AS keluarkan wang kertas AS$100 baharu
GAMBAR fail 24 September lalu menunjukkan kepingan wang kertas AS$100 yang masih belum dipotong di sebuah kilang percetakan di Fort Worth, Texas.
WASHINGTON – Amerika Syarikat semalam melancarkan wang kertas AS$100 dolar baharu yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.
Pertukaran wang kertas tersebut adalah yang pertama sejak tahun 1969.
Wang kertas AS$100 memainkan peranan utama dalam transaksi tunai di selu- ruh dunia melibatkan pelbagai golongan termasuk peniaga kecil dan pengedar dadah.
Bahagian hadapan wang kertas baharu itu memiliki potret negarawan AS, Benjamin Franklin manakala belakangnya tertera gambar Dewan Deklarasi Kemerdekaan di Philadelphia.
Di tengahnya tertera reben keselamatan biru bersama sejumlah imej loceng halus dan angka 100 yang kelihatan seperti bergerak apabila wang kertas itu berganjak.
"Reka bentuk baharu ini bertujuan untuk mencegah sindiket pemalsuan mata wang yang semakin canggih," kata seorang pengurus Rizab Persekutuan, Sonja Danburg.
Buat permulaan, kerajaan mencetak sebanyak 3.5 bilion wang kertas itu yang diedarkan di seluruh AS bermula semalam.
"Namun, wang kertas AS$100 lama masih boleh digunakan selagi ia berada dalam pasaran," jelas Danburg. – AFP.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment