Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
KAHERAH - MESIR, Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah.
ElBaradei menghantar
Satu salinan
ElBaradei berkata, beliau tidak bersedia untuk bertanggungjawab walaupun 'setitik darah' mereka yang menjadi mangsa serangan terbaru pihak berkuasa itu dan memberi amaran keganasan akan terus menjadi buruk lagi
"Sukar bagi saya untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, saya tidak sanggup melihat walaupun setitik darah yang tumpah ekoran serangan terbaru di negara ini," katanya.
Tambah ElBaradei, pertumpahan darah sebenarnya dapat dielakkan.
Malah ElBaradei dalam satu temu bual televisyen dua minggu lalu, berkata bahawa beliau berulang kali memberi amaran kepada ketua tentera Abdel-Fattah El-Sisi dan ahli-ahli Majlis Pertahanan Nasional agar mencari jalan penyelesaian demi menangani krisis politik di negara itu.
"Saya percaya terdapat alternatif aman yang boleh diterima untuk menyelesaikan konfrontasi masyarakat demi mencapai pendamaian negara. Namun, keganasan bangkit keganasan. Ingat kata-kata saya, apa yang berlaku sekarang ini adalah kumpulan pelampau yang diwarisi," jelas beliau.
Setakat ini, suasana semakin tidak menentu dalam kalangan populasi 84 juta orang tersebut - antara penyokong Mursi dan kumpulan yang menentang pentadbirannya.
Pihak pemerintahan semalam turut mengisytiharkan darurat apabila sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh selepas pasukan anggota keselamatan bertindak ke atas para penentang yang mahukan Mursi kembali berkuasa.
Anggota pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan dalam pertembungan dengan para penunjuk perasaan yang sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara dan kota-kota lain di Mesir.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Terkejut dengar letupan
Oleh: HIDAYAH HAIROM
Tarikh: August 15, 2013
Demikian menurut kakitangan sebuah klinik pergigian swasta di Taman Sri Rampai di sini, menceritakan detik cemas kejadian kebakaran bilik di tingkat tiga premis berkenaan, malam kelmarin.
V Indra, 54, berkata, dia bersama seorang pesakit naik ke tingkat tiga melakukan ujian imbasan dan pada masa sama, ada empat lagi pesakit di klinik di tingkat dua.
"Mula-mula saya ingat api sembahyang tapi rupanya ada kebakaran.
"Saya terus maklumkan kepada doktor dan pesakit di tingkat bawah sebelum semua berlari keluar dan saya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu membabitkan sebuah bilik dan dapur berkeluasan 750 meter persegi yang dihuni kakitangan klinik berkenaan, namun ditinggalkan sementara kerana cuti bersalin.
Ketua Operasi, Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Hafni Tamin berkata, bomba menerima panggilan kira-kira jam 8.17 malam sebelum tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula dari bilik belakang sebelum merebak ke bahagian dapur.
"Api dapat dikawal 30 minit kemudian namun bahagian bilik terbakar 100 peratus dan api padam sepenuhnya pada jam 9.03 malam.
"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Pasar pagi kotor, bau busuk jejas perniagaan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
SHAH ALAM – Keadaan menjijikkan dan bau busuk menyelubungi peniaga serta pelanggan Pasar Pagi Seksyen 16, di sini, apabila longkang di premis itu dikatakan tersumbat sejak lapan tahun lalu.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, kebanyakan gerai milik 36 peniaga di pasar itu ditakungi air longkang bercampur dengan air sisa bahan makanan basah, sehingga mencacatkan pandangan dan mengundang bau meloyakan.
Pengerusi pasar itu, Razali Safar, 60, mendakwa, keadaan tersebut semakin kritikal sejak kebelakangan ini terutama pada musim perayaan, ditambah pula dengan cuaca hujan malam kelmarin.
"Setiap kali berlaku masalah ini, kami terpaksa bergotong-royong membersihkan longkang. Biasanya, sebulan dua kali kami bersihkan kawasan. Jika tidak, bagaimana kami mahu berniaga dengan keadaan begitu?
"Sebelum ini, kami upah kontraktor untuk selenggara longkang tersumbat, tapi sekarang kami sudah tidak mampu. Setiap kali selenggara, kami perlukan RM500," katanya.
Razali turut mendakwa, bekalan elektrik dan air juga tiada sejak
Menurutnya, pihaknya sudah banyak kali membuat aduan berhubung perkara itu, namun sehingga kini, masih belum ada tindakan diambil.
"Mereka pasang bekalan elektrik sementara saja, namun tiada penyelenggaraan penuh.
"Kami harap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) beri perhatian kepada pasar ini yang menjadi pasar tertua di Shah Alam, walau tapak asal pasarnya telah dipindah ke bangunan ini," katanya.
Peniaga makanan, Muslimin Sanak, 64, mendakwa, keadaan itu menyebabkan hampir 75 peratus pelanggan berkurangan, berbanding hari-hari biasa.
"Semua gerai terjejas (pendapatan) kerana masalah longkang tersumbat dan air melimpah ke gerai menyebabkan orang jijik hendak beli terutama makanan," katanya.
Bagi peniaga makanan, Faridah Md Dini, 52, dia sudah enam hari tidak berniaga di pasar itu sejak Jumaat lalu kerana gerainya terjejas teruk.
"Saya jual nasi lemak, soto, nasi campur dan kuih-muih. Tapi bila air bertakung teruk begini dengan bau kurang menyenangkan, bagaimana saya mahu buka gerai? Saya hendak basuh makanan di mana?
"Ketika keadaan tidak seteruk ini, pelanggan datang juga, tapi mereka tanya kenapa gerai tidak bersih," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya melalui Jabatan Kejuruteraan akan melakukan pembaikan segera khususnya untuk menangani masalah saluran air di pasar itu.
"Pada masa sama, MBSA mohon kerjasama penyewa memastikan tiada sisa makanan, basuhan bahan mentah dan bendasing yang lain masuk ke dalam saluran air yang boleh menyebabkan saluran air itu tersumbat," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Dua kali letupan di dapur
Oleh: JANATUL FIRDAUS YAACOB & MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Tarikh: August 15, 2013
SHAH ALAM - Ketika Aidilfitri meriah diraikan enam unit rumah pangsa di Jalan Kelapa Bali 18/43 musnah dimakan api petang kelmarin.
Dalam kejadian kebakaran berkenaan api merebak melalui bahagian dapur di unit rumah tingkat tiga kerana saksi memaklumkan terdapat dua kali bunyi letupan dari dapur berkenaan.
Mangsa, Mohd Khalid Ishak, 54, seorang pengurus kilang berkata, rumahnya 100 peratus terjejas akibat kebakaran itu.
"Rumah ini didiami saya, isteri dan empat orang anak. Ketika kejadian itu saya dan isteri keluar bekerja manakala yang tinggal pada kejadian ini dua orang anak lelaki kami.
"Kesan daripada dua kali letupan api merebak pantas menjalar ke salur elektrik sehingga menjilat
Mohd Khalid berkata, dia dan keluarganya akan berpindah ke rumah milik mereka di Rawang manakala kebanyakan mangsa lain masih belum pulang dari kampung.
Seorang lagi mangsa yang tidak ingin dikenali berkata, ketika kebakaran berlaku dia dan ahli keluarga lain pulang berhari raya di kampung di Semenyih dan terkejut apabila dimaklumkan jiran berhubung insiden
"Saya terkejut dan sedih, apabila sampai sahaja saya dapati bahagian dapur rumah saya habis terbakar dan dianggarkan kerugian lebih kurang RM10,000.
"Kediaman kami di sini ialah rumah pasang siap yang bercantum di bahagian dapur dan kesan daripada letupan dapur dari jiran sebelah telah menyebabkan api marak cepat ke bahagian tepi dan atas," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Selangor, Zakaria Muhd berkata, hasil siasatan forensik kebakaran mendapati kebakaran berpunca daripada kecuaian di dapur.
"Forensik mendapati api daripada dapur salah sebuah unit rumah yang tidak menutup api dapur sehingga menyebabkan api merebak ke rumah sebelah dan atas dan mengakibatkan kemusnahan 100 peratus.
"Manakala 5 lagi unit rumah lain musnah sebahagian terutamanya di bahagian dapur dan bumbung belakang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 4.59 petang kelmarin.
Katanya, beliau dan 15 anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba di
"Api bermula dari dapur rumah bernombor 309 sebelum ia merebak ke ruang tamu rumah tersebut.
"Selain rumah tersebut, api merebak ke tiga rumah berdekatan," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dua remaja yang berusia lingkungan 20-an berada dalam rumah berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari dapur rumah mereka terbakar.
Khairi berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu di tiga rumah lain untuk memadamkan kebakaran kerana ketika kejadian, tiada orang di ketiga-tiga rumah berkenaan.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran 5.38 petang dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6 petang.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa di dalam kebakaran tersebut dan pihaknya masih lagi menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian daripada kebakaran tersebut.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Dua penjenayah berputih mata
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
MUAR – Tindakan berani dua lelaki melakukan pecah rumah mengundang padah apabila dicekup ketika sedang melakukan perbuatan tersebut di Taman Mawar, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, disedari seorang jiran selepas curiga melihat sebuah kereta Mercedes tidak dikenali berlegar-legar di belakang rumah mangsa.
Difahamkan ketika kejadian, pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang guru tiada di kediamannya kerana berada di
Jiran yang mahu dikenali Ainul, 48, menyaksikan kejadian itu kerana kebetulan berada di dapur untuk menyiapkan hidangan makanan tengah hari keluarganya.
Menurutnya, salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 40an keluar kereta, lalu meninjau-ninjau belakang rumah mangsa sebelum masuk semula ke dalam kereta.
"Saya berasa curiga dengan tindakan lelaki berkenaan apatah lagi suspek berbangsa Cina kerana tidak pernah melihatnya sepanjang 21 tahun berjiran dengan mangsa.
"Selepas 10 minit, saya melihat kereta itu sekali lagi berada di belakang rumah jiran.
"Sebaik sahaja pemandu itu keluar dari kereta, saya dengar bunyi kaca pecah disusuli dengan bunyi ketukan kuat.
"Saya panik lalu segera menghubungi talian 999," katanya.
Ainul berkata,
Sementara itu, Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan suspek direman di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Warga emas terselamat
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
LEDANG – Seorang warga emas terselamat apabila rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dihuninya ditimpa pokok kelapa sawit di Kampung Serom 5 Hulu, dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika hujan lebat dan pokok berkenaan tumbang tepat mengenai bahagian ruang yang menempatkan Saodah Kesot, 74 yang sedang tidur.
Anak saudaranya, Ezah Majid, 42, melahirkan rasa syukur dan merasakan ia satu keajaiban apabila ibu saudaranya yang terkenal dengan panggilan Wak Minok terselamat kerana bahagian rumah yang dihempap pokok itu mengalami kerosakan teruk.
Menurutnya, kejadian tersebut disedari sepupunya apabila terdengar bunyi kuat seperti pokok tumbang dari arah rumah Wak Minok.
"Sepupu yang terkejut melihat kejadian itu terus memanggil ayah yang merupakan abang kepada Wak Minok.
"Ayah segera ke rumah Wak Minok dan menemuinya sedang bersembunyi di satu sudut bahagian rumah yang tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Wak Minok tinggal di rumah itu sendirian kerana tidak mempunyai cahaya mata meskipun pernah tiga kali mendirikan rumah tangga.
Ezah berkata, Wak Minok ada masalah mental sejak kanak-kanak dan masalah tersebut juga membuatkannya selesa tinggal sendirian di rumah berkenaan yang dibina bersebelahan dengan rumah bapanya.
Sementara itu, Pegawai JKM Ledang, Ab Gani Ab Bakar berkata, JKM mengambil langkah proaktif memberikan segera bantuan baik pulih rumah warga emas terbabit sebanyak RM5,000 hasil sumbangan kerajaan negeri.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Dicekup kurang sejam
Oleh: SITI NOOR SEPEE
Tarikh: August 15, 2013
JOHOR BHARU – Taktik empat penjenayah membakar dokumen peribadi milik seorang mangsa samun dengan tujuan melupuskan bukti, tidak berhasil apabila berjaya dicekup kurang sejam selepas melakukan jenayah.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Ahad lalu, polis menerima laporan seorang wanita telah di samun dua lelaki ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.
Hasil maklumat daripada mangsa, polis berjaya mengesan kesemua suspek kira-kira jam 11.15 pagi.
"Ketika tangkapan dibuat empat lelaki terbabit sedang membakar dokumen milik mangsa samun di belakang sebuah kediaman sekitar Majidee.
"Hasil siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau bagaimanapun mereka di reman selama lima hari bermula semalam (kelmarin)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, kelmarin.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, dua lelaki berumur 26 dan 27 tahun ditahan selepas menerima maklumat satu kejadian samun di sebuah kediaman di Taman Sri Mewah Senggarang, Batu Pahat kira-kira jam 5.55 petang, 6 Ogos lalu.
"Polis berjaya menahan kereta yang dinaiki suspek jenis Honda Civic warna hitam kira-kira 20 minit kemudian. Hasil pemeriksaan menemui sebilah parang, dua telefon bimbit dan dua beg berisi pelbagai perkakas serta mata wang asing.
"Hasil semakan juga mendapati kereta dinaiki suspek telah dilaporkan hilang di Majidee. Kesemua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Hasil siasatan awal juga mendapati suspek berumur 26 tahun baru bebas daripada tahanan Ordinan Darurat (EO). Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga semalam.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di penjara tujuh tahun dan denda," katanya.
Katanya, dengan tertangkapnya suspek pihaknya berjaya menyelesaikan 10 kes samun di Batu Pahat dan Johor Bahru.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Bina segera jambatan kedua
Oleh: M FEISAL NORAWI
Tarikh: August 15, 2013
TEMERLOH – Pengguna jalan raya merayu kerajaan mempercepatkan pembinaan jambatan kedua di daerah ini bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan.
Pengguna, Munirah Zakaria, 38, berkata, kesesakan trafik sangat teruk ketika orang ramai pulang menyambut hari raya minggu lalu hingga menyebabkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa beberapa minit, berlanjutan hingga sejam.
Menurutnya, keadaan trafik di jambatan Temerloh yang sesak pada hari biasa terutama waktu puncak, menjadi lebih teruk pada musim perayaan dan cuti sekolah.
"Kalau berlaku kemalangan kecil sekalipun di atas jambatan, keadaan trafik akan berubah sesak dalam sekelip mata kerana hanya ada satu lorong dari kedua-dua arah," katanya.
Sementara itu, Mohd Alwi Razak, 45, berkata, sudah tiba masanya kerajaan membina jambatan kedua bagi membolehkan aliran trafik bergerak lancar walaupun ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Menurutnya, pembinaan jambatan kedua itu amat rasional seiring pertambahan penduduk di Seberang Temerloh apabila muncul banyak perumahan baru, selain kewujudan sebuah hospital besar di situ.
"Laluan sama juga digunakan ambulans setiap hari. Keadaan ini tentu menyukarkan pemandu ambulans untuk bergerak pantas apabila trafik sesak teruk di kedua-dua arah.
"Saya sendiri beberapa kali tersekat dalam kesesakan ketika melalui jambatan Temerloh," katanya.
Mohd Alwi berkata, beberapa tahun lalu ada dihebahkan kemungkinan kerajaan akan membina jambatan kedua bagi mengatasi masalah kesesakan itu, namun kembali sepi selepas beberapa ketika.
Menurutnya, dia juga ada mendengar maklumat mengatakan pembinaan jambatan kedua hanya akan dilaksanakan selepas masjid baru Temerloh siap dibina.
"Masjid dan jambatan kedua-duanya penting, jadi kerajaan perlu segerakan pembinaan kedua-dua projek besar tersebut," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Mayat lelaki ditemui dalam parit
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui dalam sebuah parit bersebelahan flet Sri San Peng di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nor Azman Muhammad Yusuf berkata, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat itu, yang telah reput di bahagian kepala.
"Bagaimanapun, pemeriksaan pada bahagian anggota badan mangsa tidak menemui kesan hentakan atau tikaman," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.- Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Bayi derita jantung berlubang
Oleh: Aswany Omar
Tarikh: August 15, 2013
KUALA LIPIS - "Sebak dan luluh hati melihatkan anak saya yang berusia empat bulan ini hanya seberat empat kilogram sedangkan bayi seusianya sudah membesar sihat."
Demikian luahan Norizan Sharudin, 23, mengenai penderitaan anaknya, Muhamad Adam Mukhris Miqail yang mengidap jantung berlubang.
Menurutnya, hanya ALLAH SWT mengerti betapa hancur hatinya apabila dimaklumkan pihak hospital bahawa bayinya yang mesra dipanggil Adam itu mengidap jantung berlubang ketika berusia dua minggu.
Norizan berkata, berat Adam tiga kilogram (kg) sewaktu dilahirkan dan selepas seminggu pulang ke rumah, dia terpaksa ke hospital semula kerana bayinya mengalami demam kuning yang teruk.
"Ketika dirawat di Hospital Lipis, bayi saya kelihatan lemah dan doktor memaklumkan dia kekurangan oksigen. Pihak hospital kemudiannya membuat imbasan pada tubuh anak saya dan mengesan terdapat masalah pada saluran darah," katanya.
Dia berkata demikian pada Program Ziarah Pas Kawasan Lipis sempena Aidilfitri di Hospital Lipis, kelmarin.
Katanya, anaknya itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan seterusnya dimaklumkan Adam mengidap jantung berlubang.
"Selepas Adam disahkan mengidap penyakit kronik, kehidupan saya sekeluarga terus berubah dan hospital menjadi rumah pertama kami kerana anak saya memerlukan pemantauan rapi," katanya.
Norizan yang tinggal di pekan Benta, dekat sini, berkata, sebelum ini Adam bergantung sepenuhnya pada susu badan, namun disebabkan masalah kesihatan, Adam terpaksa minum susu melalui tiub.
"Pada awalnya saya sendiri tidak sanggup melihat keadaannya yang masih kecil terpaksa menanggung derita sebegitu.
"Tapi lama kelamaan, saya akur ini ujian buat kami sekeluarga. Ia menjadikan diri saya lebih kuat untuk memastikan Adam dapat membesar dengan sempurna," katanya.
Norizan menaruh harapan tinggi untuk melihat anaknya itu ceria seperti bayi lain, memandangkan masih panjang lagi perjalanan yang harus dilalui.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kedai emas dipecah masuk, tiada insuran
Oleh: Hazelen Liana Kamaruddin
Tarikh: August 15, 2013
RANTAU PANJANG – Seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila kedai emasnya dipecah masuk, awal pagi semalam.
Lebih menyedihkan apabila mangsa terpaksa menanggung kerugian tersebut kerana ia tidak dilindungi insuran.
Peniaga, Hasnan Yaakub, 47, turut terkilan kerana kamera litar tertutup yang baru diperoleh tidak sempat dipasang sebelum perayaan lalu.
Menurutnya, kedai yang dibuka berhampiran zon bebas cukai dipercayai diumpil sekitar jam 2 hingga 5 pagi.
Sebaik membuka kedai jam 9.30 pagi itu, Hasnan berkata dia mendapati ruang pameran berselerak dan kesemua cincin serta jam tangan hilang.
"Saya percaya lebih dua penjenayah menceroboh kedai saya, tapi mujurlah mereka tidak memecahkan peti besi di dalam kedai ini.
"Sejak menapak di sini hampir 10 tahun lalu, ini merupakan kejadian kelima dan terbesar yang pernah saya alami," katanya.
Sebelum ini Hasnan berkata, dia pernah kerugian sebanyak RM 50,000 apabila beberapa lagi kedai emas dalam pasar turut dirompak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 50,000.
"Dipercayai lebih dua penjenayah terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis dan mencuri," katanya.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Penduduk Orang Asli berang
Oleh: MUHAYUDIN SALLEH
Tarikh: August 15, 2013
BUKIT IBAM - Sebanyak 83 keluarga Orang Asli di Kampung Pelam dan Kampung Perut, di sini, tidak berpuas hati dengan kegiatan pembalakan yang dilakukan berhampiran perkampungan mereka.
Difahamkan, wakil syarikat pembalakan tersebut ada menjanjikan pampasan kepada setiap penduduk kampung berkenaan, bagaimanapun sehingga kini wang itu masih belum dibayar.
Tok Batin, Husin Dagang berkata, beliau sendiri pernah memohon untuk meneroka kawasan hutan terbabit bagi membangunkan ekonomi penduduk di situ, namun tiada maklum balas.
"Saya telah memohon untuk membuka tanah seluas 420 hektar ini sejak 2009 lagi, tetapi akhirnya orang lain yang dapat.
"Tujuan permohonan saya itu bukan sahaja untuk mengeluarkan balak, tetapi juga untuk mengusahakan ladang yang boleh menjadi kegiatan ekonomi Orang Asli di sini," katanya kepada Sinar Harian.
Husin berkata, kegiatan pembalakan aktif dijalankan di kawasan itu sejak kira-kira dua bulan lalu hingga menjejaskan rutin harian penduduk.
"Hutan sudah habis dan penebangan hutan semakin hampir ke kampung kami. Mata pencarian kami sudah berkurangan kerana kayu semakin habis dan hendak buat rumah pun susah," katanya.
Menurutnya, Sungai Aur di pinggir hutan yang juga menjadi sumber pendapatan penduduk turut terjejas.
"Sisa-sisa kayu pembalakan ini dibiarkan begitu sahaja dan menyusahkan kami untuk menaiki kenderaan ke sungai.
"Ada juga sisa-sisa pembalakan yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan air sungai keruh. Kayu-kayu yang tenggelam di dasar sungai pula menyukarkan kami mencari hasil sungai," katanya.
Sehubungan itu, Husin memohon jasa baik Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya minta orang yang berkenaan bayar pampasan kepada penduduk kampung di sini seperti yang dijanjikan.
"Jika isu ini tidak selesai, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan bagi mendapatkan hak kami," katanya.
Kenduri kahwin ditunda
Oleh: RAIHAM MOHD SANUSI
Tarikh: August 15, 2013
KEMAMAN – Rancangan seorang ibu tunggal enam anak untuk mengadakan kenduri perkahwinan anak ketiganya pada 30 Ogos depan lebur apabila barangan hantaran kahwin dan bunga telur hangus dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya di Jalan Kubang Kurus, di sini, petang kelmarin.
Bukan sahaja persiapan perkahwinan, malah tunai kira-kira RM20,000 yang disimpan rapi di bawah tilam, beg duit dan beberapa tempat lain dalam rumah itu turut musnah dalam kejadian, kira-kira jam 4 petang itu.
Mariam Ismail, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Ton berkata, sejurus menyedari kebakaran itu, dia yang berada di warung kopi berhadapan rumahnya segera berlari meluru ke arah rumah tetapi dihalang daripada memasuki rumah oleh jiran tetangga yang mengerumuni rumahnya.
Ketika kejadian, tiga anaknya, Rofiza Ali, 39, Mohd Ridzuan, 27, dan Rohaida, 17, berada di dalam rumah.
Menurutnya, anak lelakinya hanya sempat mengeluarkan sebuah televisyen, kerusi dan beberapa helai pakaian kerana api marak.
Jumpa wang RM1,000
"Makcik hanya mampu lihat api memusnahkan rumah dengan asap hitam keluar berkepul-kepul. Lepas api padam, makcik masuk dan periksa rumah tapi semua barangan kahwin anak termasuk set minyak wangi yang diletakkan dalam bilik tidur makcik bersebelahan dapur sudah rentung semuanya.
"Barang kemas yang disimpan dalam bilik tidur juga tiada, yang tinggal cuma rantai leher dan gelang tangan emas yang makcik pakai sekarang untuk sambut raya," katanya sebak.
Selepas diperiksa, hanya satu ikatan wang berjumlah RM1,000 ditemui, separuh sudah terbakar sementara yang lain sudah menjadi debu hitam.
Mariam berkata, wang tersebut ialah wang yang dikumpulkan hasil pemberian anaknya, Mohd Ridzuan, 27, yang bekerja sebagai pembancuh simen mozek.
Berikutan musibah itu, perkahwinan anaknya, Rohaniza, 30, yang bekerja sebagai pembantu kedai baju dengan pasangannya dari Kampung Paya Berenjut, Tuan Mohd Fauzi Tuan Razak terpaksa ditunda.
Rumah berkenaan dihuni Mariam lapan beranak termasuk seorang bapa saudaranya.
Anak saudara bakar pondok
Sementara itu, Rohaida berkata, dia terkejut melihat api marak ketika masuk ke bahagian dapur untuk minum air selepas baru pulang dari kedai.
"Sebelum keluar dari rumah untuk ke kedai, saya rasa macam nak keluarkan semua barang berharga dalam rumah, saya tak tahu kenapa rasa begitu," katanya yang tidak menyangka gerak hatinya itu jadi petanda akan mengalami nasib buruk itu.
Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan anak saudara Mariam yang juga pesakit mental membakar sebuah pondok buruk yang terletak di belakang rumah ibu tunggal itu sebelum api merebak ke bahagian dapur, seterusnya memusnahkan rumah terbabit.
Berikutan kejadian itu, anak mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 5.50 petang.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Chukai, dibantu Balai Bomba Kemaman dengan kekuatan dua jentera.
Adun hulur sumbangan
Musibah yang menimpa Mariam sekeluarga pada saat umat Islam masih dalam suasana meriah menyambut lebaran itu mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat yang turun
Hanafiah turut menyalurkan bantuan awal dalam bentuk tunai berjumlah RM2,500.
"Diharap mangsa sekeluarga bersabar dengan ujian ini kerana ia ketentuan ALLAH SWT. Pas Dun Chukai selepas ini akan berusaha mencari dana bagi menampung kerugian yang ditanggung keluarga terbabit," katanya.
Turut hadir menziarahi mangsa, Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad yang mewakili Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Kurus, Ahmad Fikri Ibrahim.
Rosli berkata, kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Besar dan JKKK akan mengumpul zakat serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk institusi perbankan untuk disalurkan kepada keluarga terbabit secepat mungkin.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Mariam menerusi talian 014-8171082.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Isteri timbalan KPN meninggal dunia
Oleh:
Tarikh: August 15, 2013
KLANG - Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira 6.30 petang semalam.
Mendiang Datin Raj Kaur Harbhajan Singh, 49, yang menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lepas, merupakan seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Convent Klang, Selangor.
Harpreet Singh, 20, anak sulung pasangan itu berkata, mendiang merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkahwin dengan ayahnya 22 tahun lepas.
Selain Harpreet, pasangan itu dikurniakan dua lagi anak iaitu Harprem Singh,19, dan Anilpren Singh, 17 tahun.
"Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai guru, ibu saya telah banyak melahirkan pelajar cemerlang," kata beliau ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Sri Andalas di sini.
Berasal dari
Mayat mendiang dijangka dibakar di Pusat Crematorium Klang di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah pada 2.30 petang ini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Tak hirau segala cemuhan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 15, 2013
ALOR SETAR - Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.
Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.
"Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.
"Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini," katanya.
Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.
Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.
Tak lepas daripada cemuhan
Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.
Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.
"Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.
"Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat," katanya.
Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.
"Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan," katanya.
Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.
Berhutang nyawa pada anjing
Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.
Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
"Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup," katanya.
Latih cucu ambil alih rumah perlindungan
Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.
"Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.
"Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu," katanya kepada Sinar Harian.
Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.
Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi mengurus rumah perlindungan itu.
Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.
Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.
Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Jalan Macalister gempar lagi
Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN
Tarikh: August 15, 2013
Ia gara-gara jalan masuk ke Masjid
Forklif berkenaan yang pada mulanya berada di dalam kawasan masjid melalui laluan itu untuk keluar ke jalan besar bagi mengangkut konkrit, namun jalan itu tiba-tiba mendap dan menyebabkan ia terperosok ke dalam longkang.
*Dapatkan akhbar Sinar Harian hari ini untuk laporan lanjut.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar
Oleh: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Tarikh: August 15, 2013
BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.
Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.
"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.
*Dapatkan laporan akhbar Sinar Harian hari ini untuk laporan lanjut.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Apabila mercun, pistol berdentum
Oleh: ABDUL JALIL ALI
Tarikh: August 15, 2013
Masih dalam suasana raya, saban hari kita mendengar lagu malar segar Saloma Selamat Hari Raya dengan lirik yang sentiasa menggamit nostalgia: Dam-dam-dum mercun berdentum, semaraklah hari raya ini tahun...
Tetapi untuk kali ini jangan ambil mudah sekiranya terdengar letupan di sana sini, termasuk di sebelah rumah kita. Sebab dentuman itu tidak semestinya mercun; ada kemungkinan yang meletup itu pistol atau senapang.
Faktor usia menyebabkan saya selalu tersentak dengan apa sahaja letupan. Beberapa kali tersedak ketika makan sebab terganggu bunyi mercun. Sakit betul hati kepada kanak-kanak yang bermain mercun sepanjang raya. Sakit hati juga kepada ibu bapa yang biarkan budak-budak membakar mercun sesuka hati.
Tetapi lebih sakit hati – sebenarnya amat kecewa – kepada pihak berkuasa yang seperti ambil sikap 'ada aku kisah!' walaupun mercun berdentum dalam kawasan balai polis. Pada hal mercun adalah benda haram. Bagaimana benda haram boleh dimainkan di tempat polis?
Kita kerap membaca berita mengenai beberapa percubaan menyeludup mercun ditumpaskan oleh pihak berkuasa. Tetapi saya yakin jumlah penyeludup yang bolos lebih banyak. Buktinya mercun dijual berleluasa di tempat-tempat terbuka, termasuk di pasar malam, sama seperti menjual air tebu atau biskut tart.
Pendek kata pihak penguat kuasa tidak berupaya menyekat kemasukan benda haram itu, sekali gus gagal untuk menyekatnya daripada dimainkan sepanjang musim perayaan. Ada yang putus jari, ada yang lebam muka. Tetapi mercun berdentum juga.
Agaknya semua pihak sudah mengambil sikap 'ada aku kisah!'
Tetapi kita kena ambil kisah dengan dentuman pistol dan senapang. Akhir-akhir ini bunyi senjata api sama rancak dengan mercun. Ketika rencana ini ditulis, TV menyiarkan berita seorang wanita nyaris maut apabila ditembak penjenayah di Kuantan, Pahang.
Sebenarnya penjenayah semakin kerap menembak akhir-akhir ini. Berita orang maut kena tembak sudah menjadi menu harian media. Tidak kira surat khabar, radio, TV, media sosial, semuanya memuatkan berita orang kena tembak.
Jenayah melibatkan senjata api meningkat secara mendadak. Rekod polis menunjukkan dari April hingga Ogos tahun ini sahaja sekurang-kurangnya 24 orang mati ditembak penjenayah, 21 lagi cedera di seluruh negara.
Akhir Julai lalu letupan pistol, disyaki pembunuh upahan, telah meragut nyawa pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi. Jenayah tersebut dilakukan di tempat terbuka, di sebuah tempat letak kenderaan di Kuala Lumpur.
Penembak telah dikenal pasti menerusi kamera litar pintas, dan disyaki masih berada di ibu negara. Tetapi sehingga kini dua minggu berlalu, penjenayah yang dikenali sebagai 'empat mata' itu masih gagal dikesan. Siapa tahu dia mungkin sedang merancang untuk menembak mangsa lain!
Sama seperti mercun, senjata api terutama pistol, boleh dibeli di tempat kita. Memang tidak semudah membeli apam balik, tetapi polis percaya ada sindiket yang menyeludup alat tersebut dari negara jiran untuk dijual di sini. Beberapa orang telah ditangkap untuk bantu siasatan berhubung penjualan senjata api.
Tidak dapat dipastikan berapa banyak senjata api kini berada di tangan penjenayah. Tetapi tembakan demi tembakan yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, membuatkan kehidupan semakin tidak selesa.
Pihak berkuasa meminta orang ramai jangan panik, tetapi dengan seorang demi seorang mati ditembak, ramai berasakan kita sudah tidak selamat. Kita sentiasa dalam ketakutan.
Tentu sekali pihak berkuasa, khasnya polis, berusaha keras dalam membanteras jenayah, termasuk menghalang pengedaran dan penjualan senjata api. Tetapi sekiranya hendak menghalang kemasukan dan pengedaran mercun pun kita tidak berupaya, apa harapan kita untuk bebas daripada pistol dan senapang haram?
Sesetengah orang kita marah apabila media di Singapura melaporkan peningkatan jenayah di tempat kita. Kita masih hendak pertahankan bahawa jenayah kita masih rendah, keadaan masih selamat, dan segala-galanya berjalan seperti biasa.
Cukup-cukuplah kita menyalahkan media asing. Sebaliknya kita perlu menghadapi kenyataan. Kalau kadar jenayah sememangnya meningkat, jangan kata jenayah kita menurun. Tidak guna menghebahkan kadar jenayah turun, pada hal orang melihat setiap detik jenayah berlaku di hadapan mata.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Dua kali letupan di dapur, 6 rumah terbakar
Oleh: JANATUL FIRDAUS YAACOB & MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Tarikh: August 15, 2013
SHAH ALAM - Ketika Aidilfitri meriah diraikan enam unit rumah pangsa di Jalan Kelapa Bali 18/43 musnah dimakan api petang kelmarin.
Dalam kejadian kebakaran berkenaan api merebak melalui bahagian dapur di unit rumah tingkat tiga kerana saksi memaklumkan terdapat dua kali bunyi letupan dari dapur berkenaan.
Mangsa, Mohd Khalid Ishak, 54, seorang pengurus kilang berkata, rumahnya 100 peratus terjejas akibat kebakaran itu.
"Rumah ini didiami saya, isteri dan empat orang anak. Ketika kejadian itu saya dan isteri keluar bekerja manakala yang tinggal pada kejadian ini dua orang anak lelaki kami.
"Kesan daripada dua kali letupan api merebak pantas menjalar ke salur elektrik sehingga menjilat
Mohd Khalid berkata, dia dan keluarganya akan berpindah ke rumah milik mereka di Rawang manakala kebanyakan mangsa lain masih belum pulang dari kampung.
Seorang lagi mangsa yang tidak ingin dikenali berkata, ketika kebakaran berlaku dia dan ahli keluarga lain pulang berhari raya di kampung di Semenyih dan terkejut apabila dimaklumkan jiran berhubung insiden
"Saya terkejut dan sedih, apabila sampai sahaja saya dapati bahagian dapur rumah saya habis terbakar dan dianggarkan kerugian lebih kurang RM10,000.
"Kediaman kami di sini ialah rumah pasang siap yang bercantum di bahagian dapur dan kesan daripada letupan dapur dari jiran sebelah telah menyebabkan api marak cepat ke bahagian tepi dan atas," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zakaria Muhd berkata, hasil siasatan forensik kebakaran mendapati kebakaran berpunca daripada kecuaian di dapur.
"Forensik mendapati api daripada dapur salah sebuah unit rumah yang tidak menutup api dapur sehingga menyebabkan api merebak ke rumah sebelah dan atas dan mengakibatkan kemusnahan 100 peratus.
"Manakala 5 lagi unit rumah lain musnah sebahagian terutamanya di bahagian dapur dan bumbung belakang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 4.59 petang kelmarin.
Katanya, beliau dan 15 anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba di
"Api bermula dari dapur rumah bernombor 309 sebelum ia merebak ke ruang tamu rumah tersebut.
"Selain rumah tersebut, api merebak ke tiga rumah berdekatan," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dua remaja yang berusia lingkungan 20-an berada dalam rumah berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari dapur rumah mereka terbakar.
Khairi berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu di tiga rumah lain untuk memadamkan kebakaran kerana ketika kejadian, tiada orang di ketiga-tiga rumah berkenaan.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran 5.38 petang dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6 petang.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa di dalam kebakaran tersebut dan pihaknya masih lagi menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian daripada kebakaran tersebut.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
3 adik-beradik hilang ditemui di KL
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Katanya, beliau baru dimaklumkan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bahawa anak-anaknya, Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
"Saya bersyukur mereka selamat meskipun saya tidak tahu bagaimana mereka boleh sampai ke
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Tutup kedutaan Mesir di Malaysia, gesa Pas
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
SHAH ALAM - Pas mengecam tindakan ganas dan kekejaman tentera Mesir ke atas penyokong Presiden yang digulingkan, Dr Mohamed Mursi hari ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyifatkan kekejaman tentera Abdul Fattah As-Sisi yang mengorbankan lebih 400 penyokong Mursi sebagai 'kebinatangan'.
"Pas mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tampil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini.
"
Sehubungan itu katanya, Pas menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini.
"Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir," katanya.
Beliau juga menyifatkan mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk kekejaman ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Gangguan bekalan air tak berjadual di KL, Gombak
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan kegagalan sistem pam di Rumah Pam Wangsa Maju.
Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini menyebut gangguan akibat penurunan paras air sehingga berlakunya kejadian pam terpelantik, menyebabkan operasi di rumah pam terpaksa dihentikan sementara.
"Walau bagaimanapun, pada masa ini, SYABAS berjaya mengaktifkan semula pengoperasian rumah pam itu pada 11.30 pagi secara berperingkat di mana tempoh pemulihan di kesemua kawasan dijangka mengambil masa selama 48 jam," katanya.
Antara kawasan yang terlibat ialah Taman Setapak Jaya, Taman Sri Rampai, Taman Sri Keramat, Taman Cahaya Indah, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Keramat Permai, Taman Dagang, Taman Desa Setapak, AU2, Taman Wangsa Melawati dan Desa Setapak.
Kawasan lain ialah Pandan Jaya, Taman Cahaya, Taman Nirwana, Bandar Sri Permaisuri, Taman Bakti, Taman Maluri, Taman Shamelin Perkasa dan Kampung Pandan.
Sebagai langkah tambahan, SYABAS menyediakan 10 lori tangki dan 30 tangki statik di Kuala Lumpur dan 10 lori tangki dan 20 tangki statik di Gombak untuk digerak ke kawasan terlibat.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Hukuman gantung tiga beradik Mexico kekal
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan serta hukuman gantung lima lelaki, termasuk tiga beradik warga Mexico, kerana mengedar lebih 29.4 kilogram dadah jenis methampetamine yang dianggar bernilai hampir RM44 juta pada 2008.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu sebulat suara selepas menolak rayuan pemandu kren yang juga rakyat Malaysia Lee Boon Siah, 49, tukang cat warga Singapura Lim Hung Wang, 56, serta tiga beradik berkenaan iaitu Jose Regino Gonzales Villarreal, 34, Simon Gonzales, 37, dan Luis Alfonso Gonzales, 45.
Dalam penghakimannya, Azahar berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan kesemua perayu mengedar dadah berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan hujah kedua-dua pihak, keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung pembabitan kesemua perayu dalam pengedaran dadah berkenaan adalah betul dan konsisten dengan bukti yang dikemuka.
"Kami mendapati rayuan ini tiada merit. Oleh itu, kami mengekalkan sabitan dan hukuman mati kelima-lima perayu," katanya.
Selain Azhar, Panel itu turut dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
Pada Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Baharu mendapati kesemua tertuduh bersalah melakukan perbuatan itu di kilang IPL Packaging Industries Sdn Bhd, Jalan Idaman 1/5, Taman Perindustrian Senai pada 3.15 petang, 4 Mac 2008.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa berdasarkan bukti, adalah jelas kilang berkenaan digunakan untuk memproses dadah jenis methamphetamine.
Keputusan itu juga menyaksikan Mahkamah Tinggi buat pertama kalinya meneroka bidang baru dalam perundangan berkaitan definisi pemprosesan dadah bagi tujuan pengedaran.
Peguam Kitson Foong mewakili Lee dan tiga beradik warga
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Hormati tempat ibadat agama lain, tegas MCA
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
SHAH ALAM – Majlis Presiden MCA hari ini menggesa semua pihak supaya memelihara sensitiviti dan kesucian agama masing-masing supaya insiden ketengangan kaum dan agama dapat dielakkan pada masa akan datang.
Memetik kenyataan media parti itu, MCA turut mengingatkan bukan Islam supaya menghormati masjid dan surau yang merupakan tempat ibadat bagi umat Islam dan tidak sewajarnya disalahgunakan untuk aktiviti keagamaan lain.
Semua pihak katanya harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, di samping Perlembangaan yang menjamin kebebasan beragama semua pihak.
"MCA berpendapat bahawa semua pihak perlu menjaga sensiviti agama dan memelihara kesuciannya di dalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai kaum yang menganuti pelbagai agama.
"MCA menyeru semua pihak supaya menghormati agama Islam sebagai agama rasmi dan pada waktu yang sama, semua rakyat mempunyai kebebasan untuk beragama," kata Majlis Presiden MCA yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihaknya bermesyuarat membincangkan insiden di surau sebuah resort di Kota Tinggi yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha yang menjalankan aktiviti keagamaan mereka di rumah ibadat umat Islam itu, baru-baru ini.
MCA turut menasihatkan mana-mana pihak supaya mendapatkan pandangan daripada tokoh-tokoh agama Islam terlebih dahulu sebelum mengulas isu kontroversi terbabit bagi menghormati dan tidak mendahului pihak yang lebih berpengetahuan dalam hukum-hakam Islam.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis kesan kanak-kanak hilang di Beluran
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
BELURAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilapor hilang sejak 16 hari lepas ketika bermain bersendirian di hadapan rumahnya di Kampung Meliau Telupid, di sini.
Kehilangan Musteliveh Merajok, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, semalam
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Shivanathan Velautham berkata mengikut laporan itu, kali terakhir Minggu dikatakan melihat Musteliveh ialah ketika kanak-kanak itu sedang bermain sendirian di luar rumah mereka kira-kira pukul 8 malam.
Beliau berkata bapa angkat kanak-kanak itu dikatakan
"Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini," katanya di sini hari ini.
Shivanathan berkata bapa angkat kanak-kanak itu juga mendakwa dia menjaga Musteliveh sejak bayi selepas diserahkan oleh seorang wanita tidak dikenali di rumahnya.
Orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak perempuan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Jefferey Kadisun di talian 013-7443442 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222 sambungan 213 atau balai polis berhampiran. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Najib puji gambar rakaman Che' Ahmad Azhar
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
"Syabas!," kata perdana menteri melalui akaun Twitternya.
'Lens', laman blog fotografi The New York Times, memuatkan gambar rakaman Che' Ahmad bertajuk 'Walk of Life' bagi mengiringi artikel berjudul 'A Street-Level View of Kuala Lumpur' tulisan Maggie Steber.
Che Ahmad, 49, bekas pengarah pengiklanan dan jurufoto landskap, sering merayau di Jalan Petaling, Leboh Ampang di Little India dan Pudu di ibu negara untuk merakam gambar menarik.
Setelah sekian lama berdamping dengan penghuni kawasan itu, beliau akhirnya dapat menghayati secara mendalam gerak kehidupan serta perkara ganjil yang terdapat di
'Lens' menghidangkan visual dan bahan laporan multimedia paling menarik dalam bentuk foto, video dan slaid.
Selain menjadi ruang untuk menampilkan gambar yang diabadikan jurufoto New York Times, laman blog itu juga memuatkan karya terbaik daripada akhbar, majalah agensi berita dan agensi gambar lain serta yang digunakan oleh buku, galeri, muzium dan laman web. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Anggota polis ditahan dipercayai bebaskan tahanan
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.
"Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula semalam, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), hari ini.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap.
Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek.
Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Azizan dipindahkan ke hospital Alor Setar
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini dari Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP.
Azizan, 69, tiba di HSB kira-kira 11.15 pagi tadi ditemani saudara mara terdekat.
Seorang daripada anak lelakinya yang enggan dikenali berkata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau itu berada dalam keadaan stabil dan baik ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.
"Kami bertolak dari Pulau
Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata mereka telah dimaklumkan semalam bahawa Azizan akan dipindahkan ke Kedah.
Katanya keadaan kesihatan Azizan semakin baik, dan luka di kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis, beransur sembuh.
Bagaimanapun kata Helmi, doktor tidak membenarkan Azizan menerima terlalu ramai pelawat ketika ini, kerana beliau perlu banyak berehat.
"Azizan sudah boleh bercakap dan berkomunikasi dengan mereka yang melawatnya. Tetapi beliau masih di bawah pemerhatian rapi doktor," katanya.
Azizan terpaksa menjalani pembedahan kedua-dua kakinya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.
Beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre pada 6 Mei sebelum dipindahkan ke HPP sehari selepas itu. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Lagi pertumpahan darah di kem Pro-Mursi
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terbunuh apabila pasukan keselamatan Mesir masuk untuk membersihkan kem yang ditempati penyokong Presidennya, Mohamed Mursi di sini.
Namun Muslim Brotherhood menyebut bilangan itu berkemungkinan lebih tinggi.
Bunyi tembakan kedengaran dan jentolak perisai masuk. Pasukan keselamatan pula menembak gas pemedih mata.
Pihak berkuasa berkata kem
Menteri dalam negerinya berkata satu operasi membanteras sedang dijalankan di jalanan.
Penyokong Mursi dihalau sehingga berhampiran dengan zoo dan Universiti Cairo, kata Nile TV.
Saksi mata pula berkata mereka melihat sekurang-kurangnya 15 mayat bergelimpangan di jalanan tetapi Muslim Brotherhood meletakkan bilangan mangsa yang terbunuh lebih 100 orang.
Menurut pegawai rasmi pula, dua tentera terbunuh dan sembilan cendera.
Penyokong Mursi telah menempati
Mereka menuntut agar Mursi dikembalikan ke kedudukan asal.
Kementerian dalam negeri juga mengeluarkan kenyataan yang menyebut pasukan keselamatan hanya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kem protes itu.
"Jalan keluar yang selamat disediakan untuk pemprotes dan mereka tidak akan dikejar kecuali mereka yang dikehendaki oleh pihak pendkawa.
"Kementerian dalam negeri tidak menumpahkan mana-mana darah rakyat Mesir," kata kenyataan tersebut.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
JKM dedah lebih 2,000 taska tidak berdaftar
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
SUNGAI PETANI - Hampir 2,000 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini, belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM Malaysia, Dr Zaitol Salleh berkata walaupun ada peningkatan dari segi tahap kesedaran di kalangan pengusaha taska untuk berdaftar dengan JKM, masih ramai yang tidak mengambil inisiatif mendaftarkan taska mereka.
"Sehingga Julai lalu, keseluruhan taska yang berdaftar dengan JKM ialah 2,400. Berlaku peningkatan dari segi bilangan taska berdaftar iaitu pada 2008, jumlahnya hanya 245 taska, meningkat kepada 373 pada 2009, 483 (2010), 819 (2011) dan 2,045 tahun lalu.
"Kami menyasarkan 1,000 taska baharu berdaftar dengan JKM menjelang akhir tahun ini, namun bilangan taska yang tidak berdaftar lebih banyak daripada itu, hampir 2,000 taska termasuk yang baharu," katanya pada sidang akhbar selepas program pendaftaran dan insentif taska bersama JKM, di Kompleks Penyayang JKM Kuala Muda, di sini hari ini.
Zaitol berkata hanya 335 taska baharu yang berdaftar dengan JKM sehingga Julai lepas, dan pihaknya akan terus mengesan taska yang tidak berdaftar termasuk taska di rumah yang mengambil kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, melebihi empat orang.
"Kami menggesa supaya taska yang belum berdaftar agar segera berdaftar. Kerajaan memperuntukkan RM15 juta di bawah Geran Penubuhan Taska dan Subsidi Yuran Pengasuhan berjumlah RM7.5 juta, dan ia dilihat satu galakan untuk pengusaha-pengusaha taska mendaftarkan taska masing-masing.
"Peruntukan ini merupakan pengiktirafan kerajaan bahawa perkhidmatan taska sangat penting kepada negara untuk membolehkan ibu bapa dan wanita bekerja selain menjamin kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak," katanya.
Zaitol berkata dari segi pemberian insentif, sejumlah RM3,000 diberikan kepada pengusaha taska di rumah yang berdaftar dengan JKM, RM10,000 untuk institusi taska yang mengambil antara 10 hingga 19 kanak-kanak, dan RM20,000 bagi institusi yang mengambil kanak-kanak melebihi 20 orang.
"Untuk tahun ini, kami mengeluarkan kompaun kepada tiga taska kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan JKM, masing-masing dikenakan kompaun maksimum RM5,000," katanya.
Mengenai kes-kes kemalangan atau kematian yang berlaku di taska, beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan kes seperti itu berlaku di taska tidak berdaftar dengan JKM.
"Orang ramai boleh menyemak senarai taska yang berdaftar dengan JKM di laman web rasmi JKM atau menghubungi pejabat kebajikan masyarakat yang berhampiran untuk mendapat pengesahan dan nasihat," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
KDN tak perlu buang masa mahu hidupkan EO
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
SHAH ALAM – Pas hari ini menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan khusus dalam usaha mematahkan saluran senjata api haram yang diseludup masuk ke negara ini.
Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas turut berpendapat agar KDN menumpukan untuk memikirkan cara bagi membanteras jenayah daripada mencari alasan untuk menghidupkan kembali Ordinan Darurat (EO) setiap kali berlaku kejadian tembak.
"Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen.
"KDN juga harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utamanya adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalan-jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah.
Dalam kenyataan itu, beliau juga menyebut soal statistik yang disentuh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
"KDN dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara untuk membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali EO.
"Jumlah pengikut penjenayah EO yang telah dibebaskan pada 2011 telah meningkat kepada 260,000 orang mengikut perkiraan Ahmad Zahid. Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan?," katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut mempertikaikan tindakan yang mungkin diambil kerajaan berhubung perkara itu.
"Apakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini?
"Menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki.
"Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis: Jangan lindungi pembunuh pengasas AmBank
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak melindungi lelaki yang dikenali sebagai Kong Swee Kwan, 44, kerana perbuatan melindungi suspek yang dikehendali polis boleh didakwa mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan.
"Polis sedang mengumpul maklumat untuk menahan suspek dan kami difahamkan suspek telah mengubah penampilan diri termasuk mencukur misainya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Suspek utama itu yang sebelum ini dikenali sebagai Sei Ngan Chai atau Ah Chian (nama samaran) diburu polis selepas dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat terhadap Hussain, 75, dan isteri Chong Mei Kuen, 49, di tempat letak kereta tokong Cina di Lorong Ceylon di sini 29 Julai lepas.
Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.
Ekoran kejadian itu polis menahan empat suspek termasuk dua wanita untuk membantu siasatan kes itu.
Sementara itu pada sidang akhbar sama, Ku berkata lapan lelaki yang direman kerana mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata berdasarkan siasatan polis Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara sebaliknya lebih kepada kumpulan ajaran sesat.
"Sebaik tamat reman Sabtu ini, kesemua mereka akan dirujuk pada jabatan agama," katanya.
Dalam kejadian 5 Ogos lepas, 10 suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berpakaian serba hitam ditahan polis sebaik tiba di kawasan istana pada 4.10 pagi.
Ekoran kejadian itu lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman selama seminggu manakala seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
MPSJ tawar RM10,000 untuk dimenangi
Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh: August 14, 2013
SUBANG JAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000 kepada pemenang yang menyertai Kempen Kibar, Rakam dan Menang bersempena sambutan kemerdekaan negara ke-56.
Kempen bagi menyemarakkan semangat sambutan bulan kemerdekaan di seluruh perbandaran MPSJ itu juga untuk menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kempen berkenaan sudah dilaksanakan sejak tahun 2008 dimana penyertaan terbuka kepada seluruh penduduk di kawasan MPSJ untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis perniagaan dan kediaman.
Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, perubahan dibuat pada tahun ini dimana peserta bukan sahaja perlu mengibar Jalur Gemilang tetapi perlu merakam video dengan cara yang paling kreatif.
Video berkenaan perlu dipenuhi slot detik kemerdekaan secara kreatif yang bertemakan semangat patriotisme dan perlu berlatar belakangkan bendera Jalur Gemilang dipasang bagi memastikan video dihasilkan diundi 'like' oleh orang awam.
** Dapatkan laporan penuh di akhbar Sinar Harian edisi Selangor/KL esok.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan berkata langkah itu adalah susulan daripada respons kepada petisyen yang difailkan oleh industri domestik.
Kementerian berkata ia akan menyiasat sama ada syarikat
Ia berkata siasatan itu, bermula hari ini, dijangka selesai dalam tempoh setahun tetapi dalam keadaan khusus, ia mungkin dilanjutkan sehingga 14 Feb, 2015. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis buru 2 lagi lelaki disyaki Geng 08 Vinod
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Dua suspek itu -- R. Lachumanan atau lebih dikenali sebagai Murali, 27, dan S. Sathiyanathan, 21, -- adalah antara
"Hasil risikan, polis mendapat maklumat mengenai trak Mitsubishi Triton yang dinaiki lima lelaki terbabit pada pukul 1.40 pagi di Selayang dan polis berjaya mengesan kenderaan itu di Batu Caves," kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.
Beliau berkata polis mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh kira-kira 30 kilometer sehingga ke kawasan Rawang dan berpatah balik ke Selayang hingga di persimpangan Lebuh Raya Latar (Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor).
"Suspek melepaskan satu das tembakan ke arah kereta peronda polis namun tersasar. Polis terus mengejar suspek hingga ke Jalan Ipoh namun trak mereka menghimpit kereta peronda polis sehingga terbabas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abdul Rahim berkata kelima-lima lelaki terbabit meloloskan diri daripada polis, tetapi tiga daripada mereka yang berusia antara 22 dan 26 tahun, termasuk ketua kumpulan itu berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves pada 4.19 pagi semalam.
Ketiga-tiga mereka kini direman sehingga 19 Ogos, katanya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi lelaki yang diburu itu tampil atau hubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Kami akan teruskan pencarian berpandukan risikan polis, mereka semua dah cari tempat persembunyian baru disebabkan kawan-kawan mereka sudah ditahan," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Yazid Search kini dirawat di HKL
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 14, 2013
PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu.
Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama.
"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi mStar Online yang melawat Yazid di HKL di sini, hari ini.
Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid yang rebah itu dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan Aidilfitri.
"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.
Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Yazid selain bertanya khabar.
Antara artis yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kebakaran kapal selam, 18 hilang
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
MUMBAI -
Sementara itu, nasib 18 anggota tentera laut termasuk tiga pegawai masih belum diketahui sehingga kini.
"
"Kami anggarkan mereka seramai 18 orang. Kami tak akan berputus ada sehingga kami menemui mereka," kata jurucakap tentera laut, PVS Satish.
Menurut laporan, kapal selam itu mengalami kerosakan teruk yang memerlukan 16 anggota pemadam kebakaran pada jam 3 pagi.
Ramai kelasi kapal dilaporkan melompat keluar dari kapal untuk menyelamatkan diri.
Kelasi kapal yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Juru kimpal maut dibelasah sekumpulan lelaki
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 14, 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang juru kimpal maut selepas
Mohd Azrul Ali, 25, disahkan mati pada pukul 5.15 petang semalam akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata jurukimpal itu dipukul sekumpulan lelaki kira-kira pukul 4 pagi Khamis lepas ketika dia bersama sekumpulan rakannya menunggang motosikal melalui kawasan itu.
"Satu kumpulan motosikal yang lain menghampiri mereka dan secara tiba-tiba ada individu tidak diketahui dari arah mana membaling mercun ke arah kumpulan motosikal itu.
"Tidak puas hati dengan kejadian itu, kumpulan motosikal terbabit menyerang dan memukul mangsa kerana menyangkakan kumpulan mangsa yang membaling mercun itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata polis percaya mangsa diserang dan dipukul beramai-ramai menggunakan topi keledar.
Sehubungan itu, Manoharan berkata polis menahan 15 individu terdiri daripada kedua-dua kumpulan motosikal itu untuk membantu siasatan.
"Kesemua lelaki yang berumur antara 18 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Terengganu bermula semalam," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
3 rumah dijilat api dekat Serian
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KUCHING - Tiga buah rumah di Kampung Ensebang Kuari, Balai Ringin, Serian, kira-kira 100 kilometer dari sini, terbakar semalam.
Kejadian pada kira-kira 8 malam itu mengakibatkan dua rumah mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus manakala sebuah lagi 50 peratus dan kebakaran itu turut menyebabkan sebuah kereta rosak.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Serian Pegawai Bomba Kanan II John Bujing berkata panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 8.43 malam.
"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Serian yang terletak 21 kilometer dari tempat kejadian, termasuk pasukan bomba sukarela dari Balai Ringin, terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat manakala jumlah kerugian belum dipastikan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Penyelia didakwa samun pembantu rumah KJ
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KUALA LUMPUR - Seorang penyelia tapak pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun pembantu rumah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dengan menggunakan sebilah parang membabitkan kerugian RM20,000, Jun lepas.
Syed Ali Syed Ahmad, 36, bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menyamun Sariani Mohd Hassan, 38, seorang warga Indonesia, dengan mengambil dua unit komputer riba, satu unit iPad, beberapa utas jam tangan, briefcase, satu unit telefon bimbit, beg tangan dan seutas rantai emas di Jalan Bestari Bukit Damansara, Brickfields, di sini pada 6.30 petang 29 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan kerana mempunyai tanggungan tiga anak yang masih bersekolah dan dua orang tua yang uzur.
Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Sept untuk sebutan.- Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
MP wanita pertama
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Atmar sebelum ini merupakan salah seorang wanita yang telah menjadi contoh dengan menunjukkan bagaimana hak-hak wanita dipulihkan selepas kejatuhan Taliban pada 2001.
Sebelum ini Atmar, 40 tahun, menetap di rumah kebajikan selepas melarikan diri daripada suami yang kejam termasuk keluarga sendiri yang menderanya.
Atmar memberitahu pemberita: "Kaum wanita kini berada dalam keadaan yang lebih buruk.
"Setiap hari mereka dibunuh, telinga, hidung mereka dipotong, ia bukan sahaja wanita di kampung tetapi juga perempuan seperti saya,"katanya.
Di Afganistan, meskipun pada mulanya isu memperkasa wanita sering dilakukan sebagai salah satu kejayaan besar buat pakatan Nato, namun dengan penarikan semula Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang menjulang pada tahun 2014, menyebabkan hak-hak wanita telah dikebelakangkan.
Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia turut mengatakan bahawa undang-undang baru yang diluluskan oleh
Atmar kembali bersama keluarganya ke
Beliau berkhidmat di Parlimen yang pertama setelah pilihan raya pertama negara ini pada 2005 dan telah memainkan peranan penting terutama mendapatkan undang-undang bagi mengharamkan lebih 20 perbuatan ganas terhadap wanita.
Bagaimanapun keadaan itu berubah setelah beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.
Ini kerana, setelah Atmar kalah dalam pilihan raya, suaminya yang diharap memberi kata-kata semangat dan sokongan nyata tidak berbuat demikian sebaliknya melakukan penyeksaan ke atas dirinya.
Memberitahu kepada sebuah akhbar, Atmar berkata: "Apabila suami saya mabuk, dia akan mendera saya, ia satu penyeksaan.
"Dia juga melarang saya menggunakan telefon.
"Bila saya meminta perceraian, keluarganya tidak membenarkan. Mereka mengatakan ini sebuah masyarakat tradisional dan dengan tindakan saya ini akan membuat malu keluarga," jelas Atmar.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Rumah dihuni warga
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
JEMPOL - Sebuah rumah kampung yang disewa
Ketika kejadian, kesemua penghuni rumah itu keluar makan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Halim Khamis berkata kebakaran dilapor pada pukul 10.47 malam dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.20 tengah malam.
"Ketika dua jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dan Bandar Seri Jempol tiba di lokasi, kesemua struktur rumah habis dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Turut hangus ialah sebuah motosikal.
Beliau berkata kerugian dianggar RM90,000 dan punca kejadian masih disiasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis percaya pemilik restoran ditembak dari jauh
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KUALA TERENGGANU - Polis percaya pemilik restoran nasi kukus di Dungun, yang ditemui mati di hadapan kedai makan miliknya semalam, ditembak dari jarak jauh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran itu.
"Daripada keterangan yang diambil, tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mayat pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada pukul 4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.
Manoharan berkata polis Terengganu juga menubuhkan unit khas yang diketuai beliau untuk menyiasat kes itu.
"Kami telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, polis juga percaya ada individu yang boleh memberikan maklumat kepada polis mengenai kejadian itu memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Manoharan berkata, dua butir peluru yang dikeluarkan daripada badan mangsa dalam proses bedah siasat semalam telah dihantar ke Unit Forensik Maktab Cheras untuk mengesahkan jenis senjata yang diguna.- Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis buru suami pukul isteri dalam lif
Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN
Tarikh: August 14, 2013
Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.
Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.
Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.
Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.
"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.
"Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.
Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kes letupan: Anggota tentera direman 7 hari
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
KOTA BHARU - [Dikemaskini] Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, anggota tentera itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
"Individu itu ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.
Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.
Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Ditangkap kerana disyaki terima rasuah
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Laporan menyebut sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)
Rudi, yang kini menyandang jawatan Ketua Pasukan Petugas Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Indonesia, disyaki menerima rasuah dari syarikat berkenaan sebanyak dua kali iaitu AS$300,000 pada bulan Ramadan lalu dan AS$400,000 lagi selepas perayaan Aidilfitri, menjadikan jumlah wang yang diterimanya AS$700,000.
Beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri ESDM selama kira-kira tujuh bulan mulai pertengahan tahun 2012, sebelum dilantik sebagai Ketua SKK Migas pada pertengahan Januari tahun ini.
SKK Migas ialah agensi yang mengambil alih peranan Badan Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas (BP Migas)
Rudi, yang juga seorang ahli akademik, sebelum ini pernah menjadi Penasihat Pakar kepada Ketua BP Migas pada 2009-2010 dan Timbalan Ketua Pengendalian Operasi BP Migas pada 2011-2012.
Banyak tokoh nasional hari ini menyatakan rasa terkejut dengan berita penangkapan Rudi.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sehingga hingga pagi Rabu belum menerima laporan daripada Menteri ESDM Jero Wacik tentang penangkapan Rudi. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Muzium lilin pertama dibuka
Oleh: MOHD HAFIZI MOHD SAID
Tarikh: August 14, 2013
PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka kepada orang ramai, esok.
Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.
Pengarah I-Bhd, Monica Ong berkata, muzium itu dibina sebagai antara tarikan pelancongan di Malaysia dan dipercayai dapat menarik pelancong dari dalam atau luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Kami sasarkan 30,000 pengunjung setiap bulan sepanjang tahun ini bagi muzium lilin itu kerana jumlah pengunjung keseluruhan i-City setiap minggu 90,000 orang.
"Disebabkan konsep i-City berorientasikan keluarga, sasaran pengunjung bagi muzium lilin ini juga adalah keluarga kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa dan warga emas," katanya.
Menurut beliau, konsep muzium tersebut direka dengan santai dan memberi kepuasan terutama kepada kanak-kanak berbanding muzium lilin di negara lain.
"Bagi tema interaktif kita boleh melihat patung lilin Psy (penyanyi Korea Selatan) menari tarian terkenalnya, Gangnam Style serta tarian dan nyanyian Michael Jackson. Pengunjung juga boleh mencuba persalinan baju yang dipakai oleh patung-patung lilin tersebut dan bergambar bersama," tambahnya.
Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.
Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati.
Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.
Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
AirAsia batal penerbangan ke selatan China
Oleh:
Tarikh: August 14, 2013
Dalam kenyataan hari ini, syarikat tambang rendah itu berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Kuala Lumpur/Macau AK1058 dan AK1059, Kuala Lumpur/Shenzhen AK1086 dan AK1087, Kuala Lumpur/Hong Kong AK1656 dan AK1657 dan Kuala Lumpur/Guangzhou AK1012 dan AK1013.
Syarikat itu juga membatalkan penerbangan Kota Kinabalu/Hong Kong AK1641 dan AK1642, Bangkok (DMK)–Hong Kong FD2508 dan FD2509, Bangkok-Macau FD2540, FD2541, FD2542 dan FD2543 dan Filipina (DMK)–Hong Kong PQ7305 dan PQ7306.
"Tetamu yang terjejas oleh penerbangan yang dibatalkan akan diberi pilihan menggunakan penerbangan berikutnya," kata syarikat itu.
AirAsia juga memberi jaminan pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca dan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan.
Tetamu dinasihat menyemak maklumat terkini berkaitan penerbangan dengan melayari www.airasia.com sebelum ke lapangan terbang, katanya.
Kenyataan itu menjelaskan setiap tetamu yang terjejas akan dimaklumkan tentang pembatalan penerbangan mereka melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tetamu juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pertanyaan melalui twitter.com/AskAirAsia. - Bernama
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.























































































No comments:
Post a Comment