Tuesday, October 8, 2013

RG2011... Fw: DUA BERANAK MATI LEMAS,

 



DUA BERANAK MATI LEMAS, BOT DINAIKI DIPUKUL ANGIN KUAT

 

apabila bot yang dinaiki mereka bersama tiga anggota keluarga yang lain dipukul

angin kuat ketika sedang bersiar-siar di Sungai Telok Mengkuang dekat sini dalam

kejadian kira-kira pukul 6.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata mangsa pertama

Hisham Hizir, 42, ditemui terapung berhampiran lokasi kejadian kira-kira

setengah jam selepas insiden, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jeti

Jalan Bandar Lama di sini.

Beliau berkata mayat anak lelaki mangsa berumur tiga tahun, Muhammad

Shammirul pula ditemui kira-kira pukul 2.45 petang ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Banting di sini untuk dibedah

siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai kejadian itu, beliau berkata kedua-dua mangsa bersama tiga

lagi anggota keluarga sedang menaiki bot berkenaan apabila secara tiba-tiba ia

menyenget akibat dipukul angin kuat.

Hisham, katanya, cuba menyelamatkan anak bongsunya itu namun kedua-duanya

terjatuh ke dalam sungai.

Nordin berkata ekoran kejadian itu satu operasi dijalankan namun dihentikan

pada pukul 10.30 malam semalam dan disambung semula kira-kira pukul 8 pagi ini

sebelum menjumpai mayat Muhammad Shammirul.

Sementara itu, isteri mangsa Rohaya Mohd Yusuf, 37, berkata ketika kejadian

kesemua mereka berada di dalam bot untuk bersiar-siar dan ia merupakan kebiasaan

bagi keluarga berkenaan setiap kali mempunyai masa lapang.

"Kejadian berlaku terlalu cepat, suami terjun bagi menyelamatkan anak bongsu

kami yang terjatuh ke dalam air ketika bot tiba-tiba beralun dan senget tetapi

keadaan air yang deras menyebabkan mereka hilang dari pandangan dengan terlalu

pantas.

"Saya menenangkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan 999. Saya

kemudian berpatah balik bagi mencari suami dan anak sementara menunggu bantuan

tiba dan menemui badan suami yang sudah terapung namun anak bongsu saya gagal

ditemui," katanya.

-- BERNAMA

SYA HK ROS

Popular Now
    im  •  
  • Inna lillahi wainna ilaihi rojiiun..takziah bt ahli keluarga pn rohaya.
  • Guru  • 
    Inna Lilla wainna ilaihi roji un.
  • Lisha Hana  •  
    Innalillahiwainailaihi rojiun... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua... Takziah pada keluarga mangsa
  •  
    Md  •  
    takziah .. alfatihah..simpati ..
  • armanie h  •  
    Kita ada anak yg sebaya dengan aruah Mohammad, saya tidak dapat nak merasa apa perasaan ibu aruah yg kehilangan 2 org yg disayang..dlm masa yg sama saya pernah terimpikan untuk membuat PUBLIC SAFETY untuk yg memikirkan keselamatan keluarga apa bila naik bot, pergi beach,pergi sungai, pergi hutan, naik kapal, naik kapal terbang, kebakaran, hanya insan yg kerdil tidak mampu membuat sorang2,..insyallah
  • a guy'z  •  
    moga roh mereka di tempat bersama mereka yg beriman...Amin..
  • abdul  •  
    inilah yg kita perlu terima akibat sindiran segelintir masyarakat melayu yg memandang serong terhadap mrk-mrk yg ingin belajar berenang dgn pakaian renang
  • Mohd  •  
    Alfatihah..
  • Zulkifli  •  
    semuga roh mereka bersama mereka yg beriman......amin..
  • Hussin  •  
    Dari ALLAH mereka datang kepada ALLAH mereka kembali...takziah buat keluarga Rohaya
  • Zulkifli bin jaafar Zul  •  
    smoga dtemptkan bsama owng beriman
  • A Yahoo User  •  
    kalau boleh elakkan pergi ke tempat2 yang merbahaya kerana tubuh badan kita ini Allah s.w.t yang punya kita mesti pulangkan dalam keadaan baik nanti..
  • Mbngbn  •  
    Apa yang berlaku dah tak dapat di ubah, kita hanya dapat menangis.. Kepada yang suka berkhelah sediakan lah pelampung, kita boleh elakkan kejadian begini, anak2 belum puas hidup...... Atau ajar le ahli keluarga berenang sekurang-kurangnya mereka boleh terapung sementara pertolongan tiba ataupun terapung hanyut ke tepi di keadaan begini.....
  • kottasamy  •  
    Bala mula turun akibat pembunuhan 5 lelaki india disyaki gangster. Berok coklat Zahid (mata sepet dan hidung kemek) telah dedah bahawa, dia mengarahkan polis tembak sahaja sesiapa india yang disyaki gangster. 2 hari lepas 4 melayu mati dalam kemalangan, dan 4 budak melayu mati lemas dalam kolam. ibu kepada lelaki india yang ditembak mati mesti telah sumpah laknat. TUHAN ITU MAHA ADIL---NYAWA DIBALAS NYAWA
  • armanie h  •  
    Al fatihah kepada keluarga yang terbabit, semoga roh kedua beranak bersama2 org yang beriman..
  • Hani  •  
    Innalillahi Wainna ilaihi rojiun....Takziah buat ahli keluarga mangsa
  • MAIL KARAOKE  •  
    Inna lillahi wainna ilaihi rojiiun..takziah bt ahli keluarga pn rohaya.
  • A Yahoo User  •  
    setiap kemalangan boleh dielakkan sekiranya kita mengambil langkah berjaga2, kalau sudah berikhtiar pun kena juga itu baru takdir namanya, jadi jgn terlalu cepat menyalahkan takdir.......
  • M.A.  •  
    Kenapa tak ada pakai jaket keselamatan kalau dah tau tak pandai berenang? Ini mangsa kelalaian sendiri. Jangan salahkan Tuhan pula.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment