Monday, October 21, 2013

RG2011... Antara kebahagiaan dunia vs Kenikmatan akhirat

 

Wahai anakku,

Aku menitis airmata mendengar tangisan seorang ibu yang kematian anak kecilnya. Hatinya sangat  hiba dan ia pengsan beberapa kali  kerana kematian tersebut. Setiap kali bilamana ibu itu masuk ke rumahnya, ia menangis apabila melihat buaian anak kecilnya, ia terus menangis sewaktu melihat pakaian anaknya dan semua peninggalan anaknya.

 

Wahai anakku,

Suatu hari aku mendapat tahu keluarga itu terpaksa berpindah rumah lain kerana ibunya sering kali menangis setiap kali ia berada dalam rumah kerana hampir setiap sudut rumah itu ia terbayang akan anak kecilnya yang telah kembali ke Rahmatullah. Kisah ini berlaku lebih 20 tahun dahulu. Sengaja aku cerita kembali kepadamu agar engkau merasai betapa kasih seorang ibu. Sehinggalah aku memberitahunya bahawa anaknya adalah simpanannya di syurga dan ia akan menunggu ibunya nanti di syurga. Ia kelihatan tenang dan mulai tabah menghadapi ujian besar kehilangan anak kecilnya.

 

Wahai anakku,

Andainya engkau fikir hidup berakhir di dunia, tentulah engkau akan rasa berat dengan nasib kamu di dunia ini. Namun seandainya engkau sedar adanya alam akhirat, tempat Allah mengumpulkan apa yang kamu hilang, tempat Allah mengembalikan keadilan dan tempat kamu akan bertemu dengan orang yang kamu sayang termasuklah para anbiya dan syuhada, tentulah kamu  tidak terlalu berdukacita dengan kehidupanmu di dunia ini.

 

Wahai anakku,

Kalaupun engkau tidak senang di dunia, janganlah kamu merana di akhirat. Kalau kamu tidak kaya di dunia, janganlah kamu miskin di akhirat. Ingatlah wahai anakku, Rasulullah pernah mengibaratkan: “Dunia ibarat seorang yang mencelupkan jarinya dalam air laut, sebanyak mana air yang melekat di jarinya, itulah dunia dan segala isinya, manakala sebanyak mana air laut, itulah akhirat yang Allah sediakan kepada orang beriman.” Kerana itu wahai anakku, janganlah engkau tukar kebahagiaan  dunia yang sementara ini dengan nikmat yang kekal di akhirat.

 

Wahai anakku,

Aku sangat mengharapkan agar Allah kumpulkan kita dalam satu syurganya nanti di akhirat. Amin ya Rabbal alamin.

 

Salam rindu. Senyum selalu.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment