Akhirnya mereka berjaya juga mendapat idea bagaimana untuk menghalalkan pembaziran RM1.6 juta wang rakyat yang dibayar kepada artis K-pop setelah berusaha sedaya upaya..
Namun begitu ianya tetap berpaksi kepada 'Rakyat itu bodoh dan mudah diperbodohkan sepertimana kebanyakkan ahli UMNO'...
Atas dasar setiakawan atau boleh juga dikatakan 'You help me, I help you...' Menteri Belia dan Sukan, yang baru Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO berkata..
... Perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk membiayai kos konsert K-Pop pada Hari Belia Negara 2012 adalah sebagai suntikan modal untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar kepada rakyat dan negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu terbukti apabila pulangan ekonomi yang diperoleh peniaga dan pembekal pada sepanjang majlis yang dihadiri seramai 2.4 juta pengunjung itu dianggarkan bernilai RM24 juta.
"Keputusan mengadakan konsert K-Pop dibuat secara kolektif dan melalui sebuah jawatankuasa. Selain itu, perkara ini juga telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri memandangkan trend K-Pop merupakan antara tarikan belia pada masa itu dan mampu menarik kehadiran golongan tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
"Selain itu, kita hendaklah melihat pulangan ekonomi yang diperoleh sepanjang Hari Belia Negara 2012 berlangsung di mana anggaran pengunjung yang hadir adalah seramai 2.4 juta orang dan jika kita lihat secara kasar seorang pengunjung berbelanja sebanyak RM10, maka dianggarkan hampir RM24 juta yang dibelanjakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Khairy menjelaskan bahawa Unit Pemasaran dan Penajaan Hari Belia Negara 2012 telah mendekati beberapa syarikat korporat dalam usaha mendapatkan penajaan bagi konsert berkenaan.
Katanya, walaupun pada mulanya terdapat pengesahan secara lisan, namun pihak kementerian tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya syarikat-syarikat tersebut menarik diri pada saat-saat akhir kerana penajaan diberikan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Pihak kementerian tidak ingin menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini kerana ia merupakan program kerajaan dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan belia kepada negara," katanya.
Dalam pada itu, Tony pada sidang akhbar menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.
Menurut beliau, pelanggaran janji seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana perkara persetujuan itu boleh dianggap sebuah perjanjian.
"Saya berharap menteri membawa perkara ini ke mahkamah atau kita boleh anggap bahawa perkara itu hanya satu alasan untuk menyalahkan satu syarikat tidak dikenali," katanya.
Kalau benarlah pembaziran sebanyak RM1.6 juta untuk membiayai kos konsert K-Pop pada Hari Belia Negara 2012 adalah sebagai suntikan modal untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar kepada rakyat dan negara.. buatlah setiap minggu atau setiap bulan..
Kah.. kah.. kah..
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment