Tuesday, October 15, 2013

RG2011... Fw: Apabila penguatkuasaan undang2 bermusim...

 



Apabila penguatkuasaan undang-undang bermusim...

kedahlanie.info
 
Suka operasi,
Kajang, Selangor.

SATU senario pelik tetapi benar yang berlaku di negara kita ialah penguatkuasaan undang-undang bermusim. Apabila berlaku sesuatu tragedi, akan muncullah mereka yang mendakwa daripada agensi berkaitan melakukan post mortem atau siasatan dan masing-masing mengeluarkan pendapat menunjukkan mereka 'buat kerja'.

Pada pendapat saya, penguatkuasaan bermusim adalah tidak sesuai kerana mereka yang selalu melanggar undang-undang tidak akan membuat kesalahan ketika penguatkuasaan bermusim dibuat.

Salah satu contoh ialah tragedi bas terbalik di Tanjung Gemuk, Endau yang mengorbankan nyawa pemandu bas baru-baru ini. Umum tahu setiap bas yang melakukan perjalanan melebihi 300 kilometer ke atas diwajibkan menyediakan dua pemandu sedangkan dalam kes diatas hanya seorang pemandu.

Pihak berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu sentiasa melakukan pemeriksaan mengejut sama ada di terminal atau sekatan jalan, bukannya operasi bermusim seperti sekarang untuk mencegah tragedi berulang.

Di luar musim perayaan tiada lagi pondok JPJ di terminal atau pegawai yang memeriksa buku log bas atau memeriksa tayar bas sedangkan waktu inilah pemandu atau penguasaha bas banyak membuat kesalahan kerana mereka tahu tidak banyak atau tiada langsung operasi dibuat.

Pemandu bas pula seolah-olah tidak tahu atau mungkin tidak ambil tahu tentang undang-undang yang mewajibkan dua orang pemandu atau mungkin juga pemandu bas dalam kes di atas hendak mendapat tip perjalanan yang lebih.

Kalau saya ahli keluarga pemandu atau mangsa kes di atas, saya rasa tidak salah kalau saya mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat bas, hatta pihak JPJ sekalipun kerana ternyata mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Jika penguatkuasaan undang- undang atau operasi masih dibuat seperti sekarang, tidak terkejut malah orang ramai sudah mual atau sudah boleh agak jika berlaku lagi kes sama. Pelakon dan skrip juga sama.

© Utusan Melayu (M) Bhd

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment