Monday, August 12, 2013

RG2011... Surau dijadikan tokong: Pengusaha resort ditahan

 

Surau dijadikan tokong: Pengusaha resort ditahan

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

"Pada pukul 3.25 petang kelmarin, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalah guna oleh penganut agama lain dan ekoran laporan berkenaan, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

p/s: emm..surau tu dah sah sah takde orang gi solat..tu ler pasai tuhan tunjuk kat kite..kat Malaysia ni,banyak dibina surau dan masjid yg gah..tapi..takde orang bersolat didalamnya...tu baru manusia yg guna surau utk tujuan lain, belom lagi surau yg jadi tempat bertenggek lembu dan kambing..apa nak jadi..

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment