Wednesday, October 23, 2013

RG2011... Fw: Cuci Pistol di tangga rumah mertua..?

 



 

Biar betul - SOP Polis Negeri Perak Cuci Pistol di tangga rumah mertua..?

telokbakong.blogspot.
manjongmari.blogspot.
 
Polis oh polis,,, macam-macam hal,,, kalau sebelum ni laporan audit mengesahkan berapa puloh senjata hilang, jawapannya jatuh laut,,,hentam sajalah wahai Tan Sri IGP... 

Tapi kali ini lain sikit cerita...
 
Peluru sesat: Bapa kanak-kanak kecewa

WARTAWAN SINAR HARIAN

Sekumpulan doktor pakar diketuai Dr Chee Keong (tiga, kiri) dalam sidang media di HRPB, semalam.
 
IPOH – Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari selepas melalui pembedahan mengeluarkan peluru di kerongkongnya, kelmarin.

Bapanya, Mohd Azizi Abdullah, 48, bagaimanapun memberitahu, anak bongsunya itu masih trauma.

"Kami gembira apabila dia selamat menjalani pembedahan. Doktor nasihatMohd Amar diberi air dingin supaya tidak menjejaskan luka dalaman.

"Kami ahli keluarga pun tidak banyak bertanya mengenai kejadian itu, tetapi memberi dia semangat supaya cepat pulih," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Pada masa sama, menurutnya, dia kecewa apabila tiada seorang pun wakil anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes itu menemui keluarganya untuk menyatakan rasa simpati atau meminta maaf.

Dalam kejadian14  Oktober lalu, seorang polis berpangkat sarjan didakwa sedang membersihkan pistol di tangga rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, dipercayai tertekan picu senjata itu dan pelurunya mengenai Mohd Amar yang berada kira-kira 40 meter dari  tempat tersebut.

Sementara itu, sekumpulan doktor pakar diketuai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgeri, Dr Cheang Chee Keong dilaporkan menggunakan kaedah 'endoscope' bagi mengeluarkan peluru berkenaan.

Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar perlu memakai pendakap leher selama beberapa bulan akibat  terdapat retakan pada tulang lehernya.

"Mohd Amar perlu buat rawatan susulan dan pemantauan berterusan dalam masa dua bulan bagi menstabilkan lehernya. Saya jangka tiada pembedahan diperlukan selepas ini.

"Keadaan Mohd Amar  dilihat masih trauma. Semua pihak diminta untuk tidak mengganggunya," katanya pada sidang media dikendalikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohd Radzi, di sini.

Menurutnya, kejayaan pembedahan berisiko tinggi melibatkan beberapa pakar dari Jabatan Neurosurgeri dan Otorinolaryngiologi (ENT) serta Anaestesiologi, diadikann sebagai satu kajian (study case).

Di mana adap tata susila anggota keselamatan Polis yang kononnya terbaik didunia...

Apakah kerana menteri yang jaga polis sekarang ni terlampau tegas,, jadi polis tak perlulah nak sibukkan diri dengan hal sedemikian...

Terbaiknya saman saja pihak yang melakukannya termasuk dengan menterinya sekali, biar jadi pengajaran,,, lain kali jangan cuci pistol dekat tangga rumah mertua,,, 

 

Kanak-kanak lelaki 10 tahun cedera terkena tembakan

Comments

  • rosmi  •  
    bleh bgtau skit SOP pengosongan senjata???....secara logiknya takkan boleh buat kat tempat awam kot
  • geetha  •  
    No brains at all, also can become lawman. This country has become a cowboy town.
  • Donald  •  
    polis tersebut memang tak ade otak,kalau nak lepaskan tembakan hala ke arah langit bukan ke arah rumah saya rasa polis tersebut mesti beri pampasan kepada budak tersebut dan letak jawatan kerana dia tidak layak lagi untuk pegang pistol dan seragam polis.
  • Karnan  •  
    TQVM to HM . Now they are allowed carry Gun Home!!!
  • Joepro  •  
    Isu x2 tembak dulu,,, belakang kira,,,ini lah menyebabkan tembak menembak semakin famous di malaysia sekarang,, lol,, tanya HM (head mafia)kita,, ;))) padan muka,,haha
  • Ahmad Mohchi  •  
    tembak dulu, budak tu bahaya
  • ejudy  • 
    Safety on la kalau nak pegang pistol di mana-mana, especially when there's kids around you... Ini polis ni bodoh atau dia x focus langsung bila masih di Academy?
  • suhaila  •  
    nak wa sistem bla bla bla....sistem undang-undang dok kt negara m'sia,rakyat malaysia X bagUS!,di kecam... ..
  • Samsudinibrahim Samsudin  • 
    Menteri dalam negeri kata sop pdrm nak kene tgk balik kalau ikut sop sedia ada dah memadai jika anggota menjalankan bertanggung jawab dgn penuh disiplin,Agree with u Mr Rosmi ini yg di kata kan bangang @ bengong
  • R2D2  •  
    Boleh KPN beri penjelasan yg mensabah dlm hal ini?
  • Leslie R  •  
    hahahha polis bodoh
  • Roslan  •  
    kadangkala ada rasa riak nak menunjuk2 dia ada pistol hingga terlupa prosedur nak keluarkan peluru. Manusia biasa mempunyai kelalaian dan kealpaan tetapi salah tetap salah.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment