Wednesday, October 23, 2013

RE: {Disarmed} {Filename?} RG2011... Fw: SATU SOALAN BUAT TNB

 

Apa kebender pun kat dalam dunia ni kena buat maintenance!

 

Tak boleh pakai bior jer!!!!

 

Buat kerja kena ada jadual dan berkala!

 

Rasanya yg bertugas kat situ ramai yg sekolah tinggi!

Ada otak utk berfikir,

 

Ramai yg boleh buat kerja tapi semuanya nak buat kerja bila keadaan dah terdesak!

Jadi keputusan yg dibuat tanpa memikirkan kesan pada alam sekitar!

 

Pada mereka, alah, gasak lah

bukan rumah aku yg rosak,

bukan kebun aku yg musnah,

bukan harta aku yg jahanam!!!

 

Itu dalam otak kepala mereka lah!

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -:eSpAcE9808:-
Sent: 24/10/2013 00:17
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: {Disarmed} {Filename?} RG2011... Fw: SATU SOALAN BUAT TNB

 

Warning: This message has had one or more attachments removed (8ee05ab9a71924.com). Please read the "ns26.trans-web.com-Attachment-Warning.txt" attachment(s) for more information.

 



SATU SOALAN BUAT TNB

telokbakong.blogspot.

yongsukakuning.blogspot.

Yong

 

INIKAH EMPANGAN CAMERON HIGHLAND ITU?


Sebuah empangan membentuk tasik yang kelihatan indah dan tenang.


Sebuah empangan hidro perlukan penyelenggaraan. Sungai tidak diketahui isinya. Apa-apapun masuk ke dalam sungai. Dari bahan hakisan, kumbahan, kayu dan dedaun reput, pasir halus dan bahan berbutir. Semua bahan-bahan ini akhirnya mengalir sehingga sampai di empangan, di mana ia terperangkap. Apabila air berhenti bergerak, mendapan jatuh ke bawah takungan dan mula terkumpul. Jika dibiarkan, akhirnya sedimen (lumpur dan lain-lain) menjadi begitu banyak. Macam-macam boleh terjadi kalau tidak dibersihkan. Misalnya ia boleh jatuh ke dalam saluran paip, dan merosakkan peralatan penjana. Ataupun, ia memenuhi kawasan takungan air, dan menyebabkan kehilangan ruang penyimpanan (storage) air.

Jika hujan lebat turun, ia akan menyebabkan air melimpah dengan pantas. Akibatnya, peralatan penjana akan terjejas ataupun, lagi teruk jika empangan pecah. Oleh kerana itu sedimen perlu dikeluarkan dari takungan. Maknanya empangan perlu dibersihkan. Ia perlu dilakukan dua tahun sekali, selalunya di waktu malam.

Soalan Yong buat TNB ialah:

Bilakah kali terakhir empangan ini dibersihkan?

 

Berikut salah satu gambar tragedi masalah empangan:


Keadaan di kawasan sekitar di Lembah Bertam yang musnah dan dipenuhi lumpur dalam insiden Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highlands yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara mendadak awal pagi Rabu. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR

 

JANGAN SALAHKAN KETENTUAN ALLAH


Mohon pencerahan dari TNB.

 

 

Korban Banjir Lumpur Ringlet Meningkat Kini Tiga Orang

telokbakong.blogspot.

pahangdaily.blogspot

 

 

CAMERON HIGHLANDS, 23 Okt  - Pasukan keselamatan mengesahkan angka kematian akibat banjir lumpur berikutan air empangan melimpah di Lembah Bertam di sini awal pagi ini meningkat kepada tiga orang. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa yang maut akibat lemas adalah pekerja warga asing di ladang sayur iaitu lelaki Bangladesh, Md. Jahanjir Alam Fazlor Rahman, 27, dan wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46. Beliau berkata, seorang lagi mangsa, Tam Tuck Chooi, 51, meninggal dunia akibat serangan jantung kerana terkejut dengan kejadian itu. Seorang lagi pekerja wanita Indonesia, Jarwati, 17, masih hilang dan gerakan mencari mangsa sedang berjalan. #sumber

 

Gambar Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highland

telokbakong.blogspot.

kerabubersuara.blogspot



Pihak keselamatan membawa mangsa keluar dari tapak runtuhan.

Sama-sama muhasabah la. Habis dah bukit di cameron digondolkan oleh golongan kapitalis.

 

80 rumah hanyut, dua maut di Cameron Highlands akibat air empangan dilepaskan.. (Gambar dari tempat kejadian)

telokbakong.blogspot.

darisungaiderhaka.blogspot.

Anak Sungai Derhaka

 

Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.

 

 


Lagi gambar sila lihat di SINI

 

Comments 

 

jdt · 

baru bercadang nak ke Cameron highland...fuhh...
apa2 pun takziahhhh....

 

Achelous's avatar - Go to profile

Achelous 126p · 

rasanya semua yg bertugas di empangan dlm malaysia ni bodoh2 bangka.

 

mohd yusri · 

aku rasa lepas ne masjid n surau2 kat cameron penuh ngan jemaah..ne peringatan dari YANG MAHA ESA...

 

Maulana NS · 

Kalau di ikut kan bala ni masih dalam kawalan manusia sebab kita yang lepaskan air empangan. kenapa tak bunyikan semboyan? Air empangan naik begitu mendadak tak mungkin sebab air di lepaskan tiga kali 12 tengah malam 1 pagi dan seterusnya 2.45 pagi

Paling malang kampung aku. Hujan lebat tempat lain Banjir kampung aku. Sebab air empangan di lepaskan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment