Monday, October 14, 2013

Re: RG2011... Fw: Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak.

 

Kalau tak tahu apa-apa baik jangan cakap apa-apa.
Kalau nak tahu beban kerja guru..silakan jadi guru..
Ingatlah guru berurusan dengan "insan / manusia" yang digelar "pelajar / murid" bukannya kertas pendua atau komputer yang boleh dibuang atau di"shutdown" bila-bila masa.

Tugas utama guru adalah memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada pelajar dan murid, kini guru lebih banyak berperanan sebagai kerani daripada peranan hakiki guru. kenapa? tanyalah guru-guru?

Bukan itu sahaja, ada kalangan guru yang mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata untuk pelajar/murid. Permulaan sesi persekolah guru akan bekerja melebih waktu yang korang nampak. Sebab tugas guru kini bukan hanya ketika berada di sekolah sahaja bahkan hingga ke rumah.

Nak tahu..silakan jadi guru.. dan betulkan guru tu bekerja sekerat hari sahaja..?
--------------------------------------------
On Fri, 11/10/13, Jalidin Allan <odheinallan@yahoo.com> wrote:

Subject: Re: RG2011... Fw: Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak.
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 11 October, 2013, 9:49 AM
















 











Poyola korang. Tiap - tiap tahun mintak gaji naik. Kerja pon
banyak bunyi. Ko hingat ko tu ada phd ke hapa. Wei, korang
- korang ni manusia yang kerja nak sikit tapi gaji nak
banyak. Ko hengat ko da jadi cikgu da boleh dongak ke
langit. Kalau jadi guru tapi x ikhlas tak payah jadi guru.
Tu yang bebudak sekarang banyak yang tak betul. Sebab kalau
ada warga pendidik yang x ikhlad macam kooooorang ni. Hengat
sikit, ko tu guru. Amanah bukan dari kerajaan je tapi amanah
dari tuhan. Banyak bunyi pulak!!!

KALAU X NAK JADI CIKGU YANG IKHLAS CARI JE KEJE LAIN YANG
SESUAI DENGAN KORANG YANG KEJE SIKIT TAPI GAJI BANYAK,. Keje
apa? Kalau ckp ko rasa aku kuang ajor. Pikir la sendiri

Perasan bagus!!!!!!

Sent from Yahoo! Mail on Android








From:

-:eSpAcE9808:-
<rienacom@yahoo.com.sg>;


To:


<respeks_group@yahoogroups.com>;




Subject:

RG2011... Fw: Kemajuan teknolgi
digital,beban kerja cikgu lagi banyak.



Sent:

Thu, Oct 10, 2013 3:29:48 PM









 















 



Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi
banyak.
telokbakong.blogspot
sisibukit.blogspot.
Posted
by mantaro


Kemajuan teknologi digital,beban kerja guru
lagi
banyak bukan bertambah sedikit.Pembantu guru tidak
sampai-sampaipun.
PETALING JAYA: Beban kerja terhadap
pekerja di Malaysia dijangka meningkat dengan kemajuan
teknologi digital di
tempat kerja di samping majikan yang lebih berminat untuk
mengambil pekerja yang
mahir dalam beberapa bidang.
Kajian terbaru oleh firma perkhidmatan
pengambilan
tenaga kerja dan sumber manusia global menunjukkan sembilan
daripada 10 pekerja
mengjangkakan kerja mereka akan lebih mencabar dalam tempoh
lima tahun akan
datang.
Menurut laporan terkini daripada Randstad
Workmonitor, responden menjangkakan suasana tempat kerja
yang lebih baik ddi
Malaysia berbanding responden di Singapura (80%), Hong Kong
(73%), Australia
(73%) dan New Zealand (82%).
Kajian yang dijalankan ke atas 405 responden,
turut
mendapati 95% pekerja di Malaysia bersedia untuk
meningkatkan kemahiran mereka
bagi mengikut peredaran masa.
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur
berkata
majikan kini memberi penekanan terhadap pendidikan,
pengalaman, kemahiran sosial
dan digital.
"Dengan organisasi menjadi semakin
kompleks, pekerja
kini diharapkan bukan sahaja dapat memberi persembahan
terbaik malah mampu


melakukan lebih daripada satu kerja pada satu-satu
masa," katanya.
Jasmin berkata kadar tersebut memberi kesan
kepada
sasaran Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi
menjelang
2020.
Pengarah Eksekutif Persekutuan
Majikan-Majikan
Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan turut bersetuju dengan
hasil laporan
berkenaan.
"Suka atau tidak, inilah perkembangan
terbaru
disebabkan tuntutan dunia perniagaan pada hari ini,"
katanya sambil menambah
pekerja senior juga terpaksa menyesuaikan diri dengan
perkembagan dunia digital
dan menjadi jalan penghubung pada era masa
kini.
Jasmin berkata kajian tersebut turut
mendapati
kebanyakan responden percaya majikan mereka meletakkan
kepentingan kemahiran
digital ditahap yang lebih utama berbanding lima tahun
lalu.
"Dengan media sosial menjadi sebahagian
daripada
dunia bisnes pada hari ini, kebanyakan pekerja lebih selesa
menggunakan medium
seperti Twitter dan LinkedIn yang dapat membantu pekerja
kekal berhubung dan
tahu perkembangan semasa dalam industri pada hari
ini.
"Setiap syarikat mempunyai tahap
penilaian yang
berbeza terhadap pekerja mereka. Pekerja dijangka akan
diminta bekerja lebih
masa bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti yang
dikehendaki,"
katanya.
Shamsuddin turut berkongsi pandangan yang
sama,
beliau berkata adalah menjadi satu keperluan pekerja dapat
dihubungi setiap hari
sama ada selepas waktu pejabat atau ketika mereka sedang
bercuti.
Bagaimanapun, beliau berkata pekerja mengakui
bahawa
perlu ada imbangan antara kerja dan kehidupan peribadi
mereka.
"Mudah dihubungi tidak bermakna anda
perlu bekerja 24
jam, tujuh hari seminggu."
Beliau berkata pekerja juga tahu majikan akan
gembira
apabila mereka lebih produktif.
Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC, Abdul
Halim
Mansor said berkata organisasi tersebut menentang budaya
kerja yang meminta
pekerja bekerja pada hari cuti atau selepas waktu
pejabat.
Beliau berkata Akta Pekerja Malaysia
menetapkan hari
cuti adalah satu keperluan kepada pekerja. "Walaupun ia
merupakan tuntutan kerja
, hak kakitangan mendapat rehat mencukupi wajar
dihormati,"
katanya.
Abdul Halim berkata budaya kerja sedemikian
akan
memberikan kesan negatif kepada keluarga dan
komuniti.
Beberapa pengurus syarikat memberitahu The
Star,
budaya kerja dan kedudukan seseorang pekerja akan menentukan
sama ada dia perlu
bertugas mengikut keperluan pada hari cuti atau
tidak.
"Bagi mereka dalam bidang pengurusan,
memang tidak
ada jalan keluar," kata pengurus bahagian sumber
manusia sebuah syarikat
multinasional di Kuala Lumpur.
Seorang lagi pengurus yang enggan dikenali
berkata,
terpaksa bekerja selama 24 jam sehari merupakan perkara
biasa.
"Syarikat memberikan telefon pintar jadi
mereka boleh
dihubungi pada bila-bila masa sahaja,"
katanya.
Kajian yang dijalankan pada 17 Julai dan 5
Ogos turut
mendapati, 77% rakyat Malaysia berpuas hati dengan dengan
majikan mereka
berbanding dengan Singapura 56%, 47% di Hong Kong dan 44% di
Jepun.
Jasmin berkata persekitaran kerja yang
menyeronokkkan, pucuk pimpinan yang efektif dan perkembangan
kerjaya merupakan
sebab rakyat Malaysia berpuashati dengan majikan
mereka.
Kajian kuantitatif tersebut dijalankan secara

online.
Responden berusia antara 18 hingga 65 tahun
dengan
waktu bekerja minimum 24 jam setiap minggu bagi setiap
pekerjaan
berbayar.
Randstand mengeluarkan laporan kajian
tersebut empat
kali setahun. sumber
 
 

Guru: Waktu bekerja tak keruan, mesyuarat
tak perlu

 
telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot

Posted
by hangit

 

Suara

rintihan atau isu  para guru sering kedengaran sejak
berpuluh tahun tetapi
sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan
ada tindakan
penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad
hoc dan political.
Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya
tentang beban kerja

guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban
malah ditambahkan lagi
beban  kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi
ialah tidak ada satu
badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua
guru. Sebagai contoh
NUTP dan  KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai
guru hanya
memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana
projek pensiswazahan
guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka
secara 'magic' dan
automatic kepada siswazah. Laluan kenaikan pangkat bagi
golongan  mereka
lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding
dengan guru siswazah
dengan formula 'time-based' 8: 8: 6: 3. Mereka juga
berjaya'melangkah kepala'
guru-guru berijazah tulen walaupun yang 'super senior'
dalam urusan kenaikan
pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM 
dan menjadi
Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut
keistimewaan mereka sebagai
siswazah pula dengan 'mengabaikan' lulusan siswazah yang
sebenar.

Terlalu
banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario
ketidakadilan yang berlaku
dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana
pihak secara pro
aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan 
teraniaya tanpa
pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang
berkaitan. Antaranya
ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah,
Pengetua/Guru Besar
yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak
adil, Kursus Upskilling
guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan 
kekurangan peralatan
ICT dan ABM .

Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada
ditetapkan masa kerjanya.  TIDAK ADA SATU PIHAK pun
yang memperjuangkan
hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan
telah mengumumkan 
sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang,
Melaka, Johor dan
Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan
sebelum ianya
diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana mendapat
tentangan dari komponen
Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru,  pada 28hb
November 2012, Timbalan,
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
membatalkan perlaksanaan
sistem ini.  Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan
penghapusan yuran
sekolah  dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa
membayar sejumlah wang
yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri.
Perkara yang sama
berlaku pada masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru
sekolah menengah
harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012,
terdapat pengetua
yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang. 
Malangnya guru hanya
balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau
kadang-kadang 2 hari sahaja
dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam
6.00 petang . 
Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan
kami.





MASA KERJA
GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH 
JAM  2.30 PM





Perkara

Hari
Aktiviti
selepas tamat sesi  Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) )
pada  2.30pm  dari Isnin hingga
Khamis
Waktu
Nota

Isnin
Mesyuarat  dengan Pengetua
setiap  Isnin dengan
agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa
guru hadir hingga
lewat petang.


3.00-5.00pm (atau 5.45
pm)
Pembelajaran bermula pada jam 7.30
tapi guru datang seawal
jam 7.00am

Selasa
Kokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @
Mesyuarat Guru.
3.00-
5.00pm
Bergantung kepada sekolah. Ada
sekolah yg melaksanakannya
pada hari lain.

Rabu
Kokurikulum  (Badan Beruniform
@ Kelab dan
Persatuan)
1.50pm –
3.30pm
Ada
sekolah melaksanakan nya pd 1.50 –
4.30pm

Khamis

Mesyuarat
hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil,
koperasi
dll
3.00 –
4.30
Hampir
setiap minggu sehingga Oktober

Jumaat
Perjumpaan dgn pelajar/kelas
tambahan
3.00 –
4.00
Sekurang2nya 1 kali dalam
sebulan.

Sabtu
Latihan
Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan,
Gotong Royong, Aktiviti
In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J
PNP 
dll.
8.00am  -12.00 @
1.00pm
Sekurang2nya 1 kali sebulan dan ada
sekolah yang memaksa guru
datang sehingga 3 kali
sebulan.
 

Jadi

secara puratanya guru bekerja selama  10 jam dari Isnin
hingga Khamis. Ini
belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita
boleh rumus sendiri

dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual
seterusnya.

Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya
ialah:

Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja
mereka
keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih
lewat, mereka akan
berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan
iaitu tanggungjawab
pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan
psikologi kepada guru dalam
bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin
bertambah dan tekanan
kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai
suami/isteri secara
normal.

Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada 'baby
sitter'
setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3
petang sebagaimana
hari-hari biasa.

Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu
pejabat, jalanraya yang sesak pada 'peak hour'
menyebabkan guru lewat sampai ke
rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.

Oleh kerana kami tiba
lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah.
Jogging, bawa anak
makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar
untuk
dilakukan.

Pengetua-pengetua  yang berkursus di Institut Aminudin
Baki (IAB) seolah-olah di 'brainwash' oleh IAB agar
melaksanakan perjumpaan satu
hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu
mendengar celoteh KATUN
mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya
perjumpaan ini mengambil
masa sehingga 3 jam. Kandungan perjumpaan berkisar 
sekadar mendengar

motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru
berkongsi ilmu yang
tidak kami minta dan hargai sama sekali.
Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh
berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja. Tetapi
aduan  rakan-rakan dari
sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua
banyak cakap merapu dan
tidak ada  walaupun 'basic skill' dalam
mengendalikan mesyuarat.Oleh itu
para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.

Bagi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru
memperuntukkan


sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka
setiap minggu. Ini
tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah.
Di bawah ini adalah
jadual masa kerja guru dalam  pengendalian PBS bagu
satu (1) kelas. Seorang
guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas
PBS.

PERUNTUKAN MASA
GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS

(PURATA 30
PELAJAR)





Perkara



Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip
(stapler) dan Menyusun
Soalan
Menanda/Memeriksa soalan dan
mengesahkan penglibatan pelajar
dalam PBS( 10minit untuk setiap
kertas/pelajar)
Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam
fail
Mendaftar
/Key-In
Pencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS

Masa
2
jam
30 x 10 =
300min / 5 jam
5minit x
30 = 150 minit / 2 jam 30 minit.
Sepanjang
2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas
kerana capaian
internet yang lemah.

Nota
Jika guru itu
mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar 
(30x4 = 120 org 
pelajar)


5.
Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:

Kemudahan ICT
sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang
purata bilangan gurunya
ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop
sahaja. Oleh itu hampir

SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk
menjalankan kerja
kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma
pada pelajar dan
membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya
profesion guru sahaja di
mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta
sendiri untuk buat kerja
kerajaan.

Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan
sampingan,
mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi
melaksanakan tugas yang
dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna
kad kredit atau
hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.

Capaian
internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa
guna streamyx atau
broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148
sebulan.

Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar
pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet
yang lemah) dan
pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa
melaksanakan sebahagian
kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam
akhbar, kami
terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk
menyelesaikan kerja-kerja
PBS.

Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem
rumahtangga
dan  hubungan suami isteri sehingga membawa kepada
pertengkaran. Masa yang
selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah
berkurangan dan berlaku
pertelingkahan suami isteri kerana  isteri (guru)
terpaksa tidur lewat
dan  mengabaikan anak/suami kerana PBS.

Kami pernah menghantar email
kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka
sekadar menyiasat sahaja
dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang
tersirat dari KPM yang
memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam
secara senyap-senyap.
Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan
keadaan ini. 
Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah
seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat
melakukan sesuatu bagi


kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian
serius dari pihak
yang berkenaan.


- Guru
Kuantan
 


 










































__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment