis terpaksa melalui jalan motosikal di Lebuh raya Persekutuan. Melalui lorong yang agak sempit dan berlopak-lopak, ia tidak menjadi masalah.
Penulis cukup selesa dengan tunggangan LX150.
Kedudukan tunggangan cukup selesa lebih-lebih lagi ia disokong dengan tempat duduk yang lebar dan lembut.
Sistem suspensi juga memainkan peranan dengan baik walaupun hanya menggunakan suspensi tunggal di bahagian hadapan.
Responsif pengendalian skuter ikonik ini juga cukup baik. Mungkin kerana saiz tayar yang kecil menjadikan ia memberi tindak balas yang cepat kepada daya kilas hendal. Tayar yang digunakan bersaiz 110/70 telah dipadankan dengan rim aloi ringan berukuran 11 inci pada bahagian hadapan. Manakala tayar bersaiz 120/70 membaluti rim aloi berukuran 10 inci pada bahagian belakang.
Daya pecutan Vespa LX150 cukup memuaskan. Penulis berasa yakin semasa menunggang motosikal ini dan keseronokan tunggangan dapat dirasakan. Brek cakera 200 milimeter di hadapan berfungsi dengan baik untuk menyokong brek deram belakang dalam peranan memberhentikan motosikal.
Pengendalian Vespa LX150 mudah dan ia cepat serasi dengan penunggangnya.
Tidak kira kegunaannya dalam bandar atau pun di luar bandar, efek jenama di samping sifat praktikal penggunaannya akan menjadi daya tarikan. Dengan tag harga RM10,988.15 seunit, ia agak eksklusif untuk memilikinya. Akan tetapi, ia masih berbaloi dengan pemilikan jenama Vespa, manakan tidak, jenama yang sudah bertahun-tahun mencorakkan nostalgia dalam pasaran motosikal global.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.





















































No comments:
Post a Comment